Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI

BEDENA

45300 SUNGAI BESAR

SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BERSAMA KOLEJ
KOMUNITI SABAK BERNAM
BENGKEL LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK
MURID PENDIDIKAN KHAS
ANJURAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BEDENA

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini di buat adalah untuk memohon kebenaran dan kerjasama
daripada pihak Kolej Komuniti Sabak Bernam Selangor bagi melaksanakan program
latihan kemahiran untuk murid Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena.

2.0 PENGENALAN

Program latihan kemahiran ini bertujuan memberi pengetahuan dan


kemahiran kepada guru-guru dan murid-murid tentang aspek berkaitan. Melalui
program ini guru-guru dapat membimbing pelajar dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih baik. Manakala para pelajar akan dapat memperolehi
pengelaman dan pengetahuan yang boleh digunakan untuk masa hadapan mereka.
Kecenderungan kebanyakkan pelajar terhadap bidang kemahiran juga mendorong
pelaksanaan program ini untuk menjadi penunjuk arah buat mereka setelah tamat
persekolahan.

3.0 OBJEKTIF

i. Memberi bimbingan dan latihan kepada para pelajar untuk membina kehidupan.
ii. Memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menonjolkan kecenderungan
minat dan bakat.
iii. Menyuntik daya kreativiti dan kebolehan pelajar dalam bidang kemahiran

4.0 ANJURAN

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena Sungai Besar Selangor

5.0 CADANGAN LATIHAN KEMAHIRAN

5.1 Kursus membuat kek dan menghias kek


5.2 Kursus Asas Jahitan 1
5.3 Kursus Jahitan Pakaian / blaus Berpola (berperingkat)
5.4 Kursus

6.0 TARIKH
Program ini dicadangkan untuk bermula pada :
April 2017

7.0 TEMPAT

Kolej Komuniti Sabak Bernam Selangor

7.0 KUMPULAN SASARAN

11 orang guru
30 orang pelajar
03 orang Pembantu Pengurusan Murid

9.0 TENTATIF

Sila lihat LAMPIRAN 1

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Yuran kursus RM40.00 per orang x 30 = RM120.00

11.0 PENUTUP
_________________________________________________________________________

Semoga program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif yang
digariskan. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan untuk menjayakan
program ini. Semoga semua mendapat ilmu dan manfaat yang berguna dari program ini.
Disediakan oleh :

...................................
(SUHANA BINTI MOHAMMED ROYANI)
Setiausaha PPKI SMKSB

Tarikh :

Disemak oleh,

.......................................
(NORHAYATI BINTI JUPRI)

Tarikh :

Diluluskan / Tidak diluluskan :

.......................................

Tarikh :

ULASAN :
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.30 -8.00 pagi Bertolak ke Kolej Komuniti Sabak

Bernam

8.00 - 12.30 tengahari Latihan Kemahiran

12.45 tengahari Bertolak balik ke sekolah