Anda di halaman 1dari 9

SEK.JEN.

KEB (TAMIL) LADANG CASHWOOD

MINIT MESYUARAT SKPM G2 KE -1

TAHUN 2017

Tarikh : 16 Mac 2017

Masa : 1.30 ptg

Tempat : Tahun 1

Kehadiran :

BI Nama Guru Jawatan Tandatangan


L

1 En.Sukumaran A/L Arumugam Guru Besar

2 Pn.S.Parimala Devi Guru Kanan

3 Pn.K.Sivaranjini Guru Hem

4 Pn.S.Punitha Guru Ko-Ku

5 Pn.M.Nisha Guru Data

6. Pn.G.Kamala Devi Guru RMT

7. Pn. M.Nagaletchumy Guru S/U Peper

6 Pn.M.Thanam Guru SPBT

7. Pn.Vijaya A/P L.Raman Guru PSS

Tidak Hadir :

Tiada
1. UCAPAN ALUAN.

En.A.Sugumaran selaku guru besar mengalu-alukan kedatangan warga SJK(T)


Cashwood ke mesyuarat SKPM G2 kali Pertama bagi tahun 2017.

SKPM ada dua versi, 2003 & 2010. SKPM 2010 terdapat 5 standard yang dinilai
skor 6 adalah skor tertinggi dan perlu diberi justifikasi yang jelas.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat lalu.
Cadangan : Pn.G.KAMALA
Sokongan : Pn.M.THANAM

3. Taklimat SKPM
3.1 Pasukan Pelaksana Standard (PPS) adalah Guru atau AKP yang bertanggungjawab terhadap
pengurusan/pengoperasian sesuatu Aspek di sekolah.

3.2 Ahli PPS bertanggungjawab untuk menilai dan menyatakan evidens bagi Aspek di bawah
tanggungjawabnya dan mengemukakan hasil penilaian tersebut kepada Jawatankuasa SKPM
Sekolah mengikut ketetapan masa yang ditetapkan (sekurang-kurangnya sekali bagi setiap
peringkat penilaian Mac, Julai dan November).

3.3 . PGB tidak dinamakan sebagai Ahli PPS KECUALI Standard 4 kerana PGB adalah ketua
yang bertanggungjawab bagi semua Standard.(Ahli PPS Standard 1 akan membantu PGB
menilai semua Aspek dalam standard berkenaan)

3.4. Setiap aspek dalam SKPM 2010 lebih memfokuskan kepada keberhasilan murid berbanding
SKPM Versi 2003 yang lebih menumpukan kepada aspek pengurusan guru.

4. STANDARD 1 : KEPEMIMPINAN
4.1 Terdapat 3aspekyang perlu dinilai dengan Standard yang dinilai. Skor 4 adalah skor
tertinggi bagi setiap aspek dinyata dengan diskripsi yang jelas.
4.1.1 PGB sebagai penaraju
4.1.2 PGB sebagai pembimbing
4.1.3 PGB sebagai pendorong

4.2 Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk menggembleng tenaga
warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah.
a. Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi menjadi hala tuju seluruh warga
sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan.
b. Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea
dan maklumat.
c. Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik untuk
mencapai matlamat dan objektif sekolah.
d. Kepimpinan sekolah memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti
kerja.
4.3 Kepimpinan sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah untuk meningkatkan
kualiti pengurusan sekolah
4.4 Kepimpinan sekolah menerajui perlaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar
4.5 Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi memupuk kesedaran
tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.

5. STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI


- terdapat 7 aspek, antara aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
5.1 Sumber manusia diurus untuk meningkatkan kualiti kerja warga sekolah.
5.2 Kemudahan prasarana diurus untuk memastikan keselesaan dan keselamatan warga
sekolah.
2.3 Kewangan, aset alih dan aset tidak alih kerajaan diurus untuk memastikan setiap
perbelanjaan memberi pulangan yang optimum.
5.4 Data dan maklumat diurus supaya mudah diakses dan dimanfaatkan.
5.5 Sumber pendidikan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi diurus bagi menyokong
peningkatan kualiti pembelajaran.
2.6 Persekitaran dan suasana yang kondusif (iklim) diwujudkan bagi memastikan kesejahteraan
warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab.
2.7 Permuafakatan strategik diwujudkan untuk memperoleh sumbangan dan sokongan
pelbagai pihak bagi manfaat sekolah.

6. STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM,


SUKAN DAN HAL EHWAL MURID :

3.1 PENGURUSAN KURIKULUM


3.2 PENGURUSAN KOKURIKULUM
3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

terdapat 4 aspek kritikal yang perlu dinilai dalam PENGURUSAN KURIKULUM adalah
seperti berikut:
6.3.1.1 Ketetapan pelaksanaan kurikulm dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan
pelaksanaan kurikulum kebangsaan.
6.3.1.2Pengurusan Matapelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan
pengajaran.
6.3.1.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus untuk menyokong peningkatan prestasi
murid.
6.3.1.4 Pengurusan masa instructional - Jadual waktu disediakan bagi membolehkan
pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan teratur.
6.3.1.5 Pengurusan penilaian murid - peperiksaan awam, pentaksiran dan penilaian diurus untuk
mengesan pencapaian dan masalah pembelajaran murid.

STANDARD 3.2 : PENGURUSAN KOKURIKULUM,

terdapat 7 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:


6.3.2.1 Ketetapan pelaksanaan kokurikulum dibuat bagi memastikan kepatuhan dan
keselarasan pelaksanaan kokurikulum dan sukan.
6.3.2.2 Pengurusan Kelab dan Persatuan diurus untuk memastikan penglibatan murid secara
menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran di bilik darjah.
6.3.2.3 Pengurusan badan Beruniform diurus untuk memastikan penglibatan murid secara
menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembangunan perwatakan murid dari
segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
6.3.2.4 Pengurusan sukan / permainan -program Sukan untuk semua diurus untuk memastikan
penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pengetahuan,
kemahiran dan pembangunan sahsiah murid.
6.3.2.5 Program sukan untuk kecemerlangan diurus untuk mengesan dan memperkembangkan
bakat serta potensi murid ke arah peningkatan pencapaian sukan sekolah.
6.3.2.6 Pengurusan pentaksiran penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan diurus untuk
mengesan pencapaian murid.

STANDARD 3.3 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


terdapat 6 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
6.3.3.1 Ketetapan pelaksanaan HEM dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan
pelaksanaan Hal Ehwal Murid (HEM)
6.3.3.2 Pengurusan disiplin murid diurus untuk membentuk sikap dan perlakuan positif murid.
6.3.3.3 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disediakan untuk membantu dan membimbing
murid dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan kerjaya murid.
6.3.3.4 Perkhidmatan kebajikan, kesihatan dan keselamatan disediakan untuk memastikan
kesejahteraan murid.
6.3.3.5 Pengurusan bantuan pelajaran murid akan berpandukan kepada data yang diberikan
dalam APDM dan di sahkan.

7.STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN:


Aspek 4.1 Penglibatan murid - Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran
berkesan.
Aspek 4.2 Penguasaan pembelajaran murid - Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan
objektif yang ditetapkan.
Aspek 4.3 Hasil kerja murid - Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan
pembelajaran.
Aspek 4.4 Perancangan dan persediaan guru - Perancangan dan persediaan yang rapi
meningkatkan keberkesanan pengajaran.
Aspek 4.5 Kaedah Penyampaian - Kaedah penyampaian yang sesuai meningkatkan pencapaian
objektif pelajaran.
Aspek 4.6 Kemahiran Komunikasi - Komunikasi berkesan memudahkan pemahaman dan
menggalakkan pembelajaran murid.
Aspek 4.7 Penggunaan Sumber Pendidikan - Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan
membantu mengukuhkan pembelajaran murid.
Aspek 4.8 Penilaian - Penilaian yang berterusan meningkatkan keberkesanan PdP.
Aspek 4.9 Teknik Penyoalan - Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman
murid.
Aspek 4.10 Penguasaan Isi Kandungan - Penguasaan isi kandungan yang mendalam
membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat.
Aspek 4.11 Pengurusan Kelas (Bilik Darjah/ Makmal/ Bengkel/Padang) - Pengurusan kelas yang
cekap mewujudkan suasana yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan P&P.
Aspek 4.12 Amalan Profesionalisme Keguruan - Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang
positif mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

9. STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID :

5.1 KEMENJADIAN MURID DALAM AKADEMIK


terdapat 5 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
9.5.1.1Peratus Murid Mencapai Matlamat Tahunan Individu yang Ditetapkan
dalam Tahun Terkini (Murid Berkeperluan Khas)
9.5.1.2 Gred Purata Sekolah dalam Peperiksaan Awam Sekolah Rendah (UPSR)
9.5.1.3 Gred Purata Sekolah dalam Peperiksaan Awam Sekolah Menengah (SPM)
9.5.1.4 Purata Nilai Gred Kumulatif Peperiksaan Awam Sekolah Menengah (STPM)
9.5.1.5 Peratus Murid Menguasai sekurang-kurangnya Keputusan Maqbul (STAM)

5.2 KEMENJADIAN MURID DALAM KOKURIKULUM


terdapat 4 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:

5.2.1 Gred Purata Sekolah dalam Kelab/Persatuan

5.2.2 Gred Purata Sekolah dalam Badan Beruniform


5.2.3 Gred Purata Sekolah dalam Sukan/Permainan

5.2.4 Gred Purata Sekolah Keseluruhan dalam Kokurikulum

5.3. KEMENJADIAN SAHSIAH MURID SEKOLAH .


terdapat 5 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
5.3.1 Purata Peratus Kehadiran Murid ke Sekolah bagi Tahun Terkini.

5.3.2 Peratus Murid yang Terlibat dalam Kes Salah Laku (Kes Ringan) bagi Tahun Terkini.

5.3.3 Peratus Murid yang Terlibat dalam Kes Salah Laku (Kes Sederhana) bagi
Tahun Terkini.

5.3.4 Peratus Murid yang Terlibat dalam Kes Salah Laku (Kes Berat) bagi Tahun Terkini.

5.3.5 Peratus Murid Yang Mengamalkan Perlakuan Positif bagi Tahun Terkini.

Setelah siap mengisi data dalam secara menual , PGB dan PK PK boleh masukkan
data dalam online dengan betul .
Data yang dimasukkan secara menual perlu di simpan secara dokumen soft copy ataupun
hard copy.
Simpan data sehingga penilaian untuk suku tahun pertama.
Pemantauan PDPC boleh dilakukan dari masa ke semasa dengan memberi bimbingan
kepada guru guru yang memerlukan sahaja.

Tindakan : SEMUA GURU


21. Hal-hal lain

Guru besar berharap semua guru memberi kerjasama bagi menjayakan semua aktiviti
yang dijalankan di sekolah bagi menjayakan sasaran SKPM G2 ini.

Pn.S.Parimala memberitahu supaya kemasukan data dibuat dengan segera dan selewat-
lewatnya sebelum 30 Mac2017 (Tarikh tutup kemasukan markah On-line)

Tindakan: AJK SKPM

22. PENANGGUHAN MESYUARAT


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 ptg dengan ucapan terima kasih oleh guru
besar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


.,
PARIMALA DEVI SUBRAMANIAM SUKUMARAN A/L ARUMUGAM
Guru Kanan Pentadbiran, GURU BESAR,
SJK (T) Ladang Cashwood. SJK (T) Ladang Cashwood.

Anda mungkin juga menyukai