Anda di halaman 1dari 5

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Para Hakim Yang Adil lagi Bijaksana, guru-

guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Tajuk


cerita saya pada pagi ini ialah Puteri Kaca Bertuang .

Pada zaman dahulu ada seorang permaisuri yang mengidamkan buah pauh
putih. Buah pauh putih rasanya manis, isinya lembut dan baunya harum, tetapi
buahnya susah ditemui. Raja negeri memerintahkan Antan Besi dan Antan
Bersirat pergi mencari buah tersebut. Mereka dua beradik diberi kepercayaan
oleh raja untuk mencarinya. Antan Besi dan Antan Bersirat pergilah mencari
buah itu.

Pelbagai cabaran yang harus dilalui oleh mereka dalam perjalanan seperti
mengharungi sungai, tasik dan menentang musuh. Antan Besi dan Antan
Bersirat menghadapi cabaran dengan tenang. Namun demikian buah pauh putih
tidak dijumpai juga.

Pada suatu pagi, dalam perjalanan ke hutan Antan Besi dan Antan Bersirat
terserempak dengan Raja Jin. Raja Jin cuba hendak membunuhnya tetapi
gagal. Antan Besi dan Antan Bersirat dapat menangkap Jin lalu diikatnya ke
sebatang pokok beringin.

Walau bagaimanapun, Jin merayu supaya dia jangan dibunuh. Antan Besi
mengatakan dia tidak akan membunuhnya sekiranya Jin berjanji akan berbuat
baik kepada manusia. Antan Bersirat juga memberi amaran akan membunuh
Jin sekiranya mungkir janji.

Jin menyatakan bahawa dia adalah jin yang baik dan sanggup memberikan
pertolongan kepada mereka. Antan Bersirat bersiap sedia untuk memancungnya
jika cuba membunuh mereka dua beradik. Akhirnya dua beradik bersetuju
melepaskan jin dan menyatakan hasrat mereka untuk mencari buah pauh putih
untuk permaisuri.
Antan Besi bertanya kepada Jin tempat yang boleh mereka mendapatkan
buah pauh putih tersebut. Raja Jin menyatakan buah pauh putih boleh ditemui
dengan mengikut matahari terbit. Perjalanannya ke tempat tersebut mengambil
masa sehari atau dua hari terletak di sebuah lembah yang indah dan pokok itu
dijaga oleh seekor gajah putih.

Oleh kerana, Antan Besi dan Antan Bersirat yakin dengan penerangan Jin
maka mereka menunaikan permintaan untuk melepaskan Jin itu. Apabila tiba di
lembah tersebut, Antan Besi menyatakan hajat mereka kepada Gajah Putih
untuk meminta sebiji buah pauh putih kerana permaisuri mengandung dan
mengidamnya. Gajah Putih bersetuju dengan mengenakan satu syarat iaitu
supaya manusia sentiasa menjaga hubungan baik dengan kaum binatang. Ini
adalah kerana supaya binatang tidak menjadi mangsa buruan atau kekejaman
manusia kelak. Antan Besi bersetuju dengan syarat tersebut bagi pihak
permaisuri dan Gajah Putih memberi peringatan jika permaisuri mungkir janji
kaum gajah akan menyerang negeri permaisuri.

Antan Besi dan Antan Bersirat kembali membawa buah pauh putih. Apabila
tiba di istana, mereka disambut dengan gembira dan permaisuri bersetuju
dengan syarat yang dikenakan oleh Gajah Putih. Setelah permaisuri melahirkan
seorang anak perempuan telah diberi nama Puteri Kaca Bertuang. Apabila
umur puterinya genap lapan belas tahun permaisuri memerintahkan Perdana
Menterinya untuk membawa permaisuri berjumpa dengan Gajah Putih. Gajah
Putih yang sudah tua, sangat gembira melihat Puteri kaca Bertuang dan
berharap manusia berbuat baik dengan kaum gajah dan kaum binatang yang
lain.

Gajah Putih memuji-muji sikap permaisuri yang menepati janji, tiba-tiba Raja
Jin datang dengan rupa yang amat dahsyat dan melarikan puteri jauh ke dalam
hutan. Gajah Putih dan Perdana Menteri sangat sedih. Permaisuri sangat
terkejut dan sedih apabila mendapat tahu berita kehilangan puterinya itu.
Pahlawan Antan Besi dan Antan Bersirat telah diberi kepercayaan oleh Raja
untuk mencari puteri dan membunuh Raja Jin. Antan Besi dan Antan Bersirat
dengan ilmunya dapat menjejaki Raja Jin. Raja Jin bersuara dengan kukat
sekali apabila dia tahu dua beradik itu datang untuk merampas puteri dan
menyatakan hasratnya untuk menjadikan Puteri Kaca Bertuang makanannya.
Dua beradik mengatakan puteri tidak bersalah dan memberi peringatan
sekiranya Raja Jin berkeras juga mereka berdua akan menentangnya.

Antan Besi dan Antan Bersirat mengatakan mereka adalah pahlawan raja dan
negara serta pantang berundur apabila berdepan dengan musuh. Antan Besi
dan Antan bersirat telah berjaya membunuh Raja Jin dan Puteri Kaca Bertuang
dapat diselamatkan. Raja dan Permaisuri sangat gembira dan ingin
mengahwinkan Puteri dengan salah seorang pahlawan yang telah
menyelamatkan anaknya. Antan Besi memberi penjelasan kepada Raja supaya
adiknya sahaja yang dijodohkan dengan puteri sebab dia sudah beristeri dan
berharap supaya Gajah putih datang ke majlis itu nanti. Akhirnya, Antan Bersirat
telah dijodohkan dengan Puteri Kaca Bertuang. Antan Bersirat sangat terharu
dengan sikap mulia abangnya.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita hendaklah taat setia kepada raja dan
menjalankan tugas yang telah diamanahkan di samping mengenang jasa baik
sesiapa sahaja yang telah memberikan pertolongan.
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Para Hakim Yang Adil lagi Bijaksana, guru-
guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Tajuk
cerita saya pada pagi ini ialah Ayam Jantan Yang Perkasa.

Di sebuah kampung, ada seekor Ayam Jantan. Ayam Jantan ini rupanya
sangatlah hodoh. Lehernya tidak berbulu. Oleh kerana rupanya yang hodoh ia
telah dihalau dari kampung itu. Ayam Jantan berpindah ke kampung lain. Ia
menumpang tidur di bawah pondok nenek. Ayam jantan mencari makanan dari
satu tempat ke satu tempat . Dalam masa mencari makanan ia telah terjumpa
sebentuk cincin sakti. Tiba-tiba seorang raja melalui jalan itu lalu merampas
cincin tersebut. Ayam Jantan mahu mengambil semula cincin sakti itu. Raja
menitahkan supaya Ayam Jantan itu ditangkap.

Pengawal-pengawal cuba menangkap Ayam jantan. Setelah Ayam Jantan


di ia telah dicampak oleh pengawal ke dalam bekas air lalu ia meminum air
tersebut sehingga habis. Walau bagaimanapun, cincin sakti itu menolongnya.
Raja tidak berputus asa. Ayam jantan ditangkap lagi dan dicampak pula ke
dalam api. Cincin sakti juga yang menolongnya. Air tersembur dari mulut ayam
jantan lalu memadamkan api. Usaha pengawal-pengawal untuk menangkap
Ayam masih diteruskan lagi kali ini Ayam Jantan dilempar pula ke arah sarang
tebuan. Setelah dilempar ke arah sarang tebuan itu, Ayam Jantan menelan
sarang tebuan lalu melepaskannya semua tebuan ke arah pengawal.
Pengawal-pengawal lintang-pukang melarikan diri supaya tidak disengat oleh
tebuan.

Ayam jantan berjaya mendapat semula cincin sakti itu lalu ia memberi cicin
sakti itu kepada nenek. Setelah nenek mendapat cincin saktti hidupnya
senang dan mewah. Nenek juga memelihara ayam jantan kerana jasa baik
yang telah diberikan kepadanya.
Pengajaran yang dapat saya perolehi daripada cerita ini ialah jika kita
sanggup menghadapi segala cabaran, pasti akan beroleh kejayaan berkat
kesabaran itu.

Anda mungkin juga menyukai