Anda di halaman 1dari 2

TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk pertimbangan PIBG SK Taman Seri Gombak 2 bagi
perolehan dana kewangan untuk penggerak KIK (Kumpulan Inovasi dan Kreatif)

DEFINISI

Inovasi didefinisikan sebagai idea-idea baru dalam semua aspek kerja untuk
menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti kepada stake holder.

Produktiviti yang digabungkan bersama kreativiti dan inovasi mampu melonjakkan


kecekapan dan keberkesanan kaedah penyampaian dan pembelajaran.

LATARBELAKANG

Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang lebih dikenali sebagai KIK adalah kumpulan
kecil guru-guru(6-10) SKTSG2 terdiri daripada panitia yang sama yang bermesyuarat
secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang
berkaitan dengan masalah pembelajaran murid.

Kumpulan ini mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak


pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan
keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.

SKOP KIK

1. Projek baru

2. Penambahbaikan

3. Penyelesaian masalah

Rasional Penubuhan KIK

1. Memenuhi kehendak stake holder dengan lebih berkesan

2. Meningkatkan kecekapan dan mengawal kos

3. Memperkenalkan pendekatan penyampaian PdP baru apabila yang lama kurang


berkesan

4. memanfaatkan keupayaan teknologi terkini secara optimum


CADANGAN PEROLEHAN DAN ANGGARAN PERUNTUKAN

Bil Kumpulan Projek Kos (RM)

Sistem Maklumat Secara Paparan


1 Pentadbiran 1000
Elektronik Berpaksikan Imbasan Biometrik

Panitia Bahasa
2 Pembelajaran Teknik NYAKUMA 200
Melayu

Panitia Bahasa Improving Pupils' Pronunciation through


3 200
Inggeris Action Technique

Mengatasi Masalah kekeliruan murid-murid


4 Panitia Matematik tahap satu dalam menyelesaikan operasi 200
penolakan melibatkan pinjaman

Pengajaran Tajuk DAYA menggunakan


5 Panitia Sains 200
kaedah nyanyian dan gerakan.

6 Panitia Agama Belajar Baris Tanwin LOLIPOP 200

Jumlah keseluruhan 2000

ANTARA FAEDAH YANG DIHARAPKAN DARI KIK

1. Menggalakkan daya inovasi dan kreativiti di kalangan guru.

2. Projek adalah berkaitan dengan tugas-tugas harian (Pengajaran dan Pembelajaran


murid)

3. Menekankan Organisasi Pembelajaran

4. Pengurusan ilmu yang berkesan dengan memperbaiki sistem dan cara kerja

5. Mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara guru dan pengurusan

6. Menambah dorongan untuk bekerja dengan memberi pengiktirafan sebagai insentif


kepada inovasi

7. Mengasah bakat kepimpinan di kalangan guru-guru dan hasil dapat diromosikan

Anda mungkin juga menyukai