Anda di halaman 1dari 15

Ada hati Ada keinginan

Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha

Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu
perbuatan

Air muka Permukaan air


Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan)
Maruah, harga diri

Air seni Air kencing, air kecil

Akal yang sihat itu ada pada Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang
badan yang cergas baik atau idea yang bernas

Akar umbi Akar tunjang


Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti

Alah bias tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
mengalaminya

Alah membeli menang Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu
memakai kuat (tahan dan sebagainya)

Alang-alang menyeluk Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh


pekasam, biar sampai ke hasilnya
pangkal lengan Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu
diselesaikan

Ambil langkah Mulai hendak berjalan


Mulai bertindak

Ambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa

Anak emas Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih


berkuasa

Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka


duka)

Ayam tambatan Orang harapan

Bagaimana acuan begitulah Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana
kuihnya faktor baka

Bagai aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-
tolongan

Bagai ayam disambat helang Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan
dirampas orang berkuasa

Bagai bulan dipagar bintang Wajah perempuan yang cantik

Bagai kaca terhempas ke batu Sangat sedih

Bagai kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah
menolongnya) setelah menikmati kesenangan

Bagai minyak dengan air Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan
mustahil dapat dicampurkan jadi satu
Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap banyak

Bagai cincin dengan permata Sama padan, cocok benar

Bagai menatang minyak yang Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
penuh

Baik sangka Rasa muhibah


Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang

Banyak makan garam Mempunyai banyak pengalaman hidup

Batu loncatan Orang atau tempat yang dipergunakan untuk


mencapai sesuatu

Belut kena ranjau Orang yang cerdik kena tipu

Beradu nasib Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan


harapan akan beroleh kejayaan

Beradu tenaga Bertanding untuk menentukan siapa kuat

Berakit-rakit ke hulu, Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang


berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian

Berat mulut Tidak suka berkata-kata, pendiam

Berat sama dipikul, ringan Baik buruk sama-sama dipikul


sama dijinjing
Berat tulang Malas

Berbalik hati Berubah hati

Berdiri sama tegak, duduk Sama taraf atau sejajar antara dua pihak
sama rendah

Beri jalan Memberikan idea


Memberikan peluang kepada orang lain untuk
mendapat keuntungan

Berkatalah benar walaupun Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin


pahit menyakitkan hati seseorang

Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan sekaligus

Bermurah hati Suka memberi, tidak kedekut


Pengasih dan penyayang

Berpeluk tubuh Malas berusaha

Berputih mata Kalah dalam sesuatu persaingan

Bersatu teguh, bercerai roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi
kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah

Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan
kecemerlangan

Bertepuk sebelah tangan tidak Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi
akan berbunyi daripada satu pihak sahaja

Bertikam lidah Bertengkar


Besar hati Bangga, gembira

Besar pasak daripada tiang Besar belanja daripada pendapatan

Biar mati anak, jangan mati Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan
adat adapt yang dipegang terpelihara

Bidan terjun Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara


tiba-tiba

Buah fikiran Pendapat

Cahaya mata Anak


Kekasih, buah hati

Cakap besar Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

Campur tangan Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal


orang lain
Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain

Carik-carik bulu ayam, lama- Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana
lama bercantum juga perselisihan

Celik computer Arif atau tahu tentang computer

Dalam tangan Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau


akan diperolehi

Dapat sama laba, cicir sama Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan,
rugi maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika
sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama

Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah

Darah panas Pemarah, lekas marah

Darah seni Bakat semula jadi dalam bidang seni

Diam-diam ubi berisi, diam- Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam
diam besi berkarat orang yang bodoh itu sia-sia sahaja

Di mana ada kemahuan, di situ Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan
ada jalan beroleh cara untuk mendapatkannya
Di mana bumi dipijak, di situ Mematuhi peraturan di tempat yang didiami
langit di junjung

Di sangka panas sampai ke Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa


petang, rupanya hujan di kesusahan
tengah hari

Durian rintuh Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka

Enggang lalu ranting patah Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku
sesuatu musibah

Genggam bara biar sampai jadi Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan
arang sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti

Goyang kaki Bersenang-senang


Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu dengan diam-diam

Habis madu sepah dibuang Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja,
setelah itu ditinggalkan

Hancur hati Sedih, putus asa

Harimau mati meninggalkan Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang
belang, manusia mati walau berapa lama pun ia telah mati
meninggalkan nama

Hati gajah sama di lapah, hati Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak,
kuman sama dicecah beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit

Hati kecil Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)

Hendak seribu daya, tak Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh


hendak seribu dalih dijalankan dan demikian sebaliknya

Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat

Hujan emas di negeri orang, Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri
hujan batu di negeri sendiri
Ibarat burung, mata terlepas Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai
badan terkurung kebebasan

Ibarat melukut di tepi gantang Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah
Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang
lain

Ilmu itu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat
keputusan yang bijak

Jantung hati Orang yang dikasihi

Jauhari juga mengenal Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai
manikam sesuatu benda atau perkara

Jauh berjalan luas pandangan Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu
tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya

Jinak-jinak merpati Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi


sebenarnya tidak

Kacang hantu Orang jahat

Kais pagi makan pagi, kais Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja
petang makan petang (kalau tidak bekerja tidak makan)

Kaki joli Orang yang suka berfoya-foya

Kalau hendak melentur buluh, Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih
biarlah dari rebungnya muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

Kalau kail panjang sejengkal, Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat
jangan lautan hendak diduga sesuatu yang besar

Kalau tidak dipecahkan ruyung Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha
manakan dapat sagunya

Kalau takut dilambung ombak, Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan
jangan berumah di tepi pantai
Kata-kata lebih tajam daripada Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
mata pedang

Ke bukit sama didaki, ke lurah Bekerjasama melakukan sesuatu


sama dituruni

Kecil hati Berasa tersinggung

Kecil jangan disangka anak, Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada
besar jangan disangka bapa orang-orang tua sahaja

Kecil tapak tangan nyiru saya Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan
tadahkan

Keras lidah Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul

Lain lubuk lain ikannya Lain negeri lain orangnya

Lemak manis jangan terus Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang
ditelan, pahit jangan terus nampak buruk itu jangan lekas ditolak
dimuntahkan

Lidah tidak bertulang Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya

Lupa daratan Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat


kesenangan

Lintah darat Orang kaya yang menindas orang miskin dengan


meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi

Makan angin Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

Malu bertanya sesat jalan, Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan
malu berdayung perahu hanyut mencapai kejayaan

Masuk ke kandang kambing Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling


mengembek, masuk
kekandang kerbau menguak

Mata hati Perasaan hati

Mati kutu Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea

Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui


pembacaan

Membanting tulang Bekerja keras


Membuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri sendiri

Menapak baru setapak, Baru hendak belajar sesuatu


mendaki baru sekaki

Menangguk di air keruh Mencari keuntungan sementara ada kekacauan

Mencolok mata Menyakitkan pandangan

Mencari jalan Mencari ikhtiar, usaha dan idea

Mengangkat bendera putih Menyerah kalah

Menunggu buah yang tak Mengharapkan sesuatu yang tak jelas


gugur

Nafas baru Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang


memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan
baru

Naik darah Menjadi marah

Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah
lagi)

Orang mengantuk disorongkan Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki


bantal

Otak batu Bodoh

Otak cair Pandai

Padang jarak padang tekukur Padang atau tanah luas yang kosong

Panas baran Cepat marah, sangat pemarah

Pandai makan pandailah Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia
simpan
Pemuda harapan bangsa, Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk
pemudi tiang negara membangunkan negara pada masa hadapan

Perang dingin Bergaduh dengan tidak bercakap

Pijak semut tak mati Perihal seorang perempuan yang baik lagi teratur
Pilih kasih Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam
membuat keputusan dan lain-lain

Pucuk dicita ulam mendatang Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan

Rezeki kalau secupak tidak Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi
akan jadi segantang

Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka


bercakap

Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas

Ringan tulang berat perut Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki

Rupa tidak dapat diubah, Perangai seseorang dapat diubah sedangkan


perangai dapat diubah penampilannya dari segi fizikal tetap sama

Sambil menyelam minum air Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain
yang turut dilakukan

Sayangkan anak tangan- Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu
tangankan, sayangkan isteri akan menjadi sombong
tinggal-tinggalkan

Sediakan payung sebelum Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang
hujan kurang baik

Seperti api dalam sekam Sesuatu yang berlaku diam-diam

Seperti aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-
tolongan

Seperti enau dalam belukar Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya
melepaskan pucuk masing- berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
masing
Seperti kera sumbang Orang yang takut mencampuri orang ramai

Tajam akal Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

Sudah terhantuk baru Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat
terngadah menyedari kesilapan

Tidak lapuk dek hujan, tak Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman
lekang dek panas berubah

Tangan kosong Tidak membawa apa-apa

Tangan yang menghayun Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita
buaian mampu menggoncang mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk
dunia membangunkan negara

Tangkai jering Kedekut

Terdengar guruh di langit, air di Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti,
tempayan dicurahkan barang yang tersedia dilepaskan

Tulang belakang Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan

Ukur baju dibadan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan
kebolehan kita

Umpama biawak bercabang Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai


lidah perkataannya

Umpama lebah membuang Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan
sengat mengeji orang

Yang bulat datang bergolek, Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan
yang pipih tidak datang sendirinya
melayang

Yang dikejar tak dapat, yang Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada
dikendong keciciran pula hilang atau habis
Pengambilan makanan kesihatan penting bagi meningkatkan imunisasi badan.Pengambilan makanan
kesihatan seperti pil-pil vitamin,spriluna,makanan organic dan susu dapat memberikan antibody
kepada badan.Contohnya,makanan kesihatan yang dapat meningkatkan imunisasi badan ialah pato
ikan kod.Buktinya,makanan kesihatan ini dapat mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kanser
kulit,usus dan otak.Hal ini demikian,kerana kandungan makanan kesihatan ini mengandungi nutrisi
dan pelbagai khasiat.Amalan memakan makanan kesihatan ini dapat meningkatkan imuni badan dan
sekali gus dapat meningkatkan daya ketahanan penyakit.Oleh itu, pengambilan makanan kesihatan
tentunya memberikan faedah kepada pengguna.
Pengambilan makanan kesihatan secara konsisten boleh mencegah pelbagai penyakit
kronik.Penyakit kronik seperti kencing manis,darah tinggi dan kanser dapat diatasi dengan
pengambilan makanan kesihatan.Pengambilan makanan kesihatan seperti pil-pil
vitamin,spriluna,makanan organic dan susu dapat mencegah pelbagai penyakit kronik.Pengambilan
makanan kesihatan mengandungi pelbagai nutrisi dan khasiat.Buktinya,pengambilan pil vitamin B17
dapat mencegah pelbagai penyakit kanser seperti kanser kulit,kanser usus dan kanser otak.Amalan
memakan makanan kesihatan dapat meningkatkan imuni sistem manusia dan secara tidak langsung
dapat memulihkan sel-sel mati.Oleh itu, pengambilan makanan kesihatan dapat mencegah pelbagai
pelnyakit kronik.
Pengambilan makanan kesihatan penting dalam usaha menjayakan pemakanan secara sihat oleh
masyarakat.Pengambilan makanan seperti spriluna,pil-pil vitamin dan makanan organic merupakan
satu gaya hidup sihat bagi masyarakat moden kini.Mereka berasakan pengambilan makanan
kesihatan secara berkala atau sampingan dapat memberikan banyak manfaat kepada mereka.Hal ini
demikian,kerana masyarakat kini sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa rehat yang cukup
untuk melakukan senaman.Rata-rata masyarakat kini mempunyai masa rehat mereka kurang
daripada 5 jam sehari.Oleh itu,pengambilan makanan kesihatan dapat membantu mereka menjaga
kesihatan.Namun demikian,pengambilan makanan kesihatan bukan sahaja memberikan kebaikan
malahan memberikan kesan buruk kepada pengguna.
Pengambilan makanan kesihatan dapat meningkatkan tahap
kecerdasan.Makanan kesihatan akan memberi kesan positif semasa proses
pembesaran baik dari segi fizikal mahupun mental.Hal ini demikian,kerana
makanan kesihatan yang mengandungi nutrisi tambahan dapat member tenaga
sepanjang hari.Nutrisi tambahan seperti kalsium,zat besi dan serat dapat
membantu tumbesaran dari segi fizikal.Kesannya,tulang-tulang akan menjadi
lebih kuat.Selain itu,makanan kesihatan seperti daun gingko dan pati ikan kod
dapat menguatkan ingatan seseorang.Oleh itu, pengambilan makanan kesihatan
secara terancang dapat member kebaikan kepada penggunanya.
Pengambilan makanan kesihatan jugfa memberikan kesan negatif iaitu menjadi punca
penyakit.Pengambilan makanan kesihatan secara berlebihan akan menyebabkan punca penyakit
seperti kencing manis,kanser dan sakit jantung.Hal ini demikian,kerana pengambilan makanan
kesihatan secara tidak terancang akan meninggalkan kesan negatif terhadap tubuh
badan.Buktinya,makanan kesihatan yang mengandungi paras gula berlebihan akan menyebabkan
penyakit kencing manis.Nutrisi yang berlebihan di dalam badan seperti protein,karbohidrat dan zat
besi akan menyebabkan sel-sel kanser menjadi aktif.Hormon seseorang juga menjadi tidak stabil
akibat pemilihan makanan kesihatan yang tidak tepat. Oleh itu,pemilihan makanan kesihatan yang
tepat boleh menghindarkan seseorang terkena penyakit.
Pengambilan makanan kesihatan secara berlebihan akan menyebabkan kerosakan organ
dalaman.Kesan bahan kimia yang berlebihan dalam produk atau makanan kesihatan tertentu boleh
merosakkan organ dalaman yang penting seperti otak,buah pinggang dan hati.Hal ini
demikian,kerana bahan kimia tersebut akan larut dalam darah.Darah akan mengalir ke otak bersama-
sama dengan larutan kimia tersebut.Keadaan ini akan menjejaskan fungsi otak.Selain itu, para
pengguna yang tidak begitu sesuai dengan produk atau makanan suplemen seperti pil-pil
vitamin,kologen dan pil pelansingan boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna.Oleh
itu, penyalahgunaan makanan kesihatan boleh mendatangkan komplikasi yang teruk pada organ
dalaman.
Pengambilan makanan kesihatan juga dapat menyebabkan masyarakat menjadi pasif untuk
melakukan senaman.Masyarakat berasakan bahawa pengambilan makanan kesihatan dapat
menjamin kesihatan yang baik.Oleh itu,masyarakat tidak akan melakukan senaman bagi
menggerakkan otot-otot badan mereka.Asalnya, pengambilan makanan kesihatan sebenarnya
makanan sampingan untuk menambahkan tenaga selepas penat melakukan pekerjaan.Masyarakat
akan lebih bergantung kepada pil-pil vitamin,spriluna dan kologen yang boleh menyebabkan
keburukan kepada pengguna jika diambil berlebihan.Masyarakat akan mendapat obesiti apabila tidak
melakukan senaman dan akan menyebabkan punca pelbagai penyakit.
Kesimpulannya,pengambilan makanan kesihatan dapat memberikan banyka manfaat kepada
pengguna.Namun demikian,pengambilan makanan kesihatan yang todak terkawal atau berlebihan
akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna.Hal ini demikian,kerana makanan kesihatan
seperti pil-pil vitamin dan spriluna mengandungi bahan-bahan kimia yang terkawal.Kesan
pengambilan makanan kesihatan secara berlebihan dapat menyebabkan kerosakan buah
pinggang,usus dan hormone tidak stabil.Walaupun pengambilan makanan kesihatan merupakan
alternative baru masyarakat kini untuk menjaga kesihatan mereka tetapi kesihatan juga boleh
terganggu jika pemakanan berkhasiat tidak diamalkan.

Pembuangan bayi

Kes pembuangan bayi yang berlaku dianggap angkara orang yang tidak bertanggungjawab.
Kes pembuangan bayi kerap berlaku dalam kalangan masyarakat yang tidak mempunyai
ikatan perkahwinan yang sah. Anggaran kes pembuangan bayi yang dilaporkan di
televisyen,kira-kira 7 kes dalam sehari. Mayat-mayat bayi yang dibuang kerap ditemui di
tong sampah , stesen bas dan teksi , serta di tepi-tepi longkang.Masalah ini kian
membimbangkan masyarakat.Masyarakat perlu mengenalpasti punca-punca berlakunya kes
pembuangan bayi. Oleh sebab itu , langkah-langkah untuk menangani masalah pembuangan
bayi perlu diambil oleh semua pihak.(81 p.p )
Remaja sering menyalahgunakan kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa. Para remaja cuba
mengambil kesempatan atas sikap keterbukaan yang diamalkan oleh ibu bapa. Remaja
menyalahgunakan kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa dengan bergaul bebas antara lelaki
dan perempuan.Remaja melakukan perkara negatif seperti hubungan seks luar nikah sehingga
menyebabkan mereka hamil.Buktinya,pengalaman seorang pelajar institusi pengajian tinggi
yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian menunjukkan kebebasan tanpa pengawasan ibu
bapa menyebabkan mereka bebas melakukan aktiviti negatif. Di samping tinggal di luar
kampus mereka bebas melakukan apa apa sahaja tanpa pengawasan ibu bapa. Kesan
daripada kehamilan luar nikah menyebabkan pembuangan bayi berlaku. kebebasan yang
diberikan oleh ibu bapa sememangnya menjadi sebab peningkatan pembuangan bayi.

Pembuangan bayi berpunca daripada sikap masyarakat yang kurang mengamalkan ajaran
agama. Para remaja yang tidak mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan menyebabkan
mereka terlibat dengan kes pembuangan bayi. Statistik menunjukkan majoriti pesalah
pembuangan bayi melibatkan remaja kaum melayu berbanding dengan kaum lain. Para
remaja kurang memahami konsep dosa dan pahala sehingga mereka sanggup terlibat dengan
kes pembuangan bayi.Konsep agama sebagai pendinding gejala sosial seperti kes
pembuangan bayi kurang diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.Amalan agama
seperti membaca Al-Quran,solat dan puasa dapat menghalang seseorang daripada melakukan
maksiat. Namun demikian, kehidupan para remaja yang berlandaskan nafsu dan
mementingkan keseronokan, sehingga menyebabkan mereka kurang mengamalkan ajaran
agama.Para remaja yang kurang mempraktikkan amalan agama dalam kehidupan akan
mengambil tindakan yang salah sehingga sanggup membuang bayi mereka.
Sikap masyarakat yang gemar memandang serong terhadap golongan remaja yang terlanjur
menjadi alasan gadis yang terlanjur membuang bayi. Sememangnya masyarakat akan
memandang sinis terhadap mereka kerana mereka telah melakukan perkara yang terkutuk di
sisi agama dan norma masyarakat. Keluarga gadis yang hamil akan disisihkan dan dimalukan
apabila anak gadis mereka menconteng arang di muka mereka. Ibu bapa yang tidak
memahami masalah yang ditanggung oleh gadis tersebut menyebabkan gadis tersebut
tertekan dan bertindak di luar kewarasan dengan membuang bayinya.

Mata pelajaran sains dan biologi boleh dijadikan fokus untuk menyampaikan pendidikan
tentang seks. Pembelajaran tentang pembiakan biologi , psikologi dan seksologi dapat
memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kesan melakukan seks sebelum kahwin
ataupun selepas kahwin. Pengetahuan tentang seks amat penting bagi membendung masalah
keterlanjuran dalam kalangan masyarakat. Oleh itu , masyarakat akan lebih mengetahui
tentang kesan melakukan seks bebas terhadap diri sendiri. Hal ini akan menyebabkan mereka
lebih prihatin untuk menjaga maruah diri sendiri terutamanya wanita.

Kempen secara besar-besaran juga harus diadakan. Kempen yang dijalankan oleh badan-
badan kerajaan dan juga bukan kerajaan dapat menjadikan masyarakat lebih prihatin tentang
persekitaraan mereka. Kempen ini bertujuan untuk memupuk sikap saling tegur-menegur
dalam kalangan masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama. Masyarakat harus menegur
sesiapa sahaja apabila melihat pasangan berdua-duaan , bercumbuan , dan berpelukan di
khalayak ramai. Talian Nur merupakan salah satu langkah oleh Kementerian Pembanguna
Wanita dan keluarga untuk membendung masalah ini. Oleh itu , pihak terbabit haruslah
memainkan peranan masing-masing untuk memastikan masalah ini dapat dibendung.

Ibu bapa harus mengambil berat tentang anak-anak mereka. Pada masa ini , terdapat ramai
ibu bapa yang mementingkan soal kerja daripada anak-anak mereka. Ibu bapa berpendapat
bahawa kebendaan boleh membahagiakan keluarga tanpa perhatian dan juga kasih sayang.
Namun , anak-anak akan berasakan bahawa ibu bapa tidak menyayangi mereka dan
mengambil kesempatan untuk mencuri keseronokan di luar rumah. Hal ini akan
mendatangkan masalah apabila anak-anak salah mencari keseronokan di luar yang boleh
mendatangkan kesan negatif. Anak-anak akan berjumpa dengan rakan sebaya dan terjebak
dengan pergaulan bebas.

Kesimpulannya , kes pembuangan bayi ini harus dibendung dengan segera agar tidak
menjadi barah kepada masyarakat. Para remaja merupakan asset negara kerana mereka
merupakan pelapis pemimpin untuk memimpin negara. Kementerian Pembangunan Wanita
dan Keluarga telah berusaha membendung gejala ini melalui kewujudan Talian Nur. Kes
pembuangan bayi yang tidak terkawal boleh menyebabkan individu tersebut akan dipandang
serong oleh masyarakat. Oleh itu , semua pihak haruslah bersama-sama berganding bahu bagi
memastikan negara Malaysia bebas daripada masalah kes pembuangan bayi ini.

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan


masyarakat di negara kita
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada
masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak
menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup
ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk
menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan
semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya
anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang
tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah
dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik
dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam
diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat
patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan
ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara
dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di
sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-
murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut
dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan
dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya
diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu
akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan
persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-
besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat
patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian
Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang
berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan
rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti
menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media
elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan
drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti
yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh
dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti
seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung
perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu
mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh
akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan
semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat
memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di
negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa,
agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi
pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para
pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai
kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang
kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting
kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan
sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah
pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan
memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan
menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu
yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan
cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik
tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta
akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah
berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik
dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Peranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu


PERENGGAN ISI:
Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidak
akan menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali kita. Sebagai rakyat
Malaysia, kita hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
salah satu bahasa terpenting pada suatu hari nanti. Oleh itu, langkah yang pertama
ialah kita perlulah memastikan bahawa bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air
sendiri. Jika bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi di
negara kita ditolak oleh sebilangan besar rakyat di negara kita, bagaimanakah penduduk
dunia mahu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka? Oleh hal yang
demikian, kita mestilah menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan atau
memartabatkan bahasa Melayu di negara sendiri.

Selain itu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui peranan
kita sebagaiduta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada kita sebagai pelajar,
pelancong, atau pekerja, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menyebarluaskan
bahasa Melayu dengan pelbagai cara. Ketika berada di luar negara, apalah salahnya
jika kita mengajar rakan kita dari negara lain untuk mempelajari bahasa Melayu. Untuk
menarik perhatian mereka, kita juga mestilah bersedia untuk mempelajari bahasa
mereka. Jika kita bersedia untuk mempelajari bahasa mereka, mereka juga pasti
bersedia untuk mempelajari bahasa kita.

Seterusnya, kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui pejabat


kedutaannegara kita di luar negara. Di seluruh dunia, terdapat 104 buah kedutaan
Malaysia yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa Melayu.
Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah mengetengahkan bahasa Melayu di negara-
negara asing dalam pelbagai acara atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan
lebih dikenali, dipelajari, dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. Pepatah
Melayu mengatakan,"tak kenal maka tak cinta". Sebagai rakyat yang mempunyai
semangat `bahasa jiwa bangsa, kita hendaklah mempunyai iltizam atau kesungguhan
untuk mempromosikan bahasa Melayu walau di mana-mana jua kita berada.

Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini pula, rakyat Malaysia
mestilah memanfaatkan penggunaan Internet. Mereka yang pakar dalam bidang ini
seperti ahli akademik, pakar bahasa dan sebagainya hendaklah menyebarluaskan
bahasa Melayu melalui laman web atau blog bagi membolehkan masyarakat dunia
untuk mendekati dan mempelajari bahasa Melayu. Dalam era globalisasi ini,
kebanyakan masyarakat di duni mencari dan memperoleh maklumat melalui Internet.
Oleh itu, kita mesti;ah mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan bahasa
Melayu. Oleh sebab Internet merupakan medium yang paling murah, mudah dan cepat
untuk menyebarkan maklumat, kita mestilah mengeksploitasikan kelebihan ini untuk
mengantarabangsakan bahasa Melayu ke seantero dunia.

Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu


melalui filem. Jika penerbit filem di negara kita mampu menghasilkan filem yang
bermutu, sudah pasti masyarakat antarabangsa akan menerima filem kita. Apabila
mereka menerima filem kita, hal ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk
mendalami dan mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Namun, masalah yang kita
hadapi ialah penerbit filem negara kita masih belum mampu menghasilkan filem yang
bertaraf antarabangsa seperti filem yang dihasilkan oleh negara Hongkong, Jepun,
Korea , Bollywood, dan sebagainya Jadi, jika kita mahu menggunakan filem sebagai
satu cara untuk menyebarluaskan bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan dan
mengantarabangsakan filem Melayu juga.

Langkah-langkah untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan


Pengangkutan Awam
Zaman beralih, musim bertukar, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun
yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang
yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi
kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah
berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem
pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita
boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan
(LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai
warganegara Malaysia menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong?
Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk
menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan
bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam
yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke
tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan
haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang
ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan
sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di
negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket
bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus
mengambil contoh negara barat seperti Melbourne, di negara Melborune penumpang
hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata
peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan
wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan. Jikalau
sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai
sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.

Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan
awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam.
Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak
rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di
Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan
menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat
meningkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik
perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang
motosikal. Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan
membazirkan masa untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa
perjalanan keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan,
kekurangan dalam kekerapan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan
masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengakutan awam.
Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapat balik keyakinan rakyat
terhadap pengangkutan awam.

Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan
mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat
menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk
menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini
haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk
menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain
menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan
rancangancinta akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara
dan sebagainya.Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca,
perkembangan sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat
mendapat informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan
mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam
kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan
perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya,
langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang.

Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari


rebungnya, pendidikansejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk
menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan
supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan
awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam
konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam
lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diberi
kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberi kepada mereka yang dewasa untuk
mengubah imej buruk yang mendalam di dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita
dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai
pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang
menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi
mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai
pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam
mendalam kepada mereka.

Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti


mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi
penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata,
pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah
mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum.
Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam
meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan awam.

Anda mungkin juga menyukai