Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan bahagian utama


dalam proses pengajaran dan pengajaran yang menggambarkan proses
berterusan yang merangkumi pengumpulan, penginterpretasian, perekodan dan
mengenai prestas pelajar. Seterusnya, pentaksiran juga merangkumi pelbagai
pelbagai prosedur untuk memperoleh maklumat tentang pembelajaran murid
dan membentuk penghakiman nilai mengenai kemajuan pembelajaran (Miller,
Linn & Gronlund, 2009). Menurut Arends (2004), maklumat yang dikumpulkan
akan menyediakan maklum balas kepada guru dalam penambahbaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Ciri dan Prinsip Pentaksiran

Pentaksiran merangkumi pelbagai bentuk, seperti ujian aneka pilihan, struktur,


esei, projek, portfolio dan pemerhatian prestasi murid. Bagi menghasilkan
pentaksiran yang baik, setiap guru harus memahami ciri-ciri dan prinsip
pentaksira. Antara ciri dan prinsip yang perlu diambil kira ialah kesahan,
kebolehpercayaan, objektiviti dan, kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran.

2.1 Kesahan

Mengikut Miller dan, Linn dan Gronlund (2009), kesahan merujuk kesesuaian
dan ketepatan interpretasi serta kegunaan keputusan sesuatu prosedur
pentaksiran. McMillan (2004) juga mendefinisikan kesahan sebagai tahap ujian
yang menjelaskan tentang ketepatan alat pengukuran mengukur apa yang harus
diukur. Jenis kesahan terbahagi kepada empat iaitu kesahan kandungan,
konstruk, serentak dan ramalan.

5
Kesahan

Kesahan Kesahan Kesahan Kesahan


Kandungan Konstruk Serentak Ramalan

Kesahan kandungan diutamakan dalam penggubalan item peperiksaan


sebagai keupayaan ujian mengukur pengetahuan dan kemahiran yang
sepatutnya diuji. Kesahan kandungan melibatkan pemeriksaan sistematik ke
atas kandungan ujian untuk memastikan sama ada kandungan ujian yang dibina
terdiri daripada sampel yang mewakili perkara yang hendak diukur. Oleh yang
demikian, penggubalan ujian mesti akur kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
dari segi objektif pengajaran, isi kandungan dan aras kesukaran yang telah
ditetapkan.

2.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu pengukuran yang


merupakan petunjuk arah untuk menjustifikasikan pelbagai generalisadi (Miller,
Linn & Gronlund, 2009). Dalam perkataan yang lain, kebolehpercayaan ialah
ketekalan prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama yang ditadbir pada masa
yang berlainan. Kaedah yang digunakan untuk memperoleh anggaran
kebolehpercayaan ialah uji-ulang aji, ujian bentuk setara, ujian bahagi dua,
rumus Koefisien Alpha dan pemeriksa.

6
Kaedah memperoleh anggaran
kebolehpercayaan

Rumus
Ujian Bentuk Ujian Bahagi
Uji-ulang Aji Koefisien Pemeriksa
Setara Dua
Alpha

2.3 Keobjektifan

Seterusnya, keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada tahap beberapa orang


yang memeriksa skrip jawapan akan memberikan skor yang sama. Hal ini
disokong oleh Gronlund dan linn (1995) yang menggariskan bahawa ujian
dikatakan objektif sekirangya ujian tersebut bebas daripada ralat personal, iaitu
subjektiviti pemeriksa. Keobjektifan merangkumi keobjektifan penskoran dan
keobjektifan item ujian. Sebagai contohnya, guru perlu memastikan keobjektifan
dalam ujian subjektif dengan menyedia dan membekalkan skema pemarkahan
untuk digunakan oleh semua pemeriksa bagi sesuatu ujian berkenaan.

2.4 Kemudahtadbiran

Di samping itu, kebolehtadbiran merupakan kelicinan pelaksanaan ujian di dalam


bilik darjah atau di dewan peperiksaan. Hal ini bermakna ujian harus dapat
memenuhi syarat-syarat dan keperluan menguji. Dalam hal ini, pentadbiran ujian
itu tidak harus menimbulkan kesukaran kepada pelajar. Kebolehtadbiran
merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik peperiksaan, pengedaran
kertas soalan, memberi arahan, pengawasan, pengutipan skrip-skrip jawapan
serta pemarkahan.

7
2.5 Kemudahtafsiran

Kemudahtafsiran merupakan keputusan yang diinterpretasi dengan betul dan


diaplikasikan dengan berkesan dalam penentuan pencapaian murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Kem udahtafsiran m enggam barkan aspek-aspek berikut:

Pencapaian m urid dalam kelas


Kekuatan dan kelem ahan pem belajaran m urid
Pencapaian objektif pengajaran dan pem belajaran
Kesesuaian aras kesukaran item ujian
Kesesuaian strategi-strategi pengajaran dan bahan bantuan
m engajar yang digunakan
Secara ringkasnya, kemudahtafsiran bermaksud bahawa markah yang
diperolehi dapat ditukar kepada data statistik seperti min, sisihan piawai dan skor
piawai dengan mudah (Yap Yee Khiong et. al.,1987). Data yang ditafsir dengan
betul dan diaplikasikan secara berkesan akan menyumbang ke arah keputusan-
keputusan pendidikan dan tindakan selanjutnya.

3.0 Membina alat pentaksiran yang memenuhi ciri dan prinsip pentaksiran

Alat pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pentaksiran. Dalam


konteks ini, alat pentaksiran yang dibina perlu memenuhi ciri dan prinsip
pentaksiran. Sebagai seorang guru, kita perlu memahami cara pembinaan alat-
alat pentaksiran yang dapat menjadikan prosedur pentaksiran lebih sistematik
dan berkualiti.

8
3.1 Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian ialah satu pelan bertulis yang terperinci yang
merangkumi huraian objektif ujian dan sasaran berasaskan domain Taksonomi
Bloom, kandungan atau bidang-bidang prestasi yang diliputi, jenis-jenis item dan
bilangan item untuk setiap bidang kandungan, aras kesukaran item dan jumlah
item yang diuji.

Dalam konteks ini, pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian memastikan validiti


dan reliabiliti ujian. Bagi memastikan kesahan ujian dan kebolehpercayaan, guru
harus menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam pembinaan ujian.
Jadual Spesifikasi Ujian perlu mengandungi butiran seperti bentuk dan tempoh
masa ujian, kandungan topik-topik, aras kemahiran, peruntukan peratusan item,
bilangan soalan dan aras kesukaran.

Jadual Spesifikasi Ujian dapat memastikan kesahan melalui penggubalan


ujian. Kesahan kandungan melibatkan pemeriksaan sistematik ke atas
kandungan ujian untuk memastikan sama ada kandungan ujian yang dibina
terdiri daripada sampel yang mewakili perkara yang hendak diukur. Guru perlu
merangka kandungan dan topik-topik yang ingin diukur dan pemilihan topik harus
mencerminkan kepentingan kurikulum dan pengajaran di dalam bilik darjah.
Kandungan perlu diperincikan supaya persampelan kandungan mencukupi untuk
membuat keputusan. Semua topik yang telah diajar akan diuji dengan
mengambil kira aspek objektif pengajaran, isi kandungan dan aras kesukaran
yang telah ditetapkan. Dalam proses pembinaan, item ujian yang dibina adalah
berdasarkan kurikulum sekolah melalui pengaplikasian Taksonomi Bloom dan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Bukan itu sahaja, bilangan item perlu dibina
mengikut topik-topik dan kesukaran yang ditetapkan serta diselaraskan dengan
jam ditetapkan dalam kurikulum.

Di samping itu, pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian memenuhi prinsip


kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Penggubal perlu menentukan bilangan
item untuk mengukur hasil pembelajaran dan bidang kandungan. Agihan markah

9
perlu dimasukkan dalam carta dan taburan markah supaya reliabiliti ujian
terjamin. Penggubal harus memastikan bahawa item digubal pada aras
kesukaran yang ditetapkan dan bahasa yang ditetapkan adalah bersesuaian.
Dalam konteks ini, penggubal perlu menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian yang
sama untuk menjamin kebolehpercayaan pentaksiran.

Tambahan pula, prinsip keobjektifan juga diperlukan apabila beberapa


orang yang memeriksa skrip jawapan akan memberikan skor yang sama.
Semasa membina item, skema penskoran perlu dibina supaya penskoran adalah
setara dan memenuhi hasil pembelajaran ujian. Hal ini disokong oleh Gronlund
dan linn (1995) yang menggariskan bahawa ujian dikatakan objektif sekirangya
ujian tersebut bebas daripada ralat personal, iaitu subjektiviti pemeriksa. Sebagai
contohnya, guru perlu memastikan keobjektifan dalam ujian subjektif dengan
menyedia dan membekalkan skema pemarkahan untuk digunakan oleh semua
pemeriksa bagi sesuatu ujian berkenaan.

3.2 Penjajaran Kurikulum

Konsep Penjajaran Konstruktif telah diperkenalkan oleh Biggs dan Tang (2011)
yang merupakan prinsip untuk kegunaan merangka aktiviti pengajaran,
pembelajaran dan pentaksiran untuk mencapai hasil pembelajaran yang
dikehendaki. Semua komponen dalam pengajaran dan pembelajaran dijajarkan
antara satu sama lain bagi membolehkan hasil pembelajaran tercapai.
Penjajaran antara standard kurikulum, standard pembelajaran dan pentaksiran
adalah penting untuk pentaksiran yang efektif. Dalam konteks ini, kurikulum,
matlamat, hasil pembelajaran, kaedah pengajaran, sumber dan tugasan
pentaksiran serta kriteria untuk menilai dijajarkan bersama.

Langkah utama dalam penjajaran konstruktif ialah hasil pembelajaran,


kaedah pengajaran, tugasan pentaksiran, penggredan dan maklum balas. Hasil
pembelajaran perlu didefinisikan secara spesifik, iaitu yang menunjukkan apa
yang murid perlu tahu dan kemahiran yang dikuasai murid. Guru perlu

10
mentakrifkan hasil pembelajaran yang dikehendaki bukan hanya dalam bentuk
kandungan dan juga dalam bentuk tingkah laku murid. Hasil pembelajaran
mempunyai ciri yang jelas iaitu tingkah laku yang dinyatakan mesti boleh dilihat,
diukur, dan boleh dilakukan oleh murid.

Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai perlu mengambil kira hasil


pembelajaran yang hendak dicapai. Kaedah yang dipilih melibatkan murid dalam
aktiviti pembelajaran adalah dengan melalui proses pengajaran. Kaedah
pengajaran mempunyai aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sesuai bagi
memastikan murid dapat membina makna dalam pembelajaran mereka.

Tugasan pentaksiran perlu disesuaikan dengan hasil pembelajaran yang


hendak dicapai dan kaedah pengajaran yang dipilih. Perkara penting dalam
pemilihan tugasan pentaksiran ialah menyediakan maklumat untuk mengukur
hasil pembelajaran yang hendak dicapai dengan tepat dan berkesan.
Pentaksiran yang autentik dapat mengukur pelbagai hasil pembelajaran
termasuk pemikiran aras tinggi.

Penggredan adalah penting dalam membuat pertimbangan mengenai


kualiti pencapaian. Dalam konteks ini, kualiti pencapaian untuk setiap gred
dinyatakan dengan jelas dalam kriteria penggredan. Maklum balas yang
berterusan penting dalam pembelajaran murid dan pengajaran guru. Dalam
proses penjajaran konstruktif, maklum balas yang diperoleh daripada pentaksiran
membolehkan guru menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta
pencapaian hasil pembelajaran. Maklum balas dapat memberikan maklumat
yang berguna kepada murid dan seterusnya guru dapat meneliti dan melakukan
penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Pembinaan Kurikulum

Kurikulum suatu lembaga pendidikan pada dasarnya telah dipersiapkan


untuk dilaksanakan oleh para staf sekolah atau lembaga pendidikan, terutama

11
guru sebagai pelaksana kurikulum. Pelaksanaan kurikulum memerlukan elemen-
elemen seperti buku teks pelajaran, perlengkapan sekolah, panduan-panduan
atau buku pedoman pelaksanaan kurikulum. Guru perlu meningkatkan
keterampilan diri dengan memperlengkapi alat-alat yang sedia ada dari segi
jumlah dalam melaksanakan kegiatan-kegiatan yang dituntut oleh kurikulum.
Bukan itu sahaja, guru perlu menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
dalam proses pembinaan dan penyempurnaan pelaksanaan kurikulum untuk
memperoleh hasil yang semakin baik.

3.4 Pelaksanaan Bank Item

Bank item mengandungi fail-fail item ujian yang disimpan untuk kegunaan
pembinaan ujian pada masa hadapan. Item ujian dalam bank item biasanya
dikodkan dan disusun mengikut mata pelajaran, tahap pengajaran, topic, objektif
pengajaran yang diuji serta ciri-ciri lain seperti kesukaran item dan indeks
diskriminasi item (Gronlund,1998). Pengekodan dan susunan item perlu untuk
memudahkan item dikenal pasti dan dikeluarkan daripada bank item apabila
perlu digunakan. Pada era masa kini, penggunan teknologi maklumat
komunikasi dapat memudahkan pembinaan dan pengurusan bank item dengan
cekap.

Sebelum item-item baharu dimasukkan ke dalam bank item, guru perlu


memastikan bahawa item-item itu dibina mengikut jadual spesifikasi ujian.
Selepas itu, item-item tersebut akan ditadbirkan dalam ujian kepada sekumpulan
murid. Hal ini bertujuan untuk rintisan. Kemudian, berdasarkan respons murid,
item analisis dijalankan terhadap item-item yang dirintis itu untuk memastikan
bahawa item-item itu mempunyai ciri-ciri seperti indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi yang wajar serta sesuai bagi kumpulan murid yang disasarkan.
Dalam konteks ini, analisis distraktor perlu dilaksanakan atas item aneka pilihan
untuk memastikan distraktor yang dibina berfungsi dengan baik. Kesemua item

12
akan dimasukkan ke dalam bank item, dikodkan dan disimpan serta dikeluarkan
untuk pembinaan ujian yang baharu.

3.5 Analisis Item

Analisis item merupakan satu proses mengenalpasti dan memilih item-item yang
berfungsi setelah item-item dipra uji terlebih dahulu untuk mengetahui statistik
bagi setiap item berkenaan. Menurut Mehren (1975), analisis item menrupakan
proses meneliti respons murid terhadap setiap item untuk membuat
pertimbangan tentang kualiti item-item tersebut. Analisis item ini bertujuan untuk
menentukan kesukaran item, dan item mendiskriminasikan pelajar dalam
menjawab sesuatu item. Prinsip kemudahtafsiran perlu ditunjukkan melalui
analisis item kerana markah yang diperolehi dapat ditukar kepada data statistik
seperti min, sisihan piawai dan skor piawai dengan mudah (Yap Yee Khiong et.
al.,1987). Data yang ditafsir dengan betul dapat diaplikasikan secara berkesan
serta menyumbang ke arah keputusan-keputusan pendidikan dan tindakan
selanjutnya. Melalui analisis item akan dapat mengetahui indeks kesukaran item,
indeks diskriminasi dan keberkesanan distraktor pada setiap item.

3.5.1 Indeks Kesukaran Item

Indeks kesukaran item ialah satu indeks pengukuran tentang kesukaran item
bagi kumpulan soalan yang diuji dan secara konvensionalnya ditulis sebagai nilai
p. Nilai p terletak antara 0 dan 1.

Bilangan murid yang menjawab betul


Jumlah murid

Indeks Kesukaran, p =

13
Pengukuran ini digunakan untuk menghuraikan kesukaran item itu bagi
sesuatu ujian. Mengikut Bloom, Hastings dan Madaus (1971), sebaran yang baik
bagi keputusan ujian dapat diperoleh jika indeks kesukaran, p, berada dalam
julat 0.20 hingga 0.80, dengan min antara 0.50 hingga 0.60. Hal ini bermakna
jika p < 0.20, maka sesuatu item itu dikatakan terlalu sukar dan jika p > 0.80,
item tersebut dianggap terlalu mudah kerana lebih ramai pelajar dapat menjawab
item berkenaan dengan betul. Guru perlu mengetahui cara pembinaan indeks
kesukaran item yang berdaarkan prinsip kemudahtafsiran supaya boleh
digunakan untuk meneliti, menilai atau menentukan kualiti item menggunakan
kriteria dan piawai.

3.5.2 Indeks Diskriminasi Item

Ciri diskriminasi sesuatu item didefinisikan sebagai keupayaan item


membezakan murid daripada kumpulan skor tinggi dengan kumpulan skor
rendah.

R A RB
d
1
( R A RB )
2

Indeks diskriminasi,

RA = Bilangan murid kumpulan skor tinggi yang menjawab betul


RB = Bilangan murid kumpulan skor rendah yang menjawab betul

14
Menurut Macintosh dan Morrison (1972), semua item yang mempunyai
item diskriminasi 0.20 ke atas boleh diterima manakala item yang mempunyai
indeks diskriminasi kurang daripada 0.20 merupakan item yang kurang baik dan
perlu diubah suai atau digugurkan. Guru perlu memahami pembinaan indeks
diskriminasi item untuk mendapatkan pengiraan diskriminasi yang tepat dan
seterusnya menjamin kemudahtafsiran pentaksiran yang dilaksanakan.

3.5.3 Analisis Distraktor

Dalam soalan aneka pilihan, murid diberikan empat pilihan respons, semua
respons yang selain daripada jawapan yang betul merupakan distraktor. Analisis
distraktor bagi item aneka pilihan bertujuan mengenal pasti distraktor yang
bermasalah. Guru perlu mengetahui jenis distraktor bermasalah utama bagi
membina distraktor yang baik. Jenis-jenis distraktor ialah distraktor yang tidak
berfungsi, distraktor yang tidak dapat membezakan antara kumpulan murid
berpencapaian tinggi mahupun rendah, dan distraktor yang lebih ramai murid
berpencapaian tinggi memilihnya berbanding dengan murid berpencapaian
rendah. Indeks diskriminasi item perlu diperoleh bagi setiap item untuk
menentukan keberkesanan pengganggu. Nilai diskriminasi bagi jawapan betul
adalah positif dan nilai diskriminasi bagi pengganggu sepatutnya rendah atau
negatif. Distraktor perlu diteliti dengan betul apabila item menunjukkan nilai
diskriminasi positif yang besar.

Kesimpulan

Konklusinya, pentaksiran membantu murid memperkembangkan pengetahuan,


kemahiran dan nilai dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dalam
konteks ini, guru perlu mengetahui cara pembinaan alat pentaksiran yang
memenuhi ciri dan prinsip pentaksiran. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan

15
profesionalisme guru dalam pelaksanaan pentaksiran, maka juga menjamin
kualiti dan keberkesanan pentaksiran melalui alat pentaksiran yang dibina.

16

Anda mungkin juga menyukai