Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,

guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera

diucapkan.

Hari ini hari yang ceria,


Ada kisah ingin kucerita,
Kawan-kawan dengarkan bersama,
Ambil iktibar sematkan di dada.

Ya, kawan-kawan. Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang

bertajuk Si Kura-kura yang Baik Hati. Kawan-kawan kenal kura-kura? Ya, kura-

kura seekor binatang yang berkaki empat, mempunyai cengkerang di belakangnya

dan berwarna gelap. Kura-kura pula bergerak amat perlahan. Keadaan yang kurang

menarik inilah telah menjadi ejekan rakan-rakannya yang lain seperti monyet,

burung, tupai, arnab dan lain-lain lagi.. Yang paling suka mengejek Si Kura-kura

ialah Si Tupai dan Si Pipit.

Kasihan sungguh Si Kura-kura. Dia sedar, dia hodoh, berlari tidak pantas

tetapi dia tetap sabar dengan kerenah rakan-rakannya, terutama sekali Si

Pipit.Lihatlah...aku terbang ke sana, terbang ke sini dan buluku cantik sekali! Laung

Si Pipit kepada kua-kura yang sedang berehat di bawah pokok. Kau nak ikut

aku?....mari aku bawakan. Oooohhh...tak boleh. Cengkerang kau berat.Patutlah kau

sendiripun berjalan lambat sambung pipit lagi. Kenapa jadi begitu kawan-kawan?

Ha.... itulah yang dikatakan perasaan hasad dengki dan angkuh dengan kelebihan

diri sendiri. Kawan-kawan jangan begitu ya!

Hari yang lain, tupai pula yang menunjukkan kehebatan memanjat pokok

dengan pantas. Setelah puas memanjat, ditirunya pula gaya kura-kura berjalan-jalan
sambil ketawa terbahak-bahak. Kura-kura hanya mampu berdiam diri dan melihat

gelagat Si Tupai. Suatu hari, kura-kura terdengar unggas berterbangan tanpa haluan

seperti dikejar sesuatu. Terbang ke sana, terbang ke sini. Keadaan menjadi huru-

hara. Kura-kura nampak dua orang lelaki sedang menangkap itik, ayam, dan burung

dengan berpakaian serba putih dan muka bertutup. Kura-kura mengesyaki sesuatu .

Kawan-kawan tahu kenapa? Tiba-tiba sahaja ayam, itik dan burung ditangkap dan

dibunuh! Ya...itulah langkah-langkah terbaik untuk membasmi selesema burung.

Penyakit ini boleh membawa maut.

Dalam keadaan haru-biru itu Si Kura-kura lihat Si Pipit tidak tentu arah. Dia

tidak berani terbang lagi dan mencari tempat untuk bersembunyi. Si kura-kura

kasihan melihat Si Pipit. Dia mendapat satu akal. Digalinya lubang, dan dipanggil Si

Pipit bersembunyi di dalam lubang. Manakala Si Kura-kura berada di atas lubang itu.

Oleh sebab cengkerangnya bulat dan besar dapatlah Si Pipit bersembunyi

sehinggalah orang yang ditakuti tadi berlalu dari situ

Si Pipit malu dengan sikapnya yang selalu mengejek Si Kura-kura,

sedangkan Si Kura-kura tidak pernah berdendam dan sanggup menolongnya. Sejak

hari itu, mereka berdua berkawan baik.

Hari berlalu, kini tibalah musim tengkujuh. Pinggir kampung tempat tinggal

mereka sering dilanda banjir. Seperti biasa, mereka akan berpindah ke tempat tinggi

untuk menyelamatkan diri. Dalam perjalanan untuk menyelamatkan diri, tiba-tiba

mereka terdengar suara meminta tolong. Itu suara Si Tupai. Mari kita tengok. Ya

kawan-kawan memang betul sangkaan mereka. Rupa-rupanya Si Tupai tidak boleh

bergerak kerana kakinya tercedera semasa menuruni pokok. Kakinya tersepit lalu
luka dan berdarah. Dia tidak dapat menyelamatkan diri sedangkan kawasan itu akan

dilanda banjir.

Si Kura-kura kasihan melihat Si Tupai. Kalau dibiarkan, sudah pasti Si Tupai

akan mati kelemasan.Sekali lagi Si Kura-kura menghadapi saat-saat genting itu

dengan bijak. Disuruhnya Si Tupai naik ke atas cengkerangnya untuk dibawa

bersama menyelamatkan diri. Dengan kudrat tupai yang masih ada, digagahkan

juga untuk naik ke atas cengkerang Si Kura-kura. Kau tak sakitkah kura-kura?

tanya tupai sambil menahan malu. Cengkerang aku kan keras. Itu tak jadi masalah

balas Si Kua-kura meyakinkan Si Tupai.

Cuba kawan-kawan bayangkan, Si Tupai yang cedera kakinya berada di atas

cengkerang Si Kura-kura yang sedang berjalan. Kalau jatuh, bagaimana? Si Kura-

kura kan berjalan lambat. Tentu Si Tupai Selamat berada dia atas cengkerang Si

Kura-Kura. Akhirnya selamatlah mereka bertiga dari kawasan banjir. Sejak peristiwa

itu, Si Kura-kura tidak lagi diejek malah dihormati dan disegani oleh rakan-rakannya

yang lain.

Ya, kawan-kawan. Menarikkan cerita saya tadi. Biarpun Si Kura-kura sering

diejek tetapi dia tetap berusaha membantu rakan-rakannya yang dilanda masalah.

Apa yang dapat kita rumuskan daripada cerita saya ini ialah....

Pertama : Hiduplah dengan aman damai di dunia ini tanpa perasaan hasad
dengki sesama kita.
Kedua : Elakkanlah daripada membangga-banggakan diri kerana kecantikan
diri kita tidak akan kekal lama.

Ketiga : Hiduplah dengan bersatu padu tanpa berpecah belah kerana Hidup
Bersatu Negara Maju.
Dan akhir sekali, sebagai ingatan bersama, redhalah dengan apa yang
ditakdirkan ke atas diri kita.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai