Anda di halaman 1dari 36

BAB 1 GELOMBANG (WAVE)

1.1 Gelombang

Menjana idea tentang gelombang

Gelombang air Spring Slinky

Gelombang bunyi

Getaran Tala bunyi Getaran spring

C
B D

A E

Apa itu gerakan Gerakan gelombang ialah getaran yang berulang-


gelombang? ulang dan berkala yang bergerak melalui satu
medium serta memindahkan tenaga dari satu lokasi
ke lokasi yang lain.
Contoh:
- Ombak laut merupakan gelombang yang
membawa tenaga untuk menghakis pantai.
- Gelombang bunyi memindahkan bunyi dari
sumbernya ke telinga.
- Gelombang cahaya memindahkan tenaga dari
matahari ke bumi.

Gelombang memindahkan tenaga tanpa


memindahkan jirim medium yang dilaluinya.

1
Jenis-jenis Gelombang

Gelombang Melintang (Transverse wave)

Gelombang melintang ialah gelombang yang mana zarah mediumnya bergetar pada
arah yang berserenjang dengan arah perambatan gelombang.
Arah perambatan gelombang
Arah gerakan zarah

Zarah

Contoh: Gelombang air, gelombang cahaya

Gelombang Membujur (Longitudinal wave)

Gelombang membujur ialah gelombang yang mana zarah mediumnya bergetar pada
arah yang selari dengan arah perambatan gelombang.

Zarah
Tiada gerakan

Arah perambatan gelombang

Getaran zarah-zarah selari dengan arah perambatan gelombang

Mampatan Regangan Mampatan

Tangan digerakkan ke
depan dan ke belakang

Contoh : Gelombang bunyi

2
Muka gelombang (Wavefront)

Muka gelombang ialah garis yang menyambungkan semua titik yang bergetar pada
fasa yang sama dan berada pada jarak yang sama dari sumber gelombang.
Pencelup
satah

Muka gelombang

Puncak Puncak Lembangan


Tangki
riak
Arah perambatan

Muka gelombang sentiasa berserenjang dengan arah perambatan gelombang.

Muka gelombang satah Muka gelombang membulat

Q S U W

Arah perambatan
gelombang

Arah perambatan
P R T V gelombang
Arah perambatan
Arah perambatan

gelombang
gelombang

Arah perambatan
gelombang

3
Tangki Riak (Ripple tank)
Tangki riak digunakan untuk mengkaji fenomena berkaitan dengan gelombang.

Lampu

Getah
gelang
Bekalan Tangki riak
kuasa Stroboskop
Pencelup satah

Motor
pengetar Air

Kertas putih

Imej gelombang air


Gelombang Satah (Plane wave) Gelombang Membulat (Circular wave)

Pencelup Pencelup
satah sfera

Pembentukan imej gelombang oleh puncak dan lembangan gelombang air


Lengkapkan garis-garis alur cahaya tersebut dan tentukan bahagian cerah dan gelap
yang terbentuk pada skrin putih.
Puncak (Peak)

Air Lembangan (Trough)

Dasar tangki riak

Skrin putih

Cerah Gelap Cerah Gelap Cerah

4
Istilah-istilah dalam kajian gelombang
1. Panjang gelombang, (Wavelength)

Panjang gelombang ialah jarak di antara dua titik sefasa yang berturutan.
Sebutan ialah Lambda

Gelombang Melintang

Puncak Puncak

Lembangan

Gelombang Membujur

Mampatan Mampatan

Regangan Regangan

2. Amplitud, a

Amplitud ialah sesaran maksimum zarah dari kedudukan keseimbangan.

A a a C

B
Ladung

5
3. Tempoh, T (Period)

Tempoh, T ialah masa yang diambil oleh sesebuah sistem ayunan untuk melakukan
satu ayunan lengkap.

Contoh: Graf sesaran melawan masa bagi satu gelombang.


Sesaran
Tempoh

Masa

4. Frekuensi, f
Frekuensi, f ialah bilangan ayunan lengkap dalam satu saat.
Frekuensi diukur dalam unit hertz (Hz).

1
Frekuensi, f
Tempoh, T

5. Laju gelombang, v (Wave speed)


Laju gelombang ialah jarak yang dilalui oleh sesuatu gelombang dalam satu tempoh
masa tertentu dalam arah perambatan gelombang.
s= Jarak yang dilalui oleh suatu gelombang,s
v=
Masa yang diambil, t

Panjanggelombang, 1
v= =
Tempoh,T T

v = Frekuensi, f Panjang gelombang,


v =f
v =f

6
Graf Sesaran Jarak

Sesaran/ m

a
Jarak/ m

-a

Maklumat yang diperolehi daripada graf Sesaran Jarak ialah:


(i) Panjang gelombang,
(ii) Amplitud

Graf Sesaran Masa

Sesaran/ m

Tempoh,T

a
Masa/ s

-a

Maklumat yang diperolehi daripada graf Sesaran Masa ialah:


(i) Tempoh, T
(ii) Amplitud
(iii) Frekuens, f

7
Latihan 1.1 Gelombang

12 cm

3 cm

(1) Tentukan panjang gelombang, dan (2) Gambar rajah menunjukkan sejenis
amplitud, a. gelombang melintang. Pasangan titik
manakah merupakan panjang gelombang
1.5 = 12 cm Amplitud, a
bagi gelombang itu?
12 3
= cm = cm
1.5 2 AD, BE dan CF
= 8 cm = 1.5 cm

(4) Sebuah wisel menghasilkan bunyi


pada frekuensi 400 Hz. Jika halaju bunyi
60 cm -1
ialah 600 ms , tentukan panjang
gelombang bunyi itu.

f = 400 Hz, v = 600 m s-1


(3) Suatu spring slinky digetarkan untuk
menghasilkan gelombang membujur. v f
Hitung panjang gelombang, bagi v
gelombang.
2 60 cm f
600
60
cm 400
2
1.5 m
30 cm

Sesaran/m
Sesaran/cm

Jarak/cm
Jarak/cm

(5) Seutas tali digetarkan menghasilkan (6) Rajah menunjukkan bentuk gelombang
gelombang seperti rajah di atas dengan pada spring slinky yang digetarkan pada
kadar 10 getaran sesaat. Halaju frekuensi 8 Hz. Berapakah
gelombang adalah? (i) amplitud
(ii) panjang gelombang
f = 10 getaran/saat, = 40 cm (iii) halaju gelombang

v f (i) Amplitud = 10 m
(ii) Panjang gelombang = 1.0 cm
v 10 40
(iii) Halaju gelombang
v 400 cm s -1 v f
v 8 1
v 8 cm s -1

8
(8) Dalam satu eksperimen, Dina
12 cm
merekodkan ayunan bandul melakukan 30
ayunan lengkap dalam masa 15 saat.
Berapakah nilai
(a)Tempoh ayunan?
(b) Frekuensi ayunan?
(7) Tentukan panjang gelombang bagi
gelombang air tersebut. 15
(a) Tempoh 0.5 s
10 12 cm 30
12 1
cm (b) Frekuensi 2 Hz
10 0.5 s
1.2 cm

Sesaran/cm Sesaran/cm

5 5

0 2 4 2 4 6 Jarak/cm
6 Masa/s -5
-5
(10) Cari nilai panjang gelombang dan
(9) Cari nilai frekuensi. amplitud.
Panjang gelombang, = 4 cm
1 1
Frekuensi 0.25 Hz Amplitud, a = 5 cm
T 4
(11) Suatu gelombang air mempunyai (12) Gelombang air yang mempunyai
halaju 40 cm s-1 dan panjang gelombang panjang gelombang 6 cm dan bergerak
4 cm di kawasan air dalam. dengan halaju 12 cm s-1 di kawasan air
Di kawasan air cetek halajunya menjadi cetek. Apabila gelombang air itu bergerak
10 cm s-1. Berapakah panjang gelombang di kawasan air dalam halajunya menjadi
di kawasan air cetek? 20 cm s-1. Panjang gelombang di kawasan
Kawasan air dalam: Kawasan air cetek: air dalam adalah
v f v f Kawasan air cetek: Kawasan air dalam:
v f v f
v 40 v 10
f v 12 v 20
4 f 10 f
f 10 Hz 1.0 cm 6 f 2
f 2 Hz 10.0 cm

4 cm

4.5 cm

150 cm
(13) Gelombang membulat ini dihasilkan Tala bunyi
oleh pencelup sfera yang bergetar
(14) Tentukan nilai amplitud dan panjang
dengan frekuensi 5 Hz. Berapakah laju
gelombang.
gelombang tersebut.
4 3 150 cm
3 4.5 cm v f 5(1.5) a 2 cm
2 150
4.5 7.5 cm s -1 50 cm
1.5 cm 3
3

9
Resonans (Resonance)
Resonans bermaksud suatu sistem yang bergetar dengan amplitud maksimum.

Resonans berlaku apabila suatu sistem bergetar dengan frekuensi yang sama
dengan frekuensi aslinya.

Frekuensi asli ialah frekuensi satu sistem yang bergetar tanpa sebarang daya luar
bertindak ke atasnya.
Eksperimen menunjukkan fenomena resonans
Ayunkan bandul X
Didapati semua bandul berayun.
Tetapi bandul D berayun dengan amplitud
maksimum.

Ini disebabkan panjang bandul X = panjang


bandul D.

Frekuensi ayunan bandul X = Frekuensi


ayunan bandul D.

Bandul D berayun dengan amplitud


maksimum untuk menghasilkan fenomena
Bandul Barton resonans.

Contoh-contoh fenomena resonans dalam kehidupan harian


Fenomena 1:
Ahli muzik menalakan frekuensi tali gitar/tali
piano sama dengan frekuensi asli tali
gitar/piano. Tali bergetar dengan amplitud
maksimum menghasilkan bunyi yang kuat.

Fenomena 2:
Penyanyi soprano menyanyi pada frekuensi
sama dengan frekuensi asli getaran gelas.
Getaran maksimum gelas menyebabkan
gelas pecah.

Fenomena 3:
Tiupan angin kuat menyebabkan jambatan
bergetar dengan frekuensi yang sama
dengan frekuensi aslinya. Jambatan akan
runtuh hasil getaran jambatan pada amplitud
maksimum.

10
Pelembapan (Damping)
Pada hakikatnya suatu sistem bergetar
Sesaran/m Amplitud berkurang akhirnya akan berhenti atau amplitudnya
semakin berkurang terhadap masa. Ini
disebabkan oleh proses pelembapan.
Masa/s
Proses pelembapan ialah proses
kehilangan tenaga pada sistem bergetar
dalam bentuk tenaga haba.
Frekuensi tidak berubah Pelembapan luaran disebabkan faktor-
faktor luaran seperti rintangan udara dan
geseran.

Pelembapan dalaman disebabkan faktor-


faktor dalaman seperti geseran antara
atom-atom semasa atom-atom bergetar.

Satu contoh kegunaan pelembapan dalam


kehidupan seharian ialah spring pada
kereta akan berhenti bergetar apabila
terhentak pada permukaan jalan yang
keras.

Latihan: Resonan dan Pelembapan

L
5
Kedudukan tertinggi

Kedudukan terendah
Rajah di atas menunjukkan sebuah bandul ringkas yang berjisim 40.0 g dan
mempunyai panjang, L 20.0 cm. Bandul tersebut membuat 20 ayunanan lengkap
dalam masa 5.0 saat.
Hubungan antara tempoh ayunan, T bandul ringkas dengan panjang bandul, L
dinyatakan dalam formula :
L
T 2 di mana g ialah pecutan graviti
g

(a) Dengan menggunakan huruf-huruf A, B dan C pada rajah, nyatakan


(i) Kedudukan keseimbangan
B
.............................................................

(ii) Urutan kedudukan ladung apabila membuat satu ayunan lengkap


ABCBA
.............................................................

11
(b) Kira nilai Tempoh, T.
5
T 0.25 s
20

(c) Kira nilai frekuensi ayunan bandul itu.

1 1
f 4 Hz
T 0.25

(d) Apakah yang terjadi kepada frekuensi ayunan bandul jika ladung
berjisim 50.0 g digunakan. Berikan alasan anda.
Tiada perubahan. Kerana frekuensi tidak bergantung kepada jisim ladung
........................................................................................................................

(e) Berapakah nilai frekuensi ayunan bandul apabila panjang bandul, L


ditambah kepada 80 cm?

L 0.8 1 1
T 2 2 f
g 10 T 1.78
f 0.56 Hz
T 1.78 s
(f) Selepas berayun beberapa ketika didapati bandul itu akhirnya berhenti.
Mengapakah bandul itu berhenti?
Kesan pelembapan berlaku disebabkan geseran dan rintangan udara.
..........................................................................................................................

(g) Lakarkan graf sesaran-masa untuk menunjukkan ayunan bandul


sehingga ia berhenti.

Sesaran

Masa

(h) Nyatakan jenis-jenis tenaga semasa bandul itu berada


(i) di B
Tenaga kinetik
..................................................................................
(ii) di C
Tenaga keupayaan graviti
..................................................................................

(iii) di antara B dan C


Tenaga kinetik dan tenaga keupayaan graviti
..................................................................................

12
1.2 Fenomena gelombang 1 : Pantulan Gelombang (Reflection of wave)

Pantulan Gelombang Pantulan gelombang berlaku apabila


gelombang berlanggar dengan satu pemantul.
Pemantul
Gelombang terpantul mengalami perubahan
arah perambatan gelombang.

Nilai frekuensi (f), panjang gelombang () dan


Gelombang Gelombang laju gelombang (v) adalah kekal sama selepas
tuju terpantul pantulan.

i = Sudut tuju Pantulan gelombang terjadi untuk semua jenis


r = Sudut pantulan gelombang seperti gelombang air, gelombang
cahaya dan gelombang bunyi.

Pantulan gelombang bunyi disebut sebagai


gema.

Fenomena pantulan gelombang mematuhi


Hukum Pantulan.
Hukum Pantulan Menurut Hukum Pantulan:

Sudut tuju, i = Sudut pantulan, r

Pantulan Gelombang air Pantulan gelombang air boleh dikaji dan


diperhatikan menggunakan tangki riak dan
pemantul satah.

Lengkapkan rajah-rajah di bawah untuk menunjukkan pantulan gelombang air

13
1.3 Fenomena gelombang 2 : Pembiasan Gelombang (Refraction of wave)

Pembiasan gelombang Pembiasan gelombang ialah satu fenomena


gelombang di mana arah perambatan gelombang
Contoh 1: Gelombang cahaya berubah apabila merambat dari satu medium ke
medium yang lain.

Perubahan arah perambatan gelombang


disebabkan laju gelombang berubah apabila
merambat dari satu medium ke medium yang
lain.

Contoh 3: Gelombang bunyi

Udara sejuk
Gelombang cahaya terbias
apabila merambat dari medium Gelombang
udara ke medium kaca. bunyi
Contoh 2: Gelombang air
Udara panas
Kawasan dalam

Gelombang bunyi merambat lebih laju dalam udara


panas berbanding dalam udara sejuk disebabkan
oleh pergerakan molekul-molekul udara yang lebih
laju dalam udara panas berbanding udara sejuk.
Maka, gelombang bunyi akan terbias apabila
Kawasan cetek merambat antara dua lapisan udara ini.
Gelombang air terbias apabila Di waktu siang, gelombang bunyi terbias menjauhi
merambat dari kawasan dalam permukaan bumi. Oleh sebab itu, kita tidak dapat
ke kawasan cetek. mendengar bunyi dari sumber gelombang yang
jauh.

Apa terjadi kepada nilai Selepas pembiasan gelombang, frekuensi


frekuensi, panjang gelombang, gelombang tidak berubah, tetapi panjang
laju dan arah perambatan gelombang, laju dan arah perambatan gelombang
gelombang selepas berubah.
pembiasan?

f Tidak berubah
: .......................... Cepat
Perlahan
Berubah
: ..........................

v Berubah
: ..........................
Berubah
Arah : ...........................

Bongkah
Cepat
kaca

14
Pembiasan Gelombang air
Hubungan antara laju gelombang, v dan panjang gelombang, bagi gelombang air
pada kawasan dalam dan kawasan cetek.

v1 > v2
v = f v1 v2
Frekuensi, f adalah 1 > 2
malar; 1 2
v
f = Pemalar

Maka,
v1 v 2

1 2
Dengan menggunakan perkataan bertambah, berkurang, berubah dan tidak
berubah lengkapkan jadual di bawah.
Kuantiti Fizik Gelombang air merambat Gelombang air merambat
Gelombang dari kawasan dalam dari kawasan cetek
kawasan cetek kawasan dalam
Frekuensi Tidak berubah Tidak berubah
Panjang gelombang Berkurang Bertambah
Laju gelombang Berkurang Bertambah
Arah gelombang Berubah Berubah
a
Perambatan gelombang air Perambatan gelombang air
dari kawasan dalam ke kawasan cetek dari kawasan cetek ke kawasan dalam

Kawasan dalam Kawasan cetek Kawasan cetek Kawasan dalam

Arah gelombang air terbias Arah gelombang air terbias


mendekati
............................... garis normal. menjauhi
.............................. garis normal.
Blok kaca cembung Blok kaca cekung

menumpu mencapah
Gelombang air ...........................
Gelombang air ...................................

15
Pembiasan Gelombang cahaya

normal normal
Medium Medium
kurang tumpat lebih tumpat

Medium Medium
lebih tumpat kurang tumpat

Gelombang cahaya terbias Gelombang cahaya terbias


mendekati
................................ garis normal menjauhi
................................ garis normal

Pembiasan Gelombang bunyi

Gas karbon dioksida Gas helium


lebih tumpat daripada udara kurang tumpat daripada udara
menumpu
Gelombang bunyi .................................... mencapah
Gelombang bunyi ...................................

Pembiasan Gelombang bunyi di waktu malam

Udara panas

Gelombang bunyi

Udara sejuk

Di waktu malam, gelombang bunyi terbias mendekati permukaan bumi.


Oleh sebab itu, kita dapat mendengar bunyi dari sumber gelombang yang jauh.

16
Latihan 1.3 Pembiasan gelombang

(1) Satu gelombang satah mempunyai


panjang gelombang 2 cm dan berhalaju Kawasan cetek : 1 = 2 cm, v1 = 8 cm s-1
8 cm s-1 merambat merentasi kawasan Kawasan dalam: v2 = 12 cm s-1, 2 = ?
cetek. Apabila gelombang tersebut
menuju ke kawasan dalam, laju v1 v 2

gelombang menjadi 12 cm s-1, tentukan 1 2 v 2 f2
nilai
8 12 12 f 3
(a) Panjang gelombang
2 2 12
f
(b) Frekuensi 12 2 3
2
8 f 4 Hz
2 3 cm

(2) Rajah menunjukkan perambatan


gelombang air dari kawasan P ke Kawasan P: 1 = 3 cm, v1 = 18 cm s-1
kawasan Q yang berbeza kedalaman. Kawasan Q: 2 = 1.5 cm s-1, v2 = ?

v1 v 2

1 2
18 v 2

3 1.5
v 2 6 1.5
v 2 9 cm s -1

Jika laju gelombang tersebut 18 cm s-1 di


kawasan P. Tentukan laju gelombang
tersebut di kawasan Q.

(3) Lengkapkan pembiasan gelombang air berikut:


dalam cetek dalam dalam cetek dalam

cetek dalam
cetek dalam
dalam dalam

17
1.4 Fenomena Gelombang 3: Pembelauan Gelombang

Pembelauan Gelombang Pembelauan gelombang ialah fenomena penyebaran


gelombang apabila melalui satu penghalang atau
satu celah.

Eksperimen tangki riak

Pembelauan gelombang oleh satu penghalang

Fenomena
pembelauan gelombang air
Pembelauan gelombang oleh satu celah

Ciri-ciri pembelauan 1. Pembelauan menyebabkan arah perambatan


gelombang gelombang dan bentuk gelombang berubah.

2. Fenomena pembelauan juga menyebabkan


amplitud gelombang berkurang akibat sebaran
gelombang ke kawasan yang lebih luas.

3. Frekuensi, panjang gelombang dan laju


gelombang tidak berubah selepas pembelauan.

Contoh-contoh fenomena pembelauan gelombang

Gelombang air Gelombang radio Gelombang cahaya

18
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan pembelauan gelombang
1. Saiz penghalang atau celah
Kesan pembelauan gelombang semakin ketara apabila saiz penghalang atau celah
berkurang.

Celah besar Celah kecil

Saiz penghalang besar Saiz penghalang kecil

2. Panjang gelombang
Kesan pembelauan gelombang semakin ketara apabila panjang gelombang
bertambah.

Panjang gelombang kecil Panjang gelombang besar

Panjang gelombang kecil Panjang gelombang besar

19
Pembelauan Gelombang bunyi

Gelombang bunyi akan mengalami


pembelauan apabila melalui satu celah
tunggal atau pepenjuru suatu dinding.

Contoh
Pemerhati yang berada di belakang
tembok boleh mengesan gelombang
bunyi walau sumber bunyi tidak
kelihatan.

Pembelauan Gelombang cahaya


Laser
Gelombang cahaya mengalami
pembelauan apabila melalui satu celah
tunggal.

Cahaya merah Cahaya biru


Saiz celah Saiz celah

Pemerhatian:
Semakin bertambah panjang gelombang, semakin bertambah kesan pembelauan
.................................................................................................................................................
gelombang.
.................................................................................................................................................

Saiz celah besar Saiz celah kecil


Saiz celah Saiz celah

Pemerhatian:
Semakin berkurang saiz celah, semakin bertambah kesan pembelauan
.................................................................................................................................................
gelombang.
.................................................................................................................................................

Pembelauan gelombang bunyi adalah lebih mudah dikesan berbanding dengan


pembelauan gelombang cahaya.
Ini adalah adalah kerana panjang gelombang bunyi adalah lebih besar
berbanding dengan panjang gelombang cahaya yang lebih kecil.

20
Latihan 1.4 Pembelauan gelombang

(1) Apakah itu pembelauan gelombang?


Fenomena penyebaran gelombang apabila melalui suatu celah atau
...................................................................................................................................................
suatu penghalang kecil.
...................................................................................................................................................

(2) Apakah yang berlaku kepada kuantiti-kuantiti fizik gelombang berikut dalam
fenomena pembelauan?

Frekuensi, f Tidak berubah


Panjang gelombang, Tidak berubah
Laju gelombang, v Tidak berubah
Amplitud, a Berkurang

(3) Tandakan () pada jawapan yang betul.


Darjah pembelauan gelombang semakin ketara/bertambah apabila:

Panjang gelombang Bertambah Berkurang


Saiz bukaan celah Bertambah Berkurang

Saiz penghalang Bertambah Berkurang
(4) Lukiskan corak pembelauan gelombang yang berlaku pada setiap rajah di bawah.

21
1.5 Fenomena Gelombang 4: Interferens gelombang

Interferens Interferens gelombang ialah kesan superposisi yang


dihasilkan oleh dua atau lebih gelombang yang
koheren yang bertemu dan bertindih ketika merambat
dalam medium yang sama.

Sumber koheren Sumber koheren merupakan sumber gelombang yang


menghasilkan gelombang-gelombang yang
mempunyai frekuensi yang sama dan mempunyai beza
fasa, yang tetap.

Dua pencelup yang


bergetar pada frekuensi
yang sama menghasilkan
dua gelombang air yang
koheren.

Prinsip Superposisi Prinsip superposisi menyatakan bahawa apabila dua


atau lebih gelombang bertindih pada satu titik pada
satu masa yang tertentu, sesaran paduan gelombang
pada titik itu adalah sama dengan hasil tambah
sesaran setiap komponen gelombang yang terlibat.

Terdapat dua kesan superposisi yang boleh berlaku


yang dinamakan interferens membina dan interferens
memusnah.

Interferens membina Interferens membina ialah kesan hasil paduan dua


gelombang yang sama fasanya (sama ada dua puncak
atau dua lembangan) bertemu pada satu titik, x untuk
menghasilkan gelombang paduan dengan nilai
amplitud = +2a atau -2a.

+2a
+a +a
x x

Puncak bertemu puncak

x
x
-a -a
-2a

Lembangan bertemu lembangan

22
Interferens memusnah Interferens memusnah ialah kesan hasil paduan dua
gelombang di luar fasanya (satu puncak dan satu
lembangan) bertemu pada satu titik, x untuk
menghasilkan gelombang paduan dengan nilai
amplitud = 0.

+a x x

-a

Interferens gelombang air Corak interferens gelombang air berlaku apabila dua
gelombang koheren bersuperposisi.

S1
Fenomena
interferens gelombang air

S2

Sumber S1 dan Sumber S2 merupakan sumber


Tangki riak
gelombang koheren.

Corak interferens gelombang air yang ditunjukkan


merupakan hasil interferens membina dan interferens
memusnah yang berlaku.

Untuk memudahkan perbincangan, muka gelombang


bagi puncak diwakili oleh garis penuh manakala muka
gelombang bagi lembangan diwakili oleh garis putus-
putus seperti dalam rajah muka surat sebelah.
Corak interferens
gelombang air

23
Interferens membina
Interferens membina berlaku
apabila dua puncak atau dua
lembangan bertemu semasa
perambatan.
Garis antinod
Titik-titik berlakunya
interferens membina dipanggil
titik antinod.
Titik antinod bagi puncak
maksimum (puncak Garis nod
bertemu puncak)

Titik antinod bagi lembangan


maksimum (lembangan S1
bertemu lembangan)
Garis antinod
Garisan yang menyambungkan
titik-titik antinod dipanggil
garis antinod.
S2

Interferens memusnah
Interferens memusnah berlaku Garis nod
apabila satu puncak dan satu
lembangan bertemu semasa
perambatan.

Titik-titik berlakunya
interferens memusnah Garis antinod
dipanggil titik nod.
Titik nod bagi sesaran sifar
(puncak bertemu lembangan)

Garisan yang menyambungkan


titik-titik nod dipanggil
Muka gelombang bagi puncak
garis nod.
Muka gelombang bagi lembangan

24
Faktor-faktor yang mempengaruhi corak interferens gelombang
Corak interferens gelombang
dipengaruhi oleh:

(a) Jarak antara sumber yang


koheren S1 dan S2, a.

(b) Jarak pemisah di antara dua


garis antinod berturutan
atau antara dua garis nod
yang berturutan, x. S1
X
(c) Jarak serenjang di antara
dua sumber gelombang
dengan kedudukan di mana a
x diukur, D.

(d) Panjang gelombang, .


X
Faktor-faktor interferens
S2
gelombang ini boleh
dihubungkan oleh rumus:

ax

D

Hubungan antara a dan x:


a berkadar songsang dengan x

S1

S1

a x a x

S2
S2

D D

25
Hubungan antara dengan x:
berkadar langsung dengan x

S1 S1

a x a x

S2 S2

D D

Interferens Gelombang Cahaya

Interferens gelombang cahaya Corak interferens gelombang cahaya dapat


ditunjukkan melalui eksperimen dwicelah Young.

Pinggir cerah
Pinggir gelap
Pinggir cerah
Pinggir gelap
Pinggir cerah
Pinggir gelap
Pinggir cerah
Cahaya Pinggir gelap

Laser pen digunakan kerana laser Pinggir cerah


mengeluarkan cahaya
monokromatik iaitu gelombang Skrin
cahaya yang mempunyai satu
panjang gelombang sahaja.

26
Eksperimen dwicelah Young
boleh digunakan untuk
mengukur panjang gelombang
sesuatu sumber cahaya dengan
menggunakan persamaan:

ax x

D a

Interferens Gelombang Bunyi


Interferens gelombang Penjana audio
bunyi berlaku apabila
gelombang bunyi
dikeluarkan dari dua
pembesar suara yang
diletakkan bersebelahan.

K Bunyi Kuat
L Bunyi Lemah

Nilai x diukur antara dua Pembesar


tempat di mana bunyi kuat, suara
(K) berturutan atau diukur
antara dua tempat di mana
bunyi lemah (L) berturutan a
didengari.
D
Jarak antara dua pembesar
suara ialah nilai a.

Jarak serenjang antara dua x


pembesar suara dengan
tempat di mana nilai x K L K L L K L K L K L K L K L K
diukur ialah nilai D.

Panjang gelombang bunyi


yang digunakan diukur
dengan menggunakan
persamaan:
ax

D

27
Latihan 1.5 Interferens gelombang

(1) Labelkan dengan anak panah (2) Dalam satu eksperimen Young, jarak
jarak antara dua sumber pemisahan antara pinggir cerah berturutan
gelombang air koheren, a, jarak adalah x dan jarak antara dwicelah dan skrin, D
sumber dengan lokasi ax
pencerapan jarak antara dua garis diberi oleh formula Young: .
D
nod berturutan, D dan jarak antara
Lakarkan graf a melawan x dan graf D melawan x.
dua garis nod berturutan, x.
a D

x x

(3) Satu sumber cahaya monokromatik digunakan dalam satu


eksperimen Young dan pinggir-pinggir terhasil adalah seperti
rajah di atas di mana H = 2.5 10-3 m. Jika jarak pemisahan
dwicelah adalah 3 10-4 m dan jarak antara dwicelah dan skrin
adalah 3.0 m, hitungkan panjang gelombang cahaya tersebut.
2.5 10 -3 m
x ax 3 10 -4 5 10 -4
5 5 10 -8 m
-4 D 3
x 5 10 m
(4) (a) Apakah yang terjadi kepada
Penjana gelombang bunyi di titik
audio (i) A, C dan E
Interferens membina
.........................................................
2m
(ii) B, D dan F
Pembesar Pembesar
Interferens memusnah
.........................................................
suara suara
5m (b) Jika halaju bunyi ialah 360 m s-1,
tentukan
(i) Panjang gelombang bunyi.
O P v f
360 2400
Arah gerakan murid
360
0.15 m
Rajah menunjukkan dua buah pembesar 2400
suara berada sejauh 2.0 m antara satu sama
lain dan disambung ke satu penjana audio (ii) Jarak AF
yang mempunyai frekuensi 2.4 kHz. Seorang ax
Jarak AF
murid berjalan di hadapan kedua-dua D
pembesar suara yang berada sejauh 5.0 m 2x 0.375 2.5
daripadanya di sepanjang garis OP. Murid itu 0.15
5 0.9 m
mendapati di titik A, C dan E adalah kawasan
0.75
bunyi kuat dan titik B, D dan F adalah x 0.375 m
merupakan kawasan bunyi lemah. 2

28
1.6 Gelombang bunyi

(1) Bunyi ialah suatu bentuk tenaga


yang merambat sebagai
gelombang dan menyebabkan
gegendang telinga bergetar.

(2) Gelombang bunyi dihasilkan


oleh objek yang bergetar.

Gelombang bunyi menyebabkan


gegendang telinga bergetar

(3) Apabila molekul-molekul udara


digetarkan siri mampatan dan
siri rengangan berselang seli
dihasilkan dan dengan itu
tenaga bunyi dipindahkan.
Mampatan Regangan
(4) Gelombang bunyi merambat
sebagai gelombang membujur.
(a)
(5) Laju gelombang bunyi berbeza
bergantung kepada keadaan
jirim medium dan suhu medium.

(a) Laju bunyi di dalam pepejal


Arah perambatan
lebih tinggi daripada di dalam
cecair. Laju bunyi dalam
cecair pula lebih tinggi
daripada di dalam udara.
(b)
Semakin padat susunan zarah
Getaran tala bunyi menghasilkan siri regangan
medium, semakin tinggi laju
dan mampatan zarah-zarah udara.
bunyi.
Medium Laju bunyi (ms-1)
(b) Semakin tinggi suhu medium, Udara (20C) 343.26
semakin tinggi laju bunyi. Udara (35C) 351.96
Air 1484
Besi 5120
(6) Gelombang bunyi tidak boleh
melalui vakum. Ini dapat Eksperimen:
dibuktikan dengan dengan Menunjukkan gelombang bunyi tidak boleh
meletakkan loceng di dalam merambat tanpa kehadiran medium.
bekas vakum. Apabila loceng
dihidupkan, pemukul loceng
bergetar dan menghasilkan
bunyi. Apabila udara di dalam
balang dikeluarkan, bunyi
loceng tidak kedengaran lagi
disebabkan tiada zarah udara di
dalam balang. ke pam vakum

29
Hubungan antara kenyaringan Kenyaringan bunyi bergantung kepada amplitud
bunyi (loudness) dengan gelombang bunyi.
amplitud gelombang bunyi:
Semakin tinggi amplitud gelombang bunyi,
semakin tinggi kenyaringan bunyi.
Kenyaringan Kenyaringan
bertambah berkurang

Amplitud Amplitud
bertambah berkurang

Frekuensi Gelombang asal Frekuensi


berkurang bertambah

Kelangsingan Kelangsingan
berkurang bertambah

Hubungan antara kelangsingan Kelangsingan bunyi bergantung kepada frekuensi


bunyi (pitch) dengan gelombang bunyi.
frekuensi gelombang bunyi:
Semakin tinggi frekuensi gelombang bunyi,
semakin tinggi kelangsingan bunyi.

Eksperimen:
(A) Mengkaji hubungan antara kenyaringan dengan amplitud.

Panjang
gelombang

Pembesar OSK Tempoh


suara

Prosedur:
(1) Mikrofon disambung kepada Osiloskop Sinar Katod (OSK) manakala pembesar
suara disambung kepada penjana isyarat audio.
(2) Penjana isyarat audio dihidupkan.
(3) Kenyaringan bunyi diperhatikan bagi setiap pelarasan amplitud gelombang
bunyi yang diubah.

30
Tentukan tahap kenyaringan bunyi berdasarkan corak gelombang bunyi berikut:

Corak Amplitud Tahap kenyaringan bunyi


gelombang bunyi (Rendah/Sederhana/Tinggi) (Rendah/Sederhana/Tinggi)

Rendah Rendah

Sederhana Sederhana

Tinggi Tinggi

(B) Mengkaji hubungan kelangsingan dengan frekuensi.

Prosedur:
(1) Mikrofon disambung kepada Osiloskop Sinar Katod (OSK) manakala pembesar
suara disambung kepada penjana isyarat audio.
(2) Penjana isyarat audio dihidupkan.
(3) Kelangsingan bunyi diperhatikan bagi setiap pelarasan frekuensi gelombang
bunyi diubah.

Tentukan tahap kelangsingan bunyi berdasarkan corak gelombang bunyi berikut:

Corak Frekuensi Tahap kelangsingan bunyi


gelombang bunyi (Rendah/Sederhana/Tinggi) (Rendah/Sederhana/Tinggi)

Rendah Rendah

Sederhana Sederhana

Tinggi Tinggi

31
Aplikasi pantulan gelombang bunyi
(1) Pantulan gelombang bunyi dinamakan gema.
(2) Antara aplikasi pantulan gelombang bunyi ialah SONAR, Sonogram dan dalam
bidang perindustrian.
SONAR
Kapal

Permukaan laut

Penerima t
Pemancar

Dasar laut OSK boleh digunakan bagi


menentukan nilai selang masa, t.

SONAR (Sound Navigation And Ranging) digunakan untuk mengesan objek-objek


di bawah permukaan air atau mengukur kedalaman laut.
Gelombang ultrasonik (gelombang bunyi berfrekuensi > 20 000 Hz) digunakan.
Gelombang ultrasonik dipancarkan dari satu alat pemancar dan dipantulkan oleh
objek-objek di dasar laut. Kemudian gelombang pantulan dikesan semula oleh
alat penerima.
Selang masa, t antara pemancaran dengan penerimaan semula isyarat
gelombang ultrasonik diukur dengan menggunakan alat elektronik.
Jika laju gelombang bunyi, v diketahui, kedalaman dasar laut, d boleh diukur
dengan menggunakan formula:
t
d v
2
Sonogram Transduser menukarkan tenaga elektrik
kepada tenaga bunyi untuk menghasilkan
gelombang ultrasonik.
Gelombang ultrasonik yang dipancarkan
akan dipantulkan apabila terkena bayi
dalam kandungan ibu lalu dikesan semula
oleh transduser.

transduser

Dalam bidang perindustrian Gelombang ultrasonik dipancarkan ke


Ke pemproses isyarat dalam struktur logam dan bahagian enjin
untuk mengesan keretakan dan kerosakan
Bahan bahagian dalam enjin.
Sumber Pengesan
logam

Ultrasound
dipantulkan

Keretakan

32
Latihan 1.6: Menghitung jarak menggunakan pantulan gelombang bunyi

(1) Rajah menunjukkan penggunaan gelombang ultrasonik


oleh sebuah kapal untuk menentukan kedalaman laut.
Selang masa antara pemancaran dan penerimaan gema
bunyi ultrasonik tersebut ialah 0.06 saat. Kelajuan
gelombang ultrasonik di dalam air laut ialah 1500 m s-1.

(a) Tentukan jarak yang dilalui oleh gelombang ultrasonik


tersebut dalam tempoh 0.06 saat.
s vt
s 1500 0.06
s 90 m

(b) Tentukan kedalaman laut tersebut.


v t 2d s
d
2 atau 90 m
1500 0.06 d 45 m
d 45 m 2
2
(2) Sebuah kapal menggunakan suatu sonar untuk mengesan kedalaman dasar laut
yang berkedalaman 30 m. Didapati bahawa sela masa antara pemancar isyarat
ultrasonik dan penerimaan gema ialah 0.04 saat. Berapakah halaju bunyi dalam
air?
2d
v
t
2 30
1 500 m s -1
0.04

(3) Seorang murid berdiri di antara sebuah dinding yang rata dengan sebuah
pembesar suara seperti dalam rajah. Pembesar suara mengeluarkan gelombang
bunyi. Bunyi pertama yang didengari oleh murid adalah dari pembesar suara.
Bunyi kedua yang didengari oleh murid ialah bunyi yang dipantulkan semula oleh
dinding yang rata tersebut. Berapakah selang masa antara bunyi yang pertama
dengan bunyi yang kedua? [Diberi laju gelombang bunyi di udara ialah 330 m s-1]

Pembesar suara

330 m 450 m

Sela jarak, s 2(330 m) s


v
t
660 m
s 660
t 2.0 s
v 330

33
1.7 Gelombang elektromagnet

Gelombang Elektromagnet
(1) Gelombang Elektromagnet ialah gelombang yang terdiri daripada komponen
getaran medan magnet dan getaran medan elektrik yang saling berserenjang
antara satu dengan lain dan dengan arah perambatan gelombang.

Arah perambatan
Medan elektrik Medan magnet

(2) Gelombang elektromagnet ialah sejenis gelombang melintang.


(3) Dalam gelombang elektromagnet, medan elektrik bersudut tepat terhadap medan
magnet dan medan-medan tersebut juga saling bersudut tepat terhadap arah
perambatan untuk ketika masa yang tertentu.
(4) Terdapat pelbagai jenis gelombang yang termasuk dalam siri gelombang
elektromagnet ini dengan panjang gelombang dan frekuensi yang berlainan.
Spektrum Elektromagnet Spektrum elektromagnet merupakan satu siri susunan
gelombang elektromagnet yang disusun mengikut
tertib frekuensi dan panjang gelombang.

Apabila frekuensi bertambah, panjang gelombang


berkurang.

Panjang gelombang semakin berkurang

Panjang
gelombang

Jenis sinaran: Gel. Radio Gel. Mikro Sinar Inframerah Cahaya Sinar Sinar - X Sinar Gama
tampak ultraungu

Frekuensi

Frekuensi gelombang semakin bertambah

Spektrum elektromagnet

34
Cahaya tampak Cahaya tampak merupakan salah satu komponen
dalam spektrum electromagnet.
Hanya cahaya tampak boleh dilihat oleh mata manusia.

Ciri-ciri gelombang (1) Merupakan gelombang melintang


elektromagnet (2) Merambat dengan laju cahaya, c = 3 108 m s-1
(3) Menunjukkan sifat-sifat gelombang seperti
pantulan, pembiasan, belauan dan interferens
(4) Merambat melalui vakum dengan laju cahaya
(5) Mematuhi formula gelombang, v = f

Aplikasi gelombang elektromagnet

Gelombang Sumber Contoh Aplikasi


Gelombang radio Litar pengayun (a) Bidang komunikasi dan telefon
elektrik ATUR
(b) Sistem pemancaran dan
penerimaan radio dan TV
(c) Penghantaran data antara dua gajet
komunikasi (bluetooth)

Gelombang mikro Getaran cas elektrik (a) Komunikasi statelit dan telefon
satelit
(b) Memasak makanan dalam ketuhar
gelombang mikro
(c) Sistem radar pengesan

Inframerah Jasad yang panas (a) Lampu inframerah yang digunakan


dalam fisioterapi.
(b) Gambar inframerah digunakan
sebagai suatu kaedah penyiasatan
dalam perubatan.
(c) Alat kawalan jauh

Cahaya nampak Api, jasad panas yang (a) Membolehkan penglihatan


membara, tiub (b) Proses fotosistesis
nyahcas, matahari (c) Fotografi

Sinar Ultraungu Tiub nyahcas wap (a) Pensterilan


merkuri pada tekanan (b) Mengesan wang palsu
rendah, jasad yang (c) Penghasilan vitamin D dalam
panas badan

Sinar X Tiub sinar X (a) Radiografi Sinar X


(Gambar foto sinar X)
(b) Pengesanan retakan dan kecacatan
struktur binaan

Sinar- gama () Pereputan bahan (a) Membunuh sel kanser


radioaktif (b) Pensterilan alat pembedahan
(c) Pengawalan serangga perosak

35
Kesan sampingan gelombang elektromagnet

Kesan sampingan boleh terjadi jika berlaku pendedahan berlebihan kepada


komponen-komponen tertentu dalam spektrum elektromagnet.
Jenis gelombang Kesan sampingan
Gelombang radio Tiada bukti klinikal
Gelombang mikro Memanaskan sel badan. Ketuhar gelombang mikro
berupaya menukarkan sesetengah mineral kepada
agen karsinogen yang mencetuskan kanser.
Sinar inframerah Melecurkan kulit
Sinar tampak Tiada bukti klinikal
Sinar ultraunggu Mencetuskan kanser kulit, keradangan mata
Sinar X Memusnahkan sel sihat
Sinar gama Mengakibatkan mutasi sel dan mencetuskan kanser

Latihan 1.7 Gelombang elektromagnet

(1) Rajah menunjukkan gelombang elektromagnet merambat melalui ruang udara.

Medan elektrik

Arah perambatan
Medan magnet

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan gelombang elektromagnet?


Gelombang elektromagnet ialah gelombang yang terdiri daripada getaran medan
...................
dan getaran medan elektrik yang saling berserenjang antara satu sama lain.
...................

(b) Berikan dua ciri sepunya bagi gelombang dalam spektrum elektromagnet.
1. Merupakan sejenis gelombang melintang
..
2. Merambat melalui vakum dengan laju cahaya
..

(c) Tentukan jenis gelombang yang digunakan dalam gambar-gambar berikut:

Alat kawalan Perubatan


jauh Sistem radar Pengesan
wang palsu
Inframerah Sinar-X Gelombang mikro Sinar Ultraungu
S

36