Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN WAKIL PELAJAR..

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.Yang dihormati,GPK Pentadbiran


Cikgu Noraine bt Abd Rahman , YDP PIBG Encik Mohd Solah b Deraman ,
Pengurus Felda Selancar 1 En Nordin b Mohd Daud , Guru Penolong Kanan
HEM ,Encik Yusof b Murkijan , Guru Penolong Kanan Kokurikulum , Encik
Rokman Layake b Abdullah , guru-guru, Ajk PIBG, ibu bapa penjaga dan
rakan-rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum dan salam satu
Malaysia. Saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi
peluang mewakili rakan rakan pelajar tahun 6 untuk menyampaikan
sepatah dua kata dalam majlis yang mulia ini.

Tanpa disedari , sudah enam tahun kami di sekolah ini . Beberapa


hari lagi akan bermula perjuangan kami dalam UPSR yang menjadi
penentu dan pengukur kepada keupayaan kami sebagai pelajar tertua di
sekolah ini. Kami pelajar tahun 6 berjanji akan berusaha sedaya upaya
hingga ke titisan keringat terakhir untuk mencapai keputusan yang
cemerlang berkat doa, tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang telah
dicurahkan oleh semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekallian,

Saya mewakili rakan pelajar tahun 6 berasa sungguh bertuah


kerana bersekolah di sekolah ini, apatah lagi mempunyai guru-guru yang
sangat bertanggungjawab dan berdedikasi. Guru mendidik kami bukan
sahaja untuk berjaya dalam peperiksaan malah membimbing kami
menjadi insan yang mulia dan berguna.

Pada kesempatan ini,izinkanlah kami memohon ampun dan


maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami
lakukan.Halalkanlah segala ilmu yang telah dicurahkan kepada kami.
Restukanlah segala ilmu dan doakanlah kejayaan kami agar
dipermudahkan untuk menjawab soalan UPSR kelak.

Selain itu, kami berjanji akan menggunakan segala ilmu yang telah
dicurahkan oleh para guru, yang tidak pernah mengenal erti penat lelah,
berusaha untuk memastikan kami supaya berjaya sehingga ke detik dan
saat ini. Kami amat menghargai segala usaha dan pengorbanan, yang ada
kalanya sehingga menguji kesabaran para guru, untuk membantu kami
agar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2014.

Akhir kata, salam kemaafan sekali lagi kami hulurkan kerana


mungkin ada tingkah laku dan kata bicara yang mengguris hati para guru.
Sesungguhnya kami anak anak pewaris generasi masa hadapan berjanji
akan mencuba sebaik mungkin dalam menduduki UPSR yang bakal tiba
tidak lama lagi . Untuk mengakhiri ucapan ini , dengarlah serangkap
pantun yang berbunyi,

Mentari pagi munculnya sudah,

Bersinar suria menerangi diri ,

Segala usaha sedia dikerah,

Doakanlah kejayaan kami.

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahiwabarakatu.

Anda mungkin juga menyukai