Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk
dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket di
Raja yang antik.
Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada
kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama, kain tenunan dan batik
Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang
asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di
negara ini.
Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina
masih digunakan dengan meluas malahan etnik-etnik yang terdapat di Malaysia turut
mempunyai pakaian mereka sendiri.Ikuti kupasan selanjutnya mengenai jenis pakaian
yang terdapat di Malaysia.
Bermula dengan masyarakat Melayu di Malaysia.Masyarakat Melayu mempunyai
pelbagai pakaian yang menjadi tradisi mereka sehingga ke hari ini.Antara pakaian
yang masih di gunakan hingga ke hari ini oleh masyarakat melayu di Malaysia ini
ialah baju melayu bagi kaum lelaki,baju kebaya dan baju kurung,pula bagi kaum
perempuan.