Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pendahuluan

Pengadilan moral dalam sejarah menjadi salah satu tajuk perbincangan yang hangat

dalam kalangan ahli sejarah. Hal ini demikian kerana ahli sejarah masing-masing mempunyai

pandangan tersendiri dalam perkara ini. Kewujudan pengadilan moral dalam sesebuah karya

sejarah akan memberi impak sama ada positif atau negatif.

Secara umumnya, pengadilan moral boleh didefinisikan kepada sebarang bentuk pujian

atau kritikan terhadap seorang tokoh atau peristiwa melalui penulisan sejarah. Selain itu,

pengadilan moral juga boleh ditakrifkan apabila sejarawan didapati dengan sengaja atau tidak

sengaja menilai atau menghukum sesuatu, baik dengan memuji atau mengejinya jika membuat

kekejaman dengan menggunakan perkataan seperti baik, mulia, kejam, ganas ini secara tidak

langsung sejarawan telah melakukan pengadilan moral di dalam penulisannya. Perkataan yang

seringkali digunakan oleh media barat untuk melabel sseetengah golongan muslim ialah seperti

terrosit, aggressor, extremist, separatist, fanatik, militant dan lain-lain juga menyebabkan

sejarawan membuat pengadilan moral di dalam penulisannya.

Menurut Qasim Ahmad (1996), pengadilan moral ialah perlakuan menjatuhkan hukuman

ataupun mengenakan penilaian terhadap sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku

dalam sejarah. Misalnya, di dalam sebuah tulisan seorang ahli sejarah ada dinyatakan sesuatu

peristiwa itu tidak baik Ketua Negara itu bersalah, masyarakat di desa itu mundur, sistem politik

itu tidak progresif dan sebagainya. Pendeknya, si penulis atau ahli sejarah telah menghukum dan

menilai.1 Adrian Oldfield pula turut menegaskan bahawa pengadilan moral lazimnya dibuat

dalam bahasa yang memuji atau mempersalahkan dengan berpandukan kepada ukuran baik dan

1 Qasim Ahmad, 1991, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 36.

1
buruk. R.Suntharalingam juga menegaskan bahawa tugas ahli sejarah tidak terhad kepada

usaha mengenal pasti peristiwa-peristiwa yang dikaji atau mentafsir bukti ataupun menghuraikan

masalah penyebaban, tetapi juga menilai dan membuat pengadialan moral ke atas tindak tanduk

seseorang tokoh atau institusi itu.2 Pendirian para ahli sejarah terhadap pengadilan moral adalah

berbelah bagi. Keadaan ini bertambah rumit apabila munculnya golongan progresif dan

konservatif dalam pengadilan moral.

2 R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican &


Sons, hlm. 90.

2
2.0Jenis-jenis Aliran

Dalam pengadilan moral, terdapat dua aliran pemikiran yang bertentangan, iaitu golongan

yang menerima dan golongan yang menolak kehadiran pengadilan moral dalam sejarah.

2.1 Aliran Progresif

Aliran progresif merupakan aliran yang menolak pengadilan moral dan mengatakan ianya

tidak patut dilakukan dalam sejarah. Aliran progresif ini dipelopori oleh beberapa sejarawan

ulung seperti Thucydides, Leopord von Ranke, Benedetto Groce dan Herbert Butterfield.

Benedetto Groce dalam bukunya yang bertajuk History as The Story of Liberty3 menyangkal

tanggapan yang melihat sejarah sebagai Mahkamah Tinggi Ulung yang meneliti semua

pengadilan sulit yang berpunca dari nafsu-nafsu dan kesilapan-kesilapan manusia,

membetulkannya, dan menjatuhkan satu keputusan muktamad sebagai satu pengadilan sejagat,

yang membezakan orang yang mulia dengan orang yang berdosa. Beliau beralasan bahawa ahli

sejarawan tidak berupaya untuk menembusi hati manusia yang mencetuskan sesuatu peristiwa

sejarah.4 Beliau juga mengatakan bahawa sejarawan cenderung untuk memasukkan unsur

prasangka dalam pengadilan mereka dan kekurangan bukti serta ketidakmampuan untuk

membuat pengadilan yang dipersetujui oleh semua sejarawan.5

3 Benedetto Groce, 2009, History as the story of liberty, Lightning Source


Incorporated, hlm. 75

4 R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican &


Sons, hlm. 91.

5 R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican &


Sons, hlm. 91.

3
Selain Benetto Groce, Herbert Butterfield turut menolak pengadilan moral. Menurut

Butterfield, tugas mengendalikan pengadilan moral menimbulkan berbagai jenis kerumitan

termasuk ketidakupayaan para ahli sejarah untuk menilai dari segi moral secara sekali sekala

yang berupa setengah masak atau palsu menjadikan pengadilan moral sebagai alat

mendedahkan kesalahan lawan dan menutup kesalahan kawan, serta ketidakupayaan ahli sejarah

untuk menembusi ke peringkat lubuk pemikiran atau hati seseorang pelaku sejarah yang

merupakan tempat pembentukan akhir niat atau garis tanggungjawab itu bagi sesuatu tindakan

sejarah.6

Berdasarkan pendapat-pendapat sejarawan berkenaan, unsur pengadilan moral ditolak

oleh sejarawan beraliran ini kerana pengadilan moral adalah tidak berkaitan dengan penyiasatan

sejarah dan terasing daripada ruang intelek sejarah saintifik. 7 Sekiranya sejarawan memasukkan

unsur-unsur pengadilan moral dalam karya mereka, dibimbangi akan membawa kesan yang

buruk terhadap masyarakat. Hal ini dapat dibuktikan melalui pihak komunis yang cuba

mengutuk kekejaman Nazi, sedangkan pihak yang berhaluan kanan mengutuk pihak-pihak yang

berhaluan kiri. Kemasukan unsur ini dalam sejarah akan membuka peluang kepada pihak-pihak

berkenaan untuk saling membuka kesalahan lawan secara terang-terangan.

2.2Aliran Konservatif

Aliran kedua merupakan aliran konservatif iaitu aliran yang menyokong pengadilan

moral ini dilakukan oleh ahli sejarah. Terdapat para ahli sejarah yang menyokong unsur

6 R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican &


Sons, hlm. 92.

7 R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican &


Sons, hlm. 92.

4
pengadilan moral di dalam sejarah. Antara hujah yang diutarakan bagi mempertahankan

pendirian ini ialah seseorang pelaku di dalam sejarah itu bertanggungjawab di atas perlakuannya,

lantas ia patut dipersalahkan sekiranya berlaku salah, dan diakui kebaikannya sekiranya ia

berlaku baik. Tambah golongan ini lagi, sekiranya kita mengatakan bahawa unsur pengadilan

moral ini tidak mungkin dilaksanakan kerana manusia atau masyarakat mempunyai sistem nilai

yang berbeza, maka, kita seolah-olah mengatakan bahawa manusia tidak mempunyai apa-apa ciri

persamaan.8

Antara ahli-ahli sejarah yang memegang pendirian ini ialah Voltaire, Lord Acton dan E.H.

Carr. Voltaire, seorang ahli sejarah Perancis pada abad ke-18 telah melihat tugas sejarah sebagai

mengajar kita ( ahli sejarah ) kewajipan-kewajipan kita dan hak-hak kita. Beliau mahukan

sejarah bertindak sebagai pembela keadilan dengan memuji mereka yang berjasa dan memalukan

mereka yang berdosa.9

Lord Acton, Profesor Sejarah di Universiti Cambridge juga berpendapat bahawa

walaupun pendapat-pendapat berubah, kepercayaan-kepercayaan bangkit dan jatuh, tetapi

hukum moral telah diukirkan ke atas kepingan logam yang berkekalan. Lord Acton turut

menegakkan bahawa tindakan jenayah seperti melakukan pembunuhan seharusnya dikutuk oleh

para ahli sejarah yang bukan semata-mata memahami dan menjelaskan tindakan itu sehingga

8 Qasim Ahmad, 1991, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 35.

9 R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican &


Sons, hlm. 93.

5
memaafkan orang yang bersalah itu. Dengan cara ini sahaja sejarah boleh menjadi pedoman

kepada manusia dan dapat membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sempurna.10

Adrian Oldfield, dalam rencananya yang bertajuk Moral Judgement in History berhujah

bahawa ahli sejarah yang mengkaji tindakan manusia adalah dikehendaki menitikberatkan niat-

niat individu, jenis-jenis tindakan yang digalakkan oleh niat-niat tersebut serta kesan-kesan

tindakan tersebut. Oldfield menolak hujah Butterfield mengenai kesulitan ahli sejarah

memahami sesuatu tindakan manusia dari segi dalam atau sanubari. Beliau juga tidak melihat

perbezaan di antara ahli sejarah dan si pelaku sebagai batu penghalang kepada pengadilan

moral.11

10 R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican &


Sons, hlm. 95.

11 R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican &


Sons, hlm. 96.

6
3.0Pandangan Mengenai Pengadilan Moral Dalam Sejarah

Setiap karya sejarah yang ditulis oleh seseorang ahli sejarah memiliki unsur pengadilan

moral sama ada ahli sejarah itu sedar atau tidak. Unsur pengadilan moral tidak dapat dielakkan

oleh ahli sejarah dalam penulisan mereka. Hal ini demikian kerana ahli sejarah pasti akan

menggunakan perkataan-perkataan yang akan menyebabkan sesuatu peristiwa atau seseorang

tokoh itu dijatuhkan pengadilan moral. Misalnya, ahli sejarah menggunakan perkataan baik,

jahat, lemah, kejam, mundur , dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh

ahli sejarah ini secara tidak langsung telah menjatuhkan pengadilan moral ke atas perkara yang

ditulis.

Seterusnya, pengadilan moral ini bukanlah suatu perkara yang baru dibincangkan tetapi

telah menjadi satu isu yang telah lama diperdebat dalam kalangan ahli sejarah. Apabila menyebut

tentang unsur pengadilan moral dalam sejarah, secara tidak langsung pemikiran masyarakat akan

terus mengatakan bahawa ahli sejarah telah menjatuhkan hukuman atau membuat penilaian ke

atas suatu peristiwa atau seseorang tokoh. Perkara ini tidak benar sama sekali kerana terdapat

ahli sejarah yang menulis tentang sejarah yang sebenar-benarnya yang terjadi. Menulis secara

jujur akan menjadikan sejarah itu lebih baik dan generasi-generasi akan datang akan dapat

mengambil iktibar daripada perkara yang telah berlaku, dan kemudian mereka tidak akan

cenderung untuk mengulangi hal itu.

Sebagai contoh, Ssu-ma Chien mengatakan bahawa perkara yang baik dijadikan teladan,

sebaliknya, perkara yang tidak baik dijadikan sempadan supaya tidak diulangi pada masa

hadapan. Penulisan sejarah yang baik mempunyai hubungan antara sebab dan akibat supaya

pembaca dapat memahami perkara tersebut dengan baik.

7
4.0 Pendirian bagaimanakah yang wajar dipegang oleh seorang ahli sejarah mengenai

pengadilan moral dalam sejarah?

Pada pandangan saya, seseorang ahli sejarah wajar mempunyai pendirian dalam

melakukan pengadilan moral dalam sesebuah penulisan mereka dalam karya sejarah. Hal ini

bermakna, seorang ahli sejarah wajar mengikuti aliran konservatif yang mana aliran ini

merupakan aliran yang menerima pengadilan moral dalam sejarah. Jika seseorang ahli sejarah itu

tidak melakukan pengadilan moral maka akan menyebabkan berlaku beberapa masalah.

Antaranya, penulisan sesuatu karya sejarah akan menjadi pincang dan tidak bermakna. Selain itu,

para pembaca tidak akan memahami dan dapat mengambil iktibar dalam sesebuah karya sejarah

tersebut. Oleh itu, pengadilan moral dalam sejarah amat penting untuk seseorang ahli sejarah.

Terdapat beberapa faktor mengapa wajar dipegang oleh seseorang ahli sejarah mengenai

pengadilan moral dalam sejarah.

4.1 Pengadilan moral perlu dilakukan sebagai pembela keadilan dalam sesuatu

peristiwa

Pengadilan moral wajar dilakukan oleh ahli sejarah seperti apa yang ditegaskan oleh

Qasim Ahmad, si pelaku yang melakukan sesuatu kejahatan dari segi lahiriah atau secara luaran

walaupun ia berhasrat baik atau suci, ia akan dihukum juga dalam mahkamah dan didakwa

melakukan kesalahan dari segi undang-undang dan moral. Beliau menambah, tanpa menerima

andaian bahawa manusia itu bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, pengadilan

moral ke atas tindakan manusia adalah sesuatu yang tidak munasabah. Begitu jugalah

8
pengadilan ke atas negara-negara lain, malah kegiatan seluruh dunia, adalah tidak munasabah

kalau kita tidak menerima andaian mengenai hubungan antarabangsa yang disebutkan itu.12

Dengan kata lain, tindakan lahiriah si pelaku atau individu yang mencetuskan sesuatu

peristiwa menjadi kayu ukur untuk menjatuhkan hukuman moral. Sebagai contoh, keadaan ini

dapat dilihat bagaimana bumi Palestin yang dirampas secara haram oleh pihak Yahudi melalui

peperangan pada tahun 1946, tindakan Yahudi ini tiada bezanya dengan tindakan Nazi di Jerman.

Kekejaman dan pembunuhan yang dilakukan oleh pihak Yahudi ke atas rakyat Palestin ini amat

kejam dan melangkaui batas-batas kemanusiaan. Malah kekejaman dan kedegilan Yahudi di

bumi Palestin ini berlanjutan sehingga ke hari ini. Kita boleh lihat pembunuhan beramai-ramai di

Settla mahupun di tebing Barat, kanak-kanak dan orang-orang tidak berdosa dibunuh dengan

tanpa belas kasihan.

Begitu juga dengan halnya pada era Perang Moro dengan Sepanyol. Sepanyol bertindak

kejam dengan muslim di Filipina. Mereka ditindas dan dipaksa untuk menganut ajaran Kristian.

Jika tidak menuruti kehendak mereka, mereka akan dibunuh. Kalau kekejaman dan kezaliman

Nazi di Jerman dikenakan hukuman moral maka dalam kes kekejaman Yahudi dan Sepanyol juga

mesti dikenakan hukuman moral yang sama.

Ini menjelaskan kepada kita bahawa persoalan untuk memahami dari lubuk hati si

pelaku, merupakan suatu masalah yang kecil sebagaimana yang disarankan oleh Butterfield

kerana apabila ahli sejarah membuat sesuatu kajian, ia akan menjatuhkan hukuman moral

berdasarkan kepada tindakan-tindakan lahiriah si pelaku yang disokong oleh bukti-bukti dan

sumber-sumber sejarah yang ditemui oleh beliau. Menurut Qasim Ahmad, tindakan lahiriah

12 Qasim Ahmad, 1991, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 59

9
seseorang individu atau tokoh adalah bertanggungjawab terhadap tindakannya. Justeru itu,

tindakan lahiriah ini akan menjadi pegangan seseorang ahli sejarah untuk menjatuhkan

pengadilan moral.13

4.2Pengadilan moral dapat memberikan pengajaran moral kepada masyarakat dan

menyedarkan mereka tentang sesuatu perkara

Sejarah juga perlu dilihat sebagai alat pengajaran moral kepada pembaca khususnya

masyarakat hari ini, agar peristiwa-peristiwa masa lalu menjadi teladan dan iktibar. Hujah ini

amat dipersetujui oleh Andrian Oldfield kerana beliau berhujah bahawa sebenarnya pengadilan

moral adalah penting dalam penulisan sejarah dan merupakan sesuatu aspek yang tidak harus

dilupakan begitu sahaja. Menurut beliau, pengadilan moral akan memberikan pengajaran moral

kepada pembaca. Dalam hal ini, dapat dilihat satu contoh sejarah bagaimana ahli sejarah

memberikan pengajaran moral kepada masyarakat dan menyedarkan mereka daripada kesilapan

yang lepas dan sekiranya dilakukan kembali maka akan membawa padah atau kesan buruk

kepada masyarakat dunia amnya. Perkara yang dimaksudkan adalah mengenai pengeboman bom

atom oleh Amerika ke atas bandaraya Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.

Ini bermakna bahawa kesan nuklear yang dihadapi oleh mangsa-mangsa bom atom

semasa peristiwa tersebut tidak dapat dipastikan melainkan selepas tiga atau empat generasi yang

akan datang, terutama dalam aspek genetik manusia. Dengan ini kita dapat lihat terdapat

kesengsaraan perang nuklear semasa Perang Dunia Kedua. Dalam hal ini, ramai juga mangsa

yang tidak berdosa terlibat dalam kesengsaraan tersebut yang tidak sepatutnya melibatkan

13 Qasim Ahmad, 1991, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 59

10
mereka dalam hal ini. Oleh itu, ia akan menjadikan suatu pengajaran dan iktibar kepada

masyarakat dunia buat selama-lamanya.

Selain itu, menutut Voltaire pula, beliau telah melihat tugas ahli sejarah sebagai

mengajar kita tentang kewajiban-kewajiban kita dan hak-hak kita. Sebagai contoh, peristiwa

kejatuhan kerajaan Melaka ke atas tangan Portugis. Di sini kita dapat mengkaji tentang

kelemahan kerajaan Melaka seperti kelemahan kelengkapan peperangan, pemimpin yang tidak

berkaliber, dan terdapat unsur-unsur pengkhianatan disebalik kejadian tersebut. Dalam hal yang

demikian, kita sebagai masyarakat perlu sedar tentang kewajipan memperbaiki kelemahan-

kelemahan kita seperti pentingnya menguasai teknologi, memilih pemimpin yang berkaliber dan

bersatu dalam setiap perkara. Oleh itu, pengadilan moral dalam sejarah amat penting agar dapat

dijadikan pengajaran kepada masyarakat kini berkenaan sesuatu peristiwa sejarah itu.

4.3 Pengadilan moral sebagai panduan dan pedoman hidup

Pengadilan moral juga amat penting dan tidak dapat dielakkan kerana boleh dijadikan sebagai

panduan dan pedoman hidup kepada masyarakat atau negara. Melalui pensejarahan China yang

ditulis oleh pencatat-pencatat istana seperti Ssu-ma Chien. Beliau menulis tentang kelemahan

dan kelebihan raja terdahulu dan meninggalkan hasil penulisan itu kepada maharaja yang

seterusnya supaya maharaja tersebut tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh maharaja

sebelumnya. Pencatat-pencatat istana ini mestilah menulis dengan sebenar-benarnya seperti apa

yang berlaku tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun termasuklah maharaja sendiri. Sehinggakan

maharaja yang memerintah pada masa itu tidak dibenarkan membaca penulisan oleh pencatat

istana ini kerana ditakuti baginda akan murka apabila kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh

baginda dicatat oleh pencatat istana dalam bukunya. Pencatat-pencatat sejarah China ini lebih

11
rela membunuh diri daripada mengubah atau meminda catatan kerana desakan-desakan pihak

tertentu. Maharaja China telah menjadikan pensejarahan maharaja terdahulu sebagai pedoman

dan panduan dalam memerintah negara.

4.4 Pengadilan moral perlu untuk dinilai dan mentafsir sesuatu peristiwa

sejarah supaya sejarah itu ditulis seperti sebenar-benarnya ia terjadi dan

menjadikan pensejarahan itu tidak kaku

Kerajaan Jepun telah membuat membuat pindaan terhadap buku-buku sejarah yang

digunakan di sekolah. Sebagai contoh, perkataan pencerobohan ditukarkan kepada kemaraan

berkaitan dengan tindakan tenteranya di Manchuria pada tahun 1931. Hal ini akan menimbulkan

kekeliruan kepada pelajar. Misalnya, pelajar akan menganggap perkataan kemaraan oleh tentera

Jepun sebagai sesuatu yang baik walaupun jika ia adalah sebaliknya. Jadi, pengadilan moral

amatlah penting agar sesuatu pentafsiran tidak salah. Dalam hal ini, kerajaan Jepun telah

mendakwa bahawa pindaan ini tidak akan menodai kebenaran fakta-fakta sejarah, namun apa

yang tidak boleh dipertikaikan adalah hakikat bahawa pindaan ini akan memaniskan gambaran

tentang sesuatu kejadian hitam dalam sejarah Jepun. Pada pandangan Croce dan Butterfield,

pertukaran perkataan pencerobohan tersebut merupakan penghalang kepada ahli sejarah untuk

memahami apa yang berlaku melalui penggunaan istilah tersebut. Betapa pendapat ini berpisah

dari kenyataan akan menjadi jelas dari hakikat bahawa kefahaman kita tentang peristiwa tahun

1931 itu memerlukan perhatian rapi terhadap beberapa soalan yang sangat bersangkut dengan hal

pengadilan moral. Misalnya, apakah niat sebenarnya yang mendorong pihak kerajaan Jepun

untuk menukarkan perkataan pencerobohan kepada kemaraan? Kita tidak niat sebenarnya

kerajaan Jepun, mungkin hanya untuk memaniskan perkataan tersebut kepada pembaca agar

pembaca dapat mentafsir sesuatu yang baik sahaja terhadap tentera Jepun atau sebaliknya. Oleh

12
itu, ahli sejarah perlulah menerapkan pengadilan moral dalam sejarah agar tidak disalah tafsirkan

oleh pembaca. Hal ini juga bagi memastikan agar sesuatu peristiwa sejarah yang diceritakan

merupakan peristiwa yang sebenar-benarnya berlaku bukanlah rekaan semata-mata.

13
5.0 Kesimpulan

Pengadilan moral amatlah penting dalam sejarah bagi menilai sesuatu perkara atau

peristiwa. Secara rumusannya, ahli sejarah perlu mengetahui dengan lebih mendalam mengenai

sesuatu tokoh atau peristiwa sebelum menjatuhkan sebarang pengadilan moral. Ahli sejarah yang

memasukkan unsur pengadilan moral dalam penulisannya akan memudahkan pembaca untuk

menghayati serta memahami isi kandungan sesuatu karya sejarah. Sekiranya unsur pengadilan

moral tidak dimasukkan dalam sesuatu penulisan karya sejarah, penulisan sejarah akan menjadi

pincang dan tidak bermakna. Sikap pro, anti atau neutral dalam soal pengadilan moral sudah

pasti mengakibatkan rentetan peristiwa sejarah seterusnya. Kalau ahli sejarah tidak mahu

menjatuhkan pengadilan moral di atas sesuatu peristiwa sejarah, tidak mustahil pembaca atau

bukan ahli sejarah sudah pasti membuat pengadilan moral untuk mereka. Jadi, jalan keluar

daripada masalah ini para ahli sejarah perlulah membuat sesuatu pengadilan moral terhadap

sesuatu peristiwa sejarah tersebut. Oleh itu, dengan memasukkan unsur pengadilan moral,

pembaca akan lebih menghayati peristiwa atau perilaku seseorang dengan lebih terperinci dan

segala permasalahan yang timbul dalam penulisan sejarah dapat dijadikan sebagai intipati bagi

mewujudkan kehidupan yang lebih baik. Sesuatu peristiwa sejarah perlulah memiliki unsur-unsur

menarik yang dilakukan berdasarkan pengadilan moral agar dapat dijadikan pengajaran atau

pedoman kepada generasi hadapan dan tanpa mengenali sejarah seseorang itu akan mengalami

kesukaran untuk maju ke hadapan.

14
6.0 Bibliografi

Qasim Ahmad, 1991, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

R. Suntharalingam, 1985, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican & Sons.

Benedetto Groce, 2009, History as the story of liberty, Lightning Source Incorporated.

15