Anda di halaman 1dari 1

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas

kurniaanMu ya Allah. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa dan bersyukur


atas nikmat yang telah Engkau beri.

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa Kejohanan Merentas Desa Peringkat


IPGKRM ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara kami. Oleh itu, limpahkanlah
rahmatMu dan berkatilah perjalanan kejohanan ini. Tanamkanlah dalam hati kami
semangat perpaduan, kesatuan, kekitaan dan berilah kami kesihatan tubuh badan.

Jadikanlah kejohanan ini sebagai satu titik permulaan untuk kami berjuang menyatukan
semua bangsa di samping membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Semoga usaha murni ini membuahkan kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai