Anda di halaman 1dari 40

Peperangan Dan Kesannya

Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia, persaingan


selalu berlaku. Apabila berlaku persaingan yang terlalu sengit, niat untuk
melenyapkan kehadiran pesaing lain akan mula bermain di pemikiran manusia
secara automatik. Dengan itu, konflik dan pembunuhan berlaku melibatkan dua
pihak dengan tujuan menghapuskan lawan. Senario itu mungkin terkawal
sekiranya keadaan tersebut hanya melibatkan dua orang sahaja. Apa pula yang
akan berlaku sekiranya keadaan itu melibatkan sekumpulan orang ramai, yang
siap siaga dengan peralatan canggih untuk membunuh musuh masing-masing?
Sebenarnya, yang disebutkan di atas itu merupakan definisi jelas bagi
peperangan atau dalam bahasa Inggerisnya, war. Peperangan bukan lagi
sesuatu yang asing bagi kita . Setiap masa, peperangan berlaku di mana-mana
sahaja, tanpa mengira tempat, waktu, keadaan dan cuaca. Antara contoh
peperangan yang disenaraikan oleh para pengkaji sejarah ialah Perang Dunia
Pertama dan Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk dan yang terkini
pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat. Peperangan sudah menjadi
kebiasaan dalam tamadun kita kerana ini adalah sebahagian daripada sejarah
kita. Namun, apa yang kita peroleh semasa dan selepas peperangan hanyalah
suatu jenis kemusnahan berskala besar. Peperangan, tidak kira skalanya, mesti
akan melibatkan nyawa yang terkorban. Berdasarkan laporan media, kita
mendengar beratus-ratus nyawa melayang begitu sahaja. Itu hanya khabar
tentang kematian orang awam, apakah yang terjadi kepada askar-askar yang
berjuang untuk negara masing-masing? Angka sebenarnya tidak kurang dahsyat
berbanding orang awam. Sebagai contoh, pembunuhan besar-besaran di Nanjing
semasa Perang Dunia Kedua. Lebih 10 juta rakyat dan askar China yang mati
terkena bom, dibedil peluru berpandu, ditembak, diperkosa lalu dibunuh oleh
askar-askar Jepun. Dalam kalangan mereka yang mati, terdapat juga kanak-
kanak yang menjadi magsa peperangan. Kanak-kanak ini ada yang mati, cacat,
dan ada yang trauma seumur hidup mereka. Peperangan sememangnya
memberi impak negatif yang besar terhadap golongan ini yang digelar masa
depan bangsa sehingga ada yang kecacatan moral akibat desakan masyarakat
dan kehilangan kasih sayang daripada orang tersayang yang mati dalam
peperangan. Peperangan turut memusnahkan harta benda, sama ada harta
benda awam mahupun harta benda persendirian. Banyak harta benda seperti
bangunan, jalan, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, jambatan
dan sebagainya lenyap begitu sahaja ekoran kemaraan tentera penceroboh.
Selain itu, harta benda seperti ternakan, tanaman, alat pengangkutan, hutan
juga musnah akibat peperangan yang tidak munasabah. Harta benda ini
merupakan kemudahan dan nadi kehidupan masyarakat di sesuatu tempat.
Tidak hairan salah satu kesan sampingan peperangan ialah kebuluran dan kadar
inflasi yang meningkat. Masyarakat setempat tidak mampu untuk membeli
barang keperluan. Ramai yang terpaksa menjadi perompak, pencuri, pelacur
dandan terlibat dalam pelbagai kebobrokan sosial semata-mata untuk mencari
rezeki hidup. Di Malaysia semasa tahun 1941 hingga 1945, ramai perempuan
yang terpaksa menggadai maruah mereka kepada askar-askar Jepun semata-
mata ingin hidup. Apa daya mereka, hanya itu yang dapat dilakukan demi
memastikan nadi terus berdenyut ! Selain itu, peperangan juga mengundang
kepada kemusnahan tamadun. Tamadun-tamadun seperti tamadun
Mesopotamia, Mesir, Indus, dan Inca yang pernah menjadi tersohor dan agung
pada suatu ketika dahulu, termusnah pada akhir zaman mereka akibat
peperangan. Segala baik dan buruk yang terbina semasa tamadun tersebut
hilang bersekali dengan kemusnahan tamadun tersebut. Banyak ilmu, teknologi
dan ajaran yang baik dicipta oleh mereka yang arif dalam tamadun tersebut
dianggap anasir-anasir buruk oleh pihak yang menceroboh lalu dihapuskan tanpa
mengira nilainya menyebabkan manusia hari ini kehilangan banyak khazanah
yang agung, seterusnya membawa kepupusan sesuatu bangsa. Mengapakah
manusia boleh berbuat apa-apa sahaja untuk menghalang kepupusan spesies
haiwan tetapi tidak terhadap kepupusan sesuatu bangsa? Walaupun begitu,
peperangan juga telah membawa satu kebaikan kepada kita, iaitu kemajuan
teknologi. Banyak teknologi seperti bom berkuasa tinggi, alat perang seperti
kereta kebal, jet pejuang, kapal terbang, dan sistem komunikasi yang lebih baik
telah dicipta akibat desakan peperangan. Teknologi ini tidak semestinya
membawa kemusnahan kepada manusia, tetapi dapat juga membantu kita.
Sebagai contohnya, teknologi nuklear merupakan teknologi penting dan sistem
penjana kuasa elektrik. Kod Morse yang merupakan sistem telegraf semasa
Perang Dunia Kedua banyak membantu menyelamatkan dunia kerana hal ini
menyukarkan pihak Pakatan Paksi untuk mentafsir informasi tentera Bersekutu.
Selain itu, tanpa terciptanya teknologi perang, nyawa seseorang askar mungkin
hanya akan melayang begitu sahaja. Dengan itu, sumbangan peperangan juga
amat besar kepada kita. Persoalannya, adakah peperangan sesuatu perkara
yang berbaloi? Berdasarkan kemusnahan yang dibawa melebihi apa-apa yang
disumbang, maka peperangan hanya satu pertelingkahan manusia yang bodoh
dan kejam. Kesimpulannya, peperangan harus dielakkan kerana jalan
penyelesaian boleh tercapai melalui jalan perundingan. Sudah banyak yang kita
kehilangan ekoran perbuatan nenek moyang kita yang tidak munasabah. Oleh
itu, janganlah kita menghilangkan apa-apa yang masih kita ada pada hari ini dan
belajarlah daripada sejarah peperangan itu sendiri kerana sejarah pasti
mendewasakan kita.

Perang: Satu Analisa (Sebab sebab berlakunya


peperangan)
In peace the sons bury their fathers, but in war the fathers bury their sons
- Croesus [i]

War does not spring full grown from the loins of Mars. It is made by men who by
purpose or accident are in positions of leadership and influence.
- Bob Kobres [ii]

Banyak sebab musabab yang boleh mencetuskan peperangan. Menurut Gabriel


dan Metz dalam bukunya A Short History of War, perang mula terjadi apabila
kegiatan pertanian dan penternakan haiwan mula berkembang pada kurun ke
lima BC. Kegiatan ini menyebabkan terbitnya satu cara hidup bermasyarakat
yang lebih kompleks. Kemahiran membuat senjata juga menyumbang ke arah
tercetusnya konflik awalan di antara mereka.[iii] Dalam peperangan Crimean
(Crimean War) sebagai contoh, konflik antara pihak Khalifah Uthmaniah
(Ottoman) dan Kerajaan Russia tercetus hanya kerana pihak Uthmaniah memberi
kelebihan kepada Negara Perancis mengawal sejumlah gereja geraja Kristian di
Palastine. Oleh kerana permintaan Russia ditolak maka pihak Russia bertindak
menawan Negara jajahan Uthmaniah iaitu Moldavia dan Walachia. Kerana itu
pihak Kerajaan Uthmaniah bertindak mengisytiharkan perang terhadap Negara
Russia.[iv] Satu lagi contoh terjadinya peperangan hanya dengan sebab sebab
yang minima ialah terjerumusnya Amerika Syarikat ke kancah Perang Dunia
Pertama hanya dengan sepucuk telegram yang dihantar oleh Menteri Luar
Jerman masa itu yang bernama Alfred Zimmerman kepada duta Jerman di
Mexico.[v]Dalam kandungan telegram itu, Zimmerman menawarkan kepada
Negara Mexico beberapa tanah jajahannya yang terlepas kepada AS seperti
Texas, Arizona dan New Mexico jika pihak Mexico berpaling dan berpihak
kepadanya. [vi] Secara ringkasnya terdapat tiga sebab sebab utama yang
sering mencetuskan peperangan, iaitu;

a) Konflik yang disebab oleh perebutan hasil bumi.


b) Pertembungan Kuasa
c) Pengaruh Identiti

Menurut Alexander Nikitin dalam draft di dalam satu persidangan di Queens


College, Cambridge, UK pada 3 hingga 8 Ogos 2000 [vii], secara terperincinya
menghuraikan tiga factor tadi kepada beberapa sub factor iaitu;

Perebutan Hasil Bumi


a) kerana sumber galian (minerals) kewilayahan, sumber air, hasil drp. Laut,
tanah, bahan galian (dsb.)
b) Hasil industri infrastruktur industri, tenaga, Bandar, perlabuhan, sumber
kewangan dan tenaga kerja
c) Hasil hiliran industri maklumat, rangkaian computer, teknologi maju, bahan
kajian saintifik dan moden, keupayaan tinggi ketenteraan (nuclear, aeroangkasa,
peluru berpandu)

Petembungan Kuasa
a) Politik dalaman pengagihan kuasa antara kumpulan, kelas, bangsa,
kedudukan, puak, ketua, elemen persekutuan, regim politik, dsb.
b) Politik antarabangsa Sempadan, daerah, pemilikan akses kepada sumber
sumber, perikatan, treaty, tuntutan undang undang, dsb.
c) Hubungan antara etnik tingkat autonomy, isu politik, perwakilan minority,
struktur pemerintah, dsb.

Pengaruh Identiti
a) Budaya kawalan dari pengaruh budaya luar, pertentangan sesuatu budaya
kepada pemerintah atau penduduk
b) Agama pengagihan kuasa dan pengaruh antara agama dan ketua sesuatu
Negara
c) Ideologi akses kepada social, etnik, kumpulan budaya.

Perebutan hasil bumi

Paul Kennedy menulis;

War, to put it bluntly, would support war. By confiscation of crown and feudal
properties in defeated countries; by spoils taken directly from the enemys
armies, garrisons, museums, and treasuries; by imposing war indemnities in
money or in kind [viii]

Sebab ini dinobatkan antara sebab sebab utama tercetusnya peperangan.


[ix] Hasil bumi seperti bahan galian, sumber tenaga seperti minyak dan keluasan
tanah sering menjadi elemen yang menarik bagi Negara Negara untuk
berperang. John Collins menulis; national interest in natural resources and raw
materials shape international relationship [x] David Hume pula menulis dalam
essay nya; nothing is more usual, among states which have made seme
advances in commerce, than to look on the progress of their neighbors with a
suspicious eye, to consider all trading states as their rivals [xi] sebagai contoh
ialah semasa perang pencerobohan Iraq ke atas Kuwait pada 2 Ogos 1990.
Saddam dilihat cuba menjadikan Iraq sebuah kuasa baru dunia apabila
mengawal sejumlah 20% sumber minyak dunia yang ada di sana. [xii] Faktor
sumber tenaga seperti minyak ini menjadikan Negara kuasa besar seperti
Amerika Syarikat rela berperang bagi memastikan mereka mempunyai bekalan
yang cukup seperti yang dibuktikan semasa Operation Iraqi Freedom.[xiii]Mereka
sanggup berbelanja hampir USD 17.7 billion bagi menghantar dan mengekalkan
anggota tentera di kawasan Teluk pada tahun 1991.[xiv] Malahan Presiden Carter
dalam ucapannya bertarikh 15 Julai 1979 telah mencadangkan satu program
selama 10 tahun yang bernilai USD 140 bilion bagi mengurangkan pergantungan
sumber minyak AS di pasaran luar. [xv] Contoh lain yang boleh diambil ialah
Negara Perancis. Dengan menawan Negara Negara jirannya, Napoleon bukan
sahaja mendapat pulangan yang berganda malahan menjana keutuhan
kewangan bagi Negara Perancis dan untuk beliau sendiri.[xvi] Sementara Jepun
memperolehi keuntungan apabila menawan Korea pada Perang Dunia ke Dua
kerana memperolehi sumber sumber asli seperti arang batu, bijih besi dan lain
lain sumber asli termasuk kawasan janakuasa hidroelektrik di
sana. [xvii] Insiden terbaru ialah keadaan tegang di Perairan Sulawesi
berhampiran sempadan Malaysia Indonesia gara gara perebutan kawasan
minyak yang bertindih di antara kedua buah Negara. [xviii] Minyak merupakan
satu asset yang berharga kala ini mahupun di waktu dahulu. William K Whiteford,
pengerusi, Gulf Corp. pernah berkata;

Thats gasoline you smell in there. You cant buy any perfume in the world that
smells as sweet.[xix]

Oleh kerana kepentingan itu, dalam Operation Barbarossa, Hitler telah


mengarahkan antara salah satu objektif operasi itu ialah menawan kawasan
lombong minyak Russia di daerah Caucasus. [xx]Pihak berikat juga mengariskan
kawasan perlombongan minyak milik tentera Jerman sebagai objektif utama
juga, ini terbukti pada 1 Ogos 1943, berpuluh puluh pesawat pengebom B 24
Liberator milik 9th US Air Force telah mengebom kompleks penapisan minyak
milik Jerman di Ploesti, Romania dari pengkalan milik mereka di Utara Afrika,
2,000 batu dari kawasan sasaran.[xxi] Maka tidak syak lagi, peperangan hampir
pasti terjadi apabila kepentingan hasil bumi sesuatu Negara terancam, seperti
yang dirumuskan oleh John Collins dalam bukunya;

Resource warfare can threaten modern societies and damage military


capabilities just surely as nuclear weapons. [xxii] Bersambung...
End Note
[i] Internet: http://www.wisdomquotes.com/
[ii] Kobres, Bob. Chapter XVIII: Causes of War. Univ. of Georgia Libraries.
Internet:http://abob.libs.uga.edu/bobk/coopc18.htm
[iii] Gabriel, Richard A., and, Karen S Metz. A Short History of War: The Evolution
of Warfare & Weapons. Strategic Studies Institute: US Army War College.
Internet:www.42cs.maxwell.af.mil/au/awc/awcgate/gabrmetz/gabr0000.htm
[iv] Abd. Wahab, Zaharin. Month of War. Selected Works. Unpublished edition.
2004. See also http://www.encyclopedia.com/ untuk maklumat lengkap tentang
Crimean War.
[v] Kennedy, Paul. The Rise and Fall of the Great Powers. London: Fontana Press,
1989. p 349
[vi] Espionage history (1917 1918).
Internet:http://ncnc.essortment.com/espionagehistor_rago.htm
[vii] Nikitin, Alexander. Political and Economic Causes of war. 50th Pugwash
Conference On Science and World Affairs: Eliminating the Causes of War.
Internet:www.pugwash.org/reports/pac/pac256/wg2draft1.htm
[viii] Kennedy, Paul. Ibid. p 172
[ix] War; World Book Encyclopedia 2002, Deluxe Premier Ed. CD
[x] Collins, John M. Military Geography for Professional and the Public.
Washington: Brasseys , 1998. p 165
[xi] Hume, David. Of the Jealousy of Trade. Internet: http://etext.lib.virginia.edu/
[xii] Woodward, Bob. The Commander. New York: Simon & Schuster, 1991. p 237
[xiii] Ketika penjajahan Iraq ke atas Kuwait, Presiden Bush dipetik sebagai
berkata, if Saddam succeeds in extending his control to a large part of the Arab
world, he could pose a direct threat to the US by severely damaging our oil
dependent economy. Lihat; Henderson, David R. Do We Need to Go to War For
Oil? Cato Foreign Policy Briefing No. 4.
internet:http://www.cato.org/pub_display.php?pub_id=1529
[xiv] Henderson, Ibid. see also; Susan, Rasky. Senators Question Control of Gulf
Aid. New York Times. September 12, 1990. p A9
[xv] The World Almanac and Book of Facts 2004. CD. Selectsoft Publishing.
[xvi] Kennedy, Paul. Ibid. p 172
[xvii] Collins, John M. ibid. p 159
[xviii] TNI Tetap Bersiaga di Kawasan Ambalat. Internet: http://www.kompas.com/
[xix] Vitullo Martin, Julia, and J Robert Moskin. Executives Book of Quotations.
New York, Oxford: Oxford UP, 1994. p 208
[xx] Matthews, Rupert. Hitler: Military Commander. London: Capella, 2003. p 173
[xxi] Warden III, John A., Colonel, USAF. The Air Campaign. Washington: Brassey,
1989. p 39
[xxii] Collins, John M. Military Geography for Professional and the Public.
Washington: Brasseys , 1998. p 165

MENGAPA PERANG BERLAKU : 3G - GOSPEL, GOLD,


GLORY
Diterbitkan Belia Bangkit Pada 8:18:00 PTG
Manusia perlu menamatkan perang, atau perang yang akan menamatkan
manusia (John F. Kenedy.. Ucaptama di PBB 1961)

Perang adalah seburuk buruk kejahatan, tetapi ada satu kebaikannya, ia


mengusir ketakutan dan membangkitkan keberanian.(Mahatma
Ghandi)
kereta perisai tempur Adnan atas treler di Lahad Datu

Walau saya tidak pandai dalam ilmu ketenteraan, saya mengulas dari
pandangan dan sudut sejarah KERANA SAYA AMAT SUKA KEPADA KAJIAN
SEJARAH.

Pernah suatu waktu dahulu saya bertanya kepada cikgu sejarah saya,
cikgu, kenapa manusia berperang? Dia jawap 3 G

3G merupakan jawapan yang paling asas dalam menghuraikan kenapa


sesuatu perang itu terjadi. Tentu tuan / puan tahu apa itu 3G. Satu
teknologi handphone komunikasihehehe (jawapan budak sekolah
sekarang).

Konsep 3G telah digunakan hampir 900 tahun yang lalu iaitu digunapakai
oleh imperialis imperialis barat bagi menjelajah, melihat dan menakluk
sesuatu bangsa. (3V). Apakah 3V ini? Veni Vedi Vinci (saya datang, saya
lihat dan saya takluk).

3G ini membawa maksud GOSPEL GOLD GLORY


Apakah Kaitan Gospel Dan Peperangan?

Di alam peperangan zaman sebelum renaissance dan selepas renaissance


di eropah, kebanyakan imperialis barat telah di tarbiahkan di minda
mereka bahawa kejayaan sesuatu negara bangsa itu mestilah di dukungi
oleh semangat untuk meluaskan pengaruh keagamaan.

Kenapa?

Golongan agama di barat pada waktu itu melihat kejayaan pengaruh


ketenteraan Islam meluaskan empayar mereka melalui peperangan telah
menyebabkan mereka iri hati dan berhasrat untuk memiliki kekuasaan
yang sama taraf dengan empayar Islam ketika itu.

Bila?

Zaman era perang salib pertama hingga terakhir adalah merupakan


zaman yang menuntut penguasaan ketenteraan untuk menyebarkan
sesuatu agama. Ledakan dari pertembungan pengaruh Islam dan Kristian
itulah yang menyebabkan berlakunya pencerahan (enlightment) dan
seterusnya menghasilkan satu era yang dinamakan renaissance. Pada
ketika itu eropah amat jahil di dalam teknologi teknologi yang dihasilkan
dalam dunia Islam.

Siapakah Pencetusnya?

Pencetus semangat perang keagamaan zaman perang salib ini dimulai


oleh Paus Urban II pada tahun 1095. Disebabkan oleh beberapa insiden
rompakan dan samun oleh penyangak penyangak arab padang pasir
badwi terhadap kabilah kabilah rombongan keagamaan Kristian ke Baitul
Muqaddis dan alasan ini telah digunakan sebaik mungkin untuk
mencetuskan peperangan terhadap empayar Islam pada masa itu.

Bagaimana Ia Dicetuskan?

Para pejuang eropah pada waktu itu tidak sehaluan pada dasarnya. Tiap
pasukan tentera mereka terdiri dari kerajaan kerajaan yang berasingan
dan sentiasa berperang antara satu sama lain. Mereka disatukan dengan
mengilhamkan bahawa ada satu kerajaan Pastor John di timur dan mereka
perlu bersatu untuk memusnahkan empayar Islam.

Maka ayat mudah diperkatakan ialah, perang menjurus kepada agama


ialah merupakan salah satu motif utama di mana mana medan
peperangan di dalam dunia. Contoh lain ialah Perang Paderi.
(Hehehe..saya kaji tu malas nak ulas)

Apakah Kaitan Gold Dan Peperangan?

Peperangan tidak boleh lari dari motif penguasaan emas, merebut emas,
merompak emas, menawan kawasan emas. Emas merupakan satu asset
komoditi yang amat penting semenjak penggunaan emas di zaman
kerajaan Nabi Sulaiman A.S sehinggakan di ceritakan bahawa pada zaman
itu, segala hasil mahsul emas datang dari semenanjung emas (golden
khersones).

Mungkinkah pada fikiran tuan puan sekelian, emas ini menjadi satu
kemestian untuk di puja dan di puji oleh segenap lapisan masyarakat.
Hakikatnya ialah, siapa yang mempunyai asset emas paling banyak,
dialah yang kaya. Siapa yang mempunyai stok emas yang bertimbun, ia
boleh menakluki manusia.

Sesuatu kerajaan yang besar, mestilah kuat dari segi politiknya,


tenteranya dan ekonominya yang kukuh. Kestabilan sesuatu negara itu
tidak boleh dipisahkan dari 3 perkara diatas. Namun jika berlaku
kepincangan dari salah satu elemen itu, maka memungkinkan terjadinya
peperangan.

Walaupun hakikatnya satu negara bangsa ini mengimpikan sesuatu


kemanan dikecapi sepanjang masa, masyarakat penghuninya juga
memainkan peranan penting dalam menstabilkan corak pemerintahan
kerajaan. Apabila sesuatu negarabangsa aman damai, ia pasti dicemburui
oleh mana mana pihak atau jiran yang irihati atau sakit hati melihat
kemakmuran ekonomi dan sosio politik suatu negarabangsa.

Maka dengan sifat irihati dendam kesumat dan hasad dengki, maka satu
jalan yang paling mudah ialah mengganggu gugat system ekonomi
dengan mengadakan konspirasi dagangan emas dan mengakibatkan
perang ekonomi berlaku didalam diam. Jika tidak, serangan fizikal akan di
lakukan atas alasan pelbagai dan motif utamanya ialah, merampas
simpanan emas dan melumpuhkan nilai ekonomi negarabangsa tersebut.
Sejarah perang Iraq dan A.S membuktikan bahawa antara sebab utama
perang terjadi ialah kerana inginkan penguasaan emas hitam di timur
tengah. Bukan itu sahaja, kejadian melarikan emas milik kerajaan Iraq
telah dibongkarkan beberapa tahun yang lalu melalui beberapa keping
gambar yang disebarkan di laman laman social internet.

Oleh itu, penguasaan dan menguasai emas kuning atau hitam merupakan
antara alasan kukuh untuk sesebuah negara menyerang atau diserang.

Contoh paling mudah untuk difahami ialah, kenapa Jepun serang negara
kita dan Asia? Dan akhir sekali yang kita dapat tahu ialah perkataan
emas yamashita. Jadi perang tidak boleh lari dari emas kan? Hehehe.

Kaitan Perang Dengan Glory

Glory.. boleh ditakrifkan sebagai kejayaan, kemenangan, kecemerlangan


dengan erti kata penuh kebanggaan yang boleh diagungkan dan boleh di
catatkan di dalam sejarah sesebuah negara bangsa. Dengan mempunyai
sifat tersebut, manusia di mana jua sekalipun akan tetap inginkan
kehormatan dan ketinggian darjat serta kemuliaan dan dipandang tinggi
oleh orang lain.

Sesuatu pasukan ketenteraan negara bangsa itu sememangnya dilatih


dengan disiplin tinggi dan etika peperangan yang terbaik bagi melahirkan
satu semangat esprit de corps dikalangan mereka. Semangat yang lahir
dari hati dan perasaan cintakan negara bangsa mencetuskan suatu
fenomena patriotisme yang jitu dan menyerlahkan kekuatan sesuatu
pasukan negara bangsa.

Perang tidak boleh lari dari semangat untuk menunjukkan sesuatu bangsa
itu mampu menjajah, menawan, menakluk dan memerintah ke atas suatu
negara bangsa dan dengan hasrat ingin mendabik dada bahawa mereka
lah yang terkuat, terbaik atau terhebat. Mangsa dan pemangsa di alam
perang ini ibarat pepatah yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.

Pasukan yang kuat akan ketawa dan yang lemah pendek nyawa. Yang
menang jadi tuan hamba yang kalah jadi hamba sahaya. Negara bangsa
yang menjadi hamba pasti akan dihina dan akan melahirkan bangsa yang
lemah moral dan motivasi serta melahirkan generasi yang mengemis di
bumi sendiri. Sejarah akan mencatatkan golongan ini sebagai pengkhianat
dan pemberontak dan bangsa yang layak menjadi hamba suruhan si
penjajah. Sememangnya sejarah ditulis oleh orang orang yang menang
sahaja.

Maka orang orang yang menang inilah yang menginginkan GLORY itu
milik mereka untuk dibangga banggakan di dalam lipatan sejarah.

Kesimpulan.

Saya sebenarnya bukanlah pandai dalam mentafsirkan erti peperangan


dan kesan peperangan. Sekadar berkongsi pendapat dengan tuan puan
forumer sekalian. Di hati saya terdetik seketika bahawa kita sebenarnya
terlalu lama tidur di dalam jaga. Keamanan yang di nikmati hasil dari
pengorbanan pasukan keselamatan negara menyebabkan kita merasa
selesa dan senang. Tambahan pula sifat kita tidak mahu menghayati
sejarah dan tidak mahu mempelajari teladannya untuk rujukan anak cucu
masa hadapan.

Amat malang sekali mereka mereka yang sombong dan ego dalam
kesenangan, menghina, mengherdik, mengata dan memperlekehkan
usaha pasukan keselamatan kita demi memastikan kita tidur lena di
ranjang berhawa dingin. Sedangkan mereka mereka ini bersekang mata
menjaga kita dan berhadapan dengan peluru peluru tidak bermata.

Oleh sebab itu, maka wajarlah kita bersyukur dan berterima kasih bukan
menghina dan mengejek. Mereka juga manusia biasa seperti kita, punyai
hati dan perasaan. Banyak negara mencemburui kemakmuran dan
kekayaan negara kita sehingga ada yang sanggup datang mencari rezeki
untuk hidup. Semata mata 3G tadi. Walau bukan dengan perang, tapi
dengan budaya dan sosioekonomi.

Perang Dunia Pertama

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan
bermula di Balkan.
Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama
isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang
dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balkan yang kecil di mana pembunuhan
tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary
memutuskan menghukum Serbia.
Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat
penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman.
Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk
sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium,
sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.
Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi
negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan
sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang
menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan
berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya
memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera
Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika
Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.
Fail:WW1 TitlePicture For Wikipedia Article.jpg
Sekitar kemusnahan serta pertempuran yang berlaku semasa Perang Dunia I.
Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-
hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman
menguasaiLuxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis
utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal.
Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan.
Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara
sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru
tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera
Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di
barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan
senjata pada 11 November.
Di bawah Persetiaan Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia
Pertama, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian
daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen
{sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta
sebahagian Prussia Barat.Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh
Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat
menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan
Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan
tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang
mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu
pampasan perang yang sungguh besar.
Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak
Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta.
Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara
yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua
peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.
Punca Perang Dunia I[sunting | sunting sumber]
Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor
politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara
Eropah, iaituPerikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula
melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan
membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-
dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis,
Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan.
Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang
bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19
dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini
akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk
lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta
untuk memasarkan barangan siap mereka.

Perang Dunia 2
Perang Dunia Kedua (atau Perang Dunia Ke-2) ialah peperangan yang paling
meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia
moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara di dunia, dengan
pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan
mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan
membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-
negara Komanwel, Perancis,Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China)
serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun).
Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan
Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di
Pasifik dan Asia Timur.
Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara
memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran
pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan
bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah
serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga
melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan
dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan
kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia.
Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang
agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan
berlaku lagi buat selama-lamanya.
Pengenalan[sunting | sunting sumber]
Untuk rencana lanjutan, lihat Perkara sebelum Perang Dunia II Kancah Eropah
Cara layanan pihak yang menang terhadap Republik Weimar selepas Perang
Dunia I, dan kemelesatan besar ekonomi ( Great Depression ) menyebabkan
pergerakan pelampau nasionalis NSDAP Adolf Hitler merebut kuasa di Jerman.
Disebabkan keadaan politik yang rapuh, Adolf Hitler berjaya menggunakan kuasa
darurat dan memegang kuasa penuh negara Jerman. Adolf Hitler membelakangi
perjanjian selepas Perang Dunia I, dia membangunkan semula tentera Jerman
melalui perlembagaan demokratik yang kemudiannya diketepikan. Dia
menguatkan tentera di sempadan bersebelahan dengan Perancis, memaksa
persekutuan semula dengan Austria, dan dengan persetujuan Perancis-British dia
menyerap sebahagian dari Czechoslovakia.
Pada tahun 1922 Benito Mussolini dan parti Fascist bangkit memegang kuasa
di Itali. Fascist Itali, Mussolini berkongsi sebahagian matlamat ideologi dengan
sosialis Kebangsaan Jerman, dan walaupun Mussolini tidak begitu mempercayai
Hitler, kedua negara membentuk perjanjian yang dikenali sebagai "Rome-Berlin
Axis" pada tahun 1936.

Benito Mussolini ("Il Duce") bersama Adolf Hitler


Perang Dunia Kedua lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding
peperangan lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya
pengeboman udara secara besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala
yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. (Polisi yang dimulakan
oleh LuftwaffeJerman terhadap Poland, Perancis dan Inggris membantu Poland,
dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh pihak Berikat terhadap
bandar Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian untuk
membolehkan pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di
kem penghapusan.
Keseluruhannya, Perang Dunia Kedua mengakibatkan 50 juta kematian (sekitar
dua peratus penduduk dunia).
Untuk rencana lanjutan, lihat korban Perang Dunia Kedua menurut negara.
Medan Eropah[sunting | sunting sumber]
Untuk rencana lanjutan, lihat Perang Dunia II Kancah Eropah dan Berakhirnya
Perang Dunia II di Eropah.
Peperangan di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera Jerman
menjajah Poland. Pakar sejarah yang lain pula menyebut pencerobohan Jepunke
negeri China pada tahun 1937 sebagai permulaan peperangan, atau
pencerobohan Jepun ke Manchuria pada tahun 1931.
Pada tahun 1939, Hitler menuntut sebahagian daripada wilayah Poland dan
memeteraikan Perjanjian Molotov-Ribbentrop ( Molotov-Ribbentrop Pact )
denganKesatuan Soviet sebagai membalas kepada tindakan sokongan
persekutuan pertahanan British dan Perancis dengan Poland pada bulan
Mac 1939. PihakWehrmacht Jerman kemudiannya menjajah Poland dalam
'Kempen September Polish' pada 1 September. Pada 3 September 1939 pihak
British dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Kerajaan Poland
tumbang, dan Presiden Ignacy Moscicki melarikan diri serta menubuhkan
kerajaan Polish dalam pelarian pada 18 September 1939. Dalam tempoh
beberapa minggu kemudian, Tentera Merah Soviet turut menjajah Poland, dan
pertempuran merebut Poland berakhir tanpa sebarang bantuan ketenteraan
daripada negara Perancis dan British.
Tempoh dari tamatnya penjajahan Poland pada Oktober 1939, sehingga
penjajahan Jerman terhadap Benelux dan Perancis pada Mei 1940, dikenali
sebagaiPerang Olok-Olok (Phony War). Pasukan Jerman dan Soviet dipindahkan
dari menyerang Poland. Tentera Merah menumpukan ke Negara-negara Baltik
dan kepada Finland, di mana Perang Musim Sejuk menjadi tumpuan dunia
disebabkan ketiadaan pertempuran lain. Pasukan Wehrmacht bergerak ke barat,
dan sementara itu Operasi Weserbungmenjajah Denmark dan Norway. Perancis
menggerakkan tenteranya dan mengendalikan pertahanan sempadannya yang
kukuh dengan Rhine; dan pihak British pula menghantar pasukan expeditionary
yang besar ke Perancis. Selain serangan ringkas oleh pasukan Perancis yang
menyeberangi Rhine, tiada pertempuran lain sementara kedua pihak
memperkukuhkan tentera mereka.
Pada Mei 1940 pasukan Jerman menyerang Negara Rendah (Low Countries)
(Belanda, Belgium dan Luxembourg). Ketiga-tiga negara diduduki dengan pantas
dan kesemua kerajaan dan pemerintahnya berundur ke British, kecuali raja
Belgium Leopold III yang kekal di negaranya.
Pihak Jerman kemudiannya menyerang Perancis. Taktik Blitzkrieg Jerman berjaya
mengalahkan tentera Perancis dan British di Perancis. Pasukan Ekspedisi
British (BEF) terpaksa diundurkan dari Dunkirk dalam Operasi Dynamo,
meninggalkan kelengkapan berat mereka, sementara kerajaan Perancis
berdamai, dengan pihak Jerman menguasai kawasan di Utara dan kerajaan Vichy
Perancis Vichy (Vichy France Vichy) pula berkuasa di selatan.
Sementara itu, tentera udara Jerman, Luftwaffe gagal mengalahkan Pasukan
Udara Diraja dalam Pertempuran Britain ( Battle of Britain ) untuk menguasai
ruang udara British. Sebaliknya pihak Luftwaffe memulakan kempen
pengeboman strategik yang dikenali oleh pihak British sebagai Blitz, dan
mengepong British agar menyerah dalam Pertempuran Atlantik. Britain tetap
utuh menghadapi kedua-duanya.
Pada Jun 1941 Jerman menyerang Kesatuan Soviet, walaupun mereka
mempunyai pakatan tidak agresif (non-aggression pact), dalam Operasi
Barbarossa, memulakan apa yang dikenali di Kesatuan
Sovietsebagai Peperangan Patriotik Agung (Great Patriotic War) (
). Pihak Rusia dikejutkan dan Wehrmacht pada awalnya
menakluk kawasan yang luas, dan menawan beratus ribu tentera.
Pihak Soviet berundur, dan berjaya memindahkan kebanyakan industri berat
mereka jauh daripada medan pertempuran dan membina semula dikawasan
lebih terpencil. Pengorbanan pertahanan yang kental menghalang pihak Jerman
menawan Moscow (Bandar Wira) sehingga musim sejuk melanda
(lihat Pertempuran Moscow). Hitler, menjangkakan kempen itu tamat dalam
tempoh beberapa bulan, tidak melengkapkan tentera mereka untuk peperangan
musim sejuk. Lima hari selepas Soviet melancarkan serangan balas mereka,
pada 11 Disember 1941, Jerman mengisytiharkan perang ke atas Amerika
Syarikat selepas Serangan ke atas Pearl Harbor oleh Jepun - Untuk rencana
lanjutan, lihat Perang Dunia Kedua Medan Asia

Ketua Perikatan "Besar Tiga" Winston Churchill, Franklin Delano Roosevelt, dan
Joseph Stalin
Pada musim bunga pihak Jerman melakukan serangan lanjut terhadap Kesatuan
Soviet, tetapi tidak dapat menetapkan antara serangan langsung terhadap
Moscow atau menawan padang minyak Caucasus. Moscow sekali lagi berjaya
dipertahankan, dan pada akhir tahun 1942 tentera Soviet berjaya menembusi
baris hadapan pihak Pusat di selatan, dan mengepong Tentera ke-6 Jerman
dalam Pertempuran Stalingrad ( Bandar Wira ). Pada Februari 1943 saki-baki
300,000 tentera Jerman menyerah.
Pada musim bunga, Wehrmacht berjaya memulihkan baris hadapan dan
melakukan serangan balas dalam Pertempuran Kedua Kharkov (Second Battle of
Kharkov), tetapi serangan mereka pada Pertempuran Kursk (Julai 1943) gagal
mengakibatkan pihak Jerman tidak lagi mempunyai sumber untuk bertahan.
Tentera Merah berjaya menyerang balas dan merampas kembali kawasan yang
hilang. Semenjak itu, Kesatuan Soviet mempunyai kelebihan di Timur Eropah.
Kekalahan pihak Jerman di Stalingrad diikuti pula dengan kekalahan pada skala
yang sama di Tunisia (lihat Perang Dunia Kedua#Medan Afrika dan Timur Tengah
Medan Afrika di bawah), mengakibatkan kehilangan tapak terakhir kuasa Paksi di
Afrika Utara dan penawanan suku juta tahanan perang Jerman dan Itali pada Mei
1943. Selepas itu pihak Berikat menggunakan Afrika Utara sebagai papan
loncatan untuk pelanggaran Sicily melalui Operasi Huskypada Julai 1943 dan
pelanggaran tanah besar Itali oleh pihak Berikat Allied (September 1943), yang
digambarkan oleh Sir Winston Churchill sebagai "bahagian lembut perut Eropah".
Itali menyerah, tetapi tentera Jerman bertindak untuk melucutkan senjata
tentera Itali dan bergegas mempertahankan Itali bersendirian. Pihak Jerman
mendirikan baris pertahanan kukuh di negara bergunung yang sesuai untuk
pertahanan, dan kemajuan pihak Berikat adalah perlahan.
Pihak Berikat melanggar Normandy dalam Operasi Overlord pada Jun 1944 dan
membebaskan kebanyakan Perancis dan Negara Rendah ( Low Countries ) pada
penghujung tahun. Pihak Jerman yang terdesak telah menyerang balas dalam
Pertempuran Bulge pada Disember 1944 tetapi dapat dipatahkan. Pihak Berikat
kemudian berjaya memasuki Jerman pada 1945. Ketika ini pihak Soviet telahpun
sampai ke sempadan Timur Empayar Jerman ( German Reich ), dan nasib Jerman
telah ditentukan. Selepas Hitler membunuh diri ketika pihak Rusia memasuki
Berlin, pihak tentera Jerman menyerah tanpa syarat pada 7 Mei 1945.
Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8 Mei
1945, tetapi berterusan di Asia dan Pasifik sehingga 2 September 1945, apabila
Jepun menyerah kalah.
Perang Pasifik[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Perang Pasifik

Generalissimo Chiang Kai-shek, Franklin D. Roosevelt, danWinston


Churchill semasa Persidangan Kaherah pada 25 November 1943.

Bendera 'Matahari Terbit' Tentera Imperialis Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.
Askar Jepun sedang memancung kepala seorang Banduan PerangAustralia.
Pihak Jepun telah berperang dengan negara China sebelum Perang Dunia Kedua
bermula di Eropah. KetikaAmerika Syarikat dan negara-negara lain
menghentikan eksport ke Jepun, mereka telah membuat keputusan untuk
menyerang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941 serentak dengan pengistiharan
perang dalam tempoh yang singkat. Disebabkan masalah teknikal, pengistiharan
tersebut tidak sempat disampaikan. Angkatan Pasifik Amerika mengalami
kerosakan yang teruk, walaupun kapal induknya terselamat kerana ketika
serangan berlaku ia sedang belayar. Tentera Jepun turut menyerang tanah-tanah
jajahan milik British di Malaya, dan Borneo, serta Filipinayang berada di bawah
penguasaan Amerika secara serentak, dengan tujuan untuk menguasai telaga
minyakBelanda Hindia Timur. Pulau kota Singapura kepunyaan British tewas
dalam apa yang disifatkan oleh Churchill sebagai kekalahan British yang paling
memalukan sepanjang zaman.
Pada Mei 1942, tentera laut Jepun menyerang Port Moresby, New Guinea.
Seandainya serangan tersebut berjaya, ia akan mendekatkan jarak mereka untuk
menyerang Australia. Bagaimanapun, serangan tersebut digagalkan oleh Tentera
Laut Berikat dalam Pertempuran Laut Karang (Coral Sea), menjadikannya operasi
menentang pelan Jepun yang pertama berjaya, dan pertempuran tentera laut
pertama antara kapal induk sepenuhnya. Sebulan kemudian Tentera Laut AS
sekali lagi berjaya menghalang pencerobohan Kepulauan Midway
dalam Pertempuran Midway, kali ini memusnahkan empat kapal induk Tentera
Laut Jepun, yang tidak mampu digantikan oleh industri persenjataan Jepun,
sekali gus meletakkan pihak Imperialis Jepun dalam situasi bertahan.
Bagaimanapun, pada Julai Tentera Imperialis Jepun telah melakukan serangan
darat di Port Moresby, sepanjang Laluan Kokoda Kokoda Track. Pasukan
simpanan Australia, ramai yang masih muda dan tidak terlatih, bertempur
sebagai pengawal belakang, sehingga mereka digantikan oleh Tentera Australia
biasa yang kembali daripada pertempuran di Timur Tengah.
Pemimpin Pihak Berikat telah bersetuju walaupun sebelum kemasukan Amerika
dalam peperangan bahawa keutamaan perlu diberikan untuk mengalahkan pihak
Jerman. Bagaimanapun pasukan Australia dan Amerika dibawah pimpinan
Jeneral Douglas MacArthur mula menyerang jajahan yang tertawan, bermula
dengan Pulau Guadalcanalmelawan tentera Jepun yang bertahan dengan gigih
dan bersungguh-sungguh. Pada 7 Ogos 1942 Pulau Guadalcanal diserang
oleh Kor Marin Amerika Syarikat (United States Marine Corps; USMC). Pada akhir
Ogos dan awal September, ketika pertempuran berlarutan di Guadalacanal,
pasukan Australia dan Amerika Syarikat bertempur dengan serangan amphibious
Jepun di hujung timur New Guinea dalam Milne Bay, kekalahan mutlak pertama
tentera darat Jepun. Pasukan Amerika Syarikat mencapai kejayaan di
Guadalcanal pada Februari 1943.
Pasukan Australia dan Amerika Syarikat kemudiannya berusaha untuk menawan
kembali kawasan yang ditawan Jepun di sesetengah bahagian di New Guinea
dan Dutch East Indies. Pulau Solomon dirampas kembali sepenuhnya pada 1943,
New Britain dan New Ireland pada tahun 1944. Filipina diserang pada akhir tahun
1944 selepasPertempuran Teluk Leyte.
Kapal selam AS dan pihak Berikat turut menyerang perkapalan perdagangan
Jepun, dengan itu menafikan perindustrian Jepun dari mendapatkan bahan
mentah, yang merupakan sebab utama Jepun berperang untuk
mendapatkannya. Keberkesanan cerutan ini meningkat apabila Amerika
menawan kawasan kepulauan yang berhampiran tanah besar Jepun.
Tentera Kebangsaan Kuomintang (Nationalist Kuomintang Army) di bawah Chiang
Kai-shek dan Tentera Komunis China (Communist Chinese Army) di bawah Mao
Zedong kedua-duanya menentang penaklukan Jepun di China, tetapi tidak
pernah bersatu menentang Jepun. Pertikaian antara kuasa Komunis dan
Kebangsaan Nationalist berterusan walaupun perang sudah tamat.
Pihak Berikat menawan kepulauan berhampiran Jepun seperti Iwo
Jima dan Okinawa meletakkan Jepun dalam jarak serangan udara dan laut, Tokyo
diserang dengan bom api dan kemudiannya bom atommenghancurkan
Hiroshima. Pada 8 Ogos 1945, Kesatuan Soviet yang sekian lamanya menyimpan
dendam atas kekalahannya di Pelabuhan Arthur dan Tsushima oleh Jepun pada
tahun 1902 telah mengistiharkan serang balas ke atas Jepun, menyerang
jajahannya di Manchuria. Pada 9 Ogos Nagasaki di bom dengan bom atom. Pihak
Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, dan menandatangani dokumen
menyerah kalah pada 2 September 1945.
Medan Afrika dan Timur Tengah[sunting | sunting sumber]
Kempen Afrika Utara bermula pada tahun 1940, apabila sepasukan kecil tentera
British di Mesir menghalang kemaraan tentera Itali daripada Libya. Kemaraan ini
dihentikan pada tahun 1941 ketika pasukan Jermandi bawah Erwin
Rommel mendarat di Libya. Tambahan lagi, pada Jun 1941 Tentera Australia dan
pasukan Berikat melanggar Syria dan Lebanon, menawan Damascus pada 17
Jun. Afrika Korps dibawah pimpinan Rommel maju dengan pantasnya ke arah
timur dan terus mengepung pelabuhan strategik di Tobruk. Pasukan Australia
dan British menangkis kesemua serangan sehinggalah diganti, tetapi serangan
pihak Pusat yang baru menawan bandar tersebut dan menghalau Tentera ke
Lapan ( Eighth Army ) kebelakang sehingga ke perbatasan di El Alamein.
Pertempuran El Alamein Pertama berlaku antara 1 Julai sehingga 27 Julai 1942.
Pihak Jerman telah mara ketitik pertahanan terakhir sebelum bandar Alexandria
dan Terusan Suez. Bagaimanapun mereka mendahului saluran bekalan, dan
pertahanan British dan Komanwel mematahkan serangan mereka. Pertempuran
El Alamein Kedua berlaku antara 23 Oktober dan 3 November 1942
selepas Bernard Montgomerymenggantikan Claude Auchinleck sebagai
komander Tentera Kelapan ( Eighth Army ). Pasukan Komanwel Commonwealth
forces mula menyerang dan memusnahkan Afrika Korps. Rommel dipaksa
berundur, dan kali ini tidak berhenti berundur sehingga sampai ke Tunisia.
Mengiringi kejayaan ini, pada 8 November 1942, tentera Amerika dan British
mendarat di Maghribi dan Algeria dalam Operasi Obor ( Operation Torch ).
Pasukan tempatan Perancis Vichy membuat penentangan terhad sebelum
menyertai pihak Berikat. Akhirnya pasukan Jerman dan Itali terkepit dari
kemaraan berkembar dari Algeria dan Libya oleh pihak Berikat. Mara dari kedua-
dua belah timur dan barat, pasukan Berikat mengundurkan Wehrmacht
sepenuhnya dari Afrika dan pada 13 Mei 1943, baki pasukan Paksi di Afrika Utara
menyerah diri. 250,000 tahanan ditahan; sama ramai seperti di Stalingrad.
Afrika Utara digunakan sebagai batu loncatan untuk
melanggar Sicily dan Itali pada tahun 1943.
Kepentingan Sejarah[sunting | sunting sumber]
Berbeza dengan Perang Dunia I, pihak Barat yang menang dalam Perang Dunia
Kedua tidak meminta bayaran gantirugi daripada negara yang kalah. Sebaliknya,
dalam satu pelan yang dirangka oleh Setiausaha Amerika Syarikat, George
Marshall, "Program Pemulihan Ekonomi" ( Economic Recovery Program ), lebih
terkenal dengan nama Pelan Marshall, mengkehendaki Kongres Amerika
Syarikat untuk memperuntukkan berjuta dollar untuk pembinaan semula Eropah.
Oleh kerana League of Nations jelas gagal menghalang peperangan, badan dunia
baru dibentuk. Pada tahun 1945 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan.
Bahagian Eropah yang ditakluk atau dikuasai Soviet Union tidak mendapat
untung dari Pelan Marshall. Dalam Perjanjian Perdamaian Paris ( Paris Peace
Treaties ), 1947 Paris Peace Treaty , musuh Soviet Union seperti Hungary, Finland
and Romania dikehendaki membayar pampasan perang sebanyak $300,000,000
setiap satu (dalam nilaian dolar 1938) kepada USSR dan negara satelitnya. Itali
dikehendaki membayar $360,000,000, dikongsi kebanyakannya antara Greece,
Yugoslavia dan Soviet Union.
Dalam kawasan diduduki oleh Kesatuan Soviet pada penghujung perang, regim
boneka diletakkan, walaupun dibantah oleh kerajaan buangan dan pihak Berikat
yang lain. Jerman dibahagikan kepada empat zon jajahan, dengan zon Amerika,
British, dan Perancis dikelompokkan sebagai Jerman Barat dan zon Rusia sebagai
negara satelit Rusia, dikenali sebagai Jerman Timur. Austria sekali lagi
dikeluarkan daripada Jerman dan ia juga dipecahkan kepada empat zon jajahan,
tetapi zon Rusia akhirnya disatukan menjadi negara Austria. Dalam kata
Churchill, "Tirai Besi telah turun membelah Eropah". Seterusnya ini mendorong
commitment dari pihak Amerika untuk membantu melindungi Eropah Barat,
pembentukan NATO dan Perang Dingin.
Dalam gantirugi, menurut syarat Persidangan Yalta, lebih dua juta tahanan askar
Rusia yang jatuh di tangan pasukan Amerika dan British, mengakibatkan
kematian sebahagian besar daripada mereka.
Penyelidikan dan pembangunan yang terbabit dengan Projek
Manhattan bertujuan agar dapat mereka bentuk senjata nuklear yang boleh
digunakan dengan cepat memberi kesan besar kepada masyarakat saintifik,
antara lain membentuk jaringan makmal kebangsaan di Amerika Syarikat.
Dalam ruang ketenteraan, Perang Dunia Kedua menandakan kedatangan
kuasa udara, kebanyakannya menggantikan kapal perang. Ketika bandul terus
berhayun dalam persaingan tanpa akhir ini, kuasa udara menjadi rakan kongsi
penuh dalam sebarang tindakan ketenteraan.
Perang Dunia Kedua merupakan kemuncak kepada jumlah tentera yang ramai.
Walaupun jumlah tentera yang ramai berkuali rendah muncul semula
(ketika Perang Korea dan dalam beberapa pertikaian negara Afrika), selepas
kemenangan ini kuasa besar bergantung kepada tentera yang kecil tetapi
terlatih dan bersenjata lengkap.
Selepas perang, ramai pemerintah Jerman berpangkat tinggi dibicarakan kerana
jenayah perang, termasuk juga pembunuhan beramai-
ramai Holokus dilaksanakan kebanyakan di bawah kawasan Kerajaan Jeneral
( General Government ), dalam perbicaraan Nuremberg. Serupa juga pemimpin
Jepun dibicarakan dalam Perbicaraan Jenayah Perang Tokyo ( Tokyo War Crime
Trial ). Dinegara lain, terutamanya di Finland, pihak Berikat bertegas untuk
mendakwa pemimpin politik untuk dibicarakan dalam "perbicaraan
tanggungjawab perang" war-responsibility trials - contohnya. bukan
kerana jenayah perang.
Kekalahan Jepun, dan penjajahannya oleh tentera Amerika ( American Forces ),
mendorong kepada Jepun gaya barat yang lebih menyeluruh dari apa yang
mungkin berlaku jika sebaliknya. Jepun mengikut lebih dekat demokrasi cara
Barat dan, disebabkan kekalahannya di tangan Amerika Syarikat, berusaha untuk
meniru Amerika Syarikat. Usaha besar-besaran kebangsaan ini menghasilkan
keajaiban ekonomi dan kebangkitan Jepun untuk menjadi kuasa ekonomi kedua
terbesar di dunia.
Pertempuran ketenteraan[sunting | sunting sumber]
Winston Churchill , The Second World War, 6 vols. ( 1948 - 1953 )

Martin Gilbert , Second World War, Phoenix, 1995. ISBN 1-85799-346-2

John Keegan , The Second World War ( 1989 )

B.H. Liddell Hart , History of the Second World War ( 1970 )

Williamson Murray and Allan R. Millett , A War to Be Won: Fighting the


Second World War ( 2000 ) ISBN 0-674-00163-X
Richard Overy , Why the Allies Won, Pimlico, 1995. ISBN 0-7126-7453-5

Gerhard L. Weinberg , A World at Arms: A Global History of World War


II ( 1994 ) ISBN 0-521-44317-2
Perang saudara Syria
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemberontakan Syria 2011

Sebahagian
daripada Kebangkitan Dunia Arab

Maklumat am

Ta 15 Mac 2011 kini (5


rikh tahun, 211 hari)

Lo Syria
kasi
Damsyik, Aleppo,[1][2][3]
Homs, Hama,Daraa, Deir ez-
Zor, Latakia dll.

Pu Kediktatoran
nca
Ketiadaan
perlembagaan
berkesan
Korupsi kerajaan[4]

Penggangguran

Inspirasi bantahan
serantau serentak

M Perletakan
atlamat jawatan Bashar al-
Assad[5][6]
Pembaharuan
demokrasi[7]
Penukaran rejim[8]

Perluasan hak awam[9]

Pengiktirafan
hak Kurdi
Pemansuhan
Mahkamah
Keselamatan Negara
Agung
Penarikan undang-
undang darurat[10]

Ka Pembunuhan
edah (dakwaan kerajaan)[11]
[12]

Tentangan awam

Amaran sekatan

Tunjuk perasaaan

Haktivisme[13]

Mogok lapar

Pemberontakan[14][15][16]

Dahagi

Pembakaran diri

Mogok duduk[17][18]

St Masih berlangsung
atus

Tokoh dan pemimpin utama

Pembangk Keraj
ang Syria: aan Syria:
Majlis Bashar al-
Kebangsaan Assad
Syria
Maher al-
Suruhanja Assad
ya Umum
Revolusi Ali Habib
Syria Mahmud
Jawatank Tentera
uasa Darat
Penyelara Syria
san
Tentera
Tempatan
Laut Syria
Jawatankuasa
Angkatan
Penyelarasan
Kebangsaan polis
untuk Pasukan
Perubahan taat
Demokratik setiaParti
Tentera Ba'ath
Pembebasan Shabeeha
Syria[19]
Militan anti-
rejim[20][21]
Pembantah anti-
rejim
Kumpulan
pembangkang
lain

Unit yang terlibat

Angkat 40,000[23]
an Tentera Syria: 60,000[24]
304,000 (puncak)
[22]
[[Image:|
Jabatan
22x20px|
Keselamatan Am:
border
8,000
|]] 18,000-
Militia S 30,000
habiha: 20,000 pembelot[25]
500-900 M
ujahidinasing[26
]

Korban

Pasu [[Image:|
kan 22x20px|border
keselamatan |]]Pemberontak dan
Syria4,558[27] pembantah Syria
5,000[28] askar
4,432 pejuang*
dan polis
dan 9791,709
terbunuh, 68 pembantah terbunuh,[31]
[32]
militia
terbunuh[29] 26,332 pembantah dan
22px Hizbullah pejuang ditangkap[33]
147 Mujahidin asing
terbunuh[30] 36 terbunuh[34]
Basij
Iran
85 terbunuh[30]

17,926[27]18,451[33] rakyat Syria


terbunuh keseluruhan (dakwaan
pembangkang)**
160 orang awam asing dan 2
juruterbang F-4 PhantomTurki terbunuh
240,000 hilang tempat tinggal
(180,000 pelarian)

Nota

Jumlah mungkin lebih tinggi


kerana sebahagian pemberontak
bukan pembelot dikira sebagai
orang awam.[35]
**Jumlah tidak termasuk pejuang
asing daripada kedua pihak atau
militia Shabiha.

sunting

Pemberontakan Syria atau perang saudara Syria[36] merupakan


konflik dalaman yang masih berterusan, yang berlaku di Syria sejak awal 2011.
Bantahan bermula pada 26 Januari 2011, dan meningkat kepada tahap
kebangkitan pada 15 Mac 2011. Kebangkitan ini dipengaruhi oleh bantahan
serentak di rantau Timur Tengah yang "belum pernah terjadi sebelumnya." [37]
[38]
Para pembantah mendesak Presiden Bashar al-Assad berundur, parti
memerintah Parti Ba'athmembenarkan parti politik lain, hak sama rata
untuk orang Kurdi dan kebebasan politik meluas, seperti kebebasan akhbar,
bersuara dan berhimpun.
Seperti juga gerakan revolusi di Tunisia dan Mesir, para pembantah
melakukan perarakan, mogok lapar, vandalisme terhadap harta kerajaan dan
kedai-kedai. Beberapa kumpulan Islam di Utara Syria telah mengambil
kesempatan ini dengan melancarkan serangan terhadap kerajaan. [39]
Kerajaan Syria menggunakan kereta kebal dan penembak tepat dari atas
bangunan untuk memaksa penunjuk perasaan berundur. Beberapa bandar telah
dikepung,[40][41] dan askar diarah menembak pembantah dan orang awam.
[42]
Pembantah dan pembelot tentera mula membentuk unit perang, dan bersatu
di bawah panji Tentera Pembebasan Syria, bertempur dalam gaya yang semakin
tersusun. Kerajaan Syria menyifatkan pemberontak ini sebagai "kumpulan
pengganas bersenjata".[43]
Mengikut pelbagai sumber, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
sehingga 17,92525,170 orang telah terbunuh, separuh daripadanya merupakan
orang awam, namun termasuk 9,3059,750 penempur bersenjata kedua pihak [27]
[44][45]
dan sehingga 1,700 pembantah pembangkang. [31][32] Bagi melarikan dari
daripada keganasan, ribuan pelarian telah melarikan diri melewati sempadan
ke Iraq,[46] Jordan,[47] Lubnan dan Turki.[48][49] Selain itu, puluhan ribuan pembantah
ditahan, dan terdapat laporan seksaan dalam penjara. [50][51] Pertubuhan
antarabangsa juga telah menuduh kerajaan dan Shabiha menggunakan orang
awam sebagai perisai manusia,[52][53]
Ramai pihak yang telah memberi reaksi terhadap kebangkitan ini. Liga
Arab,[54] Kesatuan Eropah,[55] Setiausaha Agung PBB,[56] Pertubuhan Kerjasama
Islam,[57]Majlis Kerjasama Teluk,[58] Arab Saudi,[59] Turki[60] dan Amerika
Syarikat[61] antara lain mengutuk penggunaan kekerasan terhadap pembantah.
Bagaimanapun, campur tangan ketenteraan secara umumnya bukan pilihan bagi
kuasa-kuasa asing ini.[62][63] Pada November 2011, Liga Arab menggantung
keanggotaan Syria dalam pertubuhan itu,[64] lalu menghantar misi pemerhati
pada Disember, sebagai sebahagian daripada cadangan penyelesaian aman
krisis ini. PBB juga dengan kerjasama Liga Arab melantik Kofi Annan sebagai
utusan khas dalam usaha menyelesaikan konflik ini.
Pada 15 Julai 2012, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)
menilai konflik Syria ini sebagai "konflik bersenjata bukan-antarabangsa" (istilah
perundangan ICRC bagi perang saudara), dengan itu menjadikan undang-undang
kemanusiaan antarabangsa terpakai di Syria selaras dengan Konvensyen
Geneva.[65][66]
Isi kandungan
[sorokkan]
1Latar belakang

2Sosio-ekonomi dan hak sivil

3Garis masa

4Shabbiha

5Rujukan

Latar belakang[sunting | sunting sumber]


Syria melaksanakan Undang-undang Darurat 1963-2011 dan
Perlembagaan digantung. Keadaan ini sama semasa Syria berperang
dengan Israel . Sejak 1963, kejatuhan Baath , Syria telah dikawal oleh pihak
sekular Parti Ba'ath. Sejak itu, rakyat Syria melantik Presiden melalui referendum
dan tidak lagi mengadakan pilihan raya pelbagai parti.Walaupun berlaku
Rampasan kuasa 1966 dan Revolusi 1970 Syria , Parti Ba'ath kekal berkuasa.
Selepas Revolusi Syria 1970, Presiden Syria Hafez al- Assad memimpin
Syria 30 tahun, telah mengharamkan pihak lawan politik dan mana-mana calon
pembangkang dalam pilihan raya. Pada 1982 pemberontakan Islam berlaku.
Hafez al-Assad telah menjalankan dasar bumi hangus terhadap
bandar Hama untuk memadamkan pemberontakan oleh masyarakat Muslim
Sunni , termasuk Ikhwan Muslimun dan lain-lain. Berpuluh-puluh ribu orang
terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Hama .
Isu siapa penggantian Hafez al-Assad mendorong kepada peristiwa Latakia
1999 apabila protes ganas dan pertempuran bersenjata meletus selepas Pilihan
Raya 1998 . Pertelingkahan berlaku antara Hafez al-Assad dengan muda
saudaranya Rifaat . Dua orang telah dibunuh di Latakia.Bantahan ini
menyebabkan beratus-ratus orang mati dan cedera, namun kerajaan menafikan.
Hafez al-Assad meninggal dunia setahun kemudian akibat masalah paru -paru.
Beliau telah digantikan oleh anaknya Bashar al-Assad dilantik selepas pindaan
perlembagaan iaitu mengurangkan syarat umur Presiden dari 40 kepada umur
34.
Presiden Bashar mempunyai seorang isteri yang lahir di Britain diharap
dapat melaksamakan reformasi dan mengurangkan perdebatan politik dari Julai
2000 hingga Ogos 2001.Aktivis politik, seperti, Riad Seif , Haitham al-Maleh ,
Kamal al-Labwani , Riyad al-Turki , dan Aref Dalila telah menggerakkan gerakan
dan forum. Forum oleh Riad Seif dan forum oleh Jamal al-Atassi Forum . Spring
Damsyik berakhir pada bulan Ogos 2001 dengan penangkapan dan 10 aktivis
terkemuka dipenjarakan kerana mendesak mengadakan pilihan raya yang lebih
demokratik dan kempen keingkaran awam.
Pada Oktober 2005,aktivis dan pembangkang Michel Kilo melancarkan
Deklarasi Damsyik yang mengkritik kerajaan Syria sebagai "autoritarian,
totalitarian dan klik-klikan" dan menyeru kepada reformasi demokratik.
Rusuhan Kurdish-Arab telah mendorong ketegangan di kawasan-
kawasan Kurd di Syria sejak 2004.Rusuhan Al-Qamishli berlaku di Al- Qamishli .
Dalam perlawanan bola sepak yang kacau-bilau, bendera Kurdish dikibarkan dan
perlawanan bola sepak bertukar menjadi konflik politik. Sebagai tindak balas,
berlaku pertempuran antara polis Syria dengan kumpulan Kurdis dan Arab
menyebabkan 30 orang terbunuh.
Keluarga al- Assad merupakan kumpulan minoriti , tradisional miskin dan
dari mazhab Alawite.Alawite merupakan cabang firkah Syiah dengan anggaran 6-
12 penduduk Syria .Mereka menguasai perkhidmatan keselamatan Syria dan
menjana kebencian di kalangan umat Islam Sunni yang membentuk 70
penduduk Syria . Minoriti Kurd juga membuat bantahan. Tetapi Presiden Bashar
mendakwa Syria kebal dari apa yang berlaku di Mesir.Bouthaina Shaaban selaku
peenasihat presiden dipersalahkan oleh ulama Sunni dan menghasut
pemberontakan Sunni. Sheikh Youssef al -Qaradawi di Qatar dalam satu khutbah
di Doha pada 25 Mac 2011 menyeru rakyat memberontak. Menurut The New York
Times, kerajaan Syria mengerah puak Alawite yang menguasai unit
perkhidmatan keselamatan untuk melawan pemberontakan . Adiknya Maher al-
Assad dan Assef Shawkat menjadi panglima tentera.
Sosio-ekonomi dan hak sivil[sunting | sunting sumber]
Kemerosotan hidup semakin mencengkam menyebabkan pengurangan
sokongan kerajaan daripada golongan miskin. Subsidi bagi barangan asas dan
pertanian, perdagangan bebas tanpa sokongan yang sesuai kepada industri
tempatan , dan kadar pengangguran, terutama di kalangan anak-anak muda.
Hak asasi manusia di Syria dikritik oleh pertubuhan-pertubuhan global.
Sejak 1963, pemerintahan darurat memberi pasukan keselamatan melakukan
penangkapan dan penahanan . Negara Syria ditadbir oleh kerajaan satu parti
tanpa pilihan raya yang bebas .Pihak berkuasa memenjarakan aktivis hak asasi
manusia dan pengkritik kerajaan .Hak bersuara, berpersatuan dan berhimpun
dikawal ketat. Wanita dan diskriminasi etnik minoriti berlaku. Pada tahun 2010,
al-Assad dilapor gagal memperbaiki rekod hak asasi manusia Syria dalam
tempoh 10 tahun memerintah dan merupakan salah satu yang paling teruk di
dunia .
Al-Assad dibenarkan stesen radio memainkan muzik pop Barat tapi laman
web seperti Amazon.com , Facebook, Wikipedia , dan YouTube telah disekat
sehingga 1 Januari 2011.Undang-undang 2007 memerlukan kafe Internet
merekodkan semua komen para penggunan dalam lama laman sembang dan
talian forum.
Temubual pada 31 Januari 2011, al-Assad mengisytiharkan pembaharuan
sebagai reaksi terhadapa bantahan di Mesir , Tunisia, dan Yaman.
Garis masa[sunting | sunting sumber]
Gerakan protes di Syria pada mulanya sederhana, dan mengambil masa
untuk mendapatkan momentum. Peristiwa bermula pada 26 Januari 2011,
apabila Hasan Ali Akleh dari Al-Hasakah mencurahkan petrol ke atas dirinya
sebagaimana rakyat Tunisia Mohamed Bouazizi membakar diri Tunis pada 17
Disember 2010. Tindakan itu sebagai "bantahan terhadap kerajaan Syria . Pada
28 Januari 2011, demonstrasi diadakan di Ar-Raqqah membantah pembunuhan
dua tentera keturunan Kurdish.Pada 3 Februari seruan "Hari-Rage" pada 4
Februari hingga 5 Februari dalam laman Facebook dan Twitter . Penunjuk
perasaan menuntut reformasi kerajaan, tetapi kebanyakan protes yang berlaku
di luar Syria dan secara dan kecil-kecilan.Ratusan berarak di Hasaka, tetapi
pasukan keselamatan Syria menyuraikan bantahan dan menahan berpuluh-puluh
penunjuk perasaan. Al Jazeera melaporkan sebagai gerakan senyap dan
menyimpulkan bahawa protes tidak itu berjaya kerana populariti Presiden Bashar
al-Assad . Mereka juga bimbang apa yang berlaku di Iraq . Protes pada akhir
Februari di Kedutaan Libya di Damsyik menunjukkan protes terhadap kerajaan
Kolonel Muammar al-Gaddafi.
Pada 6 Mac 2011, TIME melaporkan Ribal al -Assad menyatakan teori
domino berkembang di Spring Arab. Malah, pada 15 Mac, pergerakan bantahan
mula memuncak, demonstrasi serentak berlaku di bandar-bandar utama di
seluruh Syria. Kota Daraa menjadi tumpuan utama bagi kebangkitan. Lebih
100,000 orang berarak di Daraa pada 25 Mac, tetapi sekurang-kurangnya 20
penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh. Protes juga merebak ke bandar-bandar
lain Syria, termasuk Homs , Hama , Baniyas , Jassem , Damsyik dan Latakia .
Lebih 70 penunjuk perasaan terbunuh.K erajaan bersedia membuat konsesi
dengan penunjuk perasaan, apabila al-Assad mengumumkan pembebasan
seramai 200 tahanan politik. Seorang penasihat Assad berkata undang-undang
darurat akan ditarik balik, .Assad menerima perletakan jawatan Perdana Menteri
Syria , Muhammad Naji al- Otari .Namun Assad menafikan undang-undang
darurat akan ditarik balik pada akhir bulan Mac .
Pada bulan April, kebangkitan menjadi lebih luas dan lebih ganas.
Penunjuk perasaan ditembak pada pada 1 April, membawa kepada sekurang-
kurangnya 10 kematian. Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan dihalang
daripada memasuki bandar Damsyik dari Douma pada 15 April. Bandar-bandar
lain turut menyaksikan kebangkitan seperti di Daraa , Baniyas , Al-Qamishli ,
dan Homs. Kereta kebal dan askar memasuki Daraa dan Douma. Sempadan
dengan Jordan juga ditutup . Seorang aktivis melaporkan bahawa 18 orang
terbunuh di Daraa. Al Jazeera melaporkan beberapa tentera ditembak oleh
mereka sendiri selepas menolak perintah menembak penunjuk perasaan. Pada
29 April, lebih daripada 60 penunjuk perasaan terbunuh dalam demonstrasi di
seluruh Syria. Amerika Syarikat bertindak balas dengan sekatan keras terhadap
kerajaan Syria .
Baniyas dikepung pada awal bulan Mei, dan dibahagikan kepada zon
kawalan de facto, dengan penunjuk perasaan yang sebahagian besarnya
mengawal selatan dan pasukan keselamatan menguasai utara. Demonstrasi
menyebabkan 20 kematian pada 6 Mei.Kerajaan mendakwa 11 askar ditembak
oleh "kumpulan-kumpulan bersenjata" pada hari yang sama. Pada 17 Mei
dilaporkan pelarian Sunni mendakwa berpakaian seragam "Shabiha" Alawite
membunuh Sunni di bandar Tel Kalakh di sempadan Lubnan. Remaja 13 tahun,
Hamza Ali Al -Khateeb ,tiga luka tembakan pistol dan tanda-tanda
didera,kemaluan putus dan lebam-lebam. Puncanya kerana dia menyertai
keluarganya dalam perhimpunan untuk memecahkan pengepungan bandar
Daraa. Beliau telah ditahan di kalangan beratus-ratus penduduk Syria semasa
pembunuhan beramai-ramai Siada, di mana rakyat Daraa ditembak oleh pasukan
keselamatan Syria. Aktivis pembangkang mendakwa beliau telah diseksa dan
kemudian ditembak mati. Tapi Dr Akram El-Shaar menafikan bahawa Hamzah
telah diseksa dan menyatakan bahawa tiada tanda penyeksaan dan hanya
pereputan necrotic .
Bekalan air dan elektrik telah ditutup di bandar Daraa. Pasukan
keselamatan mula merampas tepung dan makanan. Keadaan yang serupa
di Homs.[67][68] Tentera Syria memasuki
bandar Baniyas, Hama, Talkalakh,Latakia, Al-Midan dan Duma di Damsyik, dan
beberapa bandar lain.[69][70][71] Lebih 2,300 penunjuk perasaan telah dibunuh,
cedera dan beribu-ribu ditahan. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
BersatuBan Ki-moon mengutuk penggunaan kereta kebal terhadap penunjuk
perasaan sebagai "tidak boleh diterima".
Pada 5 Jun, kerajaan Syria menyatakan 20 penunjuk perasaan Syria
ditembak mati di Dataran Tinggi Golan oleh tentera Israel ketika melalui garisan
gencatan senjata semasa Hari Naksa. Israel menuduh Syria untuk mengalihkan
perhatian daripada pergolakan Syria dengan membenarkan penunjuk perasaan
untuk sampai kepada Heights.
Pada 6 Jun, dikatakan, tembakan rawak daripada helikopter membunuh 10
orang di Jisr ash- Shugur. Dua hari kemudian, tentera Syria melancarkan
tindakan keras di Jisr al Shughour sebagai membalas dendam dan membunuh
120 anggota polis. Penduduk tempatan mendakwa askar yang enggan berperang
ditembak. Pada 10 Jun, tentera Syria telah memulakan operasi di Jisr ash -
Shugur. Ramai aktivis, orang awam yang melarikan diri, dan tentera yang
berpaling tadah.[72] Namun Reem Haddad jurucakap Kementerian Penerangan
Syria, menafikan laporan pembelotan itu.[73]
Pada 10 Jun juga, helikopter Tentera Udara Syria melepaskan tembakan
mesingan ke dalam protes di Ma'arat al - Numan. Tetapi tiada kematian
dilaporkan dalam serangan helikopter itu. Tentera darat Syria juga diserang oleh
penunjuk perasaan. Seramai 32 orang terbunuh. Dalam minggu yang sama,
beberapa orang askar di barat laut enggan menembak penunjuk perasaan, dan
pertempuran yang meletus antara angkatan yg suka memberontak dan setia.
Pada 12 Jun, wartawan di Daraa melaporkan bahawa tentera Syria
menyekat jalan ke luar bandar dan menghalang bekalan makanan melaluinya.
Akibatnya, penduduk Daraa berhadapan dengan kebuluran. Lima ribu penduduk
di sana berkumpul di stadium tempatan, yang kini digunakan sebagai pusat
tahanan. Pada bulan Julai, New York Times telah melawat Hama, dan melaporkan
bahawa penduduk di sana penyokong setia Assad. Pada 31 Julai, tentera Syria
memasuki bandar dan mula membunuh penunjuk perasaan pada kadar tertinggi
lagi.
Pada 20 Jun 2011,al-Assad menjanjikan "dialog nasional" ke arah
reformasi, pilihan raya parlimen dan kebebasan yang lebih besar. Beliau juga
menggesa semua pelarian pulang ke rumah dari Turki, dan memberi jaminan
pengampunan dan menyalahkan "saboteurs"
Pada 11 Julai 2011, penunjuk perasaan pro-kerajaan menyerang
kedutaan Amerika Syarikat dan Perancis di Damsyik kerana membantah
sokongan kepada pembangkang.Setiausaha Negara Amerika Syarikat,Hillary
Clinton mengutuk serangan itu dan rejim Presiden Assad.
Bantahan yang berterusan sepanjang bulan Julai dan kerajaan berulang
kali menembak penunjuk perasaan dengan kereta kebal dan menjalankan
tangkapan. Pada 31 Julai, Pembunuhan Ramadan berlaku, di mana sekurang-
kurangnya 136 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera apabila tentera Syria
menyerang penunjuk perasaan di seluruh negara dengan menggunakan kereta
kebal, meriam, dan penembak tepat. Kebanyakan kematian berlaku di Hama .
Banduan politik juga mengadakan pemberontakan di dalam penjara. Media
melaporkan bahawa lapan anggota polis telah dibunuh oleh penunjuk perasaan.
Tentera Syria terus membedil Hama pada hari berikut, bersama-sama
dengan serangan di bandar-bandar dan bandar-bandar dan lain-lain. Pada 1
Ogos, sekurang-kurangnya 24 orang awam terbunuh di seluruh Syria. Pada 5
Ogos, keadaan di Hama semakin teruk, dengan bekalan makanan dicatu,
bekalan perubatan kurang ,komunikasi dan bekalan elektrik terputus.
Pemastautin mendakwa penduduk "disembelih seperti biri-biri" di atas jalan-
jalan, dan keluarga menanam mati mereka di halaman rumah dan tepi jalan
kerana bimbang risiko di tembak di pertengahan jalan ke tanah
perkuburan.Ramai orang mati itu dikebumikan di taman-taman. Pada 5 Ogos,
angka kematian berjumlah sehingga ke 250 [145]
Shabbiha[sunting | sunting sumber]
Shabbiha ialah kumpulan yang terlibat dalam penyeludupan semasa
pendudukan Syria Lubnan. Mereka menggunakan kereta hantu tanpa plat.Mereka
menyeludup kereta dari Lebanon ke Syria. Shabbiha telah muncul kembali
semasa kebangkitan dan pada bulan Jun telah digunakan oleh kerajaan Syria
untuk menjalankan kempen hangus bumi , membakar tanaman, menggeledah
rumah-rumah dan menembak secara rawak ".Pada April, Wissam Tarif, pengarah
kumpulan hak asasi manusia menyatakan Shabbiha beroperasi di Homs.
1. 6 September 2011 (6 September 2011). "SYRIA: Death of popular Sunni
cleric stirs unrest in Aleppo latimes.com". Latimesblogs.latimes.com.
Dicapai pada 13 November 2011. Teks " 12:24 pm " diabaikan (bantuan)
2. Panjat Martin Chulov di Beirut dan Nour Ali. "Syria violence spreads to
commercial capital Aleppo | World news".The Guardian. UK. Dicapai
pada 13 November 2011.
3. Panjat "Security forces storm Syrian city of Aleppo, activist group says".
CNN. Dicapai pada 13 November 2011.
4. Panjat Christin Oliver (26 Oktober 2010). "Corruption Index 2010: The
Most Corrupt Countries in the World Global Development". The
Guardian (London). Dicapai pada 10 April 2011.
5. Panjat "The Assad Poison". allvoices.com. Diarkibkan
daripada original pada 11 May 2011. Dicapai pada 20 April2011. Check
date values in: |archive-date= (bantuan)
6. Panjat "Bashar Assad Resignation Called For By Syria Sit-In
Activists". The Huffington Post. Dicapai pada 20 April2011.
7. Panjat "Pro-democracy protests sweep Syria, 22 killed". Reuters. 8 April
2011. Dicapai pada 8 Ogos 2011. Check date values in: |access-
date= (bantuan)
8. Panjat "Syrian Protestors Want a Regime Change". ABC News. 25 Mac
2011. Dicapai pada 25 Mac 2011. Check date values in: |access-
date= (bantuan)
9. Panjat "Violence Erupts in Syria; Troops Open Fire on Anti-
Protestors". Daily News. 25 Mac 2011. Dicapai pada25 Mac 2011. Check
date values in: |access-date= (bantuan)
10.Panjat "Syria To Lift Decades-Old Emergency Law". Al Jazeera English. 19
April 2011. Dicapai pada 25 April 2011.
11.Panjat Zeina Karam (28 September 2011). "Nuclear engineer
assassinated in central Syria". Beirut. Associated Press. Dicapai pada 28
September 2011.
12.Panjat "Moscow strongly denounces killing of son of Syria''s Mufti in
Idlib". Kuna.net.kw. 3 Oktober 2011. Dicapai pada 13 November 2011.
13.Panjat Jillian C. York. "Hacktivism for Syria Opinion". Al Jazeera English.
Dicapai pada 13 November 2011.
14.Panjat "Defecting troops form 'Free Syrian Army', target Assad security
forces". Dicapai pada 13 November 2011.
15.Panjat "Syrian uprising showing signs of armed rebellion Mideast/N.
Africa Conflict in Iraq". MSNBC. 27 September 2011. Dicapai pada 13
November 2011.
16.Panjat Syrian defectors battle Assads army FT.com
17.Panjat "Syrians stage sit-in to protest against EU sanctions on Syrian
companies". Xinhuanet. Dicapai pada13 November 2011.
18.Panjat Mustafa Hamo BBC Arabic Online (19 April 2011). "BBC News
Syria protests: Homs city sit-in 'dispersed by gunfire'". BBC. Dicapai
pada 13 November 2011.
19.Panjat "Defecting troops form 'Free Syrian Army', target Assad security
forces". World Tribune. 3 Ogos 2011. Dicapai pada 15 Ogos 2011. Check
date values in: |access-date= (bantuan)
20.Panjat "Syria: 'Armed gangs' killed 120". The Seattle Times. 6 Jun 2011.
Dicapai pada 15 Ogos 2011. Check date values in: |access-
date= (bantuan)
21.Panjat Khaled Yacoub Oweis (29 April 2011). "Muslim Brotherhood
endorses Syria protests". Reuters. Dicapai pada15 Ogos 2011. Check date
values in: |access-date= (bantuan)
22.Panjat "Syria Military Strength". Globalfirepower.com. Dicapai pada 8
Julai 2012. Check date values in: |access-date= (bantuan)
23.Panjat Joseph Holliday (2012), Syria's Maturing Insurgency (PDF), Middle
East Security Report 5, Institute for the Study of War, p. 7, dicapai pada 9
Julai 2012 Parameter |separator= tidak diketahui diabaikan
(bantuan);Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan); Check
date values in: |access-date= (bantuan)
24.Panjat Syrians in Ontario give rebels reinforcements from afar
25.Panjat "Syria Army Lost 6% of Armored Force Report".
Israelnationalnews.com. 7 Mei 2012. Dicapai pada 8 Julai2012. Check date
values in: |access-date= (bantuan)
26.Panjat Foreign Fighters Trickle into the Syrian Rebellion The Washington
Institute
27. Panjat ke:27.0 27.1 27.2 "Syrian Observatory for Human Rights". Syriahr.com.
Dicapai pada 13 Julai 2012. Check date values in: |access-date= (bantuan)
28.Panjat Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi
rujukan deathorexchange tidak disediakan
29.Panjat Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi
rujukan Shabiha tidak disediakan
30. Panjat ke:30.0 30.1 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi
rujukan over120 tidak disediakan
31. Panjat ke:31.0 31.1 "Syria: Opposition, almost 11,500 civilians killed".
Ansamed.ansa.it. 3 Januari 2010. Dicapai pada17 Mei 2012. Check date
values in: |access-date= (bantuan)
Panjat ke:32.0 32.1
32. 760 Martyrs, may God's mercy be on them all
33. Panjat ke:33.0 33.1 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi
rujukanViolations_Documenting_Center tidak disediakan
34.Panjat Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi
rujukan Sunnifighters tidak disediakan
35.Panjat Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi
rujukan morethan13000 tidak disediakan
36.Panjat "PBB sahkan Syria di kancah perang saudara". Sinar Harian. 13
Jun 2012. Dicapai pada 18 Julai 2012.Check date values in: |access-
date= (bantuan)
37.Panjat "Syria funeral hit with teargas, protesters wounded:
report". Agence France-Presse (via Google News). 19 Mac 2011.
Diarkibkan daripada original pada 13 October 2013. Dicapai pada 19
September 2011. Check date values in: |archive-date= (bantuan)
38.Panjat "Syrian Protests Add to Pressure on Assad Regime". The Wall
Street Journal. 23 Mac 2011. Dicapai pada23 September 2011.
39.Panjat Anthony Shadid (13 Jun 2011). "Syrian Unrest Stirs New Fear of
Deeper Sectarian Divide". The New York Times.
40.Panjat "Syrian army tanks 'moving towards Hama'". BBC News. 5 Mei
2011. Dicapai pada 20 Januari 2012. Check date values in: |access-
date= (bantuan)
41.Panjat "'Dozens killed' in Syrian border town". Al Jazeera. 17 Mei 2011.
Dicapai pada 12 Jun 2011.
42.Panjat "'Defected Syria security agent' speaks out". Al Jazeera. 8 June
2011. Dicapai pada 21 June 2011. Check date values in: |access-date=, |
date= (bantuan)
43.Panjat CNN wire staff (7 April 2012). "Opposition: 127 Dead As Syrian
Forces Target Civilians". Thedenverchannel.com. Dicapai pada 8
Julai 2012. Check date values in: |access-date= (bantuan)
44.Panjat "Arab League delegates head to Syria over 'bloodbath'". USA
Today. 22 Disember 2011. Dicapai pada10 April 2012.
45.Panjat David Enders (19 April 2012). "Syrias Farouq rebels battle to hold
onto Qusayr, last outpost near Lebanese border". Myrtlebeachonline.com.
Dicapai pada 17 Mei 2012. Check date values in: |access-date= (bantuan)
46.Panjat 30 Syrian soldiers flees to Iraq's Kurdish region: official
47.Panjat "Syria: Refugees brace for more bloodshed". News24. 12 Mac
2012. Dicapai pada 10 April 2012.
48.Panjat "Syrian Refugees May Be Wearing Out Turks' Welcome". NPR. 11
Mac 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
49.Panjat "Syria crisis: Turkey refugee surge amid escalation fear". BBC
News. 6 April 2012. Dicapai pada 10 April2012.
50.Panjat "UNICEF says 400 children killed in Syria". The Courier-Mail. 8
Februari 2012. Dicapai pada 16 Februari2012. Check date values in: |
access-date= (bantuan)
51.Panjat Eyder Peralta (3 Februari 2012). "Rights Group Says Syrian
Security Forces Detained, Tortured Children: The Two-Way". NPR. Dicapai
pada 16 Februari 2012. Check date values in: |access-date= (bantuan)
52.Panjat "Syria: Local Residents Used as Human Shields". Huffington Post.
26 Mac 2012. Dicapai pada 10 April2012.
53.Panjat "UN report accuses Syrian troops of torturing and executing
children, and of using children as "human shields"". Blogs.aljazeera.net.
12 Jun 2012. Dicapai pada 8 Julai 2012. Check date values in: |access-
date= (bantuan)
54.Panjat Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan nyt-
suspended tidak disediakan
55.Panjat Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bbc-
45066 tidak disediakan
56.Panjat Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan aje-ki-
moon tidak disediakan
57.Panjat Khaled Yacoub Oweis (14 Ogos 2011). "Tank, navy attack on
Syria's Latakia kills 24-witnesses". Reuters. Dicapai pada 14
September 2011.
58.Panjat "GCC urges end to Syrian bloodshed, calls for reforms". Al
Arabiya. 6 Ogos 2011. Dicapai pada7 September 2011.
59.Panjat Adrian Blomfield (8 Ogos 2011). "Syria unrest: Saudi Arabia calls
on 'killing machine' to stop". The Daily Telegraph (London). Dicapai
pada 14 Ogos 2011. Parameter |source= tidak diketahui diabaikan
(bantuan);Check date values in: |access-date= (bantuan)
60.Panjat "Fresh deaths in Syria crackdown". Al Jazeera English. 28 Ogos
2011. Dicapai pada 28 Ogos 2011. Check date values in: |access-
date= (bantuan)
61.Panjat "Obama Administration Condemns Syrian Violence Against
Protests". Bloomberg. 18 Mac 2011.
62.Panjat "NATO rules out Syria intervention". Aljazeera. 1 November 2011.
Dicapai pada 12 November 2011.
63.Panjat "Russia will not allow military intervention in Syria: FM". Hurriyet
Daily News. 1 November 2011. Dicapai pada 12 November 2011.
64.Panjat Neil MacFarquhar (12 Novermber 2011). "Arab League Votes to
Suspend Syria". The New York Times. Dicapai pada 12
November 2011. Check date values in: |date= (bantuan)
65.Panjat "Syria in civil war, Red Cross says". BBC. 15 Julai 2012. Dicapai
pada 15 Julai 2012. Check date values in:|access-date= (bantuan)
66.Panjat "Red Cross: Syrian conflict now a civil war". The Guardian. 15 Julai
2012. Dicapai pada 15 Julai 2012.Check date values in: |access-
date= (bantuan)
67.Panjat "Video, Syria: Troops Storm Damascus Suburb And Arrest
Hundreds Of People". Sky News. Dicapai pada8 September 2011.
68.Panjat "Fresh Violence Hits Syrian Town". Al Jazeera English. Dicapai
pada 3 September 2011.
69.Panjat "Syrian Tanks Enter 'Protest Hub' Baniyas". Al Jazeera English.
Dicapai pada 8 September 2011.
70.Panjat Syrian army tanks 'moving towards Hama'. BBC News.
71.Panjat "'Dozens killed' in Syrian border town Middle East". Al Jazeera
English. 17 Mei 2011. Dicapai pada12 September 2011.
72.Panjat "'Defected Syria security agent' speaks out". Al Jazeera English. 8
Jun 2011. Dicapai pada 21 September2011.
73.Panjat "Syrian army starts crackdown in northern town". Al Jazeera
English. Dicapai pada 12 Jun 2011

Konflik Israel-Palestin
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Israel, dengan Tebing Barat, Jalur Gaza dan Tanah Tinggi Golan
Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih
berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini
merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada
dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai
tuntutan kawasan tanah yang sama.
Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah
"penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin
merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin
bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang
terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang
utama.[1][2] Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur
Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut
pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. [3] Walaupun
demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu
negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi
sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. [4]
[5]
Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang
bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap
komitmen asas masing-masing.
Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang
terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang
diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang
diketuai oleh Mahmoud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah
kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri
daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa Bersatu,
dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair. Liga
Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan rancangan
keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta
yang utama dari segi sejarah.
Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara
dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan
militan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa
Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di
Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah
kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan
banyak negara yang lain.[6] Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya
Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang
perundingan rasmi.
Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis,
Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai
ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008.[7] Semua pihak bersetuju
bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang
mesti diselesaikan: Jerusalem,pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan,
dan air.[8]
Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini
menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan
Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin danpandang
Palestin tentang proses keamanan). Ini bertindak untuk menonjolkan
percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan
orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.
Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada
sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap,
kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para
tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga
dikorbankan.
Isu utama[sunting | sunting sumber]
Status wilayah diduduki Israel

Saling mengiktiraf

Pelarian Palestin

Petempatan Israel

Keselamatan Israel

Pembahagian sumber alam

Perobohan rumah orang Palestin


Dunia pada hari ini berhadapan dengan berbagai-bagai isu yang boleh
menggugat dan mengancam populasinya. Isu-isu seperti peperangan kimia dan
biologi dan perlumbaan senjata di kalangan negara-negara berteknologi tinggi
terutamanya boleh mengancam alam buana ini. Di sesetengah negara,
terutamanya negara-negara dunia ketiga, isu pendatang asing menjadi antara
permasalahan utama. Kebanjiran mereka telah mengundang berbagai-bagai
masalah dari sudut soaial, ekonomi dan politik. Globalisasi yang menjadikan
dunia tanpa sempadan juga telah mengundang berbagai-bagai isu yang
menggugat kestabilan umat manusia. Apabila teknologi disalahguna , maka
kehancuran yang bakal menanti.
4.1 PEPERANGAN

INPUT

Menurut Kamus Dewan, istilah perang bermaksud perkelahian , pertempuran


dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri . Peperangan
biasanya menggunakan peralatan dan senjata yang bertujuan untuk membunuh
atau mematikan pihak yang satu lagi. Peralatan peperangan ini semakin canggih
dari hari ke hari selaras dengan kemajuan sains dan teknologi. Berbagai-bagai
bentuk senjata dicipta yang menggunakan tenaga nuklear, biologi dan kimia
yang boleh mendatangkan kemusnahan yang besar kepada nyawa manusia dan
alam ini. Sebagai contoh, pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki
dalam Perang Dunia Ke Dua telah mengorbankan banyak jiwa dan
mendatangkan kesan yang amat teruk kepada persekitaran hinggalah ke hari ini.

4.1.1 BENTUK-BENTUK PEPERANGAN


Terdapat beberapa bentuk peperangan di dunia ini iaitu :
1. Perang Kimia & Biologi peperangan yang menggunakan bahan kimia
dan biologi untuk dijadikan senjata atau menghasilkan senjata.
2. Perang Saraf bentuk peperangan tanpa berlaku pertempuran ,hanya di
peringkat gertak-menggertak antara satu sama lain dalam usaha untuk
melemahkan moral pihak musuh .
3. Perang Ekonomi permusuhan atau persengketaan yang melibatkan
pengambilan langkah dan tindakan ekonomi seperti penyekatan eksport
dan import barangan dengan tujuan hendak menghancurkan pihak
musuh.
4. Perlumbaan Senjata merujuk kepada sikap menghasilkan senjata
canggih dan dibuktikan kecanggihannya melalui ujian-ujian tertentu
bertujuan untuk menunjukkan kehebatannya kepada pihak lain.
Peperangan-peperangan ini walaupun ada yang tidak mengakibatkan
kemusnahan jiwa , ianya tetap memberi kesan yang negatif kepada alam ini dari
segi ekonomi, hubungan persaudaraan dan sebagainya.

Tahukah anda faktor-faktor berlakunya peperangan .

4.1.2 FAKTOR-FAKTOR BERLAKU PEPERANGAN

Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya


peperangan di antara negara- negara di dunia ini. Secara ringkas ianya boleh
disimpulkan seperti berikut:
1. Keinginan untuk menjadi sebuah negara yang kuat digeruni dan mahu
dunia tunduk di bawah telunjuknya
2. Permusuhan antara agama, kaum dan bangsa
3. Memenuhi keperluan dalam negara seperti memperolehi bahan-bahan
mentah
4. Ingin menjadi jaguh dan polis antarabangsa
5. Cemburu dan irihati dengan persenjataan canggih negara-negara lain.

4.1.3 KESAN-KESAN PEPERANGAN

Peperangan banyak mendatangkan kesan negatif kepada alam dan manusia


antaranya.........

Kesan-kesan Peperangan Terhadap Manusia dan Alam :

Kesan Peperangan Terhadap Manusia


Manusia yang tidak terlibat akan kehilangan nyawa

Mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser, kecacatan


keturunan akibat radiasi
Kebuluran, kemiskinan,kelaparan,kematian dan kecederaan global
menyerang umat manusia
Pelarian perang akan tersebar di merata-rata dunia
Kehidupan manusia menjadu huru-hara dan tiada lagi keamanan

Kesan Peperangan Terhadap Alam


Memusnahkan tumbuhan, haiwan dan sistem alam

Berlaku perubahan iklim,ekosistem dan kerosakan sistem cakerawala alam


ke arah kemusnahan
Lapisan ozon dan atmosfera akan menjadi nipis yang menyebabkan suhu
dunia bertambah panas
Kebakaran hutan secara besar-besaran

Ruang udara tercemar dengan partikel-pertikel yang beracun

4.1.3 LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA


Di sini marilah kita sama-sama memikirkan langkah-langkah untuk mencegah
dan mengawasi isu peperangan ini demi kebaikan bersama dan keamanan
sejagat

Cadangan-cadangan :
Undang-undang persenjataan Global hendaklah digubal dan
mengenepikan kepentingan mana-mana pihak
PBB sebagai badan bertanggungjawab dalam urusan global perlu
menubuhkan badan pengawasan tertinggi untuk mengawas dan
menghakimi jenayah perang dan senjata tanpa mengikut telunjuk mana-
mana pihak.
Memupuk dan menyemai budaya cintakan keamanan dan bencikan
peperangan diperingkat kanak-kanak dan orangramai melaui program-
program tertentu
Media massa perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha
menyedarkan rakyat tentang kesan-kesan buruk peperangan