Anda di halaman 1dari 2

ARKIB : 06/03/2001

Guru lewat ke kelas rugikan murid


GURU yang suka lewat masuk kelas, biasanya memberikan pelbagai alasan seperti
terlupa jadual atau tidak ingat.

Ada di kalangan guru yang memberikan alasan terlalu banyak kerja yang perlu
dibereskan. Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru
besar atau pengetua.

Awal-awal tahun, ada guru buat-buat sibuk menyiapkan pelbagai borang dan data
sehingga meninggalkan kelas.

Sekiranya mereka terpaksa menyiapkan tugasan yang amat penting, ini bolehlah
dimaafkan.

Murid-murid yang datang ke sekolah saban hari mengharapkan ilmu pengetahuan


daripada guru.

Sejak awal pagi mereka telah bangun meredah kesejukan pagi dengan satu niat
yang maha suci untuk belajar.

Tetapi apalah malangnya nasib mereka apabila ada segelintir guru yang
mengabaikan tugas untuk mencurahkan ilmu.

Sebenarnya pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku apabila ketiadaan
guru di dalam kelas.

Yang pastinya, suasana bising dan huru-hara di dalam kelas. Murid-murid


mengambil kesempatan berbual-bual dan berborak tanpa tujuan.

Murid-murid yang lebih berani lagi, mula keluar masuk kelas dengan bebas. Tandas
menjadi tempat tumpuan mereka. Apabila berada di sana, perkara susulan
seterusnya berlaku seperti menconteng dinding tandas dengan pelbagai ilham.
Selain itu, di sekolah-sekolah menengah, pelajar akan mengambil kesempatan
melepaskan gian merokok di tandas atau melakukan pelbagai gejala vandalisme.

Selain itu dengan ketiadaan guru di dalam kelas boleh menyebabkan suasana bising
sehingga mengganggu guru mengajar di kelas sebelahnya. Sekiranya, secara
kebetulan ketika itu sekolah dilawati orang luar, sudah tentu imej sekolah tersebut
merudum.

Pelbagai andaian akan dibuat terhadap keseluruhan pentadbiran di sekolah itu.

Secara peribadi, penulis berpendapat seharusnya gejala lewat masuk kelas dan
langsung tidak masuk kelas kerana alasan-alasan yang remeh-temeh sudah tidak
boleh diterima lagi.

Sejak awal persekolahan lagi, guru-guru sudah dilengkapi dengan jadual waktu
kelas dan jadual waktu peribadi. Pembahagian waktu mengajar adalah sama rata
antara guru. Sesekali terlewat masuk kelas mungkin benar-benar guru tersebut
terlupa atau ada hal mustahak yang perlu diselesaikan dengan pentadbiran. Ini
boleh dimaafkan.

Guru hari ini adalah pembentuk generasi yang akan mewarisi tampuk kepimpinan
negara pada masa hadapan.

Mana mungkin mereka akan mampu memimpin sekiranya ketika ini mereka
diabaikan dan tidak diberi ilmu pengetahuan secukupnya.

Justeru seluruh warga pendidik perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk
membentuk murid-murid ini menjadi warganegara yang berguna, berilmu, berdisiplin
dan berketrampilan.

Guru-guru yang terlibat dengan gejala lewat masuk kelas atau ponteng kelas, harus
sedar diri. Masih sempat untuk bertaubat dan tidak meneruskan tabiat ini kerana
usia 2001 masih muda.

Pemerhatian dan pemantauan berterusan hendaklah dijalankan. Guru besar atau


orang-orang kanannya perlu sentiasa turun padang. Sesekali masuklah ke kelas
ketika guru sedang mengajar. Lihat hasil kerja murid kerana dari situ penilaian dapat
dibuat secara spontan terhadap proses pengajaran-pembelajaran yang sedang
berlaku di bilik darjah.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2001&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_06.htm#ixzz4bwMf7taE
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai