Anda di halaman 1dari 14

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


GEOGRAFI
TINGKATAN 3

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
MATLAMAT KURIKULUM GEOGRAFI
Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan
hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan
mengenali serta mencintai negara Malaysia.

OBJEKTIF KURIKULUM GEOGRAFI


Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid:
1. Menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala, dan jarak dalam organisasi ruangan.
2. Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
3. Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek
geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab.
4. Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang wujud
di negara Malaysia dan negara-negara lain
5. Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan
kelainannya dengan negara Malaysia.
6. Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu
negara dengan negara lain.
7. Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta penting menguruskan alam dan sumber dengan
bertanggungjawab dan bijaksana.
8. Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik.
9. Menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional.
10. Mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka
terhadap perasaan serta keperluan orang lain.

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik
Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai
apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan
individu.

o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran
holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di
mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua
iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih
qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan
dicapai.

o Evidens

Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat
berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
1 TAHU
respons terhadap perkara yang asas.

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau


2 TAHU DAN FAHAM
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran


3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
pada suatu situasi.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
4
DENGAN BERADAB prosedur atau secara sistematik.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut
5
DENGAN BERADAB TERPUJI prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai


keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
6 cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
DENGAN BERADAB MITHALI
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Mengetahui kemahiran geografi dan geografi negara Malaysia.

2 Mengetahui dan memahami kemahiran geografidan geografi negara Malaysia.

3 Memahami dan mengaplikasikan kemahiran geografi, geografi negara Malaysia dan geografi negara lain.

Menguasai pengetahuan dan kemahiran geografi, dan boleh menganalisis maklumat geografi dalam organisasi ruang
4
secara sistematik sertamenghargai keistimewaan negara Malaysia.

Menggabungjalin pengetahuan dan kemahiran geografi untuk membuat keputusanyang rasional dan boleh menganalisis
5
impak kegiatan manusia terhadap alam sekitar serta mengamalkan penjagaannya secara bijaksana.

Menilai maklumat geografi untuk menghasilkan idea yang kreatif dan inovatifdemi kepentingan masa depan dan
6
membudayakan pengetahuan geografi ke arah memperkasa negara Malaysia.

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDEN

1 B1 B1D1 B1D1E1
Mengetahui asas kemahiran Mengetahui asas kemahiran geografi. Mengenal Garisan Grid Timuran dan Utaraan
Tahu geografi dan geografi negara
Malaysia. BIDIE2
Menyatakan Rujukan Grid 4 angka
dan 6 angka

B1D1E3
Menyatakan jenis-jenis skala

B1D2 B1D2E1
Mengetahui sumber-sumber utama Menyenaraikan jenis-jenis sumber utama

B1D2E2
Menyenaraikan jenis-jenis mineral logam dan
bukan logam

B1D3 B1D3E1
Mengetahui jenis dan taburan Menyenaraikan jenis-jenis kegiatan ekonomi
kegiatan ekonomi negara Malaysia utama

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDEN

2 B2 B2D1 B2D1E1
Mengetahui dan memahami Memahami asas kemahiran geografi Mengenal simbol-simbol ketinggian dalam peta
kemahiran geografi dan geografi lakar.
Tahu dan Malaysia.
Faham B2D1E2
Menamakan pelbagai bentuk muka bumi
berdasarkan garisan kontur.

B2D2 B2D2E1
Memahami kepentingan penerokaan Menyenaraikan kepentingan penerokaan
pelbagai sumber negara Malaysia pelbagai sumber negara Malaysia

B2D3 B2D3E1
Memahami kesan penerokaan Menyenaraikan kesan-kesan penerokaan
sumber terhadap alam sekitar negara sumber terhadap alam sekitar.
Malaysia

B2D4E1
B2D4 Menyenaraikan kepentingan pengurusan
Mengetahui kepentingan dan langkah- sumber.
langkah dalam pengurusan sumber

B2D4E2
Menyenaraikan langkah-langkah terancang
dalam pengurusan sumber.

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
B2D5E1
B2D5 Menyenaraikan faktor-faktor yang
Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi utama negara
mempengaruhi kegiatan ekonomi Malaysia.
negara Malaysia

B2D6E1
B2D6 Menyenaraikan kepentingan kegiatan ekonomi
Memahami kepentingan kegiatan terhadap pembangunan negara Malaysia
ekonomi terhadap pembangunan
negara Malaysia

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDEN

3 B3 B3D1 B3D1E1
Memahami dan mengaplikasikan Mengaplikasikan kemahiran geografi. Menunjuk cara penggunaan Rujukan Grid 4
Tahu, Faham kemahiran geografi, geografi angka dan 6 angka berdasarkan ciri-ciri
dan Boleh negara Malaysia dan geografi geografi.
Buat negara lain.
B3D1E2
Mengukur bearing sudutan/azimut

B3D1E3
Mengira luas kawasan dalam dalam peta lakar

B3D1E4
Melukis dan melengkapkan carta pai

B3D2E1
B3D2 Menanda dan menamakan lokasi mineral dan
Mengenal pasti taburan pelbagai hutan di atas peta Malaysia
sumber.
B3D2E2
Menerangkan jenis-jenis tenaga gantian di
negara lain

B3D3E1
B3D3 Menanda dan menamakan lokasi kegiatan
Mengenal pasti kegiatan ekonomi ekonomi utama negara Malaysia
utama

B3D4E1
B3D4 Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi
Mengenal pasti faktor yang kegiatan ekonomi utama negara Malaysia
mempengaruhi kegiatan ekonomi

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDEN

4 B4 B4D1 B4D1E1
Menguasai pengetahuan dan Menghubungkait pengetahuan dan Mentafsir data berdasarkan graf atau carta
Tahu, kemahiran, dan boleh menganalisis kemahiran geografi dalam organisasi atau rajah
Faham, maklumat geografi dalam organisasi ruang.
Boleh ruang secara sistematik serta B4D1E2
Buat menghargai keistimewaan negara Mentafsir peta lakar
dengan Malaysia
Beradab B4D2 B4D2E1
Menganalisis taburan pelbagai sumber Menjelaskan taburan mineral dan hutan di
Malaysia

B4D3 B4D3E1
Menganalisis kepentingan penerokaan Menjelaskan kepentingan penerokaan
pelbagai sumber negara Malaysia pelbagai sumber negara Malaysia

B4D4 B4D4E1
Menganalisis kegiatan ekonomi utama Menghuraikan jenis-jenis kegiatan ekonomi
negara Malaysia utama negara Malaysia

B4D4E2
Menerangkan kepentingan kegiatan
ekonomi terhadap pembangunan negara
Malaysia.

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDEN

5 B5 B5D1 B5D1E1
Menggabungjalin pengetahuan dan Menggunakan pelbagai maklumat Mempersembah maklumat geografi
Tahu, kemahiran geografi untuk membuat geografi untuk membuat keputusan. dalam bentuk grafik daripada pelbagai
Faham, keputusan yang rasional, dan boleh sumber yang diperoleh.
Boleh Buat menganalisis impak kegiatan manusia
dengan terhadap alam sekitar serta B5D1E2
Beradab mengamalkan penjagaannya secara Membuat keputusan yang rasional
Terpuji bijaksana. daripada maklumat geografi yang
diperoleh.

B5D2 B5D2E1
Menganalisis kesan kegiatan ekonomi Menghasilkan kajian kes/laporan
terhadap alam sekitar kesan kegiatan ekonomi terhadap
alam sekitar di kawasan kajian

B5D4E1
B5D4 Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
Menyertai aktiviti/program tentang peringkat sekolah / komuniti setempat
penjagaan alam sekitar. mengenai penjagaan alam sekitar.

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013
BAND PENYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDEN

6 B6 B6D1 B6D1E1
Menilai maklumat geografi untuk Menghasilkan idea baru untuk Mempersembahkan idea / dapatan /
Tahu, Faham, menghasilkan idea yang kreatif dan pembangunan negara. ciptaan / produk untuk kesejahteraan
Boleh Buat inovatif demi kepentingan masa depan persekitaran
dengan Beradab dan membudayakan pengetahuan
Mithali geografi ke arah memperkasa negara B6D1E2
Malaysia Mencadangkan langkah-langkah yang
boleh diambil dalam pengurusan
sumber untuk kegunaan masa depan

B6D2 B6D2E1
Mempamerkan budaya kreatif dan Menghasilkan buku skrap tentang
inovatif ke arah pembangunan negara kegiatan ekonomi di kawasan kajian
Malaysia

B6D3E1
B6D3 Mempamerkan sikap / tingkah laku
Melaksanakan amalan mesra terhadap mesra alam sekitar.
alam sekitar.

DRAF
DSP Geografi Tingkatan 3
Julai 2013

Anda mungkin juga menyukai