Anda di halaman 1dari 3

NAMA SEKOLAH : SMK TATAU

KOD SEKOLAH : YEA 9201

NAMA GURU : LIEW YONG PING

NYANGGAU AK BINAI

ROSLINA BT RAZAB

JUDUL : KEPEMIMPINAN DAN PENYELIAAN INSTRUKSIONAL


DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN

PENGARANG : ABDUL RAHMAN BIN ABDUL MAJID

SINOPSIS:

Buku Kepemimpinan & Penyeliaan Instruksional : Dari Perspektif bertujuan untuk


menengahkan isu-isu berkaitan penyeliaan pengajaran dan kepentingannya serta kaedah
perlaksanaannya di sekolah-sekolah. Perkara ini seharusnya menjadi komponen kritikal
dalam urusan kerja harian di sekolah-sekolah. Pada hakikatnya, perkara ini patut menjadi
tumpuan paling utama dalam mana-mana sekolah umum sebab ianya adalah berkaitan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) khususnya di kelas-kelas.

Buku ini mengandungi 7 bab iaitu:

1. Pengertian Kepemimpinan
Kepimpinan mesti bermula dengan seseorang yang mempunyai
kebijaksanaan dan kemahiran-kemahiran khusus mempengaruhi durunya untuk
bertindak menuju visi atau matlamat idamannya. Kepimpinan ini juga berkaitan
sesuatu kepercayaan, pegangan atau minatnya.

2. Kepemimpinan Untuk Sekolah


Pemimpin sekolah atau organisasi memerlukan kemahiran memimpin untuk
menentukan wujudnya perubahan dan penambahbaikan yang bersesuaian dengan
keadaan dan kemahiran pengurusan untuk menentukan semuanya berjalan lancar.

3. Kepemimpinan Pengetua
Sekolah sebagai institusi yang sering dikaitkan dengan pendidikan yang
berada di seluruh pelusuk tanah air menuntut kepemimpinan yan bersesuaian
dengan cabaran terbaru ini dan orang yang dikaitkan dengan kepemimpinan utama
sekolah ialah pengetuanya. Tuntasnya, kepemimpinan demi masa depan haruslah
mempunyai darjah integrity yang amat tinggi dengan mengambil kira aspek global
dan kecerdasan pelbagai individu dalam persekolahan, pembelajaran dan
pengajaran, bukannya kepemimpinan yang mengejar bilangan A terbanyak dalam
peperiksaan umum.
4. Kepemimpinan Guru
Kepemimpinan dalam konteks ini melibatkan kesalingan sokong-menyokong,
pembelajaran bermakna dalam komuniti yang melibatkan visi terkongsi, inkuiri,
dialog dan refleksi yang menjurus kepada penekanan pembelajaran di sekolah
mewujudkan komuniti berilmu yang dapat mencambahkan ramai pemimpin di
kalangan anggota organisasi.

5. Kepemimpinan Penyeliaan Pengajaran


Kepemimpinan pada hari ini dipengaruhi oleh amalan-amalan yang dibawa
dari sektor perkilangan dan pembinaan. Pelbagai istilah bertindan dengan
kepemimpinan organisasi pendidikan seperti penyeliaan pengajaran, kepemimpinan
penyeliaan, kepemimpinan kurikulum dan lain-lain lagi dipersatukan yakni
kepemimpinan pendidikan adalah berfokus kepada penambahbaikan pengajaran di
kelas.

6. Model-Model Kepemimpinan & Penyeliaan Pengajaran


Terdapat banyak model berkaitan penyeliaan pengajaran. Model-model yang
diutarakan adalah model-model yang popular dan kontemporari, juga mudah
difahami dan diaplikasikan. Setiap model ada kekurangan dan kelebihannya, jadi
tanggungjawab penyelia adalah memilih model yang bersesuaian dengan situasi.
Umumnya dapat disimpulkan bahawa proses penyeliaan terletak pada satu kontinum
dengan kaedah direktif atau mengarah di satu hujung dan kaedah delegasi di satu
ekstrim lain.

7. Tugasan-Tugasan Penyeliaan Pengajaran Berkesan


Penyeliaan haruslah mengambil kira persekitaran fizikal, sosiologikal dan
psikologikal di mana guru-guru bertugas. Seterusnya, penyeliaan juga menekankan
satu siri langkah yang terlibat dengan kerja-kerja berasaslan ilmu pengetahuan dan
maklumat, memerlukan pendekatan di mana fokus penyelian berubah dari guru
kepada sistem proses kerja melibatkan ilmu atau maklumat, akitektur sosial dan
perhubungan dengan persekitaran.

NILAI PENGETAHUAN / PENGAJARAN

1. Pengertian kepemimpinan yang diperbezakan kepada pentadbiran dan pengurusan.

2. Kepemimpinan pengetua dan guru-guru.

3. Penyelian pengajaran yang praktikal.

4. Sekolah sebagai pusat inkuiri pengetahuan.

5. Berdaya usaha dan komitmen.

6. Berkeperluan untuk pengaruh sosial dengan keprihatinan tinggi berkaitan guna pakai
kuasa secara bermoral dan tanpa eksploitasi.

7. Standard moral dan ettika yang tinggi.

8. Sekolah sebagai penyebar sistem yang membawa kepada kemantapan kognitif,


afektif dan psikomotor.
9. Proses penyeliaan yang sistematik menjadi asas kepada penghasilan kerja yang
inovatif, kreatif dan mengikut perubahan dalam masyarakat serta tuntutan
globalisasi.

10.

APLIKASI ILMU DALAM ORGANISASI

Fokus kepemimpinan dan penyeliaan sepatutnya bukan sahaja menekankan kepada


produk akhir seperti pencapaian akademik sahaja tetapi kepada proses pengajaran dan
pengurusan yang membawa kepada pembelajaran sepanjang hayat yang holistik; demgan
harapan ilmu pengetahuan yang bersesuaian dapat menjadikan kehidupan di dunia ini lebih
bermakna.

Penyeliaan juga harus mencari peluang di mana setiap orang dalam organisasi
diiktiraf dari segi pengetahuan dan pengalaman unik yang ada padanya. Seterusnya kita
dapat memupuk budaya yang mendokong permuafakatan warga dalaman mahupun
komuniti, penambahbaikan dan refleksi kritikal dalam suasana terbuka dan saling
mempercayai.

DISAHKAN OLEH,

___________________________

(LAWRENCE RENANG JAWAN)

Anda mungkin juga menyukai