Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.b.t dan selamat pagi..

Yang dihormati pengerusi majlis, yang berbahagia Tuan Haji Che Mohd Ruzli b.
Ghazali, Penolong Pegawai PPD bahagian kemanusiaan, yang berusaha Puan Hajjah
Zabedah Bt Muda, tuan pengetua cemerlang SMK Bukit Besar, yang dimuliakan
puan hajjah engku noor aien bt. engku mahmood,guru penolong kanan
pentadbiran,tuan haji abdul rahman b. abdul hamaid, guru penolong kanan
kokurikulum, puan hajjah fatimah bt. mat amin, guru penyelia petang Encik Lim
Keck Gey, guru penolong kanan pendidikan khas,guru-guru kanan matapelajaran,
yang dihormati Cik Lim Yee Ming,guru kanan matapelajaran sains dan
matematik,yang dikasihi guru-guru dan rakan-rakan pelajar sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana kita dapat berkumpul dan berhimpun
pada pagi yang mulia ini sempena majlis persaraan Cik Lim Yee Ming selaku guru
penolong kanan matapelajaran sains dan matematik bagi tahun 2011. Di
kesempatan ini,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
semua yang hadir.

Para hadirin sekalian,

Sempena majlis persaraan ini, saya mewakili pelajar mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan cikgu Lim Yee Ming yang
telah lama berkhidmat di smk bukit besar ini. Saya percaya segala pengalaman
suka duka dan kenangan yang diperolehi akan menjadi memori dan panduan dalam
menjalani hidup kita di masa hadapan. Segala sumbangan dan pengorbanan cikgu
di sekolah ini akan sentiasa dikenang. Terima kasih atas segala curahan ilmu cikgu
kepada kami.

Ucapan syabas juga diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu
demi memastikan kecemerlangan anak-anak didikmu. Semoga semangat ini akan
berterusan pada masa hadapan. Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan
selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang cikgu ceburi. Anggaplah perjalanan
yang akan cikgu lalui nanti sebagai satu cabaran baru dan diharap cikgu terus
cemerlang. Curahkanlah bakti cikgu demi kesejahteraan negara. Saya juga
berharap agar hubungan silaturrahim cikgu dengan warga smk bukit besar akan
terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas
dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.

Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung,

Hati terkenang mulut menyebut,


Budi yang baik rasa nak junjung.

Patah dahan bunga kemboja,

Pucuk paku subur di titi,

Budi cikgu kami tak lupa,

Sudah terpaku di dalam hati.

Akhir sekali,kami berharap cikgu sentiasa sihat sejahtera, dipanjangkan usia dan
berbahagia di samping keluarga tercinta.

Terima kasih cikgu.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai