Anda di halaman 1dari 9

Khutbah Jumaat 24 APRIL 2015: HAKIKAT BERZIKIR

(Jabatan Agama Islam Perak)

*AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat


selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan.

HAKIKAT ZIKIR
24 APRIL 2015M / 05 REJAB 1436H

.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya serta sidang Jumaat sekalian,


marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah,
dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya, semoga kita akan mendapat keredhaan dan kemuliaan
hidup di dunia dan di akhirat. Tuan-tuan sekelian. Kebelakangan ini

1
Khutbah Jumaat 24 APRIL 2015: HAKIKAT BERZIKIR
(Jabatan Agama Islam Perak)

masyarakat disibukkan dengan polemik zikir dalam keadaan menari dan


berbagai . Khutbah hari ini tidak akan membicarakan secara khusus
mengenai hukum hakam isu berkenaan tetapi khutbah hari menegaskan
bahawa berzikir merupakan satu keperluan dalam hidup ini sepertimana
tubuh badan kita memerlukan makan dan minum untuk meneruskan
kehidupan. Berzikir berarti mengingati Allah samada dengan hati mahupun
disertai dengan lidah. Dan berzikir dengan sebenarnya akan menghasilkan
kesan yang menakjubkan. Ia bukan lakunan dan kosmetik tetapi ia akan
membawa perubahan besar dalam tingkah laku sesorang dan tingkah laku
umat menghadapi cabaran semasa.

Berzikir adalah salah satu arahan daripada Allah SWT :

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan


undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan
bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan
nikmatKu).(ayat 152 surah al baqarah)

Daripada al Harith al Asyari (r.a) bahawa Nabi SAW bersabda:


Sesungguhnya benteng hamba yang paling ampuh ketika menghadapi
syaitan ialah apabila ia dalam keadaan berzikir (HR Ahmad)

2
Khutbah Jumaat 24 APRIL 2015: HAKIKAT BERZIKIR
(Jabatan Agama Islam Perak)

Kita di masjid ini , tidak perlu lah sampai ke peringkat berzikir menari-
menari. Berzikir selepas solat pun kita sering tinggalkan. Kalau berzikir
selepas solat pun kita tak mampu , apatah lagi berzikir di waktu-waktu
biasa sedangkan berzikir selepas solat adalah sunnah Nabi SAW dan
disediakan ganjaran yang besar. Berzikirlah samada berseorangan
ataupun bersama jamaah.

Barangsiapa yang bertasbih selepas solat 33 kali, bertahmid 33 kali dan


bertakbir 33 kali dan melengkapkannya 100 dengan zikir

di ampunkan dosa-
dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.(HR00 Muslim)

Rasulullah SAW membaca zikir ini selepas tiap kali solat.

(HR Muslim)
3
Khutbah Jumaat 24 APRIL 2015: HAKIKAT BERZIKIR
(Jabatan Agama Islam Perak)

Tetapi mungkin kita terlalu sibuk sehingga sunnah berzikir kita


lalaikan walaupun ia adalah anjuran Rasulullah SAW. Peliknya kita boleh
pula menghabiskan masa yang banyak untuk kita melayani handphone kita
menjawab, mengongsi dan melaporkan apa yang berlaku di alam maya
kita.

SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI.


Berzikir bukan ibadat luaran dan kosmetik tetapi sebenarnya boleh
membawa reformasi dan revolusi kepada kehidupan ini difahami falsafah
mengapa berzikir itu kita lakukan.

Kita menilai sesuatu ubat itu berkesan apabila kesakitan kita sembuh
dengan pengambilan ubat itu, begitu juga zikir kita berkesan apabila ia
menyampaikan kita kepada matlamat sebenar berzikir. Jika tidak, ia hanya
berbentuk luaran dan hanya keseronokan melodi sahaja. Apa matlamat
berzikir?

1- Berzikir akan lebih mendorong kita untuk lebih taat perintah Allah.
Kita gunakan segala pancaindera kita untuk melakukan ketaatan kepada
Allah.

Ya Rasulullah sesungguhnya syariat Islam sangat banyak untuk aku


amalkan. Khabarkan kepada ku satu perkara yang aku akan pegang

4
Khutbah Jumaat 24 APRIL 2015: HAKIKAT BERZIKIR
(Jabatan Agama Islam Perak)

bersungguh-sungguh dengannya. Sabda Nabi SAW lidah mu sentiasa


basah dengan zikir(HR al Tirmizi)

Lidah yang sibuk berzikir akan memelihara seseorang dari


mengumpat, menfitnah, mengungkap ucapan lucah, berbohong, mengadu
domba, menyanyi yang tak berfaedah dan lain-lain. Apa ertinya zikir
apabila lidah kita terus-terusan menuai dosa lidah.
Apabila Nabi SAW meletakkan bilangan 33 kali tasbih,tahmid dan
takbir serta beberapa wirid lain secara tidak langsung kita dapat
menyibukkan tangan kita untuk taat perintah Allah daripada terus-terusan
jari jemari meraih dosa dalam bentuk moden seperti kongsi maklumat,
komen, menulis perkara-perkara yang fitnah dan belum pasti sahih dalam
media massa kita. Apa ertinya zikir apabila jari jemari kita terus-terusan
menuai dosa tangan dan jari.

2. Apabila kita berzikir, contohnya bertasbih kita taqdiskan


(menyucikan) Allah dari sebarang kekurangan. Maka apabila Allah pilihkan
Islam kepada kita sebagai cara hidup dengan undang-undangnya, cara
berekonominya, cara berhiburnya, cara bersukannya dengan meletakkan
Islam lebih tinggi dari agama-agama lain, sepatutnya kita dan lautan
manusia yang kuat berzikir, tidak ragu-ragu lagi menerima semua system
Islam tanpa berdalih lagi.

Orang yang berzikir dengan takbir ertinya Membesarkan


Allah. Allah lebih Agung daripada direlakan untuk bergabung dengan al
masih dan ruhul Qudus. Hak mutlak Allah jauh lebih agung dari perjuangan
Hak Asasi Manusia. Sepatutnya orang yang kuat berzikir adalah orang

5
Khutbah Jumaat 24 APRIL 2015: HAKIKAT BERZIKIR
(Jabatan Agama Islam Perak)

yang kuat mempertahankan agama Islam apabila cuba diperkotak katikkan


dan di ancam. Syeikh Abdul Qadir Jailani terkenal di alam Melayu sebagai
tokoh tasauf, tetapi di dunia Arab beliau dikenali sebagai pejuang
Islam.Begitu juga dengan Ibrahim bin Adham dan Imam Ghazali. Mereka
dikenali oleh orang Melayu dengan amalan-amalan sufi sedangkan mereka
juga adalah faqih dalam agama dan berjihad menentang musuh.Beginilah
gambaran yang sepatutnya dipegang oleh umat Islam yang menjaga aspek
tasauf dalam kehidupan di samping berjihad untuk agama Islam.

6
Khutbah Jumaat 24 APRIL 2015: HAKIKAT BERZIKIR
(Jabatan Agama Islam Perak)

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian

Generasi awal Islam faham maksud mengapa kita digalakkan


berzikir. Lantaran itu Islam menjadi kuat kerana zikir-zikir yang diungkap
membekalkan kekuatan kepada umat, lembut di lisan tetapi
menggegarkan lawan. Tidak gegak gempita tetapi di pandang oleh musuh
Islam dengan senyuman. Maksiat dalam perbuatan seperti perlanggaran
hokum syara dan maksiat dalam cara berfikir seperti menerima ideology
liberalism dan pluralism akan terpencil apabila zikir bukan sekadar
diungkap di bibir dan bukan sekadar dendangan dan alunan tetapi ia
merupakan semboyan perang memerangi syaitan di dalam diri dan system-
sistem hidup tajaan syaitan dalam kehidupan. Maimun bin Mehran berkata:

7
Khutbah Jumaat 24 APRIL 2015: HAKIKAT BERZIKIR
(Jabatan Agama Islam Perak)

Zikir ada dua jenis: Mengingati Allah dengan lidah , dia adalah amalan
yang baik; dan yang terlebih baik daripada itu ialah ia mengingati Allah
tatkala hendak melakukan maksiat, lantaran itu ia menghentikan maksiat
itu.

Ya Allah! Muliakanlah Islam dan pendukung-pendukungnya, bantulah Islam


dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para
mujahidinnya. Ya Allah, hancurkanlah kekufuran serta golongan munafik
8
Khutbah Jumaat 24 APRIL 2015: HAKIKAT BERZIKIR
(Jabatan Agama Islam Perak)

dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agamamu dan segala


sekutunya, engkau eratkanlah hubungan kami sesama Islam. Elakkan kami
dari permusuhan yang boleh menyebabkan terlerainya persaudaraan Islam.
Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami,
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur lah.

Anda mungkin juga menyukai