Sulalatus Salatin
Sulalatus Salatin
Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi.
Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain.
Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan
Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluk.
Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China. Baginda
menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri
Dara Segangga.
Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan menewaskan Raja Chulan. Raja Suran
kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu.
Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China membuat muslihat dengan
menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum
berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk
menyerang China.
Raja Suran turun ke laut dan sampai di bumi Dika dan baginda berkahwin
dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard.
Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan
mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia
apabila dewasa.
Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila
Pahlawan, NilaUtama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa dan dihantar ke dunia
menaiki lembu putih.
Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan
padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak,
dan batangnya menjadi suasa.
Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja
Suran.
Lembu putih kenaikan anak-anak Raja Suran memuntahkan buih lalu keluar
dari buih itu seorang lelaki, yang diberi nama Batala.
Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja
di Tanjung Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang.
Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri
tetapi Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu
akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan raja dengan rakyat. Seri Teri
Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna Cendera Puri
didapati tidak kedal.
Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh
Wan Seri Beni sebagai anak angkat.
Kenaikan Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu
reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.
Seri Teri Buana membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura
berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura
yang pertama oleh Wan Seri Beni.
Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri
Pikrama Wira.
Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu
dengan mencukur kepaia seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit.
Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra.
Badang hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak
tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu
terjadi permusuhan pada kemudian hari.
Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran
Paduka Seri Maharaja.
Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing geiang-gelang. Apabila
direbus, cacing geiang-gelang itu bertukar menjadi emas.
Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu melarikan diri ke
Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat
tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya.
Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu
melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang
gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja
Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk
membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha untuk
menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah
memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja
Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali
Ghiatu'd-Din sebagai balasan. Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai
daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa
pulang.
Tuan Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran
istana raja, beliau menilik batang pinang sehingga terbelah dua.
Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana
Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di depan isteri baginda. Tuan Jana
Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke Lengkawi.
Todak menyerang Singapura dan ramai rakyat mati. Seorang budak
mencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak
dan menghasilkan kejayaan.
Budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu
ketika nanti.
Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah.
Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum
sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan
tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura
dan beliau sedia membantu Majapahit.
Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan
diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu.
Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota
Buruk.
Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda. Raja Muda.
Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya
digantikan pula oleh Raja Kecil Besar seiepas kemangkatan Raden Tengah.
Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna
Sandari. tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati.
Sultan Muharnmad Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan mendapat
seorang anak iaitu Raja Kassim.
Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara
Seri Wak Raja membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak
menyukainya.
Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu
anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.
Tun Perak membawa angkatan dari Keiang bersama anak isteri mereka sekali.
Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada
Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka.
Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun
Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai. Awi
Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.
Tuan Saidi Arab memanah Cau Panden dari Melaka . Cau Panden yang hendak
menyerang Melaka mati di Siam.
Sultan Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Sultan
Mansur Syah
Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka
menyerang Indera
Pura.
Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri
baginda, iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur
Syah.
Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana
Putera serta Tun Telanai dititahkan ke Siam.
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga
berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah
matahari mati.
Seorang penyadap menjumpai seorang budak hanyut dan diberi nama Ki Mas
Jaya.
Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma
memilih suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit.
Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki
Mas Jaya sebagai suami.
Penyadap menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya
Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada.
Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu
Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.
Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak
Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma.
Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah.
Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan
Hang Tuah dibunuh.
Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun.
Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah
raja China setelah makan kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat.
Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah
menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda
kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei
dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak
menyembah China.
Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah
dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh
daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh
kaki raja Melaka.
Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah
dibawa pulang.
Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang
Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar
dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan
Bendahara agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama
rakyat.
Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja menjaga
anak-anaknya.
Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun
Mutahir.
Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun
Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.
Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara
Diraja manakala, Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi
Kampar.
Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana
bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja
Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam
tetapi ditegah oleh Bendahara.
Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah
lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki.
Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk masalah
agama dan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.
Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi
nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang dilantik sebagai
raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden
Galuh Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah.Pau Kubah
tewas berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa
lari ke Melaka.
Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya
merampas takhta. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin
sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula.
Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara
Paduka Raja, pulang ke Melaka dengan rasa kecewa.
Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda
sebelum mangkat. Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja
Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah.
Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam'
disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati.
Tun Jana Pakibul membunuh orang di Siak atas suruhan Sultan Ibrahim dan
tidak memberitahu ke Melaka.
Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana
Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka.
Sultan Alaud'Din Riayat Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada
pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau
kerana beliau masih kecil.
Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat
Syah mangkat.
Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana
Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan
usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya.
Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat kepada anak cucunya.
Kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar jangan ikut nafsu dan
jangan mendengar fitnah.
Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih
Putih.
Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir
dibunuh oleh Tun Biajid.
Sultan Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali
Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun
Ali Sandang.
Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun
Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak
Raja.
Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari
raya.
Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun
Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara.
Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana
kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali.
Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa
balik kain yang diingini baginda.
Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.
Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk
menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah.
Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan
Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan
Abdul Jamal.
Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Hang
Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua
tukang urut.
Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan
oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.
Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas
ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka.
Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini
disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura,
isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna. Sang Sura ingin membunuh
Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan
agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.
Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri
Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang.
Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di
hadapan Bendahara.
Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman
Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di
sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga datang
ke Melaka dan memohonkan nobat.
Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi
ditolak oleh beliau.
Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara
menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah
petang.
Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan
perkara ini dilihat oleh Si Kitul.
Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun
Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud.
Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur.
Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas
berkahwin dengan Sultan Mahmud.
Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah
dan Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap
pilih kasih.
Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja
Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang
mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut.
Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamIl,
manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja
Mansur.
Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah
kemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah.
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan
kemudiannya ke negeri Makam Tauhid.
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan
gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran
negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.