Anda di halaman 1dari 39

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

AMBILAN KHAS (SEPTEMBER / 2013 )

HBAE 2103

CORAK DAN REKAAN

SEMESTER SEPTEMBER 2015

TAJUK :

TEKNIK ATAU KAEDAH CETAKAN MUDAH DAN SESUAI BAGI MURID-MURID


TAHAP SATU IAITU MURID TAHUN 1, 2 DAN 3.

\
SEKAPUR SIREH

Setitis Tinta Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah LagiMaha Mengasihani. Bersyukur
kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada
hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk Corak dan Rekaan HBAE2103 pada kali ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami
serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan
dan pembelajaran saya di OUM Kelantan yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada
seluruh warga OUM semester September 2015 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah
memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.

Saya juga ingin mengambil kesimpatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah yang di hormati, Puan Siti Mariam bt Mat Nor kerana telah memberi panduan dan
tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa
penerangan beliau, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik
datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.

Sekian terima kasih.


1.0 Pengenalan
1.1 Dunia Seni Visual Sekolah Rendah

Dunia Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat ,
memperkembangkan keperibadian, memberikan kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Umumnya murid sekolah
rendah pada keseluruhannya adalah kreatif , ekspresif dan aktif. Seni Visual memainkan peranan
memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.
Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan
membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana dapat
membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya
tersendiri.

Dunia Seni Visual adalah bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan, menghargai keindahan alam,
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan
diri, keluarga, masyarakat dan negara. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.2 Objektif Pendidikan Seni Visual

1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan


2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.
1

1.3Organisasi Kandungan Kurikulum Seni Visual sekolah rendah.

http://www.slideshare.net/joened84/dokumen-standard-dsv-tahun-2

2
1.4Pemetaan Bidang Kegiatan dan Kandungan Aktiviti Dunia Seni Visual Sekolah
Rendah.

http://www.slideshare.net/joened84/dokumen-standard-dsv-tahun-2

3
2.0 Pengenalan Aktiviti Cetakan.

2.1 Definisi Cetakan.

Dalam buku Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Keluaran Oxford FajarYang ditulis oleh
Azimah A. Samah dan Zailani Yaacob cetakan boleh didefinisikan sebagai satu proses terapan
blok atau plat di atas kertas, kain atau bahan-bahan lain. Perkara paling jelas dapat dilihat pada
sesuatu cetakan ialah kesan yang dipindahkan adalah seperti bayangan asli pada cermin.
(2004:50)Pelukis memulakan cetakan dengan mewujudkan komposisi iaitu lukisan pada suatu
permukaan yang lain dan pemindahan karya berlaku apabila sehelai kertas, kain atau bahan lain
diletakkan (dilekatkan) pada permukaan media ini. Cetakan mempunyai keistimewaan tersendiri
kerana ia dapat menghasilkan beberapa keping hasilan atau edisi. Semua edisi cetakan adalah
dianggap asli .

Menurut Zamri Bin Mohd Noor dan Muharni Binti Mustafa yang merupakan penulis
buku teks Pendidikan Seni Visual Tahun Lima untuk sekolah rendah keluaran Dewan Bahasa dan
Pustaka (2014:20) cetakan merupakan cara menghasilkan karya menggunakan blok. Permukaan
blok disapukan dengan warna untuk mencetak imej ke atas kertas . Blok cetakan ini boleh
digunakan secara berulangkali untuk menghasilkan suatu imej yang sama.

Cetakan juga merupakan proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara
memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat atau warna yang sesuai.
Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan
yang lain. Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan
yang tertentu.

Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan, biasanya di
atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang
sama dalam jumlah banyak, yang dikenali cetakan atau gambar teraan.Setiap kepingan karya
bukanlah tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak daripada mana-mana karya seni yang
lain dan secara tekniknya dikenali sebagai teraan. Ini berbeza dengan lukisan yang mencipta satu

4
karya seni asli yang unik. Teraan dihasilkan dari satu permukaan asli tunggal, secara tekniknya
disebut sebagai matrik.

Matriks yang umum digunakan adalah seperti plat logam, biasanya tembaga atau zink
untuk turisan atau goresan batu untuk litografi, blok kayu untuk toreh kayu, linoleum untuk
torehan lino dan plat fabrik untuk percetakan.

Masih banyak lagi bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini, dan akan diterangkan
di bawah. Karya yang dicetak dari satu plat tunggal membentuk satu edisi, dan di zaman moden
ini selalunya ditandatangani dan dinomborkan untuk membentuk suatu edisi terhad. Teraan juga
boleh diterbitkan dalam bentuk buku, sebagai buku artis. Satu teraan boleh terhasil dari satu atau
beberapa teknik.

2.2 Jenis-jenis Cetakan

2.2.1 Cetakan Timbulan (Relief)


Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada
permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.
Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj

1.1 Cetakan Kayu


Kaedah yang paling awal digunakan.
Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.

5
Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak
rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan,
keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.
Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16,
cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan
penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.
Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.
Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu
menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan
lino kesannya yang licin.
Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik.
Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik
ini.

(Minnie Lois Murphy (American, 1901 - 1962), Election Night, ca. 1935 - 1937, Wood-block
print on paper. Gift of the WPA. 1943.06.17)

6
cetakan timbulan daripada blok lino

2.2.1 Cetakan Benaman (Intaglio)

Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas
permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran
turisan yang akan menjadi imej.
Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan
meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(b) Kaedah Turisan (engraving)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)

2.1 Cetakan Gurisan Asid


Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui boleh
digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.
Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang menggunakan
tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utama mereka.
Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan sejenis bahan
yang kalis asid.
Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.
Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.

cetakan benaman (intaglio)

1. Cetakan Lithografi
Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik, iaitu
dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.

Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.


Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan
pensil.
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
cetakan lithografi
2. Cetakan Stensil atau Skrin
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang
kayu.
Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto

4.1 Cetakan Sutera Saring


Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya
mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang.

Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.
Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau
warna di atas permukaan kertas.
cetakan sutera saring

4.2 Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua

Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang
skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej
yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang
skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji
untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang
skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin.
Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang
dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar.

10
cetakan stensil kaedah potongan kertas pendua

4.3 Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker

Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem
leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau
diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua
lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang
dipotong ialah bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau
warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah
tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik
yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker)
akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa

11

cetakan stensil kaedah filem laker

3.0 SEJARAH CETAKAN

Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000SM apabila cetakan timbul yang telah dihasilkan oleh
orang Sumaria dijumpai. Cetakan ini dijumpai sekali dengan salinan imej kulit kerang di atas
tanah liat yang berbentuk empat segi dan mereka berjaya mencetak bentuk relif.
Walaubagaimanapun, ada juga orang yang mengatakan bahawa cetakan bermula apabila
cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di Negara China dan seterusnya
kemunculan pula cetakan mono blok kayu buatan tangan di negara barat menjelang abad ke-14
Masihi. Ketika itu, cetakan yang dihasilkan adalah warna hitam putih sahaja dan kemahiran
mencetak ini digunakan untuk mencetak bahan yang berkaitan dengan keagamaan, hiasan
ilustrasi untuk buku dan poster, propaganda, bahan untuk pendidikan dan cetakan tekstil untuk
pakaian.

Pada abad ke-15 pula, penggunaan warna dalam cetakan telah diperkenalkan dan
berkembang sehingga munculnya pelbagai karya yang menarik dan berkualiti. Kini, seni cetakan
telah berubah dari traditional yang menggunakan tangan dan ukiran sendiri kepada moden
dengan menggunakan alatan elektronik seperti komputer, cetakan laser, dan jet. Cetakan yang

12
menggunakan komputer juga dikategorikan sebagai komputer grafik. Abad ke-16 pula, cetakan
telah mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan kewujudan karya seniman
dari Eropah Utara iaitu Albrecht Durer.

Percetakan secara tradisional


3.1 SEJARAH CETAKAN DI MALAYSIA

Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari China ke Singapura pada tahun 1940-an.
Teknik cetakan telah dibawa masuk ke Singapura melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia
yang belajar di institut seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan diperluaskan
di Malaysia. Seni cetakan kurang berkembang kerana kurang individu yang berkemahiran dan
peralatan yang diperlukan. Pada akhir tahun 1950-an,beberapa individu yang pulang dari
pengajian seni di England telah pulang dan membawa balik teknik penghasilan seni
cetakan(contoh: teknik cetakan gurisan asid dan cetakan kayu).

Awal tahun 1960-an,teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran
seni lukis secara rasmi di institusi perguruan.Seterusnya,diperluaskan ke sekolah-sekolah dan
individu-individu yang bergiat aktif dalam menghasilkan pelbagai karya seni cetakan
menggunakan pelbagai teknik.Pada awalnya, karya-karya seni cetak di Malaysia banyak
menggunakan teknik potongan kayu. Misalnya, karya yang bertemakan Awaiting iaitu hasil
karya Tan Tee Chie dan Pertunjukkan Boneka oleh Lim Mu Hue. Kebiasan hasil karya

13
mereka adalah mengambil idea iaitu subjek-subjek genre dan kemasyarakatan seperti alam
pekerjaan serta lanskap sebagai sumber idea.Selepas itu, wujud pula seniman seperti Abdul Latif
Mohidin dan Lee Joo For dengan karya cetakan yang menggunakan teknik gurisan asid mujarad
pada pertengahan 1960-an.

Kemudiaannya diikuti oleh pelukis-pelukis lain seperti Seah Kim Joo dan T.K.Sabapathy
menerusi karya yang menggunakan teknik cetakan monotaip. Pada masa itu juga terdapat
beberapa seniman yang terkenal seperti Long Thien Shieh, Ibrahim Ismail, dan Lee Kian Seng.

Pada masa itu, seni cetak hanyak berperanan sebagai aktiviti sampingan dan karya yang
dihasilkan biasanya menggunakan tema yang sama dengan catan pelukisnya. Tetapi keadaan
tidak wujud lama dengan kehadiran pelukis yang semakin ramai dalam membuat karya cetakan
dan seni cetak semakin popular selepas itu. Pada akhir dekad 1960-an dan awal 1970-an, seni
cetak telah diambil berat dengan kewujudan bidang pengajian khusus di Kajian Seni Lukis dan
Seni reka, ITM serta di Jabatan Ilmu Kemanusiaan, USM.
Kemudiannya diikuti oleh penubuhan Institusi lain seperti Institut Seni Lukis Malaysia.
Menerusi Institut-institut seni ini, maka lahirlah ramai seniman cetak negara seperti Ponirin
Amin, Ismail Latiff, Mansor Ibrahim, Juhari Muhammad Said, Bahaman Hashim, Awang Damit
Ahmad dan Jamil Mat Isa.Pada tahun 1970-an, seni cetak semakin mendapat sambutan dan
perhatian. Dengan ini, seni cetak ini telah dijadikan pertandingan seperti pertandingan yang telah
dianjurkan oleh Balai Seni Lukis Negara dan ESSO pada tahun 1974. Pada masa itu, pemenang
dalam pertandingan ini ialah Raja Zahabuddin Raja Yaacob dengan karya cetakan serigraf yang
berjudul Luar Dari yang Diketahui.

Selain aktiviti ini, pemeran-pameran seni cetak yang melibatkan seni cetak dari luar
Negara seperti Jepun, United Kingdom, Perancis, dan Jerman turut diadakan di Negara ini,
manakala penglibatan pelukis tempatan dalam pameran-pameran di luar Negara juga diadakan
pada tahun 1991, Sejumlah karya seni cetak Negara yang impresif diperagakan di Biannale Seni

14
Asia Kelima di Bangladesh.Walaupun seni cetak potongan kayu secara konvensional bergitu
popular pada awal perkembangan, tetapi seni cetak yang menggunakan cetakan ini semakin
kurang popular apabila teknik baru ditampilkan oleh pelukis tanah air seperti cetakan Komputer
oleh Ismail Zain Kagemusha and The Wax-Resist Cape pada tahun 1989.

Kesimpulannya, kegitan seni cetak tidak pernah terpisah dengan kronologi sejarah dan
perkembangan budaya dalam konteks Malaysia. Daripada era perintis hingga ke era pluralis, para
seniman seni cetak sentiasa membuat interaksi dan membuat reaksi terhadap persekitaran mereka
termasuklah pengolahan stail universal estetika Islam serta pembentukan dasar-dasar
Kebudayaan Kebangsaan.

3.2 FUNGSI CETAKAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

1.Cetakan sebagai iklan .


Cetakan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia . Pengaruh cetakan
memberikan kesan yang mendalam kepada manusia. Fungsi cetakan sebagai iklan untuk
memperkenalkan produk atau perkhidmatan kepada semua orang. Iklan merupakan sesuatu
bentuk cara propaganda tentang sesuatu produk, perkhidmatan atau hiburan melalui media
massa. Ia merupakan suatu aktiviti untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai dengan
tujuan tertentu. Dalam konteks ini, bahasa iklan yang digunakan dalam iklan dicipta dengan
menggunakan retorik supaya menarik perhatian pengguna. Di samping itu, mesej iklan yang
disampaikan juga berupaya mempengaruhi sasaran iklan iaitu pengguna atau pelanggan.

2.Cetakan sebagai penyampai ilmu pengetahuan.

Percetakan berupaya menyampaikan ilmu pengetahuan iaitu sebagai alat untuk menyebarkan
ilmu pengetahuan yang berjaya mempengaruhi tamadun sesebuah bangsa. Hasil daripada teknik
cetakan dapat menghasilkan bahan-bahan ilmiah seperti buku-buku, majalah, jurnal-jurnal dan
kamus yang tentunya adalah merupakan bahan rujukan penting yang dapat merungkai sesebuah

15

persoalan baik dari aspek ilmiah, ekonomi dan juga sosial. Ilmu pengetahuan yang disebarkan ini
merupakan satu aset yang dapat disimpan sebagai rujukan ilmu dalam bentuk media cetak yang
dapat digunakan pula oleh generasi akan datang yang mungkin dapat meneruskan dan
mempertingkatkan lagi qualiti sesebuah dapatan atau teori masa lalu pada masa akan datang.

3.Cetakan sebagai agen yang meningkatakn semangat nasionalisme.

Aktiviti dan apriasasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.
Penghasilan karya menggunakan teknik cetakan untuk menyampaikan mesej kebangsaan dan
nasionalisme sebagai simboliknya dapat mempertingkatkan semangat nasionalisme dengan lebih
cepat dan begitu mendalam. Sesetengah perkara tidak dapat dinyatakan secara pertuturan dan
mengeluarkan pendapat secara lisan dengan kaedah penyampaian mesej melalui seni dan teknik
cetakan dapat meingkatkan semangat nasionalisme dan membangkitkan perasaan dan
memantapkan sesibiliti, mencorak pelakuan perasaan semula jadi.

4. Media cetak pula bertindak sebagai agen menyampaikan berita dengan cepat keseluruh
kawasan

Media cetak adalah sebahagian daripada media massa yang bertindak menyampaikan maklumat
dan info-info terkini samada dari dalam dan luar negara dengan lebih cepat lagi.Media cetak
dewasa ini menggunakan alat-alat percetakan yang moden dan canggih. Hasil cetakannya lebih
baik mengikut kehendak perekanya yang tersendiri. Mutu dan kos percetakan dan nilai sesebuah
hasil cetakan adalah berdasarkan kepada penggunaan alat dan bahan yang digunakan. Hasil
daripada ledakan maklumat ini manusia dapat melengkapkan diri dengan perubahan-perubahan
semasa dan dapat menerimanya untuk meletakkan mereka setanding diantara satu sama lain
tambahan lagi akan lebih cepat bertindak.

16

5.Cetakan memupuk kreativiti dan emosi.

Cetakan merupakan salah satu daripada aktiviti seni. penghasilan karya melalui aktiviti cetakan
dapat apresiasinya dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti seni. Ini
menjadikan manusia lebih kreatif dengan melahirkan emosi mereka dengan menggunakan
pelbagai kaedah dan teknik. Aktiviti cetakan ini menggunakan pelbagai alat dan pelbagai bahan
yang akan menjadikan pengkaryanya lebih peka terhadap alam sekeliling . Umumnya kita tahu
bahawa pengkarya yang menggunakan teknik cetakan dalam karya mereka menyampaikannya
dalam bentuk abstruk untuk menyatakan emosi mereka dengan lebih kreatif.
cetakan menyampaikan kreativiti dan emosi

17

4.0 TEKNIK-TEKNIK PENGHASILAN CETAKAN

1. Teknik Bayang Gelap.


Latar belakang imej pada blok dipotong atau dibuang dan hanya objek yang dicetak.

2. Bayangan Putih.
Objek direndahkan diukir atau dibuang dan hanya latar belakang yang dicetak.
3. Garis Luar Gelap.
Latar belakang dan objek dipotong atau direndahkan. Hanya garis luar objek yang
ditinggalkan.

18
4. Garis Luar Putih.
Gambar objek dibuat dengan hanya mengukir garisan halus pada blok cetakan. Manakala
bahagian lain akan kelihatan gelap apabila dicetak.

5. Separuh Ton.
Latar belakang dan sebahagian daripada bahagian objek yang dipilih diukir atau dibuang.
Kesan yang timbul apabila dicetak mempunyai baying dan ton.
6. Bayang.
Blok ini diukir agar terdapat keseimbangan antara hitam dengan putih apabila dicetak.

19

Penjelasan Secara Terperinci Proses Penghasilan Cetakan.

1.0 Kaedah cetakan timbulan menggunakan sayur-sayuran atau bahan daripada alam
semulajadi.
Kaedah ini didapati amat sesuai untuk dijalankan oleh murid tahap satu di sekolah
rendah. Kaedah ini adalah asas dan merupakan pengenalan kepada teknik cetakan yang
lebih kompleks dalam Pendidikan Seni Visual. Bahan semulajadi iaitu ubi kentang yang
diukir padanya corak seperti corak alam semulajadi atau corak geometri dijadikan
sebagai blok cetakan untuk menghasilkan karya.

1.1 Alat dan bahan yang digunakan ialah ubi kentang, warna poster, berus lukisan, pen
atau pensel, pisau, kertas lukisan dan untuk kebersihan, lapik meja kerja dengan
kertas surat khabar.

1.1 Cara membuat cetakan ubi kentang.


1.1.1 Potong kentang kepada dua bahagian.
1.1.2 Lakarkan rupa geometri atau organik pada kentang dengan menggunakan pen
atau pensel.

20

1.1.3 Potong bahagian yang nak dibuang dengan menggunakan pisau.


1.1.4 Buat pelbagai bentuk yang difikirkan sesuai dan harmoni.
1.2.5 Sapukan warna poster yang telah dipilih pada bahagian timbul.

21

1.2.6. Tekapkan bahagian yang berwarna tadi pada kertas lukisan untuk menghasilkan
corak.

1.2.7. Ulang langkah di atas dengan menggunakan pelbagai warna dan corak.
1.2.8. Keringkan hasil cetakan.

2.0 Cetakan Kolograf menggunakan tali .


Kaedah ini sering disebut sebagai cetakan kaedah kolaj. Dimana bahan kutipan seperti
tali, gelang getah atau kad bod bergelugur digamkan pada sekeping papan lapis atau
sofbod untuk dijadikan suatu imej. Setelah bahan-bahan dilekat dengan sempurna proses
cetakan boleh dimulakan.

2.1 Alat yang digunakan ialah berus lukisan, palet, tali parcel, bod jerami, atau bod
kotak, gunting dan alatan lain yang sesuai.
2.2 Bahan ialah kertas lukisan, gam UHU dan warna air atau cat tempera.
alat dan bahan

22

2.3 Cara menghasilkan cetakan kolograf.

2.3.1 Ukur kertas mengikut saiz yang dikehendaki

2.3.2 Gunting kertas tebal mengikut saiz yang diukur.


2.3.3 Lukiskan corak mengikut kreativiti masing-masing kemudian sapukan gam UHU
mengikut garisan gambar yang telah dilukis.

23

2.3.4 Lekatkan tali parcel di atas gam mengikut garisan gambar tadi.

2.3.5 Sapukan warna air yang dipilih dengan menggunakan berus lukisan pada corak tali
tadi.

2.3.6 Tekapkan blok cetakan tali tadi pada kertas lukisan mengikut grid yang telah
ditetapkan.
24

2.3.7 Ulang cetakan sehingga selesai.

2.3.8 Hasil cetakan yang telah siap.

2.0 Kaedah Cetakan Stensil (potongan kertas)

Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemula-pemula atau pelajar-pelajar
yang baru diperkenalkan dengan cetakan ini kerana bahan yang digunakan adalah lebih mudah.
Anda sebagai guru yang baru mengenali cetakan juga boleh mempraktikkannya di sekolah.
Pelajar-pelajar agak suka menghasilkan kerja cetakan ini terutama sekali jika cetak pada kemeja
T mereka.

Peralatan dan bahan yang dikehendaki

25
sekuji (digunakan untuk mencetak)

3.1 Peralatan bahan yang diperlukan ialah:-

3.1.1. Skrin

3.1.2. Dye fabrik atau pewarna

3.1.3. Sekuji

3.1.4. Kain organdi (untuk diregangkan pada skrin)

3.1.5. Kain atau kertas untuk cetakan

3.1.6. Kertas (untuk melukis imej)

3.1.7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)

3.1.8. Pita pelekat

3.1.9.Stepler gun

3.2Proses membuat cetakan stensil.

26
3.2.1 Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler gun.
Pastikan kain tersebut benar-benar tegang

3.2.2 Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora, tulisan atau logo tertentu.

27

3.2.3 Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.


3.2.4 Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan kemas
dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak

28

3.2.5 Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah skrin, jika
menggunakan kemeja T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas
tebal atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.
3.2.6 Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki

3.2.7Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak semasa
cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak, sekuji juga hendaklah
dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang sempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali
kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu banyak.

29
3.2.8Karya cetakan yang telah siap

3.2.8 Guru juga boleh minta pelajar cetak pada permukaan kemeja T, ini lebih
menyeronokkan dan pelajar-pelajar lebih seronok menghasilkan aktiviti tersebut.

30

BAHAN-BAHAN VISUAL BERSERTA CONTOH-CONTOH CETAKAN


31

BAHAN VISUAL 1

TEMA Alam fauna

TAJUK Pembalut Hadiah


KAEDAH/TEKNI Cetakan timbulan menggunakan sayur-sayuran.
K

ALAT Berus lukisan, palet, pen dan pisau.

BAHAN Ubi kentang, kertas lukisan, warna air dan kertas bercorak.

32

BAHAN VISUAL 2

TEMA Alam flora

TAJUK Baju Hari Raya Saya

KAEDAH/TEKNIK Cetakan Timbulan menggunakan bahan alam semula jadi di atas


fabrik kapas.

ALAT Berus lukisan, palet, pisau dan pen.

BAHAN Kain kapas berwarna putih, lobak merah, ubi kentang, warna
poster dan kertas bercorak.

33
BAHAN VISUAL 3

TEMA Alam semula jadi dan objek buatan manusia

TAJUK Pokok Bunga

KAEDAH/TEKNI Cetakan Kolograf


K

ALAT Tali parcel, gelang getah, kad bod bergelugur, berus lukisan, palet,
pisau, kotak untuk tapak blok dan gunting.
BAHAN Kertas lukisan, ubi kentang, lobak merah, warna air, gam dan
warna poster.
34
BAHAN VISUAL 4

TEMA Alam Semulajadi Cendawan

TAJUK Hiasan Dinding

KAEDAH/TEKNIK Cetakan Timbulan menggunakan sayur.


ALAT Berus lukisaan, palet, pen dan pisau.

BAHAN Kertas lukisan, lobak merah, warna poster dan kertas


bercorak.
35

Standard Pembelajaran Aktiviti Cetakan.

Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni
visual yang ada pada corak dan teknik cetakan.
Rupa organik atau geometri atau gabungan rupa
Warna primer atau sekunder atau gabungannya
Harmoni perulangan motif

Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media
serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik cetakan.
mengenal dan menyatakan jenis-jenis media seperti alatan
iaitu tali, berus lukisan dan palet. Bahan pula seperti gam,
kertas lukisan, kain kapas, sayur-sayuran dan warna air dan
poster.
Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam
penghasilan karya teknik cetakan.
Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual,
kefahaman media serta kemahiran proses dan teknik dalam
menghasilkan karya.
memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
mengaplikasikan media, proses dan teknik cetakan dalam
penghasilan karya.
Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya.
Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual
mempamerkan karya
menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara
lisan.
Elemen Merentas TMK,
Keushawanan, Kreativiti dan inovasi.
kurikulum(EMK
)
36
6.0 KESIMPULAN

Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.Keistimewaan cetakan ini ialah
mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dansemua hasil karya cetakan itu
dianggap asli.Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan
senitekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15.

Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk edisi
dengan menggunakan dakwat. Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu
permukaan. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang
dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.

Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata. Alat dan media
cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan
bahan terbuang. Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan,
pertengahan dan tahap lanjutan.

Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih
adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan. Teknik cetakan mono, teknik cetakan
timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
rendah. Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira
terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.

Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan
cara mudah dihasilkan. Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan
penyelesaian masalah. Aktiviti cetakan di tahap lanjutan merujuk kepada pendekatan open
minded problem. Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa
sudut iaitu sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.
37
RUJUKAN

1. Azimah dan Zailani (2015). Teks Lengkap Pendiodikan Seni Visual Tingkatan 4 dan 5.

Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2. Haslinda Madon. (2011). Menggambar : Fakulti Pendidikan dan Bahasa,OUM. Selangor :

Meteor Doc. Sdn Bhd.

3.Hassan Mohd Ghazali (2005). Siri teks referens pendidikan seni visual, Petaling Jaya :

Pearson.

4.Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) . Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahun

Dua KSSR, Putra Jaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum.

5.Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) . Panduan pengajaran Dunia Seni Visual Tahun Dua

Dua KSSR, Putra Jaya : Bahagian pembangunan Kurikulum.

6.Koster ,Joan Bouza, (2002) .Growing Artist : Teaching arts to young Children, 2nd Edition,

Edition, New York : Thomson Delver Learning.

Isi Kandungan
Perkara muka surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Pengenalan aktiviti cetakan 4

3.0 Sejarah cetakan 12

4.0 Teknik-teknik penghasilan cetakan 18

4.1 Tiga cetakan yang sesuai untuk murid tahap 1 sekolah rendah.

5.0 Bahan-bahan visual beserta contoh-contoh cetakan 31

6.0 Kesimpulan 37

RUJUKAN

LAMPIRAN