Anda di halaman 1dari 9

HBHE 3103 ( i )

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru-
Guru, Ibubapa, pelajar-pelajar dan para hadirin sekalian yang dikasihi. Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana telah menjemput saya untuk memberikan sedikit pencerahan
mengenai permasalahan jerebu pada pagi ini.

Para hadirin sekalian,

Begitu indahnya alam di sekeliling kita yang penuh dengan pohon-pohon hijau, langit
yang biru dan udara yang menyegarkan. Namun hakikatnya, bukanlah pada hari ini kerana bumi
kita telah tewas oleh jerebu.

Tuan-tuan tahu apa itu jerebu?

Jerebu terhasil apabila persekitaran kita diselubungi oleh debu, habuk, asap dan apa
sahaja yang boleh mencemarkan alam udara yang kita gunakan seperti asap rokok, pembakaran
terbuka, asap gunung berapi dan sebagainya. Ada segilintir di antara kita yang keliru antara
kabus dan juga jerebu. Kabus terjadi disebabkan hujan yang turun di kawasan tinggi seperti di
pergunungan manakala jerebu adalah sebaliknya dan warnanya adalah keperangan atau kebiruan.

Bergantung kepada tahap pencemaran udara di satu-satu tempat, jerebu boleh


menyebabkan gangguan terhadap pelbagai aktiviti fizikal serta mengancam kesihatan dan
keselamatan kita semua. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan
asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2
kilometer menjadi 50 meter.

Sejarah jerebu bermula sejak tahun 1991 di kawasan Asia Tenggara. Ini adalah
disebabkan kebakaran hutan di Indonesia yang tidak terkawal menyebabkan kebakaran merebak
ke kawasan yang tidak sepatutnya dan tidak dapat dipadamkan selama berbulan-bulan.
Pembakaran tersebut dilakukan bagi membersihkan tanah bagi memberi ruang untuk
menjalankan aktiviti pertanian dan perladangan yang baru.

Dua jenis jerebu yang wujud adalah jerebu buatan manusia dan juga jerebu punca asli.
Jerebu buatan manusia adalah seperti pembakaran terbuka, pencemaran kenderaan, pencemaran

1
HBHE 3103 ( i )

perindustrian, pembersihan tanah bagi tujuan pertanian manakala jerebu punca asli adalah seperti
kebakaran hutan dan juga habuk yang dibawa oleh angin.

Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang digunakan di seluruh dunia, terdapat
enam tahap yang diklasifikasikan pencemaran udara. Ia bermula dari tahap baik iaitu 0 hingga 50
hinggalah ke tahap bahaya iaitu melebihi bacaan 300.

Hadirin yang dikasihi,

Jerebu adalah sesuatu yang merbahaya bukan sahaja kepada kita tetapi juga kepada alam
sekitar, kesihatan, tumbuh-tumbuhan dan ternakan. Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu.
Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh
membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara adalah
terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia
dan penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula, kesihatan terganggu sekiranya
haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan
seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa
keracunan makanan.

Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora dan fauna di
negara kita. Apabila jerebu berlaku kandungan karbon dioksida berlipat ganda daripada
kandungan yang biasa sebaliknya kandungan oksigen akan kurang daripada yang biasa. Hal ini
akan menyebabkan tanaman akan mengambil masa yang lebih lama untuk membesar. Kualiti dan
hasil tanaman juga akan merosot. Hal ini disebabkan oleh proses fotosintesis yang terjejas akibat
kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses pernafasan yang melibatkan penyerapan gas
oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida ini menyebabkan tumbuhan hijau tumbuh dengan
lebih lama. Misalnya, pokok balak akan mengambil masa yang lebih panjang untuk matang.
Secara tegasnya, hasil dan kualiti pertanian boleh terjejas sehingga 30 peratus. Sumber petani
akan turut terjejas sekali gus ekonomi negara yang bergantung pada pertanian turut terjejas. Bagi
fauna pula, hidupan akuatik akan terjejas kerana kandungan oksigen yang terlarut dalam air pula
akan berkurang dan hidupan akuatik seperti ikan-ikan tidak akan mendapat oksigen yang
secukupnya. Jelaslah bahawa masalah jerebu akan menjejaskan flora dan fauna negara.

2
HBHE 3103 ( i )

Hadirin yang budiman,

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada
aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut
serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di
jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri
yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat jerebu selama
hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan
semua sekolah terpaksa ditutup.

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana
menghalang kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan
proses fotosntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah
berkurangan. Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut
terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah
menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi
menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam
bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan
buat sementara waktu.

Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang lebih besar.
Ia boleh mengancam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor ekonomi. Industri
pelancongan misalnya adalah punca pendapatan yang paling berpotensi di Sabah, industri ini
akan terjejas kerana para pelancong bimbang dengan keselamatan mereka.

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun
selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada
hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai
keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem
akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

3
HBHE 3103 ( i )

Banyak kes berkaitan masalah alahan dan pernafasan dilaporkan di kalangan kanak-
kanak yang dimasukan ke wad kecemasan akibat pernafasan dan batuk setiap kali berlakunya
jerebu. Bukanlah perkara biasa jika kita sesak nafas secara tiba-tiba. Kesukaran bernafas ini
disebabkan molekul yang terdapat pada udara terkandung gas beracun yang tidak elok disedut
manusia. Lebih membimbangkan apabila penghidap asma dan radang paru-paru lebih berisiko
tinggi terdedah kepada masalah sesak nafas.Malah ketika negara dilanda jerebu paling teruk
sekitar tahun 1997 dahulu jumlah kes berkaitan alahan pernafasan dan kulit telah meningkat
lebih kurang 20 peratus. Ini kerana kedua-dua masalah tersebut amat sensitif dengan perubahan
kualiti udara persekitaran.

Dalam kes-kes yang teruk, saluran pernafasan juga menjadi begitu sempit sehingga anak
anda tidak dapat bernafas dengan secukupnya dan ini boleh mengakibatkan keadaan yang boleh
membawa gejala maut. Gejala-gejala ini adalah disebabkan oleh penyempitan saluran udara
sehingga mengurangkan aliran udara yang masuk dan keluar dari paru-paru. Selain itu, terdapat
pelbagai jenis penyakit yang berisiko terdedah kepada sesiapa yang terdedah kepada jerebu iaitu
gatal di bahagian kerongkong, batuk, kulit gatal, mata gatal dan sakit dada.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Terdapat juga pelbagai amaran yang jelas bagi penyakit asma, ini adalah termasuk bunyi
nafas yang berdehit, dan berdehem dengan kerap serta batuk tanpa ia mengalami selsema.
Perkara ini perlu dipandang serius kerana ia amat penting untuk mengawasi tanda-tanda
ini.Hidung adalah saluran utama pernafasan. Namun jika terlalu banyak udara berbahaya disedut
ketika jerebu, ia dikhuatiri akan mengakibatkan hidung tidak mampu menapis udara beracun.

Hadirin sekalian,

Jerebu juga sangat merbahaya kepada ibu-ibu hamil. Ini adalah kerana ibu hamil yang
tinggal di kawasan yang mempunyai tahap ozon dan karbon monoksida yang tinggi adalah tiga
kali ganda lebih cenderung melahirkan bayi dengan sumbing bibir dan lelangit dan kecacatan
injap jantung. Risiko yang paling besar berlaku semasa bulan kedua kehamilan, apabila fetus
sedang membentuk struktur muka dan organ-organ.

4
HBHE 3103 ( i )

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap
kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia
iaitu pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan
terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah
menyebabkan masalah jerebu di negara kita.

Selain itu, Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan
keadaan yang sesuai untuk berlakunya jerebu. Ini termasuk cuaca kering yang berpanjangan,
ketiadaan atau sedikit angin, dan bekalan bahan pencemar di udara. Dalam keadaan sebegini,
-zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan dan ini
menyebabkan jerebu. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan
Januari hingga Februari dan Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara umumnya
kering dan tidak berangin. Kebakaran hutan samada buatan manusia atau semulajadi yang
berlaku pada masa ini sering menyebabkan jerebu

Seperti yang kita sudah sedia maklum, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari
kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu
sebagai bahan api. Selain itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang
terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan
perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu
juga mengundang masalah masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-
habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar.
Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida,
hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh
manambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari
pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di
kawasan sekitarnya.

Masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat
dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan
angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia
Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti

5
HBHE 3103 ( i )

yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan
terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Sekadar pengetahuan am, jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya
letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah
banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara.
Seperti dijelaskan dalam portal Kementerian Kesihatan, jerebu adalah keadaan kualiti
udara tidak baik. Ini kerana kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera mengurangkan jarak
penglihatan. Situasi ini disebabkan pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi
yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.Bahan pencemaran
yang memberi kesan kepada kesihatan ketika jerebu termasuk bahan partikel yang berukuran
kurang daripada 10mm/m3 diameter.

Para hadirin yang dikasihi,

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang perlu kita lakukan sepanjang fenomena jerebu
yang sedang melanda negara kita. Di sini saya akan berikan sedikit info mengenai apa yang
boleh kita buat pada ketika ini.

Pertama, sepanjang tempoh jerebu kita harus mengelakkan daripada terlibat dalam
aktiviti di luar rumah.Pihak sekolah akan menghentikan segala aktiviti kokurikulum sepanjang
waktu ini.Hal ini sedemikian,jerebu adalah campuran bahan toksik dan gas-gas beracun yang
terbebas bebas ke udara ketika pembakaran terbuka.Misalnya,gas sulfur dioksida dan nitrogen
dioksida akan dihasikan dalam pembakaran terbuka.Gas-gas tersebut bersifat asid dan mampu
mengakis menghakis sel-sel di sistem respirasi kita.Langkah keselamatan terbaik yang harus
diambil oleh penyakit sistem respirasi seperti asma,bronkitis dan emfisema.Penyakit-penyakit ini
mempunyai sistem respirasi yang kurang efisien dan memerlukan langkah yang lebih
selamat.Lantaran itu,kita harus mengurangkan aktiviti di luar rumah terutamanya pesakit sistem
respirasi.Sekiranya anda seorang yang aktif dan melakukan rutin bersukan di luar setiap hari, apa
kata cuba lakukannya di rumah dan cari senaman terbaik demi kesihatan anda.

Selain itu,kita perlu memakai penutup hidung atau lebih dikenali sebagai mask semasa
keluar daripada rumah.Topeng N95 mampu menapis 95 peratus daripada partikel habuk bersaiz
lebih daripada 0.3 mikron. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai masalah jantung dan

6
HBHE 3103 ( i )

paru-paru harus bertanyakan doktor dahulu kerana topeng boleh sedikit sebanyak menyekat
aliran udara. Elakkan daripada menghisap menghidu asap jerebu secara terus.Kita perlu
mempercepatkan segala urusan di luar supaya tidak terjejas oleh asap jerebu.Perjalanan perlu
diminimakan bagi urusan penting sahaja. Tidak menggunakan kereta akan membantu mencegah
pengurangan kualiti udara di samping meminimakan risiko kemalangan jalan raya disebabkan
kadar penglihatan yang buruk.

Kita juga perlu membasuh tangan dan muka sebaik sahaja balik dari luar dan minum air
yang banyak.Banyakkan minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari dan selalulah membasuh
tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.Hal ini adalah untuk mengurangkan kesan
jerebu kepada badan kita sekali gus membersihkan habuk dan kotoran yang terlekat pada
badan.Contohnya,pekerja yang bekerja di luar seperti petani,pekerja buruh dan nelayan perlu
mengurangkan waktu bekerja manakala atlet perlu mengurangkan masa latihan.Oleh itu,jelaslah
bahawa kebersihan diri dan pencegahan amat penting sewaktu jerebu.

Di samping itu,kita perlu memastikan udara di rumah sentiasa bersih ketika


jerebu.Tutupkan tingkap dan pintu dengan rapat supaya asap jerebu tidak boleh memasuki
rumah.Kita boleh menggunakan pembersih udara untuk membersihkan udara di dalam
rumah.Penghisap rokok perlu menghentikan tabiat merokok secara sementera semasa jerebu
kerana asap rokok dapat memburukkan lagi kesan terhadap keadaan jerebu.Misalnya,kandungan
gas karbon monoksida dapat menyekat penyerapan oksigen dalam darah kita dan atmosfera akan
mengandungi kandungan oksigen yang lebih rendah.Pada masa sebegini,seseorang akan mudah
menjadi lesu dan sesak nafas ataupun lebih teruknya boleh meragut nyawa.Oleh itu,kita harus
memastikan kebersihan udara di rumah kita.

Banyak keluarga di Malaysia menggunakan alat pembersih udara atau penulen udara
untuk memperbaiki kualiti udara dalam rumah. Sesetengah yang lain pula menggunakan
pelembap udara untuk melembapkan partikel supaya ia jatuh dan tidak beredar di udara.
Kelembapan tambahan ini juga membantu mengurangkan masalah pernafasan.

Akhir sekali,pemandu-pemandu perlu berhati-hati di jalan raya sewaktu jerebu.Hal ini


berikutan,asap jerebu dapat mengaburkan penglihatan kita dan memberi penglihatan yang
terhad.Pemandu jalan raya perlu menggunakan lampu kecil ketika memandu.Pemandu perlu
mengurangnya mengurangkan kelajuan di jalan raya supaya tidak mengakibatkan kemalangan

7
HBHE 3103 ( i )

jalan raya. Bak kata cendekiawan,biar lambat asalkan selamat.Sebagai contoh,pemandu perlu
memandu kenderaan mereka pada kelajuan 60 kilometer perjam iaitu halaju normal di jalan
raya.Selain itu,pemandu juga perlu menggunakan alat pendingin hawa di kereta bukan membuka
tingkap kereta. Pemandu perlu sentiasa berhati-hati di jalan raya dan memandu dengan lebih
cermat dan hemah semasa jerebu.

Hadirin sekalian,

Kita tidak seharusnya menunggu pihak berkuasa untuk membendung masalah jerebu ini.
Masalah jerebu ini sama-samalah kita atasainya walaupun dari rumah.Antara langkah yang boleh
diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara
besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang
canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga
undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja
membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah


jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbn dioksida, karbn monoksida
dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala
Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan
hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah
bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan
khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks


Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari
semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas
yang berlebihan dapat diatasi.

8
HBHE 3103 ( i )

Pada tahun 2002, satu perjanjian lanjutan, Perjanjian Mengenai Jerebu Merentas
Sempadan, telah dimeterai. Langkah-langkah diambil berdasarkan perjanjian ini yang melibatkan
pelaksanaan Strategi Pengurusan Kawasan Tanah Gambut Asean, menguatkuasakan satu polisi
pembakaran sifar dan amalan pembakaran terkawal dan menggemblengkan satu panel pakar-
pakar Asean bagi Penilaian dan Penyelarasan Kebakaran dan Jerebu.Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara (Asean) telah bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau pada tahun 1997,
yang akan menjalankan usaha sama untuk mengawasi, mencegah dan mengurangkan
pencemaran jerebu merentasi sempadan antarabangsa.

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran
dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar. Kerjasama boleh
dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik digiatkan untuk
menangani masalah ini.

Tuan- tuan dan puan-puan,


Jadi jelaslah di sini bahawa masalah jerebu ini tidak boleh dipandang remeh oleh
masyarakat kita. Kita harus sedar masalah ini boleh menyebabkan kematian mungkin bukan
kesan jangka pendek tapi ianya mengambil masa yang agak lama untuk mendatangkan
kesan.Oleh sebab itu, semua pihak haruslah menjalankan tanggungjawab masing-masing demi
menjaga bumi yang dianugerahkan oleh tuhan ini.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai