Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
penjuru dunia ini tentang isu peningkatan kos sara hidup rakyat Malaysia yang semakin
meningkat. Pada era globalisasi ini juga pihak kerajaan telah melakukan pelbagai cara atau
inisiatif demi menangani atau menampung kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
Secara umumnya, peningkatan kos sara hidup berlaku kerana peningkatan pendapatan
individu untuk suatu jangka masa tidak dapat menampung peningkatan harga barangan atau
perkhidmatan yang sama untuk jangka masa terbabit. Jika keadaan demikian berlaku,
seseorang individu terpaksa meningkatkan perbelanjaan rutinnya tanpa merubah corak
perbelanjaan. Dengan kata lain untuk mengekalkan peratus perbelanjaan rutinnya daripada
jumlah pendapatan, individu tersebut terpaksa menurunkan taraf perbelanjaannya dengan
menggunakan barangan dan perkhidmatan yang lebih rendah kualitinya. Jika ditinjau dari
sudut pendapatan, purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia untuk tahun 2014 adalah
RM6,141 berbanding RM5,000 untuk tahun 2012. Ini menunjukkan kadar pertumbuhan
pendapatan isi rumah sebanyak 7.7 peratus setahun untuk tempoh tersebut setelah mengambil
kira faktor inflasi. Malahan, upah benar purata untuk sektor pembuatan telah tumbuh
sebanyak 10.1 peratus untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini. Faktor berlakunya
peningkatan kos sara hidup ini terbahagi secara meluas. Namun apakah faktor atau punca
utama yang menjadikan hidup rakyat Malaysia ini menjadi seperti yang kita lihat pada
mutakhir ini?
Faktor utama yang mendorong kita didalam kemurungan yang dihadapi oleh era dunia
ini ialah kenaikan gaji yang telah diberikan kepada segelintir masyarakat Malaysia secara
tidak setara. Kenaikan gaji secara tidak setara ini merupaka salah satu punca dalam isu kos
sara hidup rakyat yang semakin meningkat pada zaman kini. Di bandar, nilai gaji menjadi
rendah akibat dari peningkatan kadar inflasi yang tinggi. Bandaraya Kuala Lumpur
merupakan salah sebuah bandar yang merima impak yang sama akibat dari kadar penduduk
bandar yang semakin meningkat. Peningkatan harga barang keperluan dan makanan,
ditambah dengan kos pengangkutan harian dan sewa rumah semakin menekan kehidupan
rakyat. Harga barang yang meningkat menjadikan kadar keperluan rakyat di beberapa buah
kawasan semakin berkurang. Impaknya rakyat-rakyat yang kurang berkemampuan atau
berkelengkepan serba kekurangan terpaksa bekerja dengan lebih keras demi menampung
individu dan keluarga. Faktor kenaikan gaji ini merupakan slah satu faktor dan menjadi faktor
perdana dalam isu peningkatan kos sara hidup rakyat pada era globalisasi yang semakin
berkembang ini. Selain itu, perbelanjaan yang tidak terancang oleh individu dan masyarakat
merupakan salah satu faktor perdana peningkatan kos sara hidup rakyat di negara Malaysia
ini. Ini akan memberikan impak yang agak mempengaruhi perihal atau isu-isu berkaitan
dengan wang pada masa akan datang kerana jika kita tidak merancang atau menggunakan
wang itu dengan sebaik mungkin, risiko untuk kekurangan wang pada masa akan datang atau
era akan datang sangat tinggi. Persoalannya, apakah yang dapat dilakukan oleh kerajaan dan
masyarakat dalam menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat?
Dalam menangani fenomena ini, pihak berwajib seperti Kementerian dan Kerajaan
sewajarnya mengorak langkah dalam mengatasi isu yang semakin hangat dibicarakan dari
bibir ke bibir masyarakat Malaysia. Antara langkah yang dapat diatur atau dilakukan oleh
individu dan keluarga dalam menangani isu ini ialah dengan merancang atau mengatur
perbelanjaan isi-isi rumah dengan sebaiknya. Setiap individu perlulah merancang
perbelanjaan rumah agar keseimbangan ekosistem didalam rumah individu dan keluarga
menjadi teratur dan seimbang. Gaji atau pendapatan bulanan mereka dapat membantu mereka
dalam membahagikan wang kepada perbelanjaan bulanan dengan wang kecemasan sekiranya
berlakunya kemalangan atau perkara yang tidak diduga. Namun jika sesebuah keluarga atau
individu kurang berkemampuan atau bekerja sebagai nelayan dan petani, mereka tidak perlu
membahagikan duit atau wang yang diperoleh itu kepada beberapa bahagian tetapi mereka
seharusnya menggunakan wang yang diperoleh dari hasil titik peluh mereka itu dengan
sebaiknya dan mereka sewajarnya bertindak bijak dalam mengurus wang itu dengan sehabis
baik. Dengan cara ini golongan yang kurang berkemampuan tidak akan mempunyai masalah
dalam mengatur isi atau keperluan perbelanjaan di rumah dan jika mereka dapat
menggunakan wang atau pendapatan yang telah mereka peroleh itu dengan sebaiknya, ini
merupakan sesuatu perkara yang wajar diteladani oleh seantaro rakyat Malaysia agar sentiasa
mengenal erti berjimat-cermat dalam mengurus atau membelanjakan sesuatu barangan atau
keperluan agar tidak terlalu boros dalam berbelanja dan sentiasa ingat bahawa lebih ramai
masyarakat yang lebih memerlukan berbanding diri mereka yang dapat hidup dengan selesa,
mempunyai tempat tinggal dan pakaian yang baharu. Tuntasnya, perancangan perbelanjaan
rumah yang dirancang merupakan salah satu perkara atau tindakan yang patut dilakukan oleh
seantero penduduk Malaysia demi bersama-sama menangani isu yang sedang berlaku di
negara Malaysia pada era ini.
Selain itu, langkah yang dapat kita ambil sebagai masyarakat dan inidividu ialah
dengan membuka perniagaan secara kecil-kecilan atau melakukan kerja sambilan . Pekerjaan
yang dapat dilakukan oleh penduduk setempat ialah dengan mengambil upah menjahit baju,
membuat kek, menorah getah, mencuci pakaian dan sebagainya yang tidak memerlukan kos
yang tinggi dan dapat memberikan keuntungan yang agak lumayan. Hal ini demikian kerana ,
secara tidak langsung kita dapat memperoleh pendapatan sendiri dan tidak hanya bergantung
kepada gaji bulanan yang telah diberikan oleh majikan atau kerajaan sahaja. Namun perkara
ini tidak diwajibkan dilakuakan oleh seluruh rakyat Malaysia , perkara ini hanyalah sekadar
cadangan dalam menangani isu ini. Golongan yang kurang upaya atau kurang berkemampuan
tidak perlulah bekerja dengan keras kerana jika mereka bekerja lebih masa atau bekerja
dengan terlalu kuat , ini akan menjejaskan kesihatan mereka. Maksudnya, impak jika mereka
mengambil serius tentang isu ini dan mereka bekerja dengan lebih kuat , tahap kesihatan
mereka akan menjadi sesuatu yang berbahaya untuk diri mereka dan kemungkinan untuk
penyakit yang dihadapi oleh orang yang mepunyai penyakit angin ahmar, hipertensi, penyakit
jantung koronari, diabetes dan penyakit kronik menjadi kritikal amat tinggi risikonya. Maka
masyarakat yang sudah tua yang mepunyai penyakit kronik dinasihatkan agar tidak terlalu
berat atau kuat melakukan sesuatu pekerjaan manakala masyarakat yang ingin memperoleh
pendapatan yang lebih atau pendapatan yang ingin digunakan untuk menghantar ibu dan bapa
mereka mereka untuk melakukan umrah dan haji adalah sesuatu perkara yang amat dialu-
alukan. Konklusinya ialah dengan membuka perniagaan secara kecil-kecilan dapat
menampung atau wang yang diperoleh daripada hasil jualan itu dapat menjadi penampung
kita jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kita atau keluarga kembangan kita selain
meperoleh pendapatan yang lebih dalam menampung perbelanjaan individu dan isi-isi rumah
Seterusnya ialah pihak yang bertanggungjawab dalam isu-isu kewangan negara
Malaysia ini iaitu Pengurusan Kewangan dan Perbelanjaan Keranjaan , Kementerian
Kewangan dan tunjang utama yang mengurus keseluruhan wang , dana dan perbelanjaan
Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji
Abdul Razak telah mengambil langkah-langkah yang efektif dalam mengurangkan beban atau
mengurangkan kes-kes peningkatan kos sar hidup rakyat Malaysia yang semakin meningkat
ini. Perdana Menteri Malaysia dan pihak berwajib telah menyediakan bilangan kedai yang
menyediakan perkhidmatan dan barangan pada harga yang berpatutan seperti Kedai Rakyat
1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia . Pihak
berwajib telah menyediakan pelbagai kemudahan yang seharusnya digunakan oleh rakyat
Malaysia demi bersama-sama memartabatkan ekonomi negara Malaysia yang tercinta.
Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib juga turut menyediakan rumah-rumah mampu
milik untuk diberikan kepada rakya atau golongan yang memerlukan tempat berteduh yang
lebih kukuh. Namun kerjasama diantara rakyat dan kerajaan adalah satu kombinasi yang
amat penting jika kita mahukan sesebuah negara yang aman dan makmur serta sentiasa
bekerjasama dalam isu menangani, mencegah, menghalang dan menangani sesuatu masalah
yang melibatkan diantara dua pihak iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Bak kata puteri UMNO , langkah yang ketiga ialah kerajaan perlu memantau syarikat
monopoli berkepentingan awam supaya syarikat tersebut tidak mendapat keuntungan
melampau tanpa memberikan bebanan kepada rakyat. Jika sesebuah syarikat yang telah
berdaftar dibawah Akta Syarikat 1965 itu mendapat keuntungan yang melampaui batas dan
berlebihan dalam berniaga akan dikenakan tindakan atau denda ke atas syarikat terbabit. Jika
kita mengambil tindakan yang sepatutnya kepada sesebuah institusi yang mengenakan kadar
pembayaran yuran yang tinggi atupun sebuah kedai atau gerai yang menaikkan kadar bayaran
atau kadar harga yang tinggi yang berlebihan keatas barangan basah atau keperluan rakyat
pasti ia akan memberikan impak yang sangat bagus kepada gerai atau institusi yang didalam
proses menaikkan harga barangan dan yuran serta ianya sebagai salah satu langkah
pencegahan yang dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat kian kini semakin
meningkat akibat kejatuhan mata wang dunia yang berlaku secara mendadak sejak akhir-
akhir ini.
Konklusi bagi menyelesaikan masalah ini ialah kerjasama yang diperlukan diantara
kerajaan dan rakyat merupakan sesuatu yang amat penting demi menangani kos sara hidup
rakyat yang semakin meningkat atau kes-kes yang memerlukan pendapat dua pihak yang
berbeza. Bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh atau bulat air kerana
pembentung bulat manusia kerana muafakat dan serumpun bak serai sesusun bak sirih.
Jikalau rakyat dan pemimpin dapat mengamalkan konsep kerjasama diantara satu sama lain,
pasti segala masalah yang dihadapi oleh negara dapat diselesaikan dengan mudah tidak kira
ianya dari segi politik, sosial, ekonomi mahupun didalam sistem pendidikan. Dengan
mengamalkan nilai kerjasama ini sesebuah negara itu juga akan terhindar dari dijajah oleh
kuasa luar, menjadi aman dan makmur dan negara juga akan menjadi sebuah negara yang
dicontohi oleh negara-negara lain. Selain itu, pihak kerajaan perlulah bersikap proaktif ketika
menangani, mengatasi, membelenggu atau mengorak langkah ketika menyelesaikan masalah
dalam dan luar negara atau dalam proses membentuk negara kepada negara yang
membangun. Akhir sekali, kesedaran dikalangan masyarakat dan individu juga merupakan
sesuatu yang amat penting demi memupuk sikap toleransi dikalangan masyarakat Malaysia.
Pelbagai cara atau langkah yang dapat kita ambil demi menangani isu-isu di negara kita
Malaysia ini kerana dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan.
KESAN-KESAN KENAIKAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN DAN LANGKAH-
LANGKAH UNTUK MENGATASINYA
Isi Kandungan
1.0 Pendahuluan
2.0 Kesan-kesan kenaikan harga barangan keperluan
2.1 Kehiduopan golongan yang berpendapatan rendah
2.2 Sosioekonomi
2.3 Sumber bahan bakar tinggi
2.4 Kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan
3.0 Langkah-langkah mengatasi masalah kenaikan harga barang
3.1 Kempen jimat cermat
3.2 Menjimatkan perbelanjaan harian
3.3 Membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas
4.0 Kesimpulan
5.0 Rujukan
1.0 Pendahuluan
Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini
menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan
yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang
berada ini,kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka khususnya
yang berpendapatan rendah. Hal ini menyebabkan kesan-kesan kenaikan harga
barang keperluan berlaku. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil oleh pelbagai
pihak untuk menghadapi kenaikan ini bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat
sebelum habis.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan
harga barang yang tidak terkawal akan menyebabkan kekacauan dan
ketidaktentuan ekonomi, sosial dan politik yang mengancam keharmonian negara.
Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan membendung masalah kenaikan
harga barangan keperluan dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini
supaya masalah kenaikan harga barang dapat dikurangkan.
5.0 Rujukan
1. http://twoohiok.wordpress.com/2010/08/16/langkah-langkah-untuk-menangani-
kenaikan-harga-barang-keperluan/
2. http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/05/contoh-karangan-pmr.html
3. http://agy7500.blogspot.com/2008/10/karangan-contoh-pmr-kenaikan-harga.html
4. http://goaypastpm.wordpress.com/2009/08/27/rencana-masalah-kenaikan-harga-
barang-keperluan/
5. http://www.tutor.com.my/bank/SPM/BM/SPM_BM_TRIAL_2_1.PDF
6. http://khirkassim.blogspot.com/2008/11/karangan-stpm-2008.html
7. http://gerbangsejaraham.blogspot.com/2010/11/contoh-karangan-spm-langkah-
langkah.html
8. http://www.scribd.com/doc/22370591/kesan-kenaikan-harga-minyak-terhadap-
masyarakat