Anda di halaman 1dari 5

Antara petua petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan

penawar sakit hati adalah :


1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita
sendiri.
Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud
menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap
demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan
untuk memasuki hati manusia.
Angan angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.
Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan
melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki.
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material,
kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat
ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang.
Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki
kelebihan melebihi dirinya.
Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki
menghilang
Rasulullah bersabda,
Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh
Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi
hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan
mengajarkannya. (HR. Bukhari).

3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.


Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak
tanpa pertimbangan akal.
Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa
melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah
berkata, Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak
kecil yang membalik bola.
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang maruf, serta
berpalinglah dari orang-orang yang bodoh. Surah Al-Araf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia
bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf
selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan
tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya
Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan
dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut,
dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik. (HR. Hakim dan
At-Tirmidzi).
5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya
sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari
kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian
yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya
yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. (QS. Al-Hujurat :
12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya
sehingga dia memperkecilkan orang lain.
Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya
lebih baik.
Tentu, perkara ini yang tidak benar.
Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk
memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk
dilakukan.
Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan
kenikmatan, maka dia bersyukur.
Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada
hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu
menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia
mengantungkan harapan.

5 Penawar Berkesan Merawat Penyakit Hati


Berbicara soal hati, tiada siapa dapat menafikan bahawa hati itulah punca
segalanya. Hatilah penyebab seseorang itu bahagia. Hati jugalah penyebab
jauhnya seseorang dengan pencipta-Nya....
GAYA HIDUP S. ATAN 30 JAN 2015

Berbicara soal hati, tiada siapa dapat menafikan bahawa hati itulah punca
segalanya. Hatilah penyebab seseorang itu bahagia. Hati jugalah penyebab
jauhnya seseorang dengan pencipta-Nya. Jika baik dan terjaga hatinya, maka
baik serta elok juga perilaku dan hidupnya. Begitulah juga sebaliknya. Hati anda
bagaimana?
Syeikh Ibrahim al-Khawwas, seorang ulama ada menyebut:
Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan
lima perkara tersebut.

: :
: " : :

Penawar #1 Membaca Al-Quran dan Memahami Maksudnya

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang
menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi
penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi
hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang
yang beriman. (Surah Yunus: 57)
Ayat ini jelas menyatakan Al-Quran itulah penawar terbaik untuk penyakit hati
yang ada dalam diri kita. Namun, sejauh mana kita pada hari ini membaca,
memahami dan mengamalkan kalam Allah yang ada di dalamnya?
Basahkan lidah dan sirami hati kita dengan keindahan ayat al-Quran. Fahami
setiap bait dan pengajaran yang ada di dalam al-Quran. Hati dan jiwa yang
sentiasa dekat dengan al-Quran pasti akan lebih tenang dan tenteram.
Justeru, penyakit hati yang ada atau yang tersisa akan semakin menjauh.
Penawar #2 Kosongkan Perut dari Terlalu Kenyang atau Berpuasa
Setiap orang yang hidup perlu makan. Tapi jangan sampai hidup kita semata-
mata untuk makan sahaja. Banyak makan, nanti berat untuk beribadah. Apabila
badan berat untuk beribadah, lama-lama hati akan keras. Nauzubillah.
Mungkin kita diberi kurnia dan rezeki yang melimpah. Ya, tidak salah untuk kita
makan. Namun, berpada-padalah. Jangan sampai membazir dan membuatkan
kita bermalas-malasan dalam beribadah kepada Allah.

Badan yang sihat mengamalkan pemakanan yang terkawal. [Mike]


Cara terbaik untuk kita mengawal nafsu makan adalah dengan berpuasa. Bukan
sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah nafsu yang lain-lain juga. Malah
dengan berpuasa, banyak ganjaran pahala yang bakal kita dapat.
Hati kita pun akan terjaga. Insya-Allah.
Penawar #3 Bangun Beribadah Pada Waktu Malam
Tidak ramai, malah sukar untuk kita jumpa orang yang sentiasa melazimi ibadah
malam.
Sedangkan pada waktu malam itulah waktu paling sesuai untuk meluahkan
segalanya pada Yang Maha Esa, tatkala jiwa yang lain masih lena dibuai mimpi.
Dalam Surah Al-Muzzammil ayat 6 ada menyatakan bahawa:

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa),
dan lebih tetap betul bacaannya. (Surah Al-Muzzammil: 6)

Cuba untuk mulakan dari sekarang. Sekali seminggu mungkin. Lama-kelamaan


dengan izin Allah, kita dapat bangun setiap malam. Insya-Allah.
Dengan beristiqamah untuk bangun pada malam hari, hati dan jiwa akan lebih
terisi. Kita juga akan sentiasa berasa betapa lemahnya kita di sisi Allah Yang
Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Bangun dan beribadahlah.
Penawar #4 Sentiasa Mendekatkan Diri Kepada Allah
Hati ini milik Allah. Maka Allah lah sebaik-baik penjaga.
Apabila kita kenal dan dekat dengan Allah, pasti kita akan berasa lebih bahagia.
Jiwa kita akan lebih tenang dan yakin bahawa segala-galanya datang daripada
Allah. Hati kita juga pasti akan terubat dan tidak berkarat.

Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya. [mcecblog]


Antara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah dengan memperbanyak
amalan sunat seperti qiamullail, sedekah dan berzikir. Berkomunikasilah dengan
Allah dan sentiasa berdoa agar dijauhi penyakit hati.
Mintalah dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
Penawar #5 Membiasakan Diri ke Majlis Ilmu
Pernah tak kita kita terfikir, berapa banyakkah masa kita diisi dengan majlis-
majlis ilmu terutamanya berkenaan ilmu agama?
Orang yang sudah berkarier sibuk dengan kerjanya. Yang masih belajar pula
tekun bersedia untuk peperiksaannya. Hampir semuanya sibuk dengan hal-hal
dunia sampaikan lupa untuk memberi masa untuk agama.

Pupuklah diri dengan majlis-majlis ilmu. [Kupih]


Apabila kita sentiasa berada dalam majlis ilmu yang dihadiri alim ulama, lambat
laun, kita akan terikut-ikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan
mereka yang sentiasa mengingati Allah.
Selain dapat menambahkan ilmu, kita juga dapat membentengkan diri daripada
ancaman penyakit hati yang mudah untuk menyerang jiwa yang lalai dan leka.
Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan
bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajarkan kamu.
Riwayat Ath-Thabrani
Rumusan
Amatlah penting untuk kita tahu dan elakkan diri daripada penyakit hati ini
meresap dalam jiwa.
Hati yang penuh dengan karat dan langsung tidak diisi dengan zikrullah pasti
akan selamanya jauh daripada Allah dan sukar untuk mendapat hidayah.
Nauzubillah.
Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa
berada dalam keadaan hati yang bersih dari segala penyakit hati yang akan
membuatkan kita lalai dan leka kepada Allah. Mudah-mudahan Insya-Allah.

Anda mungkin juga menyukai