Anda di halaman 1dari 6

20

TIPS
TEMUDUGA
YANG ANDA PERLU TAHU!


Tepati masa. Jangan lambat!
Cuba target untuk tiba sekurang kurangnya 15 minit awal.
Dalam tempoh tersebut sempatlah kalau anda nak susun dokumen anda, mendaftar
di kaunter, membetulkan tudung/rambut dan sebagainya.
Dan yang paling penting ada masa untuk tenangkan diri anda.

Praktis bahasa badan yang baik


Bahasa badan yang baik boleh menonjolkan keyakinan diri seseorang: berdiri tegak,
ada eye contact dan berjabat tangan dengan mantap.
Bahasa badan yang baik mampu memberi impresi pertama yang baik kepada panel
penemuduga anda.

Mengenakan pakaian yang sesuai


Tahu pakaian yang sesuai untuk jawatan atau syarikat yang dimohon.
Jika perlu, telefon syarikat tersebut tanyakan tentang dress code mereka.

Sila Dengar!
Dari permulaan sesi interview, panel penemuduga pasti akan memberikan informasi
kepada anda samada secara tersurat atau tersirat.
Kalau anda gagal untuk mendengar, anda akan kehilangan peluang yang sangat
besar.
Komunikasi yang bagus bermula dengan kemahiran mendengar yang baik.
Perhatikan penemuduga anda, dan cuba sepadankan cara dan kelajuan beliau.


Jangan membaca resume anda!
Jangan pandang bawah dan baca terus dari resume anda
Pastikan anda sudah biasa dengan point point yang mahu anda beritahu panel
Anda sepatutnya dah familiar dengan informasi resume diri anda dan mampu
untuk ulas lanjut pada panel dengan yakin dan tersusun tanpa perlu melihat semula
resume anda.

Tahu tentang posisi dan syarikat yang anda mohon


Sebelum interview pastikan anda dah kaji tentang syarikat, orang atasan, misi visi
syarikat dan skop posisi anda.
Lagi banyak anda tahu tentang syarikat yang anda pohon lagi senang anda nak ambil
hati panel penemuduga.

Jawab dengan tersusun dan teratur


Sebelum interview lagi pastikan anda sudah menyediakan diri anda dengan soalan
soalan standard yang wajib, seperti pengenalan diri anda, latar belakang anda,
kekuatan kelemahan anda dll.
Apabila anda sudah bersedia dgn jawapan anda, semasa interview nanti jadi lagi
senang dan Nampak lebih natural bila anda jawab soalan tersebut.

Jangan gunakan fillers seperti errr atau umm terlalu banyak sangat
Kebanyakan temu duga bencikan fillers
Kalau sikit sikit mungkin dimaafkan
Tetapi kalau kerap sangat, panel mungkin boleh menyampah dengan kita. Cuba
elakkan dari panel rasa begitu.


Jangan bercakap banyak sangat
Beritahu terlalu banyak perkara tentang awak mungkin lagi merbahaya
Pastikan anda bersedia untuk interview dengan melakukan banyak pembacaan
berkaitan supaya anda tahu poin poin yang diutarakan.
Dengan poin poin tadi, cuba kaitkan dengan posisi yang anda mohon.

Jangan rasa terlalu selesa


Perumpaan sesi interview adalah ibarat perjumpaan professional untuk bercakap
tentang bisnes. Bukan sesi untuk mencari kawan.
Cuba mimik dengan karakter panel penemuduga
Adalah sangat penting untuk tonjolkan semangat yang tinggi dalam sesi interview
dan sentisa bersedia untuk bertanya soalan.

Gunakan bahasa yang sesuai


Pastikan anda guna bahasa yang formal dan sesuai.
Berjaga jaga dengan penggunaan bahasa pasar atau slang.

Jangan berlagak
Sikap merupaka kunci utama untuk interview yang Berjaya
Senantisa bagus untuk seimbangkan keyakinan, professionalism dan merendah diri.

Cuba jawab kesemua soalan panel temuduga


Apabila panel bertanyakan tentang aktiviti-aktiviti lepas anda, sebenarnya mereka
cuba untuk mengetahui dengan lanjut tentang potensi potensi anda
Sekiranya anda gagal untuk jawab soalan sebegini, maksudnya anda gagal untuk
membuktikan potensi dan kemahiran anda pada panel dan ianya adalah sangat
merugikan.


Jangan kutuk majikan atau rakan sekerja lama anda
Panel mungkin akan mark anda sebagai punca masalah atau kaki gossip nanti.

Jangan berdebat dengan panel


Tidak kisah lah apa pun pendapat atau prinsip anda, cuba untuk sampaikan dengan
berhemah dan professional
Sekiranya panel tidak bersetuju dengan anda, jangan berdebat. Hormat pendapat
beliau juga
Tunjukkan pada mereka yang anda seorang yangpositif, bertolak ansur dan mudah di
bawa berbincang.

Tanya soalan
Selalunya diakhir sesi temuduga, panel akan Tanya anda jikalau anda ada soalan
pada mereka.
Dan jikalau anda jawab tidak adalah jawapan yang salah.
Bertanyakan soalan menunjukkan pada panel yang anda memang betul betul
berminat dengan posisi tersebut.
Kerana itulah kemahiran mendengar adalah sangat penting, selain daripada
informasi yang diber daripada panel, cuba bertanyakan soalan yang lain pula supaya
tiada informasi berulang dinyatakan oleh panel.

Jangan nampak terdesak


Jangan sesekali merayu, tolong lah ambik saya berkerja
Cuba tampakkan tenang dan yakin ketika interview
Kalau anda yakin dan percaya bahawa anda layak untuk posisi tersebut, anda kena
pastikan panel juga percaya dengan anda.


Terima kasih
Jangan sesekali lupa untuk akhiri sesi interview dengan berterima kasih kepada
panel penemu duga
Jikalau perlu juga melalui email atau pos.

Social media yang bersih


Jangan terkejut, sesetangah majikan mampu untuk mengesan media social anda
Tak percaya? Cuba taip nama email anda di Google Search.
Beberapa hari sebelum hari interview, pastikan anda memadam apa apa gambar
atau post yang mampu member impresi yang buruk tentang anda, tidak kisah la di
twitter, instagram mahupun facebook
Walaupun, anda sudah private post anda, berbekalkan teknologi sekarang apa apa
sahaja boleh dikesan
Pastikan anda bersedia secara total termasuk lah media social anda juga!

Hari Selasa, pukul 10.30 pagi


Kalau lah anda boleh set appointment untuk sesi interview, cuba set hari dan waktu
ini
Kajian menunjukkan sesi interview pada waktu tersebut adalah baik kerana
kebanyakan keputusan akan dibuat dengan cepat tanpa berfikir panjang.
Cuba elak hari isnin dan jumaat
Cuba elak dapat sesi paling awal atau akhir dan yang paling penting cuba elak waktu
makan tengah hari.




PS: Praktis komunikasi & mantapkan kemahiran dan ilmu dalam bidang yang
kamu hendak ceburi! Daftar dan mohon kerja idaman anda sebanyak yang
mungkin. Kami dari pihak R2U ingin ucapankan selamat berjaya dalam sesi
temuduga nanti!

Anda mungkin juga menyukai