Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : DUCTING INSTALLATION

TUJUAN: Kertas penerangan ini digunakan untuk menerangkan sistem pemasangan


pendawaian ducting bagi pepasangan elektrik

PENGENALAN KEPADA PENDAWAIANSALUR (DUCTING).

Sistem pendawaian kebanyakannya digunakan di bangunan-bangunan pejabat dll. Salur


dipasang dibawah lantai, sebelum lantai disimen, oleh sebab itu salur ini biasanya juga disebut salur
bawah lantai. Salur dipasang untuk membawa pengalir litar kuasa, litar talipon, signalling systems
dan lain-lain.

Lazimnya salur ini tersembunyi dibawah lantai. Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti
sistem grid dalam sesebuah bangunan.

Salur dibuat daripada logam yang terbentuk segiempat bujur memanjang tanpa penutup.

1. Salur
2. Kotak simpang 90
3. 90 elbow
4. Adjustable elbow
5. Pemegang salur
6. offset
7. Peralatan kerja
Kotak

Offset Elbow

Elbow
Pemegang

Kaedah pemasangan salur

Terdapat juga salur yang berkongsi dengan beberapa sistem perkhidmatan lain seperti
perkhidmatan telefon, pemasangan lampu penggera dan sebagainya. Dalam pemasangan ini kotak
simpangnya hendaklah berupaya memberi pengasingan litar dengan berkesan. Kesemua kotak
simpang berada pada selekoh bengkokan 90

Ciri-ciri pemilihan

1. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.


2. Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.
3. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang
4. Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa akan datang.
5. Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.
6. Memerlukan kekemasan dan kecantikan.
7. Memerlukan perlindungan yang lebih.
Jenis-jenis kabel yang digunakan.

Semua jenis kabel boleh digunakan dalam sistem pendawaian salur.

Keadah pemasangan kabel.

Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan bangunan


sebelum bahan pelapik lantai dipasang. Kerja-kerja memasang kotak salur didahului
kemudian diikuti oleh penyaluran kabel didalamnya. Pelapik lantai biasanya boleh dibuka
bagi tujuan pemasangan semula atau penambahan kabel atau sebagainya.

Tanda (dibawahnya
terdapat kotak 4
laluan salur)

kotak 4 laluan
salur

Rajah . Sistem pendawaian salur bawah lantai


Kebaikan sistem pendawaian salur

1. Dapat menempatkan kabel yang banyak


2. Mudah mengubah pendawaian dan kedudukan keluaran mengikut keperluan.
3. Kos pemasangan murah.
4. Perlindungan mekanikan yang baik.
5. Kemas dan mudah dipasang ke alat-alat keluaran.
6. Alat-alat dan perkakas mudah diubah kedudukannya.

Keburukan

1. Merosakkan lantai semasa pemasangan.


2. Boleh menjadi tempat sampah dan habuk terkumpul.
3. Membazir kerana tidak keseluruhan salur digunakan

C: PERATURAAN ELEKTRIK MENGENAI PEMASANGAN SISTEM SALUR.

1. Salur yang dipasang dalam konkrit hendaklah mempunyai ketebalan jejaring konkrit
lapisan lepa tidak kurang 15mm.
2. Setiap pintu masuk ke salur hendaklah dibuat ditempat yang tidak mudah dimasuki
air atau kalis air.
3. Faktor ruang bagi salur ialah 35%