Anda di halaman 1dari 1

SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)

SUHAKAM telah ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999,
Akta 597. SUHAKAM mempromosi kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubung dengan
hak asasi manusia, menyiasat aduan-aduan berhubung pelanggaran hak asasi manusia serta
memberikan nasihat dan membantu Kerajaan dalam menyediakan perundangan dan prosedur
serta mencadangkan langkah-langkah yang wajar untuk diambil. UNICEF berkerjasama dengan
SUHAKAM dalam program berhubung dengan keganasan dan penyeludupan serta pendidikan
mengenai Konvensyen Mengenai Hak Asasi Kanak-Kanak.

UNICEF (United Nations Children's Fund)

United Nations Children's Fund (UNICEF atau Badan PBB untuk anak-anak) dianjurkan oleh

Majlis Umum PBB pada 11 Disember 1946. Beribu pejabat di New York, UNICEF memberikan

bantuan kemanusiaan dan perkembangan jangka panjang kepada anak-anak dan ibu. UNICEF

merupakan agensi yang dibiayai secara sukarela, oleh kerana itu agensi ini bergantung pada

sumbangan dari pemerintah dan peribadi. Program-programnya menekankan pengembangan

masyarakat untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. UNICEF

mendapatkan Anugerah Nobel pada 1965. Kelab bola sepak, Barcelona FC mengiktiraf

UNICEF dengan memasang logo badan PBB itu pada jersi para pemainnya tanpa imbuhan

kewangan.

Anda mungkin juga menyukai