Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


TAHUN 2014/1435H

Bertempat di

BALAI UMNO PERJIRANAN 9

Pada

Hari : Sabtu
Tarikh : 8 Februari 2014
Masa : 5.00 pm 11.00pm
1.0 PENGENALAN

Rasulullah s.a.w. merupakan modul yang terbaik untuk dijadikan sebagai


qudwah hasanah dalam kehidupan seharian. Peribadi baginda, akhlak baginda
sewajarnya dicontohi oleh umat Islam keseluruhannya untuk menjadi muslim y
sebenar. Bulan Rabiul Awal merupakan bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi
Muhammad s.a.w yang terdapat dalam salah satu bulan di dalam kalender Islam.
Bulan di mana umat Islam menyambut serta memperingati hari kelahiran baginda
dengan mengadakan pelbagai program yang berfedah yang dapat membangkitkan
dan menyemai rasa kasih dan rindu pada Baginda s.a.w. Moga kelak, kita semua
tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat dan pertolongan dari baginda,
insyaAllah.

2.0 OBJEKTIF

1. Menghayati bulan Rabiul Awal sebagai bulan kebesaran Islam


2. Melahirkan modal insan yang berakhlak cemerlang
3. Menghidupkan bulan Rabiul Awal dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
4. Menyuburkan sifat kasih dan sayang kepada Rasulullah s.a.w
5. Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

3.0 TEMA

Mengikut Tema Maulidur Rasul dari JAKIM

4.0 MAKLUMAT

4.1 KERJASAMA : KRT dan UMNO Perjiranan 9

4.2 TARIKH : 8 Februari 2014

4.3 MASA : 5.00 pm 11.00 pm

4.4 TEMPAT : Balai UMNO Perjiranan 9


5.0 SASARAN PESERTA

Semua masyarakat Perjiranan 9

6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
5.00 pm Khatam Al-Quran
9.00 pm Nasyid
9.30 pm Ceramah Maulidur Rasu;
10.20 pm Jamuan
11.00 pm Bersurai

10.0 PENUTUP

Semoga dengan terlaksananya majlis ini akan dapat membantu


masyarakat memahami dengan lebih mendalam sambutan hari-hari
kebesaran Islam. Ia juga dapat mendidik dan membangunkan diri mereka
serta membentuk ketahanan jiwa dalam menghadapi pengaruh
persekitaran. Ia merangkumi pelbagai aspek sesuai serta memenuhi
kehendak fitrah kejadian manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di
atas muka bumi. Selain itu juga, diharapkan majlis ini dapat meneruskan
usaha mendidik dan menyampaikan dakwah Islamiah kepada seluruh
masyarakat ke arah membentuk insan yang dinamik dan bertaqwa serta
seimbang antara duniawi dan ukhrawi.
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

____________________ ____________________
(MESLIAH BT AMIR) ( KHAIRIAH KADIM)
AJK Biro Agama, Penolong,
Wanita UMNO Perjiranan 9. Wanita UMNO Perjiranan 9.

Anda mungkin juga menyukai