Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Titipan penghargaan terhadap Allah S.W.T tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi
dicurahkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin.

Pertama sekali, saya tujukan ucapan Alhamdulilah kepada Allah S.W.T atas nikmat
yang diberikan kepada saya tanpa henti-henti . Tanpa keredhaanya tidak mungkin
mampu saya menyiapkan tugasan ini walaupun sedikit.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibubapa saya HarisFadzilah bin
Ibrahim dan Aniah bt.Shaari kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa untuk
keberkatan saya di sini. Mereka juga banyak menyokong dari segi rohani dan
kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.

Tidak lupa juga kepada guru kesayangan saya, Puan Shafida bt. Ahmad kerana dengan
izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar saya waima menggangu masa rehatnya. Beliau
juga sering mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan menegur saya dengan amat
berhemah. Moga jasa baiknya akan disanjungi dengan kurniaan daripada Allah yang
tidak ternilai harganya.

Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada teman-teman yang
sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala macam bantuan yang anda salurkan
amat saya hargai.

Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada
sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini secara sulit atau tidak.
Kesudian anda amat saya hargai.

Anda mungkin juga menyukai