Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Rancangan pengajaran ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh guru
sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam
satu jangka waktu yang telah ditetapkan.
Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar
dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang
diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan ini sangat penting
dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia
juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan
rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Rancangan Pengajaran Harian
yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu
dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran
dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang
dijalankan serta impak atau refleksi.
POSTED BY SITI ASYIAH ABDUL RANI AT 8:54 PM
UESDAY, 28 OCTOBER 2014
Rancangan Pengajaran
Rancangan Pengajaran merupakan pelan bertindak untuk sesuatu program pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan berdasarkan sukatan pelajaran mata pelajaran yang akan
diajar untuk tahun akademik atau semester tertentu. Dengan adanya Rancangan
Pengajaran, guru boleh
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik mengikut pemeringkatan
yang sesuai.
menentukan ilmu, kemahiran dan nilai (standard isi kandungan dan standard pembelajaran)
yang perlu disepadukan dalam enam tunjang KSSR .
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru
sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran
Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan
efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna
supaya guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu
RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Rancangan Pengajaran Harian yang
dibina perlu merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Sukatan Pelajaran (SP) dan
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh,
mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang
dijalankan serta impak atau refleksi. Guru boleh merujuk kepada SURAT PEKELILING IKHTISAS
BIL. 3/1999 bagi tujuan penyediaan RPH untuk memenuhi keperluan pekeliling tersebut.
Terdapat perbezaan format RPH yang perlu disediakan oleh Guru Pelatih dengan guru terlatih. Guru
pelatih menggunakan format RPH yang lebih mendalam. Setiap institusi latihan perguruan
mempunyai format yang tertentu bagi penyediaan RPH oleh guru pelatih masing-masing.
Kepentingan RPH
Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar
daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan
penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan
adanya RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan.
Guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti
pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan
perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan.
Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran
dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat
dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus.
Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu
pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan
membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.
Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi
kandunag pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar
membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan
mudah dan jelas.
Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila
perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan
diintegrasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh
memeriksa sama ada media yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di
Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Petikan daripada
9 Mac 1999
Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan
juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi
beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif
yang telah ditetapkan.
Mata pelajaran
Tema/Tajuk
Bidang pembelajaran
Tujuan
Konsep utama
Bahan, pealatan dan bahan sumber.
Langkah keselamatan/berjaga-jaga
Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.
Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang
bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan
dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan
bersistem.
Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.Mengehadkan skop yang akan diajar
dalam sesuatu jangka waktu.
Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan
sesuatu isi pelajaran.