Anda di halaman 1dari 2

Kek coklat indulgence

(ash gunakan respi kek coklat moist ash )


Bahannya :
BAHAN A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
# satukan semua dan masak api perlahan sehingga gula larut ,kemudian sejukkan .
BAHAN B
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu teh Baking powder
1 sudu teh Soda Bicarbonate
# satukan dan ayak.
BAHAN C
3 Biji telur
# pukul kembang.
Caranya :
1. panaskan kukusan dan masak BAHAN A sehingga gula larut dan ketepikan . Pukul
BAHAN C hingga kembang dan masukkan BAHAN A . Pukul sebati dan masukkan
BAHAN B .
2. Masukkan ke dalam loyang 8" inci dan kukus selama 1 jam.
Mousse Putih & Hitam
1 sudu teh Gelatin ( dapatkan yang Halal & serbuk)
1 sudu besar air panas
1 cawan coklat hitam @ putih ( cingcang dahulu kemudian baru di sukat .
1 1/2 cawan Dairy @ UHT Whipping cream ( ash guna jenama anchor)
Caranya :
1. larutkan gelatin bersama air dan biarkan 5 minit. ( kalau dah set double boilkan
seketika sehingga cair balik)
2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil .
3. putar whipping cream hingga lembut ,campurkan dengan gelatin dan tuangkan coklat
tadi . gaul sebati dan biarkan set di dalam peti ais seketika.
( buat dia tau .1 coklat putih .. 1 coklat hitam ,respi sama tetapi hanya tukar jenis coklat
sahaja.)
Untuk melepa
Bahannya
135 gm coklat hitam
1/2 cawan dairy whipping cream
1 cawan non dairy @ fresh cream di pukul kental.
Caranya :
1. double boil coklat sehingga semuanya cair dan masukkan non dairy w.cream .kacau
sebati dan biarkan set.
2 .pukul fresh cream sehinga kental dan gaul sebati bersama adunan coklat . biarkan
seketika di dalam peti ais dan siap utk melepa kek sebelum mencurah ganache.
Ganache
Bahannya :
130 gm coklat hitam di cingcang
1/2 cwn Dairy w.cream
Caranya.
1. cairkan coklat sempurna dan masukkan w.cream dan kcau sebati, sesudah suam boleh
lah di tuang di ats kek yang siap di lepa.
Cara penyusunan
1. lapiskan kek sebanyak 4 lapisan . ambil 1 keping kek dan ratkan dengan white mousse.
2. ambil kek seteruskan dan ratakan dengan black mousse.ulang sehingga habis.
3. Lepa kek dengan bahan melepa dan curahkan ganache .
simpan dalam petiais selama semalaman sebelom di hidang kan.