Anda di halaman 1dari 4

Sejarah Lontar Peluru

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari
segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad
ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang
mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka
lakukan ketika itu.

Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-
dua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat


sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang
mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan
sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang
dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru.

Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan
yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran
berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.

Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun
1900 dan 1904.

Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang
berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan
papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang
diguna pakai sekarang.

Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru serta
peraturan dan pertandingan.

Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara
ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik
lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga
hari ini. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan
gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi
menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik.

Gaya/Teknik Lontar Peluru

1. Teknik berdiri
i. Berdiri dengan luas kaki lebih kurang 30 cm, tangan memegang peluru di bawah
dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Siku tangan yang memegang peluru
hendaklah keluar dan mendatar.
ii. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.
iii. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki diluruskan
dan peluru di tolak keluar.
iv. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru manakala tangan kiri membantu
mengimbangkan tangan.

Rajah 1: Gerakan dalam teknik berdiri

2. Teknik lontaran sisi


i. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengan bulatan
lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kaki kanan di angkat.
ii. Letakkan kaki kiri pada gelanggang dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
iii. Luruskan kaki kiri dan bersedia untuk membuat lontaran.
iv. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit serta tolak peluru keluar.

Rajah 2: Gerakan dalam teknik lontaran sisi

3. Teknik membelakangi kawasan lontaran


i. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran.
ii. Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
iii. Kaki kiri diangkat sedikit.
iv. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.
v. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
vi. Tolak peluru keluar dengan kuat.

Rajah 3: Gerakan dalam teknik membelakangi kawasan lontaran


4. Teknik pemindahan (OBrien)

Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh atlet-atlet peringkat tinggi yang mempunyai
kemahiran lontaran yang tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan teknik OBrien adalah
seperti berikut;

i. Berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan
garisan belakang.
ii. Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan dengan kaki kanan.
iii. Mulakan langkah dengan kaki kanan.
iv. Bengkokkan lutut kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.
v. Pusingkan bahu dan pinggang dan tolak serta lepaskan peluru dengan kuat.
vi. Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat badan ke hadapan dan
imbangkan dengan tangan kiri.

Rajah 4: Gerakan dalam teknik OBrien

Anda mungkin juga menyukai