Anda di halaman 1dari 2

CONTOH ESEI 1:

Pengambilan tenaga wanita asing sebagai pembantu rumah dapat


membantu wanita Malaysia yang berkerjaya. Namun demikian, kehadiran
pembantu rumah juga menimbulkan masalah yang pelbagai. Huraikan
pernyataan ini.

Kebanyakan keluarga Malaysia mengupah pembantu rumah warga


Negara asing. Pengambilan tenaga wanita asing sebagai pembantu rumah
dapat membantu wanita Malaysia yang berkerjaya. Namun demikian,
kehadiran pembantu rumah asing juga menimbulkan masalah yang
pelbagai.
Pembantu rumah dapat mengurus kerja rumah. Kini, hamper semua
wanita Malaysia berkerjaya. Mereka melibatkan diri dalam semua aspek
pembangunan Negara. Jika mereka dikehendaki menguruskan kerja
rumah, hal ini amat membebankan mereka. Mujurlah mereka dibenarkan
mengupah pembantu rumah asing. Kerja rumah seperti membersihkan
rumah, membasuh pakaian dan menyediakan makanan diurus oleh
pembantu rumah. Hal ini meringankan beban wanita yang bekerja.
Setelah penat bekerja di luar, mereka dapat berehat apabila pulang ke
rumah.
Di samping itu, pembantu rumah menjaga anak-anak ketika ibu
bapa bekerja. Banyak ibu bekerja dari awal pagi hingga petang. Anak-
anak mereka mungkin masih kecil. Memang tidak sesuai membiarkan
anak-anak bersendirian di rumah tanpa kawalan orang dewasa. Pembantu
rumah memainkan peranan penting dalam hal ini. Mereka akan menjaga
makan minum anak-anak kecil. Mereka juga menjaga keselamatan anak-
anak kecil yang nakal dan aktif. Dengan itu, para ibu yang bekerja tidak
perlu merisaukan keselamatan anak-anak mereka.
Namun begitu, pembantu rumah juga menimbulkan masalah
kepada majikannya. Mutu kerja yang tidak memuaskan akan
menghampakan majikan. Banyak pembantu rumah Indonesia kurang
pendidikan. Mereka tidak tahu menggunakan peralatan elektrik yang
moden. Majikan terpaksa membuang masa untuk mengajar mereka. Tugas
mereka tidak menepati kehendak majikan. Sesetengah pembantu rumah
malas dan panjang tangan. Sebagai akibatnya, mereka bukan sahaja tidak
meringankan beban wanita kita yang berkerjaya, malah menambah lagi
tekanan.
Selain itu, kes-kes penganiayaan pembantu rumah juga sering
berlaku. Sesetengah pembantu rumah didera kerana prestasi kerja
mereka tidak memenuhi kehendak majikan. Setelah diajar dan diberikan
nasihat, mereka masih gagal menjalankan tugas dengan baik. Pastilah
majikan akan memarahi mereka malah mendera mereka setelah hilang
kawalan emosi. Ada pula majikan mengalami tekanan jiwa di tempat kerja
atau akibat hubungan keluarga. Oleh itu, kesilapan kecil pembantu rumah
dijadikan alas an untuk melepaskan geram. Pembantu rumah bukan
sahaja dimaki hamun malah didera secara fizikal.
Seterusnya timbul juga masalah pembantu rumah mempengaruhi
tingkah laku anak-anak kecil. Ketika menjaga anak-anak kecil dari pagi
hingga petang, pembantu rumah akan bercakap dan bermesra dengan
anak-anak. Kedampingan ini akan menyebabkan anak-anak kecil mudah
terikut-ikut akan tingkah laku pembantu rumah. Jika pembantu rumah itu
tidak baik tingkah lakunya, tingkah laku anak-anak kecil itu juga akan
menjadi buruk.
Kesimpulannya, jasa pembantu rumah asing kepada pembangunan
ekonomi negara kita perlu diakui. Namun demikian, pengambilan
pembantu asing perlu dikawal agar tidak menimbulkan masalah social
kepada negara dan masyarakat.

CONTOH ESEI 2:

Masalah gengsterisme di sekolah semakin serius kini. Kegiatan kongsi


gelap, peras ugut dan pergaduhan berkumpulan semakin berleluasa.
Sejauh manakah anda bersetuju bahawa hukuman rotan merupakan
langkah utama untuk mengatasi masalah gengsterisme ini di sekolah?

Anda mungkin juga menyukai