Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN MERENTAS DESA

Pada 29 Januari 2010, IPG Kampus Kent sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya
melaksanakan aktiviti merentas desa. Dalam suasana kegawatan ekonomi, hadiah bukanlah
sasaran warga Kent untuk meibatkan diri dalam aktiviti ini, tetapi semangat kesukanan adalah
menjadi keutamaan. Justeru, aktiviti tahunan ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari
kalangan warga Kent termasuk pensyarah, staf sokongan dan ahli keluarga. Sesungguhnya,
aktiviti ini telah berjaya merapatkan hubungan silatulrahim dalam kalangan warga Kent.
Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu kategori pelajar lelaki dan perempuan, kategori
pensyarah lelaki dan perempuan, katergori staf sokongan lelaki dan perempuan, serta kategori
ahli keluarga staf sokongan / pensyarah lelaki dan perempuan.

Aktiviti merentas desa bermula pada jam 7.00 pagi dengan pendaftaran peserta. Unit
PISMP Pendidikan Jasmani yang diketuai oleh Fredaus Bin Johari telah memimpin semua
peserta dalam aktiviti senamrobik sebagai aktiviti pemanasan badan. Ini diikuti oleh bacaan doa
yang dilafazkan oleh Ust Nis Hassan. Sebelum para peserta dilepaskan Ketua Unit GERKO,
En. Victor P. Salanggang telah memberikan taklimat pertandingan kepada semua peserta. Pada
jam 8.00 pagi, para peserta telah dilepaskan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent, En.
Romli Bin Darus yang didahului oleh kumpulan pensyarah dan staf skokongan diikuti oleh para
pelajar. Aktiviti ini telah berakhir pada jam 10.30 pagi. En. Ejos Siarus selaku Ketua Jabatan
JPJK telah menyampaikan ucapan penutupan. Manakala upacara penyampaian hadiah telah
disempurnakan oleh pengarah, Pn. Mary Teresa Kinajil.

Keputusan pertandingan:

Kategori Pelatih Perempuan

Johan : Lorreta Johnny (Tun Razak)

Naib Johan : Jennete Florian (Rentap)

Ketiga : Intan Jamala (Tun Razak)

Kategori Pelatih Lelaki

Johan : Muhd Faiz Jamaludin (Tun Razak)

Naib Johan : Muhammad Firdaus (Abdul Razak)

Ketiga : Fredolin (Rentap)


Kategori Pensyarah Lelaki

Johan : John Gitom (Rentap)

Naib Johan : Santana Rajan Perumale (Mat Salleh)

Ketiga : Mond Sawari Rahim (Tun Razak) Kategori Pensyarah Perempuan

Johan : Juliana Dumpil (Mat Salleh)

Kategori Staff Sokongan Lelaki

Johan : Azlan Khazali

Naib Johan : Kherry

Ketiga : Jeffrie

Kategori Staff Sokongan Perempuan

Johan : Julita Buin

Kategori Ahli Keluarga Lelaki Staff/ Pensyarah

Johan : Calvin Victor Jr

Naib Johan : Ahmad Farhan

Kategori Ahli Keluarga Perempuan Staff/ Pensyarah

Johan : Adawiatul Izzah

Anda mungkin juga menyukai