Anda di halaman 1dari 1

Hari : __________________ Tarikh : ________________________

Tajuk : Berkelah di Sungai Congkak

Pada hari Ahad yang lalu, Akil dan keluarganya pergi ke Sungai
Congkak untuk berkelah. Mereka membawa pelbagai jenis makanan dan
minuman. Mereka juga tidak lupa membawa pakaian, tikar, dan plastik
sampah.

Sampai sahaja di Sungai Congkak, mereka mencari tempat yang


sesuai untuk membentang tikar dan meletakkan barang-barang yang
dibawa. Mereka telah memilih satu tempat yang agak sesuai tetapi
kawasan di sekelilingnya penuh dengan sampah-sampah yang telah
dibuang oleh pengunjung lain.

Akil dan keluarganya mengutip sampah-sampah itu lalu


memasukkan ke dalam plastik sampah. Mereka meletakkan sampah itu di
satu tempat. Daun-daun kering dan ranting-ranting kayu dan batu-batu
sungai yang beselerakkan juga mereka susun semula di tebing sungai
supaya tebing tidak rebak.

Setelah selesai, Akil dan keluarganya duduk berehat sambil makan


sebelum mandi. Ayah Akil berpesan kepada ahli keluarganya supaya
sentiasa menjaga alam sekitar. Kata ayah Akil, "Menjaga alam sekitar
adalah tanggungjawab kita dan kita harus menghargainya supaya
keindahannya akan dapat dikekalkan".

Arahan : Senaraikan kata hubung yang terdapat dalam petikan.

1. _______________________
2. _______________________
3. _______________________
4. _______________________
5. _______________________