Anda di halaman 1dari 3

Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)


4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb tepung kastard
1 sk esen vanilla

Cara
buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga
gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan.

Satukan semua bahan B. Kacau atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad
akan bergentel dengan mudah.

Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke
dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok sehingga puding mengeras.


Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.^^

Loyang 4 segi 9x9in

Selamat Mencuba
Jom share resepi ni
kalau nak share sila komen dahulu dibawah ye sebelum share mohon kerjasama tq

esepi Mudah Kek Coklat Cheese

[Bahan yang mudah dicari]

Bahan-bahan Kek Coklat:

+ 1 cawan gula
+ 1 cawan serbuk koko
+ 1 cawan susu pekat
+ 1 cawan susu cair
+ 1 cawan minyak masak
+ 3/4 cawan tepung (diayak)
+ satu sudu kecil soda bikarbonat
+ satu sudu kecil baking powder
+ 4 biji telur gred B (blend je senang)

Cara membuatnya:

1> Campurkan gula, serbuk koko, susu pekat, susu cair dan minyak jagung dalam periuk
yang kecil di atas api yang sederhana. Kacau sampai berkilat dan semua bahan sebati.
2> Telur korang blend je semua
3> Bila dah berkilat korang curah dalam mixer untuk campuran tadi
4> Masukkan soda bikarbonat dan baking powder
5> Masukkan telur dan tepung secara berselang seli
6> Bila dah sebati semua boleh la bahagikan kepada 2 bahagian

Bahan-bahan Cheese Kek:

+ Satu buku cream cheese (ala yang macam buku sabu basuh tu). Nak guna philadelphia pun
boleh.
+ 1 cawan gula kastor (blend je gula biasa)
+ 1 biji telur
+ 1 sudu besar tepung
+ 1 sudu besar air

Cara membuatnya:

1> Sementara tu boleh la korang panaskan pengukus dahulu.


2> Basuh mixer tadi untuk buat cheese kek pulak
3> Cream cheese boleh keluarkan sejam awal dari peti sejuk
4> Masukkan cream cheese dalam mixer dan kacau
5> Tambahkan gula kastor dan kacau lagi
6> Masukkan telur, tepung dan air satu sudu.
7> Kacau sehingga sebati.

Cara untuk mengukus coklat cheese kek:

1> Tadi kan dah panaskan pengukus lebih awal


2> Jangan lupa balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis
> Bekas untuk dikukus disapu dengan sedikit marjerin
3> Kek coklat tadi dibahagi dua. Masukkan bahagian yang pertama dan kukus lebih kurang
15 minit.
4> Bila dah sedikit keras boleh masukkan cheese kek tadi dalam masa 15 minit.
5> Last sekali bila cheese dah masak sikit boleh masukkan bahagian kedua kek coklat.
6> Kukus sampai masak. Nak tau masak ke tak boleh cucuk dengan garfu dan kalau
berminyak still tak masak lagi.
7> Dah masak biarkan seketika dalam pengukus
8> Keluarkan dan sejukkan di luar. Lepas tu bila dah sejuk masuk dalam peti sejuk
9> Last sekali makan.
Selamat Mencuba

Zie Wondergow shared Legacy Secret Trading'

PISANG GORENG RANGUP (RESEPI HOTEL)

2 cawan tepung beras


2 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur

air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

CARA PENYEDIAAN
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.

*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe
dll

*resepi daripada Hairul.com, dah try dah...memang rangup, mertua memang cukup puji bila
dihidangkan cempedak goreng guna adunan resepi ni.

Anda mungkin juga menyukai