Anda di halaman 1dari 1

Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE)

Tarikh : 5 Mac 2015

Kepada Dr Mohd Noor bin Abdullah,

Salam sejahtera,

Tuan,

Tidak Menghadiri Kelas Pada Minggu Pertama

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya, Hanan binti Rosli (AE130168) dari FKEE tidak
dapat menghadiri kelas sepanjang minggu pertama Semester 2 Sesi 2014/2015 kerana
menjaga ibu saya yang uzur di Kedah.

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya
mempengaruhi aktiviti yang dijalankan dalam kelas pada minggu tersebut dan saya lampirkan
surat doktor sebagai rujukan.

4. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan berhubung perkara ini amat dihargai
dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

HANAN BINTI ROSLI


Mahasiswi Ijazah Sarjana Muda
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Anda mungkin juga menyukai