N.O. KAD PENGENALAN: 010222-14-1220 KELAS: SR1COMB TAJUK: SINOPSIS NOVEL LEFTNAN ADNAN WIRA BANGSA MODEL: AKTIVITI:
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak
utama iaitu Adnan. Pada peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad, dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepulun tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menorah getah. Selain itu, dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang. Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai-kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja
merahsiakan keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan Inggeris. Darah kepahalawan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semagat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan peri pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di Negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak Saidi yang luas tentyang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya. Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-Hadi. Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotism yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab untuk memberikan
pendidikan terbaik untuk anak-anaknya. Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air. Oleh sebab itu, Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah Negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang Melayu menjadi pandai. Pelajaran yang diperoleh mereka setakat boleh membaca dan menulis sahaja. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi murtad. Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran Inggeris. Bagi Pak Saidi, masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan. Anak-anak perlulah dilengkapkan dengan limu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan Negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah,
Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun, bidang penguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanya satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dickson. Kejayan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteaan menjadi buah mulut di pelosok kampung.
Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan
untul menjadi tentera. Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris. Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau menjadi pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang. Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisn member hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di London. Adnan telah berkahwin dengan Sophia, anak Pak Fakih. Adnan membawa Sophia dan anak- anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anak dan isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura. Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini
telah Berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi tentera lalu diadakan pengambbilan rekrut baharu. Pada 1 Januari , pasuakn percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang. Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan mesingan, seksyen semboyan, dan unit tambur. Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan denga dianggotai 17 pengawai British, 6 pengawai Melayu, 11 pengawai waran,759 pengawai, dan lain-lain pangkat. Pada bulan Mac 1941, Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua battalion. Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah
berlangsung di Manila yang dihadiri oleh pengawai-pengawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah belayar menuju Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur, kapal penjajap, dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan. Hal ini merupakan isyarat yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Battalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan
menentang pendapatan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang di sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban. Hal ini banyak menyebabkan askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri. Namun, askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun, pada hari yang ketiga, askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan berundur. Dengan itu, askar Jepun Berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat
dihancurkan oleh Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun Berjaya mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya, negeri-negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun. Kemudian, mereka terus mara hingga ke Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya
untuk menangkis serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kudua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu Berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze. Berita tenggelamnyadua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.
Namun, mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan
yang dianggap kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi olehaskar Jepun. Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah menunjunkkna keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 pengawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pengawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun Berjaya menakluki Singapura sete;ah berlaku pertempuran hebat. Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.