Anda di halaman 1dari 11

LATIHAN 1

Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini. Kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam setiap petikan.

Petikan 1
Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama
merantau di luar negara. Kini dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya
amat kena pada tempatnya dan sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung
untuk memajukan Kampung Siamang Gagap. Azlan telah merancang untuk
menubuhkan Koperasi Peladang. Azlan telah menghadapi pelbagai rintangan dan
dugaan. Walau bagaimanapun, hasil usaha Azlan yang tidak berputus asa, dia akhirnya
berjaya menubuhkan koperasi tersebut.

Petikan 2
Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya.
Rakan-rakannya sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang
peralatan yang dimilikinya. Farhan juga tidak dapat menyesuaikan diri apabila
bersama-sama dengan rakan sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan rakan-rakan
mula menjauhi diri daripadanya. Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah
dilakukannya. Bagaimanapun, segala-galanya telah terlambat kerana rakan-rakannya
telah muak dengan sikapnya itu.

Petikan 3
Maznan teringat akan penyelianya yang baharu. Maznan meluat dengan sikap
penyelianya itu. Dia selalu menasihati Maznan agar bekerja dengan bersungguh-
sungguh sedangkan dia sendiri selalu tidak berada di pejabat. Masanya banyak
dihabiskan dengan berfoya-foya pada masa pejabat. Bagaimanapun, Maznan sedar
akan kekurangan dirinya. Dia hanya seorang pekerja biasa. Jikalau dahulu dia belajar
dengan bersungguh-sungguh, tentu dia akan mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Bagaimanapun, tiada guna disesalkan hal yang telah berlaku.

LATIHAN 2
LATIHAN 3
Pilih tiga peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi.

1.

2.

3.

LATIHAN 4
1. Sherin sekadar mendengar leteran ibunya tetapi tidak pernah
menghiraukan kata-kata ibunya itu.

2. Semua kerja yang dibuat oleh Mun Chew ala kadar sahaja dan tidak
dilakukannya dengan bersungguh-sungguh.

3. Puan Anisa selalu menceritakan keburukan jiran-jirannya, sedangkan


tingkah lakunya yang buruk tidak disedarinya.

4. Di sebalik perbuatannya berbaik-baik dengan Tuan Haji Ismail, Haikal


mempunyai tujuan yang tertentu.

5. Televisyen yang cuba dibaiki oleh Syazrul bukannya bertambah elok


malahan bertambah rosak.

6. Disebabkan segelintir penyokong pasukan bola sepak sekolah itu bertindak


liar, nama sekolah tersebut telah tercemar.

LATIHAN 5
Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis TIGA peribahasa yang sesuai
dengan gambar tersebut.

(i)

________________________________________________________________________

(ii)

________________________________________________________________________

(iii)

________________________________________________________________________

LATIHAN 6
LATIHAN 7
1. Kamil seorang pengawas sekolah yang berdedikasi. Dia tidak mahu lepas
tangan terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya.

2. Persahabatan Munif dan Ammar amat rapat ibarat isi dengan kuku sejak
mereka di bangku sekolah lagi.

3. Keisha umpama layang-layang putus tali selepas ibu bapanya meninggal dunia
dalam nahas jalan raya.

4. Pasangan mempelai yang diraikan itu bagai pinang dibelah dua kerana
kedua-duanya sungguh sepadan.

5. Oleh sebab ringan tulang, Pak Hamid senang mendapat rezeki dan
mampu menyara keluarganya.

6. Firash bersengkang mata sebelum peperiksaan kerana dia mahu mendapat


keputusan yang cemerlang.
7. Adik tidak duduk diam dan asyik berlari ke sana sini ibarat kera kena
belacan sewaktu melawat pusat kraf tangan itu.

8. Gadis itu dipilih sebagai Ratu Malaysia kerana rupa parasnya yang cantik bagai
bidadari.

9. Walaupun pekerjaan yang dilakukannya susah, Pak Ahmad tetap mahu


menyelesaikannya kerana baginya alang-alang mandi biar basah.

10. Kelakuan Lily bagai rusa masuk kampung kerana itulah pertama kali dia
melancong ke luar negara.

LATIHAN 8

Anda mungkin juga menyukai