Anda di halaman 1dari 5

SMK SKUDAI

JOHOR BAHRU, JOHOR

201
4

LAPORAN
GERAKERJA KOKURIKULUM

MERENTAS DESA TAHUNAN 2014

TARIKH : 22 FEBRUARI 2014


TEMPAT : SEKITAR TAMAN SRI
SKUDAI & TAMAN SRI
PUTRI.
SMK SKUDAI, JOHOR BAHRU
LAPORAN GERAKERJA KOKURIKULUM
ACARA MERENTAS DESA TAHUNAN 2014

1.0 Pengenalan
1.1 Rasional:
Merentas desa merupakan merupakan acara tahunan yang
dilaksanakan oleh Unit Kokurikulum SMK Skudai. Ia diadakan bagi
menyahut seruan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran
Malaysia(KPM) bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Bagi menyahut seruan
ini, Unit Kokurikulum SMK Skudai menjadikan acara merentas desa
merupakan aktiviti wajib bagi warga sekolah yang perlu dilaksanakan
setiap tahun. Acara ini berperanan membentuk pelajar yang
mempunyai daya tahan kardiovaskular dan kecergasan fizikal yang
baik.

1.2 Matlamat:
1.2.1 Melahirkan pelajar yang berketrampilan sejajar dengan falsafah
pendidikan negara yang ingin melahirkan pelajar yang
berpotensi dalam aspek jeasmani, emosi, rohani dan intelektual.
1.2.2 Melahirkan pelajar yang aktif dan berdaya saing dalam aspek
pendidikan di peringkat sekolah.
1.2.3 Melahirkan pelajar yang berintegarsi dalam merealisasikan
matlamat 1 Malaysia.
1.2.4 Mendedahkan pengalaman sukan khususnya acara merentas
desa kepada pelajar di peringkat sekolah.

1.3 Objektif:
1.3.1 mencungkil bakat dikalangan pelajar dalam acara merentas
desa di peringkat sekolah.
1.3.2 Mengesan bakal sedia ada yang dimiliki oleh pelajar-pelajar
untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.
1.3.3 Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan proaktif dalam semua
aspek.

2.0 Pelaksanaan:
2.1 Tarikh : 22 FEBRUARI 2014
2.2 Masa : 7.30 Pagi 12.30 Tengahari
2.3 Tempat: Sekitar Taman Sri Skudai dan Taman Sri Putri,
Skudai, Johor Bahru.

3.0 Sasaran:
Semua pelajar SMK Skudai

4.0 Proses Kerja:


4.1 Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah
4.2 Mesyuarat Rumah Sukan
4.3 Mesyuarat jawatankuasa acara merentas desa
4.4 Latihan merentas desa
4.5 Acara merentas desa
5.0 Bilangan Peserta:
5.1 Rumah Bumi : 442 peserta
5.2 Rumah Marikh : 451 peserta
5.3 Rumah Neptune : 427 peserta
5.4 Rumah Zuhal : 435 peserta
Jumlah Keseluruhan : 1755 peserta

6.0 Jawatankuasa:
6.1 Jawatankuasa Acara Merentas Desa Rujuk Lampiran

7.0 Tentatif Pelaksanaan:

Masa Aktiviti/ Acara


7.15 pagi : Semua peserta berkumpul di tapak perhimpunan untuk
taklimat.

7.30 pagi Acara Senamrobik ( Sesi Memanaskan Badan)

7.45 pagi Acara merentas desa dimulakan dengan melepas


peserta mengikut kategori.

Acara dijangka tamat pada pukul 10.30 pagi

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang di


tapak perhimpunan

11.00pagi Program Tamat/ Bersurai

8.0 Senario/ Perjalanan Program:


Perjalanan acara merentas desa yang dirancangkan berjalan lancar dan
mendapat sambutan yang baik dikalangan pelajar dan guru-guru yang sama-
sama menjayakan kejohanan tersebut. Semua rumah sukan mengambil
bahagian dalam acara merentas desa yang dipertandingankan dan masing-
masing membawa misi untuk menjadi Johan.

9.0 Keputusan Pertandingan:

- Rujuk Lampiran

10.0 Kekuatan Program:


10.1 Proses kerja yang tersusun
10.2 Semua guru Ketua Rumah Sukan menjalankan tanggungjawab
mengikut jadual
10.3 Sambutan daripada pelajar amat menggalakkan
10.4 Peruntukan kewangan yang cukup
10.5 Kemudahan disediakan mengikut keperluan
10.6 Kerjasama dari semua pihak yang terlibat amat baik.
10.7 Bantuan dari piahak polis bagi mengawasi lalu lintas.
11.0 Kelemahan Program:
11.1 Acara merentas desa dilakukan di sekitar taman perumahan dimana
pelajar terdedah dengan kesibukkan lalu lintas.
11.2 Ramai pelajar yang tidak melibatkan diri sebagai peserta terutamanya
dikalangan pelajar perempuan
11.3 Terdapat laluan yang tidak sesuai untuk acara merentas desa kerana
kawasan agak terhad.

12.0 Pemantauan:
Unit kokurikulum SMK Skudai sentiasa memantau perjalanan semua
acara yang dirancangkan supaya berjalan mengikut jadual. Program terarah
mengikut takwim yang di buat dan diselia oleh Pengetua dan PK kokurikulum
bersama pentadbir yang lain.

13.0 Cadangan Tindakikut:


13.1 Penyampaian hadiah untuk Acara Sebelum Sukan di sampaikan kepada
pemenang pada hari acara dipertandingkan
13.2 Sistem data berkomputer di perkenalkan untuk sambutan pada masa
akan datang bagi memudahkan perjalanan program.

14.0 Penyata Kewangan:


14.1 Banner Kejohanan = RM 120.00
14.2 Makanan ( 150orang X RM4.00) = RM 600.00
14.3 Roti ( 1,800pcs X RM0.70) = RM 1,260.00
14.4 Minuman ( 1,800botol X RM0.80) = RM 1,440.00
14.5 Medal ( 80medal X RM7.00) = RM 560.00
14.6 Runcit = RM 100.00
JUMLAH = RM 4,080.00

15.0 Impak/ Kesan:


Pelajar yang melibatkan diri sentiasa mempunyai semangat berdaya
saing dalam acara merentas desa yang diterapkan diperingkat rumah sukan dan
di bawa ke pertandingan peringkat MSSD.

16.0 Penambahbaikkan:
16.1 Penangkap pemenang perlu peka terhadap peserta yang menamatkan
larian semoga tiada kekeliruan dikalangan pemenang
16.2 Ketua rumah sukan perlu memastikan borang penyertaan yang
dihantarkan adalah lengkap dengan butiran yang diperlukan
16.3 Kawalan keselamatan perlu lebih ketat bagi menambahbaikkan
kawalan keselamatan pelajar.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................................... ..............................................
(MOHD RAZALEIGH MAHMOD) (TUKIMAN BIN SARMIN)
Setiaausaha Sukan, Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK Skudai, JOHOR BAHRU. SMK Skudai, JOHOR BAHRU.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai