Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN KURSUS PENGGUNAAN TELEFON PINTAR UNTUK MENINGKATKAN

PENGGUNAAN FROG VLE DALAM PdP

Kursus Penggunaan Telefon Pintar Untuk Meningkatkan Penggunaan Frog Vle


dalam PdP telah dijalankan pada hari Rabu, 5 April 2017 bertempat di MRSM Batu
Pahat. Kursus ini merupakan kursus wajib yang telah disertai oleh seramai 539
orang guru daripada sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat. Kursus ini adalah
kerjasama antara syarikat telekomunikasi Yes, Yayasan Guru Malaysia Berhad
(YMGB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Kursus telah dijalankan bermula jam
7.30 pagi hingga 4.30 petang.

Untuk makluman, seramai 4 orang guru daripada SK Montfort telah


menghadiri kursus ini. Mereka adalah En. Ayisy Hariz Bin Sukiman, Cik Noratika Binti
Asnawi, Encik Muhammed Ahsan Bin Mohamed Ayub dan Encik Adifazrun Bin
Mohamad. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi gambaran serta
pendedahan berkaitan penggunaan aplikasi Frog Chat, Frog Snap dan Frog
Assignment menerusi Telefon Pintar Yes Altitude, di samping menjayakan matlamat
Program 1Bestarinet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Melalui
penggunaan aplikasi-aplikasi ini, guru-guru dan murid diharap mampu
memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam urusan
berkaitan pendidikan termasuk ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Sepanjang kursus ini berlangsung, guru yang menyertai mempelajari cara


menggunakan aplikasi Frog Chat sebagai medium komunikasi sesama guru di
sekolah. Selain itu, penggunaan aplikasi Frog Snap sebagai media sosial turut
diketengahkan. Seterusnya, cara penggunaan aplikasi Frog Assignment dalam
usaha meningkatkan kualiti PdP turut diajar. Aplikasi Frog Assignment adalah satu
kaedah untuk memberikan tugasan kepada murid secara alam maya. Oleh itu,
proses pembelajaran murid masih mampu diteruskan sepanjang masa.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dijalankan dengan baik dan
lancar. Diharapkan guru-guru yang hadir dapat memanfaatkan penggunaan aplikasi
Frogs tersebut dalam proses PdP di samping berkongsi ilmu yang diperoleh bersama
guru-guru lain di SK Montfort.

Disediakan oleh,

_______________________________

(AYISY HARIZ BIN SUKIMAN)

Anda mungkin juga menyukai