Anda di halaman 1dari 6

Kehendak baik dan Kewajipan

Falsafah teori etika kehendak baik yang dikemukakan oleh Immanuel Kant merupakan
seseorang yang bertindak dalam rangka memenuhi hukum moral, bermaksud bertindak
kerana kehendak baik yang dituntut sebagai kewajipan. Kant membezakan di antara
tindakan yang sesuai dengan kewajipan dan tindakan yang dilakukan demi kewajipan.
Tindakan pertama Kant disebut sebagai kesahan, dan tindakan kedua pula merupakan
kemoralan. Kesahan difahami sebagai kesesuaian sesuatu tindakan dengan norma hukum
(lahiriah), sedangkan kemoralan merupakan kesesuaian sikap dan perbuatan dengan norma
moral (batiniah), iaitu dipandangan sebagai suatu kewajipan.Kehendak baik yang
diperihalkan oleh Kant bermaksud kehendak yang mahu melakukan kewajipan. Pemikiran
Kant bahawa satu-satunya perkara yang baik tanpa syarat adalah niat yang baik. Seseorang
dikatakan berkehendak baik apabila berkehendak untuk melakukan kewajipan.

Kewajipan pula merupakan suatu tindakan murni tanpa adanya pemaksaan. Terdapat
tiga kemungkinan seseorang melakukan kewajipan, iaitu untuk menguntungkan, dorongan
daripada hati atau belas kasihan, dan kerana tuntutan melakukan kewajipan tersebut.
Tindakan melakukan kewajipan itulah yang disebut sebagai kehendak baik tanpa pembatasan.
Selain itu, tindakan moral juga bersifat keutamaan dan diketahui oleh akal murni seorang
manusia.Kant juga menafikan adanya unsur utilitarianisme, justeru Kant mengutamakan
konsisten. Konsisten adalah tanggungjawab tertinggi seorang ahli falsafah, namun yang
paling jarang ditemui. Kant percaya bahawa tindakan moral tidak boleh disandarkan kepada
kebahagiaan semata-mata kerana tidak diketahui kesannya.

Seterusnya, Kant yakin bahawa tindakan-tindakan yang baik secara moral adalah
tindakan-tindakan dengan niat baik, dan tindakan disertai niat yang baik secara moral, adalah
tindakan yang didorong dengan rasa kewajipan. Ini bererti bahawa tindakan itu bukan sahaja
untuk memenuhi tuntutan kewajipan, malah untuk memenuhi kewajipan si pelaku. Hal ini
demikian, kerana setiap tindakan yang kita lakukan adalah untuk menjalankan kewajipan
sebagai hukum batin yang perlu kita taati, di mana tindakan itu adalah sebahagian daripada
tanggungjawab moral. Oleh itu, tindakan-tindakan yang baik secara moral dan tindakan
disertai niat yang baik adalah hasil daripada tindakan atas memenuhi tuntutan kewajipan dan
mempunyai nilai, menurut Kant.

Kesimpulannya, sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan


dengan kerelaan hati jika tindakannya ialah satu tanggungjawab moral yang diakui. Kant
yakin bahawa tindakan yang dilakukan kerana kewajipan sebagai tindakan demi memenuhi
hukum moral yang murni adalah keutamaan. Jika tindakan yang dilakukan itu semata-mata
untuk kepentingan diri sendiri, ini dianggap tidak betul dari segi moral. Untuk mengukur
tahap kemoralan seseorang, kita tidak boleh melihat hasil perbuatannya, kerana belum tentu
hasil perbuatan seseorang tersebut merupakan perbuatan yang baik. Dengan itu, perbuatan
manusia menjadi baik dari segi moral bukanlah hasilnya, melainkan kehendak baik yang
selari dalam melakukan kewajipan.
Imperatif Hipotesis

Imperatif merupakan suatu bentuk perintah. Kant menggunakan istilah imperatif dalam erti
bukan sebarang perintah, melainkan sebagai sebuah kemestian (sollen). Perintah dalam erti
ini adalah bersifat rasional dan tidak melibatkan sebarang paksaan. Perintah yang
dimaksudkan adalah perintah berdasarkan suatu keharusan objektif, tiada paksaan melainkan
pertimbangan yang meyakinkan dan perlu dipatuhi. Imperatif hipotesis juga merupakan
perintah bersyarat yang mengatakan suatu tindakan diperlukan sebagai sarana atau syarat
untuk mencapai sesuatu yang lain.

Imperatif Hipotesis juga merupakan perintah bersyarat yang mengatakan suatu


tindakan diperlukan sebagai syarat untuk mencapai sesuatu yang lain. Imperatif hipotesis
mempunyai prinsip-prinsip objektif yang dipersyaratkan dengan adanya tujuan tertentu yang
ingin dicapai. Hal ini bermaksud seseorang akan melakukan sesuatu tindakan sekiranya
semua tujuan yang diinginkan tercapai. Immanuel Kant menganggap imperatif hipotesis
lemah secara moral kerana sifat yang baik hanyalah semata-mata untuk mendapat kesan baik
sahaja sehingga manusia sebagai pelaku moral tidak autonomi ( manusia bertindak
berdasarkan kesan dan perbuatan). Imperatif hipotesis menyatakan mempraktikkan suatu
tindakan mungkin sebagai sarana untuk mencapai sesuatu yang lain, diingini, atau sesuatu
yang diinginkan orang sekeliling.

Terdapat prinsip-prinsip objektif sebagai syarat dengan adanya tujuan tertentu yang
mahu dicapai. Misalnya, ingin mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas, seseorang
haruslah belajar dan bersungguh-sungguh dan tidak malu untuk bertanya. Oleh itu, imperatif
hipotesis memberikan suatu perbuatan yang baik dalam maksud tertentu kerana terdapat
syarat untuk memiliki apa yang diingini. Imperatif hipotesis menyatakan keharusan praktis
sebagai tindakan yang menjadi cara atau kaedah untuk mencapai matlamat yang diingini, atau
sesuatu yang diinginkan oleh orang lain.

Kesimpulannya, sebuah imperatif membolehkan kita membuat tindakan yang diambil


adalah terbaik tetapi dalam maksud tertentu. Imperatif hipotesis hanya menyatakan bahawa
suatu tindakan itu baik bagi suatu tujuan yang mempunyai matlamat yang diingini atau tujuan
yang ternyata diinginkan.
a. Imperatif Hipotetis Problematis

Imperatis hipotetis bersifat problematik sekiranya tujuan yang hendak dicapai adalah apa
yang mungkin diinginkan. Sedangkan imperatif hipotetis bersifat pragmantik apabila tujuan
yang hendak dicapai adalah jelas dan nyata diinginkan. Segala yang hendak dicapai oleh
usaha manusia adalah sebuah tujuan yang boleh dikehendaki oleh dirinya sendiri. Kesannya,
banyak prinsip terhadap tindakan-tindakan yang akan diambil, namun sejauh mana tindakan
tersebut dianggap sebagai suatu yang mutlak untuk mencapai tujuan tertentu.

Semuanya terdapat dalam ilmu pengetahuan dan sering disebut sebagai imperatif-
imperatif kemampuan. Sebagai contoh, sekiranya A ingin belajar subjek Matematik, maka dia
haruslah membaca buku Kalkulus. Berdasarkan contoh ini, A boleh atau mahu belajar
matematik, tetapi A juga harus membaca buku lain. Hal ini demikian, kerana terdapat
kemungkinan bahawa A tidak perlu melaksanakan perinta tersebut, maka imperatif hipotetis
ini disebut sebagai imperatif hipotetis problematis dan imperatif ini bukanlah imperatif
moral.
Sebuah imperatif membolehkan kita tahu akan tindakan yang diambil adalah baik tetapi
dalam erti tertentu. Namun, kita tidak harus mengambil tindakan tersebut atau menolak
kaedah budi praktikal tersebut. Imperatif hipotesis hanya menyatakan bahawa suatu tindakan
itu baik bagi suatu tujuan yang mungkin diinginkan atau tujuan yang ternyata diingini.
Realitinya, banyak tujuan yang diingini dan kaedah yang dipakai dan diperlukan seringkali
bertentangan satu sama lain. Kant berpendapat bahawa apabila matlamat-matlamat yang
ingin dicapai adalah apa yang diingini atau dikehendaki oleh orang lain, maka imperatif
hipotesisnya bersifat problematik. Bagaimanakah imperatif hipotesis itu boleh terdapat dalam
diri seseorang? Kant sendiri menjawab bahawa semuanya merujuk kepada pendidikan
masing-masing.

Terdapat satu destinasi yang berbeza dan diingini oleh setiap orang, iaitu kebahagiaan.
Maksud kebahagiaan menurut Kant adalah kepuasan semua keinginan dan kecenderungan
setiap manusia iaitu, kekayaan, kehormatan, kekuasaan, kesejahteraan, kesihatan, dan
sebagainya. Kebahagiaan itu dianggap sebagai sebuah tujuan dan bukan sahaja merupakan
sesuatu yang boleh dimiliki, malah sebagai suatu yang diidamkan oleh manusia berdasarkan
kemampuan mereka.

b. Imperatif Hipotetis Asertoris


Imperatif hipotetis asertoris merupakan sebuah imperatif yang menegaskan keharusan
praktikal sebagai suatu tindakan sebagai cara untuk menggapai suatu tujuan. Imperatif ini
mengarahkan seseorang untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai. Sebagai contoh,
kebahagiaan. Setiap orang layak untuk mendapat kebahagiaan sehingga kita wajib dan perlu
melakukan pelbagai cara untuk mencapainya. Sudah tentu kita memerlukan beberapa
tindakan-tindakan tertentu sebagai suatu cara untuk merealisasikannya. Misalnya, apabila kita
ingin berjaya, maka berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan jangan mudah berputus asa
sekiranya terdapat sebarang permasalahan.

Kebahagiaan bukanlah suatu tujuan yang diletakkan di hadapan kita atau diketepikan
dengan sesuka hati, seperti seseorang memilih atau tidak memilih suatu barang kesukaannya.
Dalam konteks imperatif andaian asertoris, menegaskan bahawa setiap orang haruslah
bersungguh-sungguh untuk menghendaki kebahagiaan dan pastinya kita wajib melakukan
tindakan tertentu untuk mencapai semua yang diingini.

Imperatif hipotetis asertoris bukan sahaja menunjukkan cara-cara yang perlu kita buat
untuk mencapai apa yang diingini, malah cara untuk mencapai objektif yang boleh kita
andaikan sebagai keutamaan yang mutlak. Kemampuan kendiri untuk memilih cara yang
tepat demi mencapai kebahagiaan ini dinamakan oleh Kant sebagai kebijaksanaan dalam erti
kata yang sebenar. Kesimpulannya, terdapat juga imperatif hipotesis menurut Kant sebagai
sesuatu tindakan yang perlu dilakukan walaupun mempunyai satu matlamat sahaja dan perlu
dicapai sebagai matlamat yang penting dan mutlak.

Rujukan
Bagas Brahmanthio. Retrieved 5 April 2017 from
https://www.academia.edu/21863840/IMMANUEL_KANT_KEWAJIBAN_SEBAGAI_DAS
AR_TINDAKAN_MORAL

Christ Bagas Brahmanthio (4 September 2012). Immanuel Kant : Kewajiban Sebagai Dasar
Tindakan Moral. Retrieved 6 April 2017 from
http://bgsgagas.blogspot.my/2012/09/immanuel-kant-kewajiban-sebagai-dasar.html

Ni'matur Rohmah. Dua Macam Imperatif Dari Segi Filsafat. ( 15 Februari 2014). Retrieved 6
April 2017 from http://niksmagerrardict.blogspot.my/2014/02/dua-macam-imperatifdari-
segifilsafat.html

Nur Jannah (12 Februari 2013). Etika Immanuel Kant. Retrieved 6 April 2017 from
https://heavenkant.wordpress.com/2013/02/12/etika-immanuel-kant/

Nuramin Saleh. (2016). Immanuel Kant dan Pemikirannya. Retrieved 6 April 2017 from
http://www.nuraminsaleh.com/2013/01/immanuel-kant-dan-pemikirannya.html