Anda di halaman 1dari 4

Teknik Bermain Rekoder

Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang


betul perlu diamalkan.

Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder: Postur.

Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang


rekoder.

Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan


daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan
badan.)

Cara Memegang Rekoder

Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan


memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.
a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada
bahagian pangkal.
b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.

Penjarian
(a) Tangan Kiri

Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.

Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.

Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.

Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

(b) Tangan Kanan

Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.

Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.

Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.

Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.

Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil.

Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap


dan flet.
Susunan Jari Pada Lubang Rekoder

Carta Penjarian Rekoder

Penjarian Not B, A, G, C, D

Latihan Penjarian
- Latihan dengan tempo lambat, cepat dan sederhana.
- Latihan dengan dinamik lembut(p) dan kuat(f).

Anda mungkin juga menyukai