Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

a) Ciri-ciri kanak berkeperluan khas berdasarkan video berkaitan

Berdasarkan video tersebut, Avery merupakan seorang murid berkeperluan khas yang sedang
bersekolah di Pra-sekolahyang terdiri daripada pelajar yang normal. Avery dikategorikan
sebagai pelajar yang mempunyai masalah sindrom down. Hal ini berikut daripada ciri-ciri
fizikal Avery yang menunjukan dia adalah Sindrom Down. Avery mempunyai mata yang
sepet, merah dan berair serta jarak di antara kedua-dua matanya juga agak jauh. Selepas itu,
Avery memiliki hidung yang kemek, mulut yang kecil dan leher yang pendek. Kemudian
Avery juga memiliki masalah dari segi kognitif yang sangat ketara iaitu lambat bertutur serta
Avery tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.

b) Pendekatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran

Bedasarkan video tersebut pelbagai jenis pendekatan yang digunakan oleh guru untuk
membantu Avery dalam mengatasi masalah pertuturan. Antaranya ialah guru melakukan
interaksi dua hala dengan Avery. Semasa berkomunikasi dengan Avery guru menggunkan
bahasa yang mudah difahami oleh Avery dan guru akan menunggu tindak balas daripada
Avery. Selepas Avery berjaya menjawap soalan guru, guru memberi pujian kepada Avery.
Kemudian semasa mengajar juga guru menggunakan kaedah bercerita dengan murid. Semasa
bercerita guru menggunakan gambar-gambar yang berwarna agar dapat membantu menarik
perhatian Avery. Guru juga menggunakan patung semasa menjalankan proses pengajaran
komunikasi dengan Avery. Selain itu, guru juga menjalankan aktiviti semasa P&P iaitu
bermain playdoh. Melalui permainan ini dia akan belajar bagaimana membentuk Playdoh
tersebut. Kesimpulannya melalui pendekatan yang digunakan oleh guru telah membantu
Avery bertutur dan tahu cara untuk mengurus keperluan diri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

a) Ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas berdasarkan video berkaitan.


Berdasarka video tersebut kanak-kanak yang berkeperluan khas tersebut bernama Avery.
Avery mempunyai masalah sindrom down. Walau bagaimanpun Avery dihantar oleh Ibunya
untuk mendapatkan pendidikan di Prasekolah agar Avery dapat belajar mengerus keperluan
diri. Avery jika dilihat dengan teliti mempunyai rupa paras yang berbeza daripada pelajar
yang normal. Avery memiliki mata yang sepet, berwarna merah dan berair. Selain itu, jarak
mata Avery juga agak nampak jauh. Kemudian Avery juga memiliki hidung yang kemek dan
mempunyai leher yang pendek.

b) Pendekatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan video tersebut pendekatan yang guru gunakan ialah bercerita sambil
menunjukkan gambar-gambar yang berwarna agar dapat menarik minat pelajar. Selain itu,
untuk mengatasi masalah pertuturan yang dialami oleh Avery, guru menggunakan pendekatan
dua hala semasa mengajar. Semasa berkomunikasi dengan Avery guru
Kritik Jurnal
a) Cari satu artikel jurnal yang berkaitan dengan tajuk pendidikan inklusif. Jurnal itu
mestilah bermula tahun 2010-2017.
b) Jurnal tersebut mestilah ada:
i. Ringkasan artikel
ii. Kekuatan dan Kelemahan jurnal
iii. kritik jurnal
# Jurnal tersebut perlulah dilampirkan dalam bentuk PDF.

Moderator : Rusmarini binti Awang


Assalamualaikum dalam salam sejahtera.
Tajuk Artikel: Penerokaan Kesan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Imej Visual
dalam Kalangan Pelajar Cacat Pendengaran. (2016)

RINGKASAN ARTIKEL.
Penulisan artikel ini adalah berkaitan dengan kesan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan imej visual dalam kalangan pelajar cacat pendengaran. Kajian ini dijalankan
untuk menganalisis model pengajaran yang sesuai dengan menggunakan imej dalam
meningkatakan proses pembelajaran di kalangan pelajar cacat pendenganran. Dalam
penyelidikan ini penulis mendapati bahawa pelajar yang mengalami masalah cacat
pendengaran perlu menggunakan video, gambar, buku bergambar, yang menunjukkan situasi
dan menghuraikan proses keseluruhan pada pelajar tersebut dan di tambah dengan bantuan
Bahasa isyarat, gerak langkah lakonan turut memberi kefahaman yang lebih baik.
penggunaan visual imej sebagai alat bantu mengajar sepanjang kelas pembelajaran dan
pengajaran dilihat sangat membantu dalam menyelesaikan banyak masalah berkaitan proses
komunikasi. Penyelidik juga mendapati guru yang mengajar pelajar cacat pendengaran akan
menggunakan gambar transparent picture yang dikatakan lebih mudah dan jimat kosnya.
Pelajar lebih fokus apabila guru menggunakan gambar tersebut berbanding menggunakan
Power Point. Oleh itu sistem pendidikan perlu diberi perhatian secara adil oleh kerajaan
agara pelajar cacat pendengaran ini juga mendapatkan ilmu yang setara dengan pelajar yang
normal. Serta pendekatan yang digunakan oleh guru juga perlu menarik perhatian pelajar
cacat pendengaran supaya mereka lebih kompeten seperti manusia biasa.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN ARTIKAL.


Kekuatan yang terdapat dalam artikel ini ialah penyelidik menekankan dua perkara penting
yang perlu diutamakan untuk mengajar pelajar cacat pendengaran iaitu garis panduan untuk
menghasilkan bahan bantuan mengajar dan model yang sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran. Melalui cadangan ini para pembaca terutamanya guru pendidikan khas akan
mendapat idea-idea baharu yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran khusus kepada pelajar cacat pendengaran. Kelemahan yang terdapat dalam
penulisan artikel ini ialah banyak kesalahan ejaan dan penulis tidak menyatakan peratusan
pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada secara nyata.
KRITIKAN
Pada pendapat saya penulis artikel banyak memberi manfaat kepada guru-guru pendidikan
khas kerana di Malaysia penulisan artikel mengenai pendidikan khas sangat sedikit. Dalam
artikel ini menunjukkan pihak kementerian perlu memberikan perhatian dan kemudahan
kepada pelajar cacat pendengaran agar mereka boleh belajar seperti manusia biasa serta
memastikan mereka tidak tercicir.

Anda mungkin juga menyukai