Anda di halaman 1dari 19

EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK

ISL MINGGU 12

PENGENALAN

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan


masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan
ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku
bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari
sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah
laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru
adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan.
Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap
yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah.
Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan
dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan
anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi
pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak
memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan
kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk
bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.
Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid.
Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses
pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata
pepatah Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul . Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah.
Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.
PENGERTIAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-
kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan
untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut
sebagai abnormal behavior iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya
bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan
orang dalam masyarakat.

Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menggangu
perjalanan kehidupannya.

1
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour Problem Child menyatakan
semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat
menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran
dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang
boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh
membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh
yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku
bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :-


1. Tingkah laku Bermasalah Negatif
Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-
Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang
boleh membahayakan diri.
Kebimbangan sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan
diri.
Pergantungan lebihan terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain
terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari
Pengunduran diri malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi
pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering menggangap orang lebih
baik dari dirinya
Pengasingan diri tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap
rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan
Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang
boleh membahayakan orang lain.
Hiperaktif kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif

2
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Kelakuan nakal suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan


sekelas.
Bising menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .
Bergerak sesuka hati suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam
kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa.
Ketawa kuat ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang
berada di sekelilingnya
Agresif secara lisan / fizikal menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi neurotic atau psychotic dapat dikenali
melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.

Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh
membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.
Permusuhan nyata suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan
mana-mana murid terutama rakan sebaya.
Vandalisme suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding
menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas,
memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja.
Kumpulan liar terlibat dengan kumpulan tidak bermoral
Klik mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau
tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik
Geng menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau
digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid
lain.

Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah
sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh
guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi
masalah besar pada peringkat akan datang.

Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-
murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa
sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .

2. Tingkah laku bermasalah Positif

3
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :-


Tingkah laku ingin tahu sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat
Tingkah laku cepat belajar cepat menangkap atau catch up sesuatu perkara yang baru dipelajari,
dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat
Tingkah laku pintar cerdas sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir
Tingkah laku proaktif sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding
kawan-kawan yang lain

Tingkah laku bermasalah ini dapat digambarkan memalui rajah di bawah ini :-

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Tingkah Laku


Bermasalah Negatif Bermasalah Positif

Tingkah Laku Tingkah Laku


bergantung disruptif distruktif ingin cepat pintar proaktif
tahu belajar cerdas

Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Selain dari tingkah laku bermasalah yang
diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah :
Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka.
Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka
Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan
Sering bercakap bohong atau bercakap besar
Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok
Suka menyakiti hati kawan-kawan
Menjahanamkan harta benda
Tidak duduk diam
Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap
Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua
Panas baran

4
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi


( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )

Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman ( 1995 ) di dalam artikelnya bertajuk Beberapa
Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah Tingkah Laku . :Jurnal Kementerian Pendidikan
Malaysia,menyatakan antaranya adalah seperti berikut :-

Faktor Diri Murid


Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-
murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa
sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak
menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang
telintas dalam fikiran mereka.
Faktor Keluarga
Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal
memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.
Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 ) menunjukkan bahawa
perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.

Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah
masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.

Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai Jevenile Delinquency mengesahkan bahawa hasil
dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan.

Faktor Masyarakat
Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil ( sub-culture
) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Faktor Sekolah
Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang kucar kacir dengan
perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan generasi muda.

Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-sesak mempunyai
pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin

5
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )


Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan
disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan murid.

PENGERTIAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi Tingkah laku :


Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang
negatif kepada positif. Antara langkah-langkah sistematik ialah :
Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah
Menetapkan matlamat
Menentukan strategi bertindak
Merancang prosedur atau plan bertindak
Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu
Memsstikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

Modifikasi tingkah laku ini merupakan cara menguruskan bilik darjah. Ia sesuai untuk mengatasi masalah sama ada
negatif atau positif.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah :-
1) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini
2) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah :-
Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa saiz rumah, kedudukan kawasan, bilangan ahli,
kemudahan
Suasana persekitaran sekolah yang kurang konduksif berhampiran kawasan pembinaan, jauh dari bandar,
terpencil, tiada kemudahan asas
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan alat bantu mengajar yang tidak menarik, cara
penyampaian guru yang monotone dan sukar difahami oleh murid
Dunhill ( 1965 ), keadaan pembelajaran kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menyebabkan murid
bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan minat terhadap mata pelajaran yang diajar.
Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif bilik darjah yang kotor, kawasan sekolah yang kotor, tiada
perhiasan atau kemudahan untuk murid
Pengurusan sekolah bercorak autokratik guru yang terlalu garang, disiplin yang terlalu ketat, selalu
menggunakan kaedah hukuman atau dendaan, perkhidmatan kaunseling yang tidak mencukupi

6
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian sekolah murid hanya mengikut arahan tanpa
bantahan, maslah murid tidak didengari atau diambil perhatian, tiada kompromi dari guru
Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata dengan membalas dendam.

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui
aplikasi pelaziman. Berikut ialah huraian pelbagai teknik yang sesuai digunakan untuk perlaksanaan program
modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah.

Peneguhan
Positif dan peneguhan Negatif
Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi
sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.
Peneguhan Positif
Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang.
Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku
positif dapat dikuatkan lagi.

Denda dan Peneguhan


Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain ialah
mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi
kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan
sebaiknya.
Reverse Psychology
Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ia bertujuan agar
murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.

Shaping
Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara
beransur-ansur.

7
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Token Economy
Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai
peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah, peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah
berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid.
Kontrak ( Lisan atau Bertulis )
Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan atau bertulis.
Kawalan Kendiri
Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Ia dilakukan seperti berikut :-

a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan


b) Mengumpulkan data
c) Merancang program tindakan
d) Menilai program
e) Menamatkan Program

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan beberapa punca tingkah laku bermasalah seperti di
bawah ini juga boleh menyumbang kepada tingkah laku bermasalah.
1. Masalah Keluarga
Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-kanak itu tinggal juga mempunyai pengaruh
penting dalam kemajuan pendidikan dan tingkah laku kanak-kanak. Jika kehidupan kanak-kanak harian
di rumah dibaluti atau dibelenggu masalah keluarga seperti perbalahan, ketiadaan jaminan
keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang , dominan, terlalu mengongkong atau terlalu
memanjakan maka mereka akan membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan
sosial yang mana ia boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam
membentuk tingkah laku sempurna.

2. Pengaruh Rakan Sebaya


Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi perlakuan dan
percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat mempengaruhi tingkah laku kanak-
kanak.

3. Pengaruh Media
Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan tingkah laku kanak-
kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila mereka menonton atau
membaca .

8
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka lihat sama ada melalui
suratkhabar, televisyen, filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon dan meniru aksi apa yang
ditonton. ( Bandura, 1986 )

4. Pengaruh Genetik atau Baka


Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka genetik.
Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal sepenuhnya. Teori ini
dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ). Teori ini menyatakan bahawa setiap
individu mempunyai kaedah tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya.

Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada perlanggaran peraturan di
sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang
minat untuk belajar.

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu dan guru pula
tidak beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid itu akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa
saja yang terlintas di dalam hati mereka.

Mengikut Waller ( 1939 ) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di antara guru dan
murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini
menjadi lebih buruk di sekolah menengah di mana murid-murid merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi
( Wadd 1973 ).

Gragey ( 1970 ), Maslow dan Rogers ( 1962 ), Boysen ( 1793 ) dan Gordon ( 1974 ) berpendapat bahawa persekitaran
persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan tidak berdisplin kerana murid-murid akan
menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan
dan juga menetang guru. Ada juga yang akan berbohong dalam keadaan kawalan ketat itu.

9
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH

1. Murid yang berkelakuan nakal


Kelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid. Nakal merujuk bagaimana individu itu berkelakuan
lincah, tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang
lain di sekelilingnya. Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah,
murid tidak duduk diam di tempatnya, murid suka berjalan-jalan di dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam
kelas dan menganggu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-main semasa proses pembelajaran
berlaku.
Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi kesan kepada kawan-kawan di dalam kelasnya
seperti menggangu proses pengajaran dan pembelajaran , mengakibatkan ketidakselesaan di kalangan murid-
murid lain di dalam kelas dan menyukarkan guru mengajar dengan aktif.
Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman dengan teguran, amaran atau
dendaan. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja apabila didenda , ditegur atau dimarah.
Apabila sudah tidak ditegur atau dimarah atau diingatkan oleh guru, kelakuan murid itu akan kembali kepada
perangai asalnya.
Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan daripada dimarahi,
didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal di dalam kelas. Tabiat tidak hadir ke sekolah
tanpa alasan atau sebab yang kukuh dianggap melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda.

Burt ( 1953 ), dalam penyelidikannya di London menyatakan lebih dari 11% kes kemunduran kanak-kanak di
sekolah dalam bidang pelajaran adalah disebabkan kedatangan yang tidak mencukupi atau kedatangan tidak
menentu kerana berbagai sebab.

Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab
behavioris.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guru-guru perlu memberi perhatian serius terhadap murid-murid yang bermasalah seperti di atas.
Kenal pasti serta selidik faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid berkelakuan nakal.
Kelakuan mereka hendaklah dipantau dari masa ke semasa. Guru sentiasa memberi tumpuan terhadap
kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

10
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Guru-guru hendaklah memberi amaran berulangkali agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang
dilakukan.
Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif, guru-guru perlu mengambil inisiatif memberikan
penghargaan terhadap perubahan yang telah murid lakukan secepat mungkin.
Contoh: Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh guru. Guru harus memuji perbuatan murid
pada waktu ketika itu juga. Ini akan memberikan peneguhan di dalam diri murid itu. Ia
juga dapat meningkat semangat ingin berubah kerana perubahan tingkah lakunya
mendapat perhatian dari guru.

2. Pengasingan Diri
Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawan-kawan yang lain.
Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Murid
yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna,
merasai kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan lain, sikap dari diri individu itu sendiri semenjak
kecil atau mempunyai masalah peribadi atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam
kelompok kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau bilangan adik
beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi.
Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah keluarga, kewangan
dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya berwajah murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid
sebegini juga kurang memberi penumpuan atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau
mengelamun ketika belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar.

Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab sosial.
Beberapa cara mengatasi tingkah laku bermasalah tersebut :-
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti berdisplin dan cemerlang dalam
akademik. Lebih elok jika murid ini terdiri daripada rakan sebaya mereka di dalam kelas.
Guru boleh menjadikan murid-murid ini sebagai contoh kepada murid-murid yang bermasalah tingkah laku .
Jelaskan apa yang akan mereka perolehi sekiranya bersikap dan berkelakuan seperti murid-murid contoh .
Muird-murid contoh dijadikan sebagai model.
Guru mesti pandai memainkan peranan agar murid-murid yang bermasalah tersebut berminat dan
berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka yang baik.
Guru perlu menerangkan apa faedah yang boleh mereka dapat sekiranya mereka bertingkah laku positif
seperti mempunyai peluang masa depan yang cerah, disayangi oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakan dan
berpotensi menjadi murid contoh, dihargai dan disayangi .

11
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang bermasalah berbanding murid-murid lain
semasa mengajar di dalam kelas. Guru hendaklah pandai mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka
dapat mengikuti aktiviti pembelajaran bersam-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas.
Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Guru hendaklah sentiasa cuba mencari jalan
untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut. Guru juga boleh menggunakan situasi pembelajaran
secara berkumpulan atau berpasangan.
Contohnya: menyoal murid, meminta pendapat atau respon, mendekati murid, membimbing murid
dan memberi semangat jika perlu.
Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran, pujian, penghargaan,hadiah dan motivasi kepada
murid-murid ini agar mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat di atas perubahan tingkah laku mereka.

Dalam konteks bimbingan dan kaunseling, murid-murid yang suka mengasingkan diri adalah murid-murid yang
mempunyai masalah dari segi emosi. ( Suradi Salim , 1996 )
Faktor emosi boleh dikaji meliputi beberapa aspek seperti berikut :-
Kemungkinan berlaku pergaduhan di antara ibu bapa, leteran, perbalahan tentang perkara kecil di antara
murid dengan ibu bapa.
Penceraian atau perpisahan menghadkan keupayaan untuk berusaha dalam pelajaran
Hubungan yang tidak baik di antara adik beradik dan keluarga
Keadaan keluarga yang sering berpindah randah sehingga murid tidak merasa selesa dengan perubahan
tempat baru
Keadaan situasi tempat tinggal atau rumah kediaman yang tiada keseimbangan dari segi saiz, kemudahan,
bilangan ahli yang terlalu ramai atau kedudukan kawasan.
Oleh itu, melalui bimbingan dan kaunseling, murid yang suka memencilkan diri akan dicuba diterokai oleh
guru bimbingan seterusnya mengenalpasti punca-punca masalah atau ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh
murid. Guru bimbingan akan cuba memberi nasihat atau cara mengurangkan ketidakselesaan yang sedang dialami.

Ahli-ahli teori pembelajaran seperti Bandura ( 1986 ) yang menyatakan pembelajaran terhasil melalui proses
pemerhatian dan peniruan merupakan bahagian penting dalam pembelajaran sosial.

Miller dan Dollard ( 1941 ) menyebut tingkah laku kebegantungan sepadan dan percaya bahawa individu hanya
dapat mempelajari gerak balas itu jika ia memadankan tingkah laku model itu.

Mowrer ( 1960 ) menyatakan gerak balas model boleh dipelajari oleh seseorang pemerhati hanya dengan memberikan
peneguhan atau ganjaran yang diberikan kepada model semata-mata. Dalam proses ini peneguhan yang diberikan
kepada model dianggap sebagai ganjaran gantian untuk si pemerhati.

3. Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme

12
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk. Antara perlakuan yang
sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek (pensel, pen atau marker ). Bagi yang
tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang
dinding. Selain itu, tabiat suka mematahkan atau merosakkan pam tandas sekolah juga semakin berleluasa. Ada juga
murid yang mencabut batang paip tandas sekolah. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka
merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas.

Contoh : Ali sering menconteng meja di dalam kelasnya. Kadangkala, dia juga turut menconteng meja
kawan-kawannya yang lain. Perbuatannya memang tidak disenangi atau disukai oleh kawan-
kawannya yang lain di dalam kelas. Meskipun sudah diberi amaran atau denda oleh Cikgu Dali ,
namun sikap Ali masih tidak berubah.

Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan merosakkan harta benda ini bolehlah dikategorikan dalam
tingkah laku melakukan jenayah atau rosak akhlak. Murid-murid yang terlibat dalam masalah jenayah tidak sesuai lagi
dikenakan denda atau hukuman. Denda bukanlah ubat yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini. Masalah ini
perlu diberi tumpuan khusus oleh guru dan pihak sekolah kerana bibit-bibit jenayah yang diperlihatkan pada peringkat
ini jika berlarutan dan dibiarkan ia akan menjadi barah. Dengan erti kata lain, ia akan menjadi masalah yang lebih
besar pada masa akan datang. Oleh itu, sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan sikap sedemikian perlu
dirujukkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan rawatan dan bimbingan yang betul.

Terdapat sesetengah pandangan mengatakan anak-anak yang baik ialah kanak-kanak yang pendiam,
pasif, tidak tahu meminta dan hanya bersifat menerima sahaja. Kanak-kanak yang aktif, lincah, terlalu banyak
bercakap atau bertanya, berani menjawab atau mempersoalkan apa yang dikemukakan adalah dianggap sebagai
kanak-kanak nakal, tidak berdisiplin atau dianggap kurang ajar dan biadap.

Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka masuk ke sekolah rendah, menengah, universiti dan seterusnya
dewasa. Pada keseluruhannya, orang kita lebih bersikap pemerhati sebagai reactionist dan bukannya actionist,
tidakberani mengemuka pendapat kerana jiwanya yang kerdil itu tidak membenarkannya berbuat demikian. Mereka
dididik untuk tunduk, menerima dan patuh kerana kalau ada tingkah laku yang sebaliknya mereka akan dicemuh,
dicaci, dikeji atau didenda.

Ahli-ahli penyelidik telah dapat menentukan bahawa pada umumnya kanak-kanak yang rosak akhlak
bencikan sekolah, kehadirannya ke sekolah tidak tetap, lemah dalam pencapaian akademik dan lebih cenderung
tercicir dalam sistem persekolahan. Kebanyakan kanak-kanak rosak akhlak lekas marah, cepat tersinggung perasaan
dan bermusuhan terhadap rakan-rakan persekolahan.

13
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Menurut Arther Johnson ( 1988 ) yang telah membuat kajian yang meluas mengenai perhubungan sekolah dan
jenayah kanak-kanak menyatakan bahawa Tidak ragu-ragu lagi bahawa corak permulaan penjenayahan kanak-
kanak bersangkutan dengan kanak-kanak itu sendiri.

Dalam kajian Horley dan Bronner mendapati 40% dari contoh kanak-kanak rosak akhlak sangat bencikan sekolah .
Maka mereka bertindak merosakkan apa saja benda yang terdapat di sekolah.

Mengikut Sheldon dan Elemor Glueck membandingkan kanak-kanak rosak akhlak dengan yang tidak melaporkan
88.5% dari kanak-kanak rosak akhlak dan hanya 34.1% dari kumpulan terkawal yang benci atau bersikap tidak acuh
dengan sekolah. Beliau menjelaskan murid-murid rosak akhlak mempunyai cirri-ciri seperti tidak berminat belajar,
benci pada peraturan, kurang minat terhadap sekolah.

Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-sebab murid melakukan vandalism. Di antaranya ialah
mahu membalas dendan terhadap sekolah, suka melihat benda itu hancur, hendak menunjukkan kekuatan atau
kelebihan, dan keadaan terbiar tanpa pengurusan dari guru semasa di dalam bilik darjah.

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka merosakkan harta benda dengan menggunakan teori
mazhab behavioris.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. Dalam kes ini, murid suka menconteng mejanya dan meja
kawan-kawannya di dalam kelas.
Murid bermasalah dirujuk kepada Guru Bimbingan. Guru bimbingan akan menerokai masalah dan murid
diberikan bimbingan.
Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menentukan matlamat bimbingan : Murid mengurangkan sikap suka
menconteng di atas meja kepada di dalam buku atau kertas. Menghargai barang kepunyaan sendiri dan hak
milik orang lain.
Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh membawa kepada perubahan
tingkah laku.
Murid diingatkan, dinasihati berulang kali serta dilatih dan diajar mengamalkan sikap-sikap positif. Murid
dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau membuang perangai atau tabiat buruk suka menconteng
meja di dalam kelas.
Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap dari awal kedatangan ke bilik bimbingan
sehingga pada hari berikutnya. Guru cuba menjelaskan perubahan sikap murid agar murid dapat merasai
atau mendapat gambaran perubahan tingkah lakunya.
Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya murid sudah mula berubah dan mencapai matlamat yang
diinginkan.

14
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

5. Murid Pintar Cergas


Ramai di antara kita yang tidak tahu apakah tanda-tanda yang perlu diketahui mengenai kanak-kanak pintar
cerdas. Ada yang menggangap kita tahu, tetapi penilaian kita sering cetek seperti bijak bercakap, penilaian
berasaskan hobi atau penilaian berasaskan rupa paras. Akibatnya, bakat-bakat kanak-kanak pintar yang
sememangnya mempunyai bakat luar biasa tidak dapat diperkembangkan sepenuhnya.

Menurut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan adalah penting untuk kita ketahui bahawa tiada satu pun tanda set sifat
yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar cerdas. Seperti sifat kanak-kanak yang normal atau
kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain.

Mengikut kajian yang dilakukan,terdapat 30 cara mengenal pasti murid-murid pintar cerdas di dalam kelas melalui
senarai semak kepintarcerdasan. Antaranya ialah :-
1. Mula berjalan dan bercakap lebih awal dari kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi
sudah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna.
2. Mungkin lebih besar, lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya
dengannya dan dalam ukuran tertentu mereka biasanya adalah luar biasa seperti
ukuran dada, kekuatan otot dan perkembangan paru-paru.
3. Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya, tidak semestinya di
hadapan pelawat yang datang ke rumah atau penonton. Gaya diri yang luar biasa
mungkin satu dari tanda luar biasa kanak-kank pintar cerdas.
4. Menunjukkan minat pada masa lebih awal. Bercakap mengenai masa seperti
semalam, hari esok, hari ini, hari-hari dalam seminggu, waktu ini dan waktu itu,
kalender dan jam pada peringkat umur yang awal. Ini menunjukkan kesedaran pada
dirinya berkaitan dengan masa.
5. Menpunyai berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan ingin tahu dari
segi intelek yang luas dan cepat berkembang.
6. Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam persekolahan. Kanak-
kanak itu dikatakan telah mempunyai minat membaca yang lebih awal. Mempunyai
kebolehan membaca yang tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan
dirinya.
7. Mengumpul benda-benda dengan teratur seperti mengumpul benda dari spesis
yang sama ( burung, setem, bahan kimia, kenderaan, bunga). Biasanya koleksi dari
bahan yang canggih atau saintifik.
8. Mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain.

15
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

9. Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah, hanya memerlukan sedikit
penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari guru. Mempunyai sifat tidak
sabar mendapatkan latih tubu dari guru dan pandai menggunakan masa dengan
berfaedah.
10. Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan situasi lain.
Pemindahan idea datang dengan begitu pantas sekali.

Elizabeth Drews ( 1961 ), salah seorang penyelidik terkenal tentang kanak-kanak pintar cerdas pernah menyatakan
Its immoral to squander a childs time on what he really knows (adalah tidak bermoral untuk membazirkan masa
kanak-kanak dengan memaksa mereka mempelajari apa yang mereka sudah tahu ) kerana kecerdasan mereka telah
menguasai apa yang kanak-kanak lain sedang bersusah payah untuk mempelajari.

Seorang lagi pakar dalam bidang ini mengatakan There is nothing so unequal as the equal treatment of
unequals ( Borlond, 1989 ). Equal tidak semestinya sama tetapi itulah yang sering diamalkan dalam bilik darjah
apabila murid pintar cerdas dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-murid lain
sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke hadapan, menaiki
tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatau yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di
dalam bilik darjahnya. dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-murid lain
sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke hadapan, menaiki
tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di
dalam bilik darjahnya.

Kata-kata George Bernard Shaw ( 1965 ) mungkin sesuai disebut di sini Take to get what you like or you will be
forced to like what you get yang bermaksud kita perlu berusaha atau melakukan sesuatu untuk mendapat apa yang
kita suka kerana kalau tidak kita terpaksa menyukai apa yang diberikan kepada kita . Ini menunjukkan bagaimana
murid pintar cerdas terpaksa menerima apa saja dalam situasi pembelajaran mereka.

Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru memang ingin murid-
muridnya sentiasa pintar dan cerdas. Namun di dalam situasi bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai jenis
kebolehan murid , murid pintar cergas ini boleh menganggu situasi pembelajaran di dalam kelas.
Contoh: Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam kelasnya. Alin selalu mendahului kawan-kawannya
dari segi menjawab soalan, membuat latihan, menyiapkan tugasan dan melibatkan diri secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Apa yang pasti, sememangnya sukar juga juga mengawal tindak tanduknya di dalam kelas yang selalu jauh
ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau sederhana.

16
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori mazhab sosial :-
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model.
Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-kawannya yang lain di
dalam kelas
Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di rumah, mencuba menjawab
pelbagai bentuk soalan, siakp berani bertanya sekiranya tidak faham atau tidak tahu
Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh.
Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di dalam kelas supaya berinisiatif
untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid contoh. Maka jika ada di kalangan murid-murid lain di
dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti murid contoh; murid tersebut akan menerima hadiah
serupa seperti murid contoh. Ini akan memberangsangkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah
laku yang lebih baik.
Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa bersedia dalam
pembelajaran.
Seperti murid-murid lain, murid pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu kasih sayang, pencapaian dan
aspirasi. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan bukan hanya dari guru semasa di sekolah.

Mengikut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan terdapat beberapa objektif bimbingan dan kaunseling bagi murid pintar
cerdas seperti berikut :-
1. Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan dirinya dan
menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin tidak pada semua aktiviti
atau perkara.
2. Menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan orang lain
3. Membentuk matlamat pendidikan, kerjaya, sosial, bakat, emosi selaras dengan
kebolehan, bakat dan minat.
4. Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah aktiviti yang membawa kesimbangan.
5. Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka mengambil bahagian dengan murid
lain.
6. Mengenal akan perlunya empati, menghormati dan menerima individu lain dengan sifat
dan kebolehan mereka.
7. Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh membantu mereka memenuhi
keperluan hidup mereka.
8. Mengembangkan sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap orang lain berasaskan
sifat-sifat keistimewaan dan bakat semulajadi seseorang.
9. Memelihara hak setiap individu untuk membuat keputusan pendidikan
10. Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan pelajaran.

17
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

Kesemua objektif di atas adalah untuk menghasilkan kemajuan murid pintar cerdas dari segi akademik serta
melayan mereka agar rasa gembira memiliki kelebihan sendiri tanpa memandang rendah terhadap kebolehan murid-
murid yang sebaya dengannya yang mungkin memiliki kekurangan berbanding kebolehan yang ada pada dirinya.

5. Murid Ingin Tahu


Murid ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi dari perkara besar hingga sehalus kuman. Guru pun
boleh lemas dan letih menjawab pertanyaan murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang terlalu tinggi. Adakalanya
soalan yang dikemukakan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran. Tetapi perasaan ingin tahu lebih mendalam
tentang topik yang dibincangkan sehingga boleh merimaskan guru untuk menjawabnya. Murid-murid lain di dalam
kelas hanya termanggu-mangu menanti jawapan dari guru. Sedikit sebanyak sikap murid sebegini boleh mengganggu
proses pembelajaran di dalam kelas.
Contohnya :
Cikgu Ani : Murid-murid, ini adalah gambar bunga raya. Nampak tak apa warna bunga raya?
Murid-murid : Nampak cikgu. Warna merah. ( murid-murid menjawab .. )
Amirul :Cikgu, mengapa bunga raya mesti berwarna merah? Ada tak bunga raya berwarna lain. Apakah
kelebihan warna merah berbanding warna lain ?
Cikgu Ani : Oh sememangnya bunga raya ada memounyai warna lain seperti.
( Cikgu Ani menjwab soalan yang dikemukakan oleh Amirul ). Kemudian Amirul bertanya
beberapa soalan lagi kepada Cikgu Ani sehingga masa pembelajaran tamat sebelum Cikgu Ani
sempat memberi kesimpulan topik perbincangan kelas pada hari itu .
Teori behavioris melalui modifikasi tingkah laku pengurusan diri boleh digunakan bagi murid yang mempunyai sikap
ingin tahu yang tinggi:-
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Murid hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai atau kenalpasti soalan yang dia ingin tahu mengenai
jawapannya
Murid berusaha mencuba mendapatkan jawapan sendiri selain dari guru.
Murid kemudian membuat semakan atau rujukan sama ada jawapan yang dicari adalah betul atau tidak.
Sekiranya tidak yakin, murid boleh bertanya guru untuk kepastian.
Murid dapat menilai kebolehan diri dan mencapai kepuasan.
Guru hanya bertindak sebagai pakar rujuk atau pemerhati.
Murid boleh mengulangi tingkah lakunya berulang ulang sehingga ia mencapai tahap keberkesanan guru
dan murid,

18
EDUP3023 PRKEMBANGAN KANAK-KANAK
ISL MINGGU 12

PENUTUP

Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa
dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan
yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu mengajar
yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi
kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu
kelancaran perjalanan kelas.

Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk
meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-
murid dan akademik di sekolah.

Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga keselamatan dan jaminan kehidupan sempurna kepada anak-anak.
Ibu bapa mesti memberikan kasih sayang dan perhatian selain dari wang ringgit dan keperluan asas mereka.

Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk memilih apa yang mereka
suka, mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi sokongan tentang perkara-perkara yang mereka minati. Ibu
bapa juga perlu mengamalkan sikap memberi ganjaran atau peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. Sentiasa
memberi galakan dan motivasi.

Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak
membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan
sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

19