Anda di halaman 1dari 4

Persamaan Anatara Muamalat dan Munakahat.

1)Masa Perlaksanaan.

Muamalat:

Aktiviti Muamalat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan di mana juga sekiranya ianya
telah memenuhi syarat-syaratnya seperti kedua pihak yang terlibat adalah seorang yang baligh
dan barang yang ingin dijual itu wujud ketika berlakunya urusan jual beli tersebut. Barang
tersebut juga merupakan hak milik bagi penjual itu sendiri dan boleh dijual. Contohnya, ketika
berada di pusat beli belah seorang penjual baju wanita telah mempelawa seorang pelanggan yang
sedang lalu di hadapan kedainya untuk membeli baju dari kedai miliknya padahal pada ketika itu
pelanggan tersebut tidak berniat untuk membeli baju, tapi hasil daripada pelawaan dan
keterangan penjual tersebut tentang kauliti dan jenis baju yang dijual di kedainya pelanggan
tersebut pun tertarik dan membeli baju dari kedai tersebut. Ini adalah contoh yang mana jual beli
itu boleh berlaku tanpa dirancang tapi dipersetujui oleh kedua-dua pihak hasil daripada
keputusan yang dibuat oleh pelanggan tanpa paksaan daripada sesiapa pun.

Munakahat:

Munakahat juga seperti muamalat boleh dilaksanakan bila-bila masa sahaja dan di mana juga
asalkan memenuhi syarat yang telah ditentukan oleh syarak. Munakahat adalah salah satu
perkara yang dituntut dalam Islam kerana ianya boleh mengelak berlakunya maksiat secara
berleluasa di kalangan masyarat. Pada masa kini ramai yang kahwin muda iaitu dalam
lingkungan 20-an. Ini mebuktikan bahawa umur bukanlah suatu penghalang bagi munakahat
kerana umur tidaklah termasuk dalam rukun munakahat. Apabila pihak yang terlibat dalam
munakahat itu seorang yang telah mempunyai kemampuan dari segi zahir dan batin untuk
bernikah maka mereka boleh bernikah. Contohnya, seorang remaja perempuan yang berumur 17
tahun ingin dinikahkan oleh ayahnya dengan anak rakannya yang berumur 20 tahun dan
keduanya bersetuju maka ianya adalah sah selagi tidak ada unsur-unsur yang boleh membatalkan
pernikahan tersebut walaupun remaja perempuan itu masih lagi bergelar seorang pelajar sekolah
menengah.
2)Syarat-syaratnya

Muamalat:

Terdapat beberapa syarat yang mempunyai persamaan antara muamalat dan munakahat seperti,
pihak yang terlibat dalam muamalat dan munakahat hendaklah seorang yang telah baligh,
berakal, berkamampuan dan tidak dipaksa. Contohnya dalam muamalat kedua belah pihak yang
terlibat dalam jual beli itu hendaklah seorang yang berakal agar mereka dapat membuat
keputusan secara rasional dan tidak berada dalam keadaan terpaksa kerana unsur paksaan boleh
membatalkan aktiviti jual beli tersebut. Jual beli hendaklah dilakukan ketika kedua belah pihak
mempunyai keinginan yang sama. Jika seorang itu tidak berakal, dia tidak akan dapat membuat
keputusan yang betul dan ini menyebabkan timbulnya keraguan dan penyelewengan dalam jual
beli itu. Contohnya, seorang penjual ingin menjual setandan pisang kepada seorang pembeli yang
terencat akal dengan harga yang tinggi tetapi pada ketika itu pembeli tersebut tidak mahu untuk
membelinya kerana harga yang dikenakan sangat mahal tetapi penjual tersebut mengatakan
bahawa harga yang dikenakan itu adalah harga seperti kebiasaannya, maka pembeli tersebut
bersetuju untuk membelinya kerana dia tidak boleh berfikir seperti orang normal yang lain.

Munakahat:

Munakahat juga mempunyai beberapa syarat yang sama seperti muamalat. Semua syarat
hendaklah wujud ketika berlakunya satu pernikahan itu bagi mengelakkan berlakunya sebarang
keraguan. Munakahat adalah satu proses yang mana menghalakan hubungan antara lelaki dan
perempuan. Antara syarat yang penting dalam munakahat adalah baligh, berkemampuan dan
tidak di paksa. Jika seseorang itu belum berkemampuan untuk bernikah makanya ianya adalah
haram baginya untuk bernikah mengikut hukum nikah yang telah ditentukan dalam syarak.
Kedua belah pihak yang terlibat itu juga haruslah dalam keadaan yang tidak terpaksa ketika
pernikahan itu dijalankan kerana seperti muamalat pernikahan itu juga akan terbatal. Tetapi ianya
berbeza bagi pihak perempuan kerana ada situasi walaupun dia dalam keadaan terpaksa tetapi
pernikahan itu tetap sah sekiranya ayah pihak perempuan memaksa anaknya itu untuk bernikah
tetapi setelah mngenali pemuda yang bakal megahwini anaknya itu dan pasti bahawa pemuda itu
seorang yang baik dan ikhlas untuk bernikah bukan disebabkan oleh perkara yang tidak baik
seperti lelaki tersebut ingin menikahi wanita tersebut hanya kerana dendam sahaja.
3)Akad

Muamalat:

Setiap aktiviti jual beli hendaklah disertakan dengan akad. Tanpa akad jual beli itu tidak akan
sah. Akad adalah salah satu rukun bagi jual beli dan mesti dilakukan. Lafaz akad boleh dilakukan
dengan cara lisan, tulisan ataupun perbuatan. Akad jual beli boleh dilafazkan dengan ayat apa
sahaja atau dengan perbuatan yang penting ianya membuktikan penerimaan pembeli terhadap
pelawaan yang dibuat oleh penjual. Sekiranya seorang itu tidak boleh bercakap, dia boleh
menggunakan kaedah tulisan untuk mengatakan akadnya seperti dengan menulis ya, saya ingin
membelinya atau dengan perbuatan sahaja seperti dengan hanya mengangguk. Ianya cukup
untuk mengesahkan jual beli tersebut. Bagi orang yang normal pula hendaklah menggunakan
kaedah lisan dalam setiap jual beli yang mereka terlibat kecuali jika terdapat situasi yang tidak
mem bolehkan mereka bebrbuat demikian. Contoh akad dalam jual beli secara lisan ialah, ketika
berada di pasar, seorang penjual ingin menjual sayurnya kepada seorang pembeli dengan
mengatakan kak marilah beli sayur saya dan pembeli tersebut ingin membelinya setelah
memastikan sayur yang dijual itu memenuhi ciri yang dikehendakinya dengan mengatakan
baiklah, saya nak beli dua ikat, berapa harganya?. Setelah akad telah diucapkan oleh kedua
pihak maka aktiviti jual beli itu telah sah dan ianya akan sempurna setelah pembeli memberikan
wang kepada penjual tersebut.

Munakahat:

Dalam munakahat pula akad sangat penting kerana akad tersebut akan menentukan bahawa pihak
lelaki dan wanita yang dinikahkan sama ada telah halal antara satu sama lain ataupun tidak. Jika
akad itu mengandungi unsur keraguan maka ianya akan memberikan impak yang buruk terhadap
pernikahan tersebut dan hendaklah diulangi. Di Malaysia seperti yang selalu kita dengar akad
nikah adalah sama bagi semua masyarakat Muslim dan cara perlaksanaannya juga adalah sama.
Ini bagi mengelakkan berlakunya keraguan dan salah faham terhadap satu akad pernikahan
tersebut. Sekiaranya pihak lelaki telah melafazkan akad nikah dengan sempurna dan diperakui
oleh tok kadi dan saksi, maka pernikahan itu adalah sah. Contohnya, tok kadi mengatakan aku
nikahkan dikau Fulan bin Fulan dengan Siti binti Muhammad dengan mas kahwinnya 100
ringgit tunai dan pihak lelaki pun menjawab aku terima nikahnya Siti binti Muhammad dengan
mas kahwinnya 100 ringgit tunai, maka nikahnya adalah sah.

Anda mungkin juga menyukai