Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

NAMA : CHAI JIA YIE


NO I/C : 911127-08-5046
ANGKA GILIRAN: 2013292340001

Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya telah mempelajari


banyak pengalaman yang berguna. Walaupun tugasan ini mengambil masa
yang lama untuk di siapkan, saya tetap bersyukur kerana akhirnya saya
mampu untuk melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.

Antara pengajaran yang dapat saya pelajari ialah mengenai cara untuk
membuat projek kayu dengan cara yang betul. Ini kerana, semasa di sekolah,
saya hanya berpeluang untuk memaku kayu yang telah dipotong mengikut
bentuk yang telah ditetapkan. Ketika di sini, kami diberi peluang untuk
menentukan segala-galanya, bermula dari pemilihan jenis kayu, reka bentuk
yang diinginkan, hiasan serta kemasan yang ingin digunakan, serta segala
alatan yang diperlukan perlu dicari dengan usaha sendiri. Hal ini menjadikan
projek yang telah dihasilkan menjadi lebih bermakna.

Selain itu, saya juga mempelajari erti semangat kerjasama di antara


berkumpulan. Hal ini dibuktikan bahawa apabila kami semua saling
bekerjasama dari awal sehingga akhir pelaksaan projek dijalankan. Semasa
bermulanya pembentangan, kami telah bekerjasama dengan memberikan
idea yang bernas untuk membantu rakan yang lain. Seterusnya, kami banyak
bekerjasama semasa menjalankan kerja-kerja pertukangan. Antaranya ialah
semasa mengangkat kayu yang besar untuk dipotong supaya menjadi saiz
yang lebih kecil, semasa proses menggergaji kayu, semasa proses
melakukan kemasan, serta semasa dapat berkongsi segala kelengkapan
yang terhad apabila bekerja. Hal ini menjadikan hubungan antara rakan
sekelas menjadi lebih erat.

Setelah melaksanakan projek ini juga, saya mendapati bahawa diri


saya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan. Ini kerana, saya sangat tidak
yakin bahawa saya mampu untuk menyiapkan tugasan ini pada mulanya.
Namun begitu, saya menguatkan semangat serta berusaha dengan
bersungguh-sungguh supaya dapat melaksanakan kerja yang telah
diamanahkan dengan sebaik mungkin. Hasilnya, saya dan rakan yang lain
telah mampu untuk menghasilkan projek yang cantik. Tugasan ini juga
mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih kreatif. Ini kerana, kami
perlu mereka suatu reka bentuk yang sesuai untuk menyelesaikan masalah
yang di hadapi. Kumpulan kami telah membuat satu sangkar. Sangkar ini
terdapat dua tingkat supaya binatang yang dibelah mendapat ruang yang
secukupnya untuk bermain di dalam sangkar.

Selain itu, saya juga mempelajari tentang lukisan menggunakan


komputer iaitu Autocad. Lukisan yang dilukis adalah seperti isometri, ortografi
dan material. Kemahiran ini amat berguna kerana ia dapat melihatkan hasil
yang direka cipta dengan lebih jelas dan lebih mudah mengesan masalah
yang dihadapi sebelum memulakan projek. Kami dapat mengubahsuai
dengan segera dengan menggunakan kaedah yang lain dan sesuai. Begitu
juga, kami juga perlu melukis lakaran dengan tangan supaya dapat memilih
lakaran yang paling sesuai untuk menjadikan projek yang terbaik.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan


sekumpulan, pensyarah pembimbing, serta rakan seperjuangan yang lain
kerana telah sudi membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang dirasakan
suatu yang mencabar bagi diri saya. Namun begitu, cabaran adalah suatu
yang perlu dihadapi, bukan untuk dihindari. Dengan memegang semangat
tersebut, saya akhirnya mampu untuk menyelesaikan tugas yang diberi
dengan sempurna dan jayanya.