Anda di halaman 1dari 1

Peribahasa dan maksudnya.

1. bagai isi dengan kuku


Persahabatan yang sangat karib.

2. seperti lipas kudung


Selalu bergerak dan dengan cepat dalam melakukan sesuatu kerja.

3. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua


Bersatu hati.

4. bagai beliung dengan asahan


Tidak pernah berpisah.

5. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang


Tidak sombong.

6. alah bisa tegal biasa


Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya.

7. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan


1. Membuat sesuatu hendaklah sampai sudah (tidak alang kepalang).
2. Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya.

8. bagai layang-layang putus talinya


Sudah putus harapan (bergantung pada nasib)

9. air dicencang tidak akan putus / air dicencang tiada putus


Perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga

10. biduk lalu kiambang bertaut


Lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana
akhirnya mereka akan berbaik balik.

11. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga


1. perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga
2. Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali

14. hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah


1. Pembahagian yang sama rata.
2. banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit

15. bagai aur dengan tebing


1. Saling menolong antara satu sama lain
2. Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan / persahabatan yang sangat karib.

16. bagai minyak dengan air


Orang yg bermusuhan atau yg tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu

17. bagai bulan dengan matahari


Sudah sepadan benar.

18. bagai cincin dengan permata


Sangat secocok.

19. cacing hendak menjadi naga


Orang yg kecil-kecil hendak menjadi orang besar-besar.

20. masa itu emas


Masa sangat berharga.

Anda mungkin juga menyukai