Anda di halaman 1dari 1

Keperluan amal:

Sesungguhnya orang beriman dengan Islam dituntut untuk beramal


dengannya dan berusaha untuk merealisasikan matlamat-matlamatnya di alam
nyata. Supaya seseorang muslim beramal untuk Islam maka beliau mestilah
memiliki kefahaman Islam yang jelas. Dia juga mestilah memiliki niat yang ikhlas
sehingga amalnya itu diterima di sisi Allah swt. Umat Islam mestilah memiliki
kesatuan dan jamaah untuk berkuasa merealisasikan matlamat Islam di alam ini
dengan bentuk yang paling baik. Ini adalah berdasarkan dengan apa yang
ditegaskan oleh kaedah Syariah ( ) :

Maksudnya:
"Perkara yang tidak sempurna wajib melainkan dengannya, maka ia adalah
wajib".

Oleh kerana itu kita memerhati di sekitar Risalah Taalim ini bahawa
maklumat-maklumat ini sudah ada di dalam fikiran Al-Imam Al-Banna. Oleh kerana
itu juga kita melihat bahawa Risalah Taalim ini berusaha kearah mengumpulkan
manusia bekerja untuk Islam berdasarkan kefahaman kerana secara tabiienya ia
adalah tuntutan Islam dan runtunan keikhlasan.

Anda mungkin juga menyukai