Anda di halaman 1dari 2

ULASAN ARTIKEL : WHAT IS ECOSYSTEM MANAGEMENT

PENGARANG : R EDWARD GRUMBINE

Artikel yang ingin diulas adalah What is Ecosystem Management yang ditulis oleh
R Edward Grumbine, artikel ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang merangkumi
pengenalan, sejarah pembangunan konsep pengurusan ekosistem, tema-tema yang ada di
dalam pengurusan ekosistem, matlamat pengurusan ekosistem, kesan jangka pendek polisi,
kesan jangka panjang polisi dan akhir sekali merupakan bahagian kesimpulan. Sebelum
mengulas dengan lebih lanjut berkenaan dengan pengurusan ekosistem, perlu kita memahami
terlebih dahulu apakah itu ekosistem ? Ekosistem adalah tatanan kesatuan secara utuh
menyeluruh antara segenap unsur lingkungan hidup yang saling mempengaruhi. Ekosistem
merupakan hubungan timbal balik yang kompleks antara makhluk hidup dengan
lingkungannya, baik yang hidup maupun tak hidup (tanah, air,udara, atau kimia fisik) yang
secara bersama-sama membentuk suatu sistem ekologi. Kemudian, kita lihat pula kepada
definisi pengurusan ekosistem daripada beberapa orang tokoh misalnya Brussard et.al.
( 1998 ), Menguruskan kawasan di pelbagai skala dalam apa-apa cara yang perkhidmatan
ekosistem dan sumber biologi dipelihara mengikut kesesuaian manusia dan pilihan untuk
kehidupan dikekalkan. Menurut Pirot et.al. ( 2000 ), mendefinisikannya sebagai percubaan
pengurusan berasaskan ekosistem untuk mengawal selia penggunaan ekosistem supaya kita
boleh mendapat manfaat dari mereka dan pada masa yang sama mengubah suai kesan ke atas
mereka supaya ekosistem asas fungsi dipelihara. Manakala, menurut Quinn ( 2002 ),
pengurusan berasaskan ekosistem adalah satu pendekatan untuk membimbing aktiviti manusia
menggunakan kerjasama, kaedah disiplin, dan penyesuaian dengan matlamat jangka panjang
untuk mengekalkan masa depan yang diingini keadaan kawasan ekologi terbatas yang,
seterusnya, sokongan yang sihat, masyarakat yang mampan.
Kemudian, ianya menyentuh mengenai tema utama di dalam pengurusan ekosistem di mana
ianya mempunyai 10 tema utama. Yang pertama adalah Konteks Hierarki, di mana perhatian
tidak harus kepada satu hierarki kepelbagaian hayat, tetapi perhatian harus diberikan kepada
pertalian antara setiap tahap. Pendekatan ini selalunya dicirikan sebagai perspektif sistem
yang mana ianya mempunyai input dan juga output. Ianya juga terbahagi kepada tiga iaitu
sistem terbuka, tertutup dan juga terpencil. Kemudian, yang kedua adalah Sempadan-
sempadan Ekologi, yang mana pengurusan sumber dan persekitaran memerlukan perhatian
kepada biofizikal atau ekologi berbanding unit-unit politik atau pentadbiran. Seterusnya, tema
ketiga adalah Integrasi Ekologi, ianya melibatkan perlindungan kepada kepelbagaian
semulajadi menyeluruh beserta dengan pola dan proses yang mengekalkan kepelbagaian
tersebut dan ianya melibatkan perlindungan atau pemuliharaan populasi spesis semulajadi.
Kemudian, tema keempat adalah Pengumpulan Data. Pengumpulan Data merupakan sesuatu
yang harus dilakukan oleh seseorang penyelidik yang mana melibatkan bentuk fungsian
berbanding yang bersifat deskriptif. Dengan adanya pengumpulan data, ianya dapat mengenal
pasti habitat dan spesis yang terancam dan ianya akan membolehkan pengurusan yang lebih
sistematik boleh dilakukan. Yang kelima adalah Pemantauan, pengurus mesti merekodkan
keputusan-keputusan supaya ianya boleh melihat atau menilai sejauh mana keberkesanan
sesuatu yang dilakukan. Pemantauan harus dilakukan agar kesalahan boleh diperbaiki dan
kerana sifat alam sekitar itu sendiri yang sentiasa berubah-ubah. Seterusnya, yang Keenam
adalah Pengurusan Adaptif, ianya bermaksud di mana meletakkan pengurusan itu sebagai satu
siri ujikaji dan ianya sentiasa akan berterusan dengan beranggapan bahawa masih ada yang
kurang sempurna berkenaan pengurusan ekosistem berkenaan. Yang ketujuh adalah
Kerjasama antara Agensi, kerjasama ini boleh melibatkan semua pihak misalnya seperti
perbandaran, negeri, negara dan juga antarabangsa. Kerjasama ini diperlukan agar idea atau
pendapat mahupun kemahiran dapat dikongsi bersama dalam mewujudkan satu pengurusan
ekosistem yang berjaya. Yang kelapan adalah Perubahan Organisasi, bermaksud perubahan
perlu dilakukan oleh sesuatu organisasi bagi disesuaikan dengan pengurusan ekosistem
misalnya dengan pembentukkan kumpulan koordinasi antara agensi kepada yang asas
( perubahan nilai asas atau prinsip ). Seterusnya adalah Yang Kesembilan adalah Kehadiran
Manusia dalam Alam Semulajadi, manusia merupakan pengguna semulajadi dan merupakan
sebahagian daripada sistem semulajadi yang tidak boleh diasingkan. Manusia juga menjadi
pencorak kepada sesuatu ekosistem, jika sebelum ini alam semulajadi lebih berkuasa daripada
manusia, namun kini manusia mempunyai kuasa yang lebih daripada alam sekitar akibat
daripada perkembangan teknologi yang semakin pesat dan pertambahan penduduk yang
mendadak. Tema yang terakhir adalah Nilai, meskipun dilihat pengetahuan saintifik dan
tradisional itu perlu, tetapi manusia merupakan peranan yang paling dominan di dalam
menyediakan matlamat pengurusan ekosistem.
Kemudian, artikel ini juga menunjukkan matlamat pengurusan ekosistem itu di mana
terbahagi kepada 1. Mengekalkan populasi daripada semua spesies asli di situ. 2. Mewakili
dalam kawasan yang dilindungi, semua jenis ekologi merentasi pelbagai variasi semula jadi
mereka. 3. Mengekalkan proses evolusi dan ekologi ( iaitu Gangguan rejim, proses hidrologi,
kitaran nutrien dan lain-lain ). 4. Mengurus lebih tempoh masa yang cukup lama untuk
mengekalkan potensi evolusi spesies dan ekosistem. 5. Menampung kegunaan manusia dan
dihuni, dalam kekangan ini. Kemudian, kita melihat kepada implikasi jangka pendek polisi
tersebut iaitu diantara 5-10 tahun yang terbahagi kepada 4 pihak iaitu Saintis, Pembuat polisi,
Pengurus dan juga Penduduk. Bagi pihak Saintis, mereka haruslah berusaha dengan lebih baik
untuk menggunakan data yang sedia ada ke atas biodiversiti pada semua skala. Pembuat polisi
pula haruslah memikirkan dan mengukuhkan semua undang-undang. Pengurus pula haruslah
mempraktikkan pengurusan ekosistem di dalam organisasi mereka dan juga menjalankan
kerjasama di antara agensi lain untuk menggalakan pertukaran idea dan juga kemahiran
berkenaan dengan pengurusan ekosistem. Kemudian adalah penduduk, mereka haruslah
mengamalkan dan menerapkan amalan-amalan untuk menjaga alam sekitar agar pengurusan
ekosistem yang dijalankan dapat berjalan dengan baik dengan adanya kerjasama daripada
penduduk dalam mengamalkan amalan pemuliharaan dan juga pemeliharaan alam sekitar.
Manakala, Implikasi jangka panjang polisi pula terbahagi kepada reframing nilai alam sekitar,
menggalakkan kerjasama dan juga menilai kejayaan.
Secara kesimpulannya, pengurusan ekosistem adalah amat penting dalam memastikan alam
sekitar ini terjaga dengan adanya pendekatan-pendekatan yang diamalkan. Amatlah perlu
untuk kita memelihara dan memulihara alam sekitar daripada tercemar. Ekosistem adalah
amat penting dan sebab itulah ianya amat ditekankan di dalam pengurusan ekosistem.
Pengurusan ekosistem ini tidak akan berjalan sekiranya hanya beberapa pihak sahaja yang
menjalankannya, ianya memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak agar pengurusan
ekosistem dapat berjalan dengan baik. Dengan adanya pengurusan alam sekitar, alam sekitar
dapat dipelihara agar ianya dapat diguna dalam jangka masa yang lebih lama.

Anda mungkin juga menyukai