Anda di halaman 1dari 3

Dalam mengharungi arus globalisasi dan modenisasi ini, senario pengangguran

telah menjadi satu isu yang serius di Malaysia terutamanya golongan siswazah.
Namun,isu ini bukan sahaja melibatkan golongan siswazah tetapi golongan lain
juga. Oleh hal yang demikian, apakah prakarsa yang harus diimplementasikan
untuk mengatasi masalah pengangguran yang semakin meruncing di ibu pertiwi
kita?

Langkah pertama adalah mempelbagaikan sektor ekonomi. Dengan


mempelbagaikan sektor ekonomi, lebih banyak peluang pekerjaan yang boleh
didapati. Dengan cara ini ,beban seseorang pekerja juga akan dikurangkan kerana
akan ditugaskan oleh orang lain. Kerajaan juga boleh memberikan bantuan
kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi supaya lebih banyak
projek pembangunan dijalankan secara serentak. Pakej kewangan ini hendaklah
diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang
boleh menganjurkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi
berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Ekonomi negara akan pesat
membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak
untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Ijmalnya,cara ini boleh mengurangkan
masalah pengangguran secara mendadak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya


kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk
mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan
mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak
industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang
pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja
akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

Seandainya diselami secara mendalam, kerajaan seyogia merencanakan


modus operandi untuk memperkenalkan negara menerusi pameran dan kunjungan
rombongan ekonomi ke negara-negara lain. Lawatan sebegini menyebabkan lebih
banyak negara luar menyedari kelebihan dan kepentingan menjalankan perniagaan
di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh daripada ahli-ahli
rombongan ini. Kemasukan modal asing yang lumayan ke negara kita sudah pasti
mampu menjana lebih banyak aktiviti .Misalnya, kerajaan telah cuba menjalankan
beberapa projek mega seperti Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta
Api Laju KL-Singapura. Projek-projek pembangunan akan memerlukan tenaga
kerja yang banyak dan terus menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tanah
air kita. Hal ini membuktikan bahawa langkah untuk memperkenalkan negara ke
jagatraya amat signifikan supaya kemelut pengangguran dapat dibendung.
Sekiranya pokok perbicaraan ini dihalusi, rakyat perlu meningkatkan
kebolehan dan kelayakkan mereka. Pihak individu harus lebih positif dalam
mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan cuba meningkatkan kemahiran diri
mereka seperti menyambung pelajaran, mengambil kursus jangka pendek dan
meningkatkan prestasi diri. Impaknya, mereka akan memiliki prioriti untuk
mendapatkan pekerjaan dan akan dihargai oleh majikan .Malah, jika mereka
dipecat, golongan yang positif seperti ini akan mudah diupah oleh syarikat lain
dan cepat menyesuaikan diri dalam kerja baharu kerana mereka mempunyai
kemahiran diri dan pengalaman pekerjaan. Oleh hal yang demikian, setiap individu
harus bekerja keras sendiri agar tidak menghadapi masalah pengangguran .
Ingatlah bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Andai kata persoalan ini ditinjau daripada aspek lain, kerajaan juga boleh
menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti
mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut
kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu
menyediakan sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing
dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut
menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak. Intihanya, rakyat Malaysia
akan mendapat peluang pekerjaan dan masalah pengangguran dapat dikurangkan .

Sebagai penutup bicara, segenap lapisan masyarakat patut melakukan


anjakan paradigma untuk mengatasi malasah pengangguran di Malaysia yang
sedang menghadapi kemelesetan ekonomi. Janganlah bersikap endah tak endah
dalam hal ini. Kita perlulah sediakan payung sebelum hujan untuk memastikan
rakyat ibu pertiwi kita dapat mempunyai pekerjaan supaya ekonomi negara dapat
dimajukan. Melalui keiltizaman semua pihak, nescaya masalah pengangguran dapat
dibanteras ke akar umbi akan menjadi realiti. Semoga negara kita akan duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di alam maya ini.
wish

Xinjie: title

then

Yihan: Jiening, adakah bapa saudari mempunyai pekerjaan?

Jn: ya,bapa saya seorang XX

Je: nasib baiknya, Masalah pengangguran semakin serius di Negara kita


pada masa ini .

Jn: ya, saya bersetuju dengan saudari. Apakah punca yang menyebabkan
masalah tersebut?

Xinjie& yihan

Jiaen: ohh, begitu.

xiijie: ya, kesiannya mereka yang mengalami masalah pengangguran.

Yihan: Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah


tersebut?

Jiening& Jiaen turn

Xinjie; semoga masalah ini dapat diatasi secepat mungkin

ALL : TERIMA KASIH.